Monday, March 2, 2015

Stok susu cair?

*panic mode*

Rasa nak terjun gaung bila malam tadi buka freezer dan tengok-tengok semua stok ebm saya dah cair!!!!

Rasa frust menonggent. Bersusah payah saya pam susu buat stok dalam freezer lepas tu cair semua serentak! Tapi teringat sabda nabi orang islam ini ajaib, ditimpa musibah pun dia cakap alhamdulillah dan bersyukur. So dhuha...bertenang..bertenang..and say alhamdulillah

Alhamdulillah. Pasti ada hikmah semua ni. Lalu saya pn cepat2 google cari jalan penyelesaiannya. Rupanya susu yg cair tu boleh bagi minum dalam masa 2-3 hari sebab dia duduk dalam kawasan yang sejuk dan dikelilingi ais.

Oh meh saya cerita pasal freezer saya tu. Freezer tu ialah sejenis deep freezer yang berpintu, iaitu upright freezer yang ade drawer tu. Pastu masa kejadian berlaku ais penuh kat sekeliling termasuk pintu sampai semua drawer tu tak boleh nak bukak. Tp susu semua cair, nak selamatkan xdapat pulak sebab drawer takleh bukak. So saya off freezer untuk 1 malam supaya ais-ais kental tu mencair. 

Maka saya assume suasana freezer yg masih berais kental tu masih mampu memelihara susu saya daripada serangan bakteria. Pagi ni drawer dah boleh buka so semua susu saya pindahkan ke fridge dan akan dihabiskan Hariz sepanjang hari. Kalau x habis terpaksalah buang.wuuu what to do

Saya tak berani nak bagi hariz consume susu tu sampai esok lusa sebab saya tak pasti berapa lama dah stok susu tu cair. So sad..sejak jadiibu ni i mmg literally cry over spilled milk. Now i cried over melted frozen milk. Let it goooooo let it goooooo

Tapi macam saya kata mesti ade hikmahnya. Mungkin susu tu memang dah xberkhasiat utk hariz. Mungkin memang bukan rezeki hariz. 

Disebabkan peristiwa malang tu, maka hariz kena habiskan ebm hari dan saya mestilah kena pam. Sekian lama x pam susu sebab dah jadi surirumah kan..lepas tu last week masa balik nilai, breastpump saya rosak. Tiba2 suction dia slow sangat walaupun dah tekan yang maximum. Sebelum tu langsung x rasa suction sebab ada silicone bead tersekat di tube opening. So hari ni desperate nak pam susu maka try la guna pam tu balik. Suddenly ade bunyi pelik clink clank klik klik klik..ececehh berusaha betul nak tiru bunyi tu

Laaa ade satu lg silicone bead tersekat dalam tube opening tu rupanya..aiseh..actually saya simpan beastpump dalam beg dia yg ade byk silicone beads. Lain kali nak simpan breastpump make sure xde benda-benda kecik2 ni

Nak set menyusu Shaklee yang awesome?

Please contact me :)



No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~