Sunday, October 31, 2010

getting serious into hobbies?


hobi saya membaca. jadi, tools untuk hobi saya hanyalah duit poket dan buku.

kini saya sudah ada hobi baru, iaitu memasak dan 'puku gambar' (maksudnya ambil gambar dalam dialek kelantan)..tapi fotografi tu hobi lama yang diaktifkan semula setelah berehat lama akibat kamera lama yang rosak.

bila saya tengok koleksi buku, nampaknya buku2 saya dah ada member baru yang asing, yang tak pernah duduk di rak buku bersama mereka.

ya, baru 3 buah buku. nanti pasti akan bertambah :D

lepas tu kini telah menjadi pengunjung setia videojug dan myresepi.com demi mencari resepi baru. oh how i wish i have this kind of passion for dentistry. kesian dentistry dimadukan dan dianaktirikan.

p/s: walaupun dah own buku resepi muffin, my muffin is the worst. tak tahulah kenapa asyik end-up pahit je. padahal sukatan tu ikut sebijik-bijik measurement dlm recipe book. tiru from videojug and other websites jugak, masih fail.hmm bilalah nak pandai buat muffin :(

Saturday, October 30, 2010

sejarah dan bumi

bermenung di tepi jendela

dah lama rasanya tak menulis sesuatu yang bernas (yeke?pernah ke?) dan refleksif serta stimulating serta informatif.

ape2la dhuha. belum masanya lagi. tangan memang dah gatal nak menulis tapi perlukan amount masa yang banyak. insyaAllah, doakan saya punya masa extra :)..kadang2 tu sebenarnya masa memang ada tapi kita yang tak hargai masa.suka buang masa.dhuha..dhuha..time is running out ok.

hmm..tertarik dengan status FB seorang sahabat berkaitan sukatan pelajaran subjek sejarah. katanya module ISK (Ini sejarah kita) patut dimasukkan dalam silibus.

saya amat setuju! pelajar wajib tahu tentang itu, pada pandangan saya. kita disuap dengan sejarah dunia, sejarah kuno, sejarah tamadun2 yang hancur, sejarah politik malaysia yang pasang surut. dah lama silibus tu kita pakai tapi yang dilihat hari ni, semangat cintakan negara, agama dan bangsa semakin pudar. apa yang telah terjadi?

sejarah membosankan. itu kata saya di zaman muda-mudi. tetapi modul ISK buat saya tercelik. buat saya berminat dengan sejarah. buat saya tersedar apa yang telah saya terlepas. module ISK saya rasa ada satu pengisian yang praktikal, yang boleh kita relate dengan zaman sekarang, yang banyak iktibar boleh kita kutip, fikir dan simpan serta amalkan.

setiap kali berfikir masalah umat, panjang betul keluhan dalam hati..bukan benda mudah tapi masih boleh diusahakan.insyaAllah, sama-samalah kita usahakan..

mengenang tentang alam dan bumi ini pula, ada satu keluhan yang lebih panjang terbit.."dah tak lama dah.." bisik hati ini. serius. memang dah tak lama dah. it is coming. tinggal di pulau selatan, bumi new zealand ni, alhamdulillah sentiasa diingatkan Allah oleh gempa bumi yang terjadi setiap hari. paling max yang pernah saya kira, 9 kali sehari..sampaikan bila terjadi tu dah tak rasa apa sebab dah banyak kali sangat. saya hanya monitor hari2 di website geonet. walaupun pada bacaan skala yang rendah, tapi kekerapannya, subhanallah..memang tak lama dah..terbit rasa takut di hati.

melihat kondisi diri ini juga, hmm..dah tak lama dah..indeed, life is very short...

yes, life's a brief candle.

chocolate hedgehog



gambar makanan yang pertama diambil menggunakan lumix tz10! yayy! (ade mode 'food' ok)

maka resepi pertama juga yang nak dikongsi.

dalam bahasa melayu, nama resepi ni kek batik. rupa memang samala. tapi x tahu pulak kalau cara pembuatannya sama. sebab saya tak pernah buat kek batik :P

ok2 kita mulakan. bismillahirrahmanirrahim..

bahan2 yang diperlukan:
  1. 175g butter (disebabkan saya sudah mula gila baking, saya beli scaler ok untuk timbang2 bahan2 secara jitu :P)
  2. 2/3 cups caster sugar (again, disebabkan saya dah gila baking, saya beli measuring cups ok supaya ukuran menjadi jitu :P)
  3. 4 tbsp chocolate powder (gunalah coklat apa saja. disebabkan saya sudah gila baking, saya beli ok measuring spoon, supaya mendapat kejituan kuantiti :P)
  4. 1 lightly beaten egg
  5. kekacang secukupnya. saya guna walnut dan pistachio.
  6. 2 tbsp dessicated coconut
baiklah, cara2nya:
  • campurkan bahan 1-3 dalam periuk, masakkan ia sampai simmering dan sebati mesra tanpa lumps.
  • setelah itu biar sejuk sekejap. sekejap je ok. jangan lama-lama, nanti dirampas orang. eh apakah..
  • sambil tu crush kan biskut2 tu. gaul dengan kekacang dan dessicated coconut. campak telur. pastu tuang adunan coklat yang telah dimasak. gaulkan dengan gembira sambil berselawat.
  • ambil bekas. pastu masukkan campuran sume tu dalam bekas dan press2 mereka sampai ketat.(still cant find word to replace this)..oh ok! tekan sampai padat.
  • pastu sejukkan mereka selama sejam yayyy! dekat malaysia, pastikan letak dalam peti sejuk. dekat sini takpe sebab senang sejuk.
baiklah kini masanya untuk buat toping. apa?? ada topping?? mestilah. senang je.

bahan2nya:
  1. 250g chocolate bar
  2. 50g butter
cara2nya:
  • campakkan mereka ke dalam periuk dan masakkan dengan teknik double-boil. apakah itu? mcm kukus la tapi bukan kukus. saya buat macam ni, ambil periuk besar, letak air dan panaskan. masukkan bahan2 dalam periuk kecil dan sumbat dalam periuk besar yang berisi air. pastu tunggulah sampai bahan2 tersebut cair. kemudian boleh gaul dengan gembira sambil berselawat.
ok! sekarang tuangkan topping atas campuran bahan2 yang telah ditekan dan disejukkan tadi. kemudian biarkan sejuk sekali lagi. lepas tu boleh dipotong-potong dan dimakan dengan dimulakan dengan bismillah.

easy. selamat mencuba :)

p/s: ada banyak giler resepi dah buat sepanjang takde kamera ni. tapi sebab takde kamera maka tak mahu share resepi. haha...nanti akan buat lagi dan share ok ;)

Thursday, October 28, 2010

finally...............

ok ok berita gembira. dah beli kameraaa baaaruuu! lepas ni makin banyaklah gambar kat sini ye :P..pape pun kena tangkap gambar bunga banyak2 sebelum bunga2 itu gugur. gambar bunga adalah hadiah untuk opah yang nak sangat tengok bunga2 kat sini ^___^

lepas tu? gambar makanan. nak berkongsi resepi kat sini.yayy!

najib, i dont like what you're up to

rakyat diutamakan?

i doubt it.

i doubt it very much.

membawa rakyat melalui jalan maksiat.
membuka peluang dosa kepada rakyat.
menghantar rakyat ke neraka.

rakyat diutamakan ke camtu?

Wednesday, October 27, 2010

tak nak balik

duit dah masuk. terus pegi usha tiket balik. if balik 9/1/11-11/2/11, $1613.75..affordable, seriously.

tapi..apa akan terjadi if balik2 dunny je, duit jpa masuk lambat?

makan pasir.

kutinggalkan hasrat itu demi masa depan rumah tangga. eh rumah baru saya next sem ada tangga ok. so tak merapu la ni.

boleh teruskan beli kamera berkualiti. dan teringin nak mini laptop. hantu gadget sungguh la. tak payah tak payah. laptop besar ni dah cukup besar, nak yang kecik buat ape. kamera je. cukup. lepas tu pegi melancong sekitar new zealand, sydney dan melbourne dengan suka hati.

itu sahaja plan musim cuti. sambil gandakan usaha mencari kerja. tambah pendapatan rumah tangga. kaya ni. memang takde masalah nak kawen final year onwards nanti.

camne akhirnye saya boleh nekad tak mahu balik setelah berbulan-bulan meronta nak balik?

saya sedang study oral patho. namun notes oral patho habes diconteng dengan draf kasar perbelanjaan bajet 3 bulan jika saya pulang malaysia dan jika saya tak pulang. apelah ayat berbelit.

saya rasa complicated. tak boleh nak fokus study padahal exam dua hari lagi. this is not good.

saya nak study dengan tenang maka kena buat keputusan segera.

telefon mak. seperti biasa hujah mak sudah pasti 'against balik malaysia'. saya akur dengan hujah2 mak. tiba2 saya nampak banner yang tertampal di depan meja study.

"dhuha nak jadi ibu kepada the future Umar al-khattab, khalid al-walid, salahuddin al-ayyubi. dhuha nak jadi serikandi Islam."

ok, maknanya kena kuat dan tabah. bertabahlah so jangan pulang. cuba hidup sebagai Ghurabaa selama yang mungkin.

ok saya nekad. harap kepulangan tahun depan akan ade rombongan meminang. sorry ini hanya merapu. nak pujuk diri.

p/s: mak pulak pujuk "xpe nanti opah hantar asam"

kemanisan?



katalah saya ketinggalan tapi memang saya baru tengok cite ni walaupun dah lama duduk dalam hard disk.

saya baru tengok pada weekend yang lepas di saat otak cramp time study.

sweet dan mengharukan. asyik nak tengok lagi dan lagi.

asam

hambekk..sebesar alam asam boi.


opah cakap dia nak hantar asam kat saya.

yaaaayyy.hampir pitam saya mencari asam kat sini. eh saya kan ibu mengandung, mmg mengidam asam.

tak lah. saya memang penggemar asam. lagi2 lately ni asyik nausea je, mmg sangat3 perlukan asam.

keluarga saya memang penggemar asam. semasa abah belajar kat US dulu pun opah selalu pos berkotak-kotak asam. yang paling mewarisi kegemaran abah ni ialah epi- makan asam tak ingat dunia punya,

Tuesday, October 26, 2010

eh tak tahulah nak letak tajuk ape

nak tulis jugak. nak tulis jugak.

menangis saya membaca tentang ETP (economic transfer program). rasa terluka. rasa terhina. rasa malu. malu berperdanamenterikan orang Islam tetapi membelakangkan islam. malu bernegarakan islam tapi entah di mana islamnya.

hati saya telah dilukakan oleh seorang perdana menteri. untuk pertama kalinya. ya, untuk pertama kalinya.

sebelum ni hangat pasal isu IFF (international islamic fashion show) lepas tu isu menara 100 tingkat. saya macam..ok fine..fine...suke hati kaulah..islam liberal lah katakan.

saya tak suka nak mengutuk sebab siapalah saya. tak pandai bab ekonomi. tak pandai bab politik. saya fikir mungkin suatu hari nanti persoalan2 ni akan terjawab. mungkin macam tun mahathir yang berfikiran jauh masa orang bantah pembinaan klcc dan petronas. saya hanya mampu berdoa supaya orang2 yang terbabit ni insaf.

tapi kali ni saya dah tak boleh tahan dah. sesuka hati sesedap rasa je buat 'kal' dekat agama sendiri. (cik nawal pasti faham 'kal' itu ape. kamus russia ye)..saya rasa memang dah takde kebaikan langsunglah. dari segi ekonomi memang baguslah sebab benda2 hiburan sedang in trend. pelancong2 pasti suka. tapi duit tu nanti hasil kemurkaan Allah je. berkat ke pembangunan negara?

pasti akan wujud lagi era generasi baby boomer tapi semua tertanam dalam tanah.

bangkit!!!


subuh musim bunga

subuh datang bertamu lagi,
alhamdulillah..
tingkap dikuak
terasa udara segar menyusup masuk ke dalam vena
bau bunga-bunga memenuhi rongga hidung, terus ke kalbu
burung-burung berkicauan bermacam bahasa
alhamdulillah, tasbihku ikut berdenyut dengan urat nadi

dan udara pun bertasbih
bunga-bunga bertasbih
burung-burung bertasbih

maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?

____________________________

ok enough ayat bunga2 sempena musim bunga ni :P

alternative remedy- pagi2 waktu subuh, bukak tingkap. udara dia tak sama dengan waktu lain. molekul-molekul dia lebih tenang. ecececeh..mcmla pernah buat kajian. yang pernah dengar, wavelength dia dalam kategori yang tenang. tak ingat pulak wavelength ape. beta?alpha?gamma? apekata anda pegi buat research sendiri :P

bila bukak tingkap, saya suka bau bunga2 yang best. sekarang tengah musim bunga dan rumah kami dikelilingi bunga-bungaan. memang minah bunga habes. semua bunga di rumah sedang blooming dan bila waktu subuh, bau dia lebih menusuk kalbu. calming, soothing, tranquilizing..ape lagi? tak boleh nak explain la pendek kata. memang layaan..paling penting, akan melahirkan satu perasaan yang haru; syukur dan rasa sungguh kehambaan kepada Al-Khaliq alam ini.

sehinggakan saya menanam satu cita-cita murni. bila dah besar dan punya rumah sendiri (cet kau boleh membesar lagi ke, dhuha? secara lateral mungkin)..ok2 tukar ayat. bila saya sudah lanjut usia dan punya rumah sendiri, saya mahu tanam pokok bunga banyak2. mana tahu boleh buat bisnes. eh bukan2.. saya nak jadikan alternative remedy la.

tapi dengan syarat, rumah saya itu perlulah berada dalam kawasan taman atau kampung. of coursela kan. anda suka ke tengah2 sibuk melayan bau bunga, tiba2 ada bau tengik longkang la, bau asap jerebu la. potong stimla, sesungguhnya.


yes, yang macam ni la tapi tanpa pakcik itu. sorry ye pakcik. rumah ni i dah chop. design rumah jangan risau. abah dan hajar kan ade :P

Monday, October 25, 2010

Motivasi: Exam dan exam. – Langit Ilahi

Motivasi: Exam dan exam. – Langit Ilahi: "“…kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” Surah Ali Imran ayat 159."

Sunday, October 24, 2010

kezionisan dalam diri, shuh~!!!

saya selalu benci zionis.

tapi kadang2 saya tak sedar saya sendiri kadang2 lebih zionis daripada zionis itu sendiri.

zionis itu pengkhianat amanah.

zionis itu perampas hak orang lain.

zionis tidak adil.

ok, sekarang gantikan perkataan zionis dengan dhuha. nope i wont write it down coz i'm afraid i'll turn to be like them.

saya sendiri tak jauh beza daripada zionis kalau saya refuse to study dentistry. ini amanah rakyat dan kerajaan. duit yang saya guna juga duit rakyat dan kerajaan. saya tak boleh khianat amanah. orang yang khianati amanah ialah munafik. dan lebih teruk, itu perangai zionis. eee menggelikan. tak mahu!!!!

saya mungkin telah ambil hak orang lain yang lebih minat dengan dentistry dan deserved to be here, in my place. kalau saya tak buktikan yang saya memang berhak berhak berada di sini, maknanya saya perampas! sounds so much like zionis! NOOO!

saya tidak adil kepada diri sendiri, keluarga, rakyat dan kerajaan kalau saya terus buat sikap tidak endah terhadap kualiti study sendiri. must improve and keep improving!

remember dhuha, dekat IMU, u went from 'fail' during 1st sem to an 'A-' during final sem! was that an improvement? was that an achievement? wasnt it a continuous improvement? u wouldnt be here if u weren't pushing urself hard enough, dhuha.

you did that not long time ago. and you did that not because you love dentistry. you did that while you were trying to love dentistry.

falling in love is easy but to work it out in a situation where love is not there, heaps of hardwork and prayers!

remember al-baqarah, verse 216?

Allah knows.

last but not least, you can do it!

Saturday, October 23, 2010

aneh

3 hari lepas saya tiba2 pening semasa sedang buat complex amalgam di dummy head.
nauseated sepanjang hari. esoknya saya tidak ke kelas kerana pening dan nausea sepanjang hari.

hari ini masih bersimptom yang sama. mungkin sedang mengandung anak sulung.ye, itu kata beberapa orang kawan.

kalau benar, alangkah best. mengandung anak sulung.

mari saya bawa anda kepada beberapa kronologi aneh ini.

dua minggu lepas(eh ke tiga minggu lepas??) telah muncul keinginan yang aneh yang saya kira tak berapa aneh pun di usia yang semakin lanjut ini.

keinginan yang aneh yang membuak-buak telah membuat saya mengepos status FB "tak sabar nak ade baby sendiri"

kemudian saya belajar bab pregnancy untuk module biomed. bertambah-tambah keinginan aneh itu.

sekarang saya menderita beberapa simptomyam..eh..simptom orang mengandung. kadang2 berangan saya siti maryam, boleh dapat baby tanpa ayah. namun saya sedar, siti maryam darjatnya terlampau tinggi untuk saya meletakkan angan2 tersebut.

baby, ummi tak sabar nak baby keluar tapi ummi yakin, tak lama lagi je tu, ok. dan ummi tahu sangat ummi masih belum mengandung lagi. baru bercita-cita je. sebelum baby lahir, oops silap..sebelum baby menjadi embryo dan meng'implant'kan diri di uterus ummi, ummi harus berkahwin secara halal. sebelum ummi berkahwin secara halal, ummi harus menjadi wanita yang solehah. supaya baby akan menjadi manusia pilihan Allah untuk membebaskan dunia Islam daripada kemelut duniawi.

oleh itu wahai baby ummi, stay there senyap2 tanpa perlu bagi ummi praktis simptom2 ibu mengandung ye. tolong bagi ummi masa untuk menaiktarafkan diri.

ok alhamdulillah, dah dapat ilham untuk novel baru.

nak balik

mak kata jangan balik, duduk diam-diam dekat sana.

mak kata jangan balik, biar jadi tough sikit.

kalau duduk diam-diam boleh jadi tough ke mak..wuuu...nak balik tak bagi. nak jalan2, kata bazir duit. nak duduk rumah sorang-sorang macam katak dalam tempurung?

"mak, dhuha nak buat ape nanti? semua orang balik la mak."

"hish ade ke.mak dulu belajar takde nak balik-balik. dua tahun baru balik."

"mak, itu dulu. sekarang pasti ade duit untuk balik setiap tahun."

"baru je pegi dah nak balik.hmm..nak balik sangat balik jela. bukan ade apa kat rumah ni. boring jugak. nanti duit takde jangan bising." huuu mak bagi izin balik secara tidak ikhlas je bunyinye.

nanti hantar yani balik malaysia, pasti mahu menyorok masuk dalam luggage yani.

lepas tu nanti sedara mare datang sini, kena hantar dorang balik msia lagi. pasti berair mata darah melihat orang balik malaysia, saya jugak tertinggal di sini.

bring me! bring me! please bring me home!

Friday, October 22, 2010

Nama saya Mujahid part 3


Nama aku Mujahid. Umur aku 19 tahun. Aku anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Hari ini hari yang sangat gembira buat girlfriend aku, Mawaddah sebab dia dapat tawaran belajar di University of Queensland, Australia dalam bidang Biotechnology. Jadi hari ni, aku akan belanja dia.

"Thanks, sayang sebab belanja I..hehehehe.." Mawaddah tersengih gembira. Alahai sweetnyaaaa..

"Hep takmo tenkiu2..I gembira untuk you sebab tu I belanja you. You deserved this, hun..hehe.." Giliran aku pula tersengih. Girlfriend aku memang pandai gila. Top student kot dekat sekolah dulu. Walaupun aku tak seterer dia tapi aku takdela merasa diri aku tak layak. Kalau aku rasa tak layak, awal-awal dulu aku tak approach dia. Disebabkan aku memang nak sangat kat dia maka aku cuba melayakkan diri dengan belajar segigih mungkin. Tapi rezeki aku hanya di Malaysia, dalam bidang perubatan. Amacam? Takdelah inferior sangat daripada GF aku kan....tapi belum masuk lagipun first year. Baru preparation kat KTT. Tapi aku akan make sure aku akan capai matlamat aku untuk jadi seorang doktor!

"You, makanlaa..ape menung-menung tuuuu.." Mawaddah mengerutkan dahinya sambil bermuncung-muncung.

"Iye, I makanla..I nak tengok sayang I makan dengan gembira dulu..Heh.." Pandaila aku bermanis mulut kan..Padahal tengah fikir masa depan ni. Hai..apalah nasib aku bila ditinggalkan kat tanah air ni. Beralih arah tak hati dia nanti? Hati aku pulak macam mana? Boleh kekal ke hubungan jarak jauh ni? Haish musykil la pulak aku ni..hmmm.. Perlu tak aku pegi meminang dulu dia ni sebelum ada yang gatal nak kacau? Ke nak kahwin terus? Setuju tak orang depan aku ni? Hish...risau..panas punggung rasanya membiarkan GF yang hot lagi brilliant ni merantau di negara orang. Silap-silap bawak balik Mat Salleh. Berhingus darah la akuuuu..Hmm..Camne nak cakap ek..cakap kang, dia ingat aku tak konfiden dengan dia..

Diluah mati mak ditelan mati bapak..betul ke penggunaan peribahasa aku ni?

"You, sedapla mihun tomyam ni..hehehe..tenkiuuu lagi!!" Itula dia GF aku, hantu mihun tomyam. senang kerja aku tak payah belanja benda lain. tomyam tomyam tomyam. walaupun makan tempat lain-lain, tomyam tetap di hati. Macam-macam resepi kami try lepas tu compare mane yang lagi sedap. Mihum tomyam kat gerai ni katanya yang the best. Tapi mahal sikit. Tu yang belanja tu.

"Sedap sangat sampai senget kan tudung you tu. Haha.." Tersipu-sipu malu dibuatnya Mawaddah yang sweet itu. Sambil mengelap mulut yang dah kemerahan kepedasan, dia membetulkan tudungnya.

"Harap-harap kat queensland nanti ade gerai tomyam camni kan sayang.Ngeh ngeh ngeh.." Melawak ke ape GF aku ni..Agak-agakla Queensland nak ade gerai macam ni. Eh tapi tak mustahil la kan. Aku menyuap nasi goreng USA ke mulut sambil otak ligat fikir camne nak cakap soal masa depan ni.

"Palestin diserang lagi." Tiga patah perkataan daripada pembaca berita yang membuat kami terhenti makan.

"Ish tak habis-habisla isu ni. Apakata Fatah dan Hamas tu berdamai je. Bising je. Daripada makin ramai yang mati, berdamai jela. Tanah tu kongsi la sama-sama. Apela yang susah sangat." Terdengar suara cik abang di belakang aku. Mawaddah dan aku saling berpandangan.

"Apa pendapat you?" Soal Mawaddah. Wow, soalan cepucemas ni. Macam diwawancara pulak.

"You tanya pendapat I ke? Haha I ni bakal student medic. Malaslah nak ambik tau. Buku-buku A-level tu pun tak khatam lagi."

"Hmm..kalau you malas I pun malaslah. I tak faham pun ape isunya. Cuma itulah, kat Intec dulu selalu buat kempen palestin-palestin ni. Macam something yang big je." Mawaddah memandang aku. Aku diam.

"I tunggu exam habis dulula baru baca pasal diorang ni. Eh, makanla..pandang I pulak." Mawaddah tersenyum dan menyambung makan. Kuat makan.

Berita terus berkumandang sementara aku dan Mawaddah sedang enak dilamun cinta sambil makan.

"Rasululllah SAW bersabda bahawa umat Islam itu bersaudara sehinggakan apabila saudaranya sakit, dia akan jatuh sakit juga. Tapi hari ini, umat Islam sikit sekali yang bersaudara dengan kami! Ketika kami lapar, kalian makan setiap jam! Ketika kami sedang bergelap di waktu malam, kalian disimbah cahaya lampu di merata-rata! Ketika kami dikejutkan dengan bunyi bom-bom, kalian seronok dikejutkan dengan persembahan bunga api yang bermacam warna! Ketika kami melihat ahli keluarga kami diseksa, dirogol dan dibunuh, kalian duduk dalam pawagam menyaksikan filem2 yang menghiburkan! Harta-harta, tanah-tanah kami dirampas tapi kalian berbelanja sesuka hati sehingga akhirnya wang-wang kalian sampai menembus anggota tubuh kami hingga terbunuh. Kami di sini tertanya-tanya, di manakah saudara kami?? di mana?? ya Allah, di mana??? Bukankah umat Islam itu ramai tapi di mana mereka??"

Kenyataan daripada kanak-kanak Palestin berbaju hijau itu menghentikan aktiviti makan dan bersembang aku. Kata-kata itu seolah meresap terus dalam urat nadi.

"You!! Hello! Mujahid!!" Terdengar suara Mawaddah memanggil sambil melambai-lambai. namun aku tak mampu menjawab. Kata-kata budak kecik itu terus terngiang-ngiang.

"di manakah umat Islam??"

Nama saya Mujahid part 2


Nama saya Mujahid. Umur saya 6 tahun. Hari ni hari yang gembira buat saya. Ayah belikan saya pistol mainan. Besttt! Saya dah janji dengan Nu'man dan Ikram nak main sama-sama 10 minit lagi. Mesti Nu'man dan Ikram jealous tengok pistol baru saya yang lebih besar dan canggih ni.

Sebagai persediaan, saya masukkan peluru dalam pistol. Masuk air sirap pekat je sebab ayah dan ibu tak nak saya cedera. Hish, apelah..saya kan lelaki. Cedera tu perkara biasa. Saya kan kuat. Takpe, bila besar, saya nak beli yang canggih gila. Tak mainla pakai peluru air sirap ni.

"Hoi Mujahid! Cepatla! Kitorang dah ready dah ni! Tengok Ikram. Dia baru beli baju askar baru. Smart weh!" Pekik Nu'man dari luar rumah saya. Saya memandang sekilas kepada Ikram.

"Eleh! Baju lawa tapi pistol cikai-cikai je buat ape. Yang penting power! Bukan gaya!" Saya cabar Ikram dari dalam rumah.

"Bawak datangla pistol baru kau!" Ikram pula memekik. Saya terus keluar rumah. Ternganga diorang tengok pistol baru saya. Kan dah kata..memang power pistol baru ni. Tak sia-sia meraung dekat ayah mintak pistol ni.

"Fulamaaakk...Dahsyatnya...waaaaahh.." Nu'man masih belum tutup mulut. Kami terus berlari ke padang. Kami ambil port masing-masing dan memulakan peperangan tiga penjuru. Riuh-rendah padang tu dengan bunyi pistol yang bermacam-macam gaya. Mulut kami pun turut berbunyi sama.

Air sirap pekat Nu'man terkena baju Batman saya yang berwarna hitam itu. Aduh! Saya berlakon cedera. Saya menggulingkan diri bersembunyi di sebalik papan gelongsor batu lalu menembak tepat ke arah Nu'man. Baju putih Nu'man dikotori air sirap pekat dari pistol saya pula. Dari satu sudut, kelihatan Ikram juga menembak Nu'man di sebalik pokok. Peperangan terus berlangsung dan bertambah sengit.

"Nu'maaan! Baliiik! Dah maghrib ni!" Maisarah, kakak si Nu'man memekik dari rumahnya. Kami tersedar daripada peperangan sengit itu.

"Weh dah maghrib la. Kakak aku dah panggil. Balik dulu aa..esok sambung lagi." Kami pun bersurai. Balik lambat nanti, kena dengar mak kakak berleter pulak.

Saya melangkah masuk ke dalam rumah. Nasib baik lah pakai baju hitam. Tak nampak sangat kotornya. Kalau tak, mampuslah kena marah dengan ibu. Hari tu kena marah habis-habisan dengan ibu. Demi nak pujuk ibu, saya belilah sabun Fab Total dekat ibu. Sabun buku tu cuma seringgit je.

"Bu, Mujahid janji tak buat ibu marah lagi. Ni hadiah untuk ibu. Ibu tak payahla susah hati nak basuh baju kotor lagi ye. Fab kan ade. Mujahid tengok tv, putih betul baju budak yang guna Fab tu." Ibu tersenyum.

"Mujahid, kenapa tak belikan clorox je. Clorox lagi berkesan untuk baju putih." Ibu menyambut Fab Total daripada tangan saya dan dibawanya ke bilik laundry.

"Yeke Bu? Manalah Mujahid tau. Mujahid rasa bersalah dekat ibu. Cikgu kata jangan buat ibu marah nanti masuk neraka."

"Mujahid, Mujahid..lurus bendulnya anak ibu..dah pegi makan. Ibu masak sotong goreng celup tepung."

(ok dah habis flash back)

Saya tengok dekat ruang TV, ibu, ayah, kakak dan abang sedang asyik tengok TV. Tengok cerita apa tah. Langsung tak peduli saya dah balik. Saya terus ke dapur buka peti sejuk. Dahagalah. Nak minum. Saya capai gelas, tuang air sejuk dan GULP..minum...ahhh sedapnyaaaaaa air kosong....


"Ana Mujahid!"

Uhuk3..tersedak saya! Siapa pulak yang sebut-sebut nama saya tu???

"Ana Mujahid!" Pekik orang tu lagi. Saya berlari menghadap tv. Nampak ada muka budak lelaki Arab kat tv. Ustazah kata 'ana' maksudnya 'saya' dalam bahasa Arab. Maknanya budak ni nama Mujahid? Waaah..seronok pulak ade nama sama macam saya.

"Ibu! Ayah! Abang! Kakak! Tengok tu! Mujahid masuk tv la!" Cubaan untuk melawak gagal. Diorang semua sedang gigih menonton tv dengan dahi berkerut. Saya tengok ibu dan kakak dah menangis. Eh cerita apa ni? Saya tak faham sebab budak tu cakap arab. Lepas tu saya nampak senikata kat bawah.

"Nama saya Mujahid! Semalam semua ahli keluarga saya berkumpul! Emak, ayah, abang-abang, kakak-kakak, semuanya sedang memasak masakan istimewa untuk saya dan abang saya yang baru pulang daripada latihan peperangan. Mereka memasak makanan yang tak pernah saya makan seumur hidup! Ayah kata 'ini rezeki kita hari ini.' Kami semua bersyukur, ya Allah..bersyukur! Tapi belum sempat pun menjamah makanan, kampung kami diserang zionis jahanam! Semua orang bertempiaran lari! Ayah suruh saya bawa emak saya sembunyi. Saya dan kakak-kakak bawa emak yang sarat mengandung sembunyi belakang bangunan kelabu sana tu. Abang-abang saya keluar bertempur selamatkan orang kampung. Kakak-kakak saya terbunuh! Emak saya terbunuh! Ayah saya terbunuh! Abang-abang saya ditahan! Kini saya tinggal bersama adik saya yang baru dilahirkan! Allahu Allah! Saya akan jaga adik saya. Saya akan carikan makanan untuk adik saya. Tapi saya tak akan bagi dia makan manaeesh dan mahshi lagi! Sebab itu bukan makanan kami! itu bukan rezeki kami!" Mujahid yang dalam tv tu menyeka airmatanya. Saya terpaku. Terasa satu perasaan yang luar biasa.

"Laaa!(tidak). Saya tak akan menangis lagi! Anda tahu siapa saya? Saya Mujahid! Anda tahu apa maksud Mujahid? Seorang pejuang! seorang pejuang takkan berhenti berjuang! Tak akan menangis! Allah akan bersama saya!" Sekali lagi saya rasa perasaan yang aneh.

"Wahai zionis jahanam! Saya akan pastikan bumi ini bebas kembali! saya akan pastikan tiada airmata wanita dan kanak-kanak yang mengalir lagi! Allah telah memberkati bumi ini dengan para nabi dan para pejuang agama suci ini! Sesungguhnya darah umat Islam yang tumpah di bumi ini bukanlah darah yang sia-sia! Wahai umat Islam seluruh dunia! Anda tidur! Anda tak akan pernah faham apa yang kami lalui! Abangku pernah berkata tiada kanak-kanak yang sematang diriku di dunia ini. Saya tak memahami kata-katanya. Bagaimanakah menjadi kanak-kanak yang sebenarnya? Tiada masa untuk saya berlaku tidak matang kerana sesungguhnya usiaku ini berharga untuk agamaku, untuk ummah Rasulullah SAW." Saya terasa mendengar kata-kata Mujahid dalam tv walaupun saya tak berapa faham. tetapi saya terasa seperti termasuk dalam golongan yang dimarah oleh Mujahid itu.

Kamera tv membawa kami melihat suasana rumah Mujahid yang sudah hancur. Mujahid menunjukkan sisa-sisa makanan istimewa yang belum sempat dijamahnya. Wartawan bertanya tentang adiknya yang baru lahir itu. Sambil mendukung adiknya itu, Mujahid menjawab,

" Saya bersyukur telah menjadi abang. Saya bersyukur memegang tanggungjawab yang besar ini. Adik ini saya bagi nama Syahid, sempena memperingati seluruh ahli keluarganya yang mati syahid sewaktu kelahirannya. Saya juga berharap dia dikurniakan mati syahid suatu hari nanti. Saya Mujahid. Adik saya Syahid. Kami akan menang sebagai Mujahid atau kalah sebagai Syahid!"

Saya tak sedar saya telah menitikkan airmata.

"Rasululllah SAW bersabda bahawa umat Islam itu bersaudara sehinggakan apabila saudaranya sakit, dia akan jatuh sakit juga. Tapi hari ini, umat Islam sikit sekali yang bersaudara dengan kami! Ketika kami lapar, kalian makan setiap jam! Ketika kami sedang bergelap di waktu malam, kalian disimbah cahaya lampu di merata-rata! Ketika kami dikejutkan dengan bunyi bom-bom, kalian seronok dikejutkan dengan persembahan bunga api yang bermacam warna! Ketika kami melihat ahli keluarga kami diseksa, dirogol dan dibunuh, kalian duduk dalam pawagam menyaksikan filem2 yang menghiburkan! Harta-harta, tanah-tanah kami dirampas tapi kalian berbelanja sesuka hati sehingga akhirnya wang-wang kalian sampai menembus anggota tubuh kami hingga terbunuh. Kami di sini tertanya-tanya, di manakah saudara kami?? di mana?? ya Allah, di mana??? Bukankah umat Islam itu ramai tapi di mana mereka??"

Saya sudah berada dalam pelukan ibu. Kami sama-sama menangis.

"Ibu, Mujahid nak ikut dia.." janji saya pada ibu dan pada diri sendiri. pada Allah, saya berdoa janji ni berjaya dikotakan. Ameen...

Tuesday, October 19, 2010

Nama saya Mujahid part 1


Nama saya Mujahid. Umur saya 6 tahun. Saya anak bongsu daripada 6 adik-beradik. Hari ini hari yang gembira buat Abi, Ummi, Umar, Khalid, Zeinab, Ibrahim dan Khaulah.

Ummi sibuk di dapur menyediakan juadah istimewa buat kami, roti leper yang dibakar. Kata Ummi namanya manaeesh. Saya tak pernah makan manaeesh. selalunya Ummi hanya masak roti kmaj atau nasi yang dimakan bersama terung. Tapi biasanya hari-hari kami makan kmaj kerana kesukaran untuk dapat bekalan beras dan sayur-sayuran. Abi pernah menanam pokok terung di belakang rumah lama kami namun hanya beberapa tahun je kami dapat merasa terung itu. Pokok terung dan rumah kami itu akhirnya hancur dibedil kereta kebal pengganas Israel.

Sejak itu, kami terpaksa tinggal di kem pelarian dan terpaksa mengikat perut sebab bekalan makanan yang tak cukup. Saya pernah dengar Abi kata dekat Umar, bila tinggal beramai-ramai dalam kem pelarian, kita tak boleh pentingkan diri sendiri. Kita kena utamakan wanita, orang tua dan kanak-kanak. para pemuda dan lelaki yang gagah tidak sepatutnya berebut-rebut dengan golongan yang lemah untuk mendapatkan makanan. Waktu saya dengar Abi cakap macam tu, saya ludahkan balik makanan yang Ummi tengah suapkan kepada saya. Ummi marahkan saya kerana membuang rezeki.

"Ummi, Mujahid ialah orang lelaki yang gagah. Mujahid tak boleh makan hak golongan yang lemah dan memerlukan." Saya rasa malu menelan hak orang lain. Saya tengok airmata Ummi tumpah. Saya cepat-cepat minta maaf dekat Ummi sebab meludah rezeki. Ummi dan Abi memeluk saya. Ummi cakap, "cepatlah membesar, anakku. aku melihat masa depan Islam dan negara ini cerah dengan adanya kau." saya bersemangat mendengar kata-kata Ummi. saya berdoa kepada Allah agar saya cepat membesar supaya Ummi tidak menangis lagi.

Saya memandang Ummi yang berpeluh-peluh menguli roti leper itu untuk kami. Kadang-kadang Ummi memegang perutnya yang besar berisi adik saya itu. Ummi kata tak lama lagi saya bakal jadi seorang abang. Saya sangat gembira jadi abang. Maknanya saya akan jadi seperti Umar. Seperti Khalid. Seperti Ibrahim. Saya akan jadi ketua. Saya akan jadi pemimpin. Saya akan jadi Imam. Alhamdulillah. Setiap hari saya bagitahu Allah yang saya bersyukur saya bakal jadi abang.

Saya memandang pula Abi. Abi sedang menjaga api dapur. Sambil menjaga api, Abi bergurau dengan Ummi. Ummi ketawa kecil. Abi pun ikut ketawa. Abi memegang perut Ummi sambil berkata sesuatu kepada perut Ummi. Ummi ketawa kecil sambil memegang tangan Abi. Abi mengelap peluh di dahi Ummi. Ummi pun membalas perbuatan Abi. Saya tersenyum memandang Ummi dan Abi. Bila saya sudah dewasa nanti, saya juga mahu mempunyai isteri seperti Ummi dan menjadi suami seperti Abi.

"Ya Mujahid. mari dekat sini." Ummi menoleh lalu memanggil saya. Saya berlari-lari kecil ke arah Ummi dan Abi. Terasa hangatnya api dapur itu.

"Pegang perut Ummi ni." Ummi mencapai tangan saya. saya memegang perut Ummi. Saya dapat rasa perut Ummi bergerak-gerak. Saya tersenyum memandang Ummi dan Abi. Saya tak tahu nak cakap apa. Saya rasa kagum bercampur hairan. Saya memegang perut sendiri. Ummi dan Abi ketawa kecil.

"Ummi, Mujahid tak pernah rasa perut Mujahid bergerak-gerak macam perut Ummi pun. Kenapa Ummi?" Ummi hanya tersenyum.

"Mujahid, adikmu sedang menendang-nendang perut Ummi. Hehe.." jawab Abi.

"Ya Ummi. Ya Abi. adik Mujahid ni jahat ke? Mujahid sendiri tak pernah tendang perut Ummi! Nantilah bila dia lahir, Mujahid mesti ajar dia!" Ummi dan Abi tergelak mendengar kata-kataku. Apa yang kelakarnya punya adik yang jahat?

"Ini biasa, Mujahid. Adik Mujahid ni penat tinggal lama-lama dalam perut yang sempit ni. Dia dah tak sabar nak keluar. Dia nak berlari-lari dengan Mujahid." Terang Ummi lemah lembut. Kata-kata Ummi buat saya tersenyum.

"Adik, Mujahid pun tak sabar! Hehe..." Saya memegang perut Ummi lagi. Adik menjawab dengan menendang-nendang perut Ummi. Sungguh seronok! Adik dah kenal saya!

"Hai Mujahid. Dah bangun tidur? Baguslah. Cepat tolong Zeinab dan Khaulah kat depan. Aku dan Ibrahim nak solat Dhuha." Umar tiba-tiba muncul di pintu dapur.

"Aku pun nak ikut solat!"

"Kau boleh solat dengan Khalid lepas ni. Dia balik kejap lagi." Umar menepuk-nepuk kepalaku dan berlalu bersama Ibrahim ke bilik air untuk mengambil wudhu'.

Khalid nak balik kejap lagi?? Yayyy!!! dah lama tak jumpa Khalid. Abi ada bagitahu yang Khalid akan pulang tapi saya lupa pulak harinya. Sudah setahun Khalid pergi. Abi kata, Khalid pergi tunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam dengan menjalani latihan bersama pejuang mujahidin. Tak lama lagi Ibrahim akan menyusul. Manakala Umar telah tamat sesi latihan dan sibuk dengan pelbagai tugas di luar. Saya juga mahu ikut jejak mereka.

Saya melangkah ke depan. Di situ Zeinab dan Khaulah sedang mengepalkan sesuatu. Saya hanya melihat dengan perasaan hairan sambil mengerutkan dahi.

"Ini lebihan makanan di tempat kerja Umar. Kitorang tengah buat mahshi. Sayur-sayur ni semua dah dilumatkan. Ni tinggal nak gulung dan sumbat je. Kau tengok dulu kami buat lepas tu kau ikut." Kata Zeinab.

"Kenapa semua orang masak pelik-pelik hari ni? Semua nampak gembira. Ada apa?" Saya memerhatikan perbuatan Zeinab dan Khaulah.

"Khalid kan balik hari ni." Jawab Khaulah sambil menggulung kubis. Zeinab tersenyum sambil tangannya ligat menyumbat campuran sayur-sayuran. Saya akhirnya dapat menangkap langkah-langkah pembuatan mahshi dan turut sama ligat membuat mahshi bersama mereka. Sambil itu Khaulah mahu saya tasmi' (memperdengarkan) hafalan surah al-kahfi kepada mereka berdua.

Mahshi dan alunan al-kahfi bergaul mesra di ruang depan rumah. Umar dan Ibrahim masuk ke ruang depan sambil bersama-sama membuat mahshi dan mendengar saya membaca surah al-kahfi. Lama-kelamaan mereka semua ikut bersama-sama menghabiskan surah al-kahfi. Serentak itu juga mahshi selesai diproses. Zeinab dan Khaulah membawa mahshi-mahshi itu ke dapur untuk dimasak.

"Ini, buku nota aku. Nota-nota ini aku tulis semasa aku seusia dengan kau. Ibrahim dah khatam nota ni. Sekarang aku nak bagi kau. Semoga kelak kau jadi pahlawan agama yang dimuliakan Allah." Umar menghulurkan sebuah buku yang kulitnya tidak sempurna sepertimana kulit-kulit kitab lain yang berada di rumah ini termasuklah kitab al-Quran. Saya menyambut dengan gembira. Seolah-olah telah diberi kepercayaan yang besar oleh Umar untuk saya jadi lelaki dewasa. Saya rasa saya mampu menjadi seperti Umar, seperti Khalid dan seperti Ibrahim.

"Apa yang kau senyum sorang-sorang tu Mujahid? Lekas, kita tolong Abi kemas di luar." Ibrahim memanggil saya di muka pintu. Saya berlari-lari perlahan ke luar rumah. Abi sedang mengangkat keluar sampah-sampah dari dapur. Umar dan Ibrahim sama-sama menyusun batang-batang kayu di luar. Batang-batang kayu itu mereka buat untuk baiki rumah dan perabot. Saya juga tengok Ummi guna batang-batang kayu itu untuk bakar dapur.

Saya berlari ke arah Abi yang sedang menggalas bungkusan sampah di bahunya. Saya menolak bungkusan itu di belakang Abi agar dapat ringankan beban Abi. Abi senyum. Saya suka. Saya menoleh ke kanan dan melihat sebuah susuk tubuh yang seperti dikenali. Di dahinya terikat sehelai kain hijau.

"Khalid! Abi, Khalid! Ummi, Khalid! Umar, Khalid! Ibrahim, Khalid! Khaulah, Khalid! Zeinab, Khalid! Khalid dah balik!!!" Saya berlari-lari keliling rumah memanggil semua orang. semua orang bergerak menuju Khalid. Khalid berpelukan dengan semua orang sambil menangis. Khalid meluru ke arah saya dan mendukung saya. Khalid mencium wajah saya. Saya juga mencium wajah Khalid. Saya memeluk Khalid sekuat hati sambil menyebut alhamdulillah. Rindunya, Ya Allah. Terima kasih ya Allah sebab bagi saya jumpa dengan Khalid lagi. Saya masih ingat hari terakhir Khalid bersama saya, Khalid bercerita kisah Rasulullah kepada saya sebelum kami tidur.

"Esok aku akan pergi. Tapi InsyaAllah, dengan izin Allah, kita pasti jumpa lagi. Aku mahu berhijrah seperti Rasulullah. Dan aku akan pulang ke kampung asalku seperti Rasulullah kembali ke Makkah, biiznillah. Kau mesti jadi pemuda yang gagah bila aku balik nanti." Pagi itu Khalid pergi sebelum Subuh, sewaktu saya sedang lena diulit mimpi. Sepanjang hari saya menangis kerana tak sempat hantar Khalid pergi. Saya marahkan diri sendiri sebab terlalu lena tidur. Sejak itu saya pastikan saya mesti bangun sebelum Subuh.

Hari ini Khalid telah pulang. Semua orang gembira. Saya terlebih dahulu mengajak Khalid menunaikan solat Dhuha bersama saya. Saya sangat gembira berimamkan Khalid. Sudah lama saya rindukan suara merdu Khalid mengalunkan ayat-ayat Allah.

Setelah selesai solat Dhuha, Kami berkumpul ramai-ramai di ruang tamu dan berbual macam-macam dengan Khalid. Banyak kisah yang Khalid kongsikan dengan kami. Khalid bercerita tentang dia terperangkap dalam terowong. Khalid bercerita tentang tentang pengganas Israel yang berjaya menangkapnya sewaktu dia sedang berkawal pada waktu malam. Khalid di belasah dengan teruk dan dikencingkan oleh askar zionis yang keji itu. Kemudian dia telah dipenjara dan diseksa selama 3 hari kemudian dilepaskan kerana beberapa orang pegawai penjara zionis menjadi gila semasa mengawalnya di penjara, sedangkan Khalid tidak berbuat apa-apa kecuali bersolat dan berzikir mengingati Allah. Khalid yakin, itu pertolongan Allah.

Saya kagum mendengar kisah-kisah Khalid. Sedang kami rancak berbual, Ummi, Zeinab dan Khaulah membawa masuk hidangan yang telah siap dimasak. Baunya sungguh harum, subhanallah. Inilah pertama kali saya dapat bau makanan yang harum.

"Alhamdulillah. Ini rezeki kita hari ini. Tentu Mujahid tertanya-tanya kenapa hari ni nampak sangat istimewa kan?" Abi memandang ke arah saya. Saya tersenyum sambil menjawab "sebab Khalid balik!" Saya memandang Khalid dengan rasa bangga.

"Betul. Tapi kami juga meraikan kamu wahai Mujahid." Saya terkedu. Meraikan saya? Semua orang tersenyum memandang saya.

"Betul, Mujahid. Abi tak bohong. Kami meraikan Mujahid yang berjaya khatamkan al-Quran dan berjaya menghafal 15 juzuk al-Quran!" Saya terkejut.

"Subhanallah! Alhamdulillah! Mujahid rasa tak patut nak raikan Mujahid sebab Mujahid masih kecik lagi. Mujahid belum jadi pemuda gagah macam Umar, Khalid dan Ibrahim." Saya menggaru-garu kepala yang tak gatal.

"Ah kau ni. Aku percaya tiada kanak-kanak 6 tahun yang lebih dewasa daripada kau di dunia ni!" Khalid menepuk-nepuk belakang saya.

"Kau mana tahu, Khalid. Kau belum pernah jumpa semua kanak-kanak 6 tahun di dunia ni." Saya membantah.

"Hahaha..aku tahulah sebab kau adik aku!" Khalid menarik pipi saya. Saya benci diperlakukan macam tu. Macamlah saya masih kanak-kanak lagi. Saya mencebik.

"Dia tak suka orang tarik pipi dia. Dia orang dewasa, kau tahu!" kata Umar kepada Khalid. Rumah jadi riuh rendah dengan gurauan mereka. Saya rindu suasana ini. Jarang-jarang kami sekeluarga dapat berkumpul. Biasanya orang-orang lelaki dalam rumah ni keluar bekerja berhari-hari. Ibrahim pula sibuk di kuliah. Saya hanya selalu bersama Ummi, Zeinab dan Khaulah di rumah ini. Sebagai seorang lelaki, sayalah yang bertanggungjawab menjaga mereka di rumah. Walaupun Zeinab dan Khaulah selalu kata mereka yang lebih besar lebih bertanggungjawab, tetapi saya lelaki. Saya tetap ketua walaupun saya jauh lebih muda dan lebih kecik daripada mereka.

"Sudah, sudah. Mujahid, bacakan al-fatihah dan doa makan." Abi mengeluarkan arahannya.

Saya menadah tangan. Bismillahirrahmanirrahiim...

"BAAAMMMM!!!"

Sunday, October 17, 2010

♦ tidur


salam wbt..

saya bukan nak salahkan new zealand tapi peredaran waktu yang cepat dan waktu malam yang tiba2 jadi pendek buat saya konfius. buat saya rasa saya tak cukup tidur lalu sesuka hati menambah waktu tidur. telah berkali-kali mengingatkan diri sendiri sambil diingatkan orang lain, jangan melayan nafsu tidur dengan bersungguh! namun dah dua minggu habit buruk ini terlekat dalam jadual waktu.sediiihh T__T

setiap kali bangun, mengutuk-ngutuk diri sendiri sebab terlebih tidur. hypersomnia. macam2 banner dah tampal dalam bilik untuk menguatkan semangat namun mengubah sesuatu dalam diri bukan mudah tapi saya yakin saya boleh! jadi pagi ini berusaha membaca lagi pasal benda yang sama. tentang tidur.

lepas tu saya buat banner ini:




dan ini:

dua2 pun terkandung ayat yang sama daripada surah az-zariyat: 15-18..

harap saya akan terus maju jaya. kecewa sebab selama 2 minggu jugalah tahajjud tergelincir. rasa macam amat lemah iman ini. lebih suka ikut cakap syaitan. astaghfirullah..

kata-kata hikmah daripada ahli2 agama lain juga meniupkan semangat.

" The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep."






"The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night."



saya mahukan syurga itu yang mengalir air sungai di bawahnya. saya mahu tergolong dalam golongan yang bertakwa. yang sentiasa berbuat baik dan yang sedikit tidur malamnya. yang memohon ampunan Allah di akhir-akhir malamnya...taqabbalallah...ameen~

Saturday, October 16, 2010

♦ sekadar melepaskan rindu

assalamualaikum blog :)..dah cantik dan lain benor kamu ye.kih3...

masih dlm mode berehat. saya rasa amat tidak layak untuk berblogging sekarang lantaran hati sedang dalam mode 'repair'...oleh itu berkeputusan untuk 'bersembunyi'...rasa tak layak utk menasihati juga kerana diri ini ini yang sebenarnye memerlukan nasihat. but ego saya masih tinggi, tak mampu mintak nasihat kat sape2. nak sangat mintak nasihat tapi entahla. saya cuma ade Allah untuk mengadu semua benda. ade kawan pun macam takde kawan sebab saya tak bersedia bercerita dan meminta nasihat.

maka, saya jelah menasihati diri sendiri.

dan akhirnye, ke blog ini juga kutumpahkannya. sori belog :P

sgt serabut. maka demi tak mahu serabut, demi memfokuskan kepada study, demi proses 'healing', saya sembunyi. belog dibuka kepada yg diberi izin saje.

tak lama lagi insyaAllah akan di'masyarakat'kan..

sedang dalam proses brainstorming untuk novel terbaru juga. eh sempat pulak kau eh dalam keadaan serabut2 ni wahai dhuha. bukan ape, bila ade masalah, barulah ade ilham untuk menulis novel. dan akhirnye novel itu akan terselit emosi2 saya dan secalit-dua kisah sendiri. bukan syok sendiri, tapi kadang2 masalah hadir dengan ilham. cant help it. pemuisi terhebat lahir dalam keadaan dirinya penuh ujian. karya2 hebat biasanya terbit daripada hati2 manusia yang sedang dalam kesusahan, yang sedang berada di penjara, yang sedang dalam tekanan hebat. di waktu itulah, karya akan lebih berperasaan kan? maka lebih menyentuh hati kan?

cakap pasal novel terbaru, bukanlah baru sangat pun. tunggu dan lihat jelah. hehe..cet tak mampu nak bersembunyi. saya sebenarnye sedang mencamtumkan dan menghybridkan novel 'diari laila' dan 'aurora'.

kalau anda perasan, diari laila dah lama tergantung. buntu, xtahu nak buat ending. dan sekarang saya buang terus novel itu daripada blog ini krn saya dapati ada unsur2 sesat. bila baca balik, saya mcm "hey,dhuha! ape yang engkau tulis ini?? orang bertunang mane boleh ber i miss u, i miss u!"..demi tak mahu mensesatkan pembaca, saya buanglah. tp of course saya ade simpan copy untuk di edit dan alter balik cerita itu.

insyaAllah coming soon.cuti summer perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

mak risau saya delete FB. mak ingat saya merajuk sebab beliau tak bagi saya balik. kerisauan emak sampai memaksa adik saya mesej yani di FB untuk bertanya perihal saya. kecoh satu family yg FB saya dah hilang. "mak, dhuha rase serabut notification sane sini. sebab tu delete.lagipun tgah mode exam." saya bagitahu emak. tak baik membiarkan emak risau. silap2 boleh keluar paper "FB pelajar pergigian otago hilang."

saya salahkan new zealand. kemudian saya rasa bersalah kerana menyalahkan new zealand. saya menuding jari kepada new zealand padahal lagi 4 jari sedang tertuding kepada diri sendiri!

sesungguhnya manusia diberi 2 jalan. jalan kebaikan dan kejahatan. manusia yang diberi pilihan. bukan new zealand yang diberi pilihan. so apa2 yang jadi, sila salahkan manusia yang memilih itu. yakni diri sendiri.

saya juga tak suka dentistry. betul2 tak suka. serius tak suka. dan itu bukan pilihan saya. menjadi dentist tak pernah terlintas di benak fikiran. tapi walaupun saya tak pilih, saya yang memilih untuk dengar cakap mak abah. maka, tetap pilihan saya. maka tetap kena lalu. tak boleh berhenti separuh jalan. i have no one to tell this, i mean to tell that 'i hate dentistry'..oh ade, saya bagitau cousin yang juga amik dentistry dan juga benci dentistry. kami berkongsi kebencian. tapi kami sama2 memujuk diri "xpe, we're going to survive! we're not alone! redah je!" redah dan redha. sesuatu yang amat bernilai untuk terus berada di sini.

mak pun belajar sesuatu yang dia tak suka. mak amik architecture, which is not her passion at all. tapi mak berjaya habiskan 5 tahun dalam bidang yang tak disukainya tanpa mengulang mana2 tahun! kalau mak boleh buat, kenapa tidak saya? cuma mak best sebab time dia balik msia, ekonomi gawat, kerajaan bubar kontrak bonding. maka mak jadi suri rumah sepenuh masa. saya pula, 10 tahun kena bekerja dengan kerajaan. rasenye kalau ekonomi gawat pun, kami tetap kena kerja sbb bidang kami bidang perkhidmatan.

tp saya rasa xpe kerja. saya cuma tak suka belajar dentistry je. tapi after 10 tahun kerja, saya nak jadi suri rumah macam mak :D..boleh masak, jahit, kemas rumah..working hours yang cukup flexible yang mana bila suami takde, kita jadi boss dekat rumah. masuk kerja pukul berapa pun ikut suka hati. tapi kena bear in mind kalau masuk kerja lambat, huru-hara lah rumah. nanti kena marah dengan domestic manager, iaitu mr. hubby

dhuha akan melalui semua ini. belajar je. bukan susah pun. ketepikan rasa benci like what u did to physics n geography dulu. 2012 habis belajar.

oh oh! ade berita sungguh best di sini. dental school saya tukar silibus. tahun depan merupakan final year kami. tahun depan final exam kami. tapi kami tak grad lagi. 5th year nanti hanya akan bekerja dan bekerja. 6 bulan akan di hantar ke kampung maori kat north island of NZ. baki lagi 6 bulan terakhir tu, kerja lagi. takde written exam sume. pastu grad. menarik kan.

see, dhuha..betapa Allah dah mudahkan. lagi setahun je kau kena study dentistry. lepas tu kerja dan kerja je.setahun je lagi dhuha! GO GO! lepas tu boleh berfikir lebih serius tentang berumah tangga. hoho mcm lah sekarang tak fikir dengan serius. tapi 5th year spt ade prospektus yang bagus utk berkahwin kan? btw, prospektus tu ape eh? sesuka hati je guna ni. mcm professional sikit rasa. mcm lebih serius tentang perkahwinan.

minggu ini pula sungguh bertemakan hometown. saya beli ketam last weekend. sambil beli ketam sambil tergaru-garu. saya alergik ketam. dan udang. dan lobster. tapi saya jenis yang tidak berpantang larang. main redah je makan.

ok ok cerita ketam semula.

saya beli ketam sekilo iaitu bersamaan dengan 4 ekor ketam dengan harga yang cukup murah, $6.50..saya tak tahu masak ketam. tak pernah siang ketam. sebab mak jarang masak ketam. jarang ade peluang mahu belajar. kalau ade peluang, saya lepaskan demi nak tengok tv. lagipun saya alergik ketam. cuci kerang pn tergaru-garu. ape lagi cuci ketam. itulah alasan saya tak berminat untuk belajar msk ketam.

tak sangka pulak dekat sini craving ketam sangat2.. bila diserahkan je seplastik ketam kat saya, terus tergaru-garu. bila nak siang ketam, terpaksa tgk tutorial kat you tube. perasaan menyiang ketam? sungguh best sebab badan ketam sungguh best di explore. uniknya ketam. kena bukak cengkerang, korek sana, korek sini. yang kelakar tu masa mula2 pegang ketam, saya cuak tengok mata ketam. saya rasa dia masih hidup dan senang merenung saya. "ape pandang2 haa?? aku nk makan kauu!"

ketam yang beku itu saya basuh dengan air suam. tiba2 tangan dia gerak. saya takut dan campak ketam dalam sink kerana saya fikir ketam itu masih hidup. padahal mmgla kakitangan dia gerak sebab dia dah tak dlm stage beku.

saya masak ketam masak lemak cili api. sungguh sedap. saya buat sambal belacan jugak. sungguh mengancam. saya potong timun dan salad. buat cicah sambal belacan. sungguh rasa at home.seminggu saya makan hidangan yang sama. tak bosan2 sebab sungguh rindu nak mkn makanan kampung :)..mcm nak nangis terharu bila makan.menangis kepedasan juga..hehe..lepas tu nak nangis sebab hari2 tergaru-garu namun masih tak serik walau kulit sudah mengering. pakai losyen macam pakai facial mask. adakah ade kena mengena ek? tak pernah alergik sambil kulit kering sebelum ni. setakat naik ruam eczema tu biasela.

hari jumaat saya beli ubi keledek, keladi dan pisang. mereka itu saya buat bubur pengat. sekali lagi rasa at home. petang tadi saya goreng baki ubi keledek celup tepung.oh sungguh at home sambil layan air teh. pagi tu pulak yani masak nasi lemak. sungguh at home. "minggu at home" buat saya :)

dah banyak resepi belajar.insyaAllah kalau berkelapangan akan share di blog ini.

inilah akibatnya lama tak berblogging. semuanya nak dihamburkan sekaligus.