Thursday, May 31, 2012

jom bersedia jadi ibu!



For the sake of Allah, my dear Muslim sister, if you cannot change the habits of your father, brother or husband, at least wake up and and realize that there is still ONE man in the world whom you CAN change for the better – and that is your son! 


wanita penggoncang dunia

saya telah membaca latest entry daripada kak jannah. tentang psikologi kanak-kanak. tetapi applicable juga untuk semua peringkat umur i think. kak jannah juga share beberapa artikel. go check these out.


sangat bermanfaat insyaAllah!

as a future mom, it is important for us to know what to expect so that we know what to prepare. to be a mom, we are not supposed to think just about the things to buy or the budget to invest for our kids or whatnot. but most importantly we have to be prepared mentally, emotionally and spiritually. 

MENTALLY

equip yourself with appropriate knowledge about motherhood. know how it's like to be a mom by talking to your mom, aunties, or anyone or just read through any magazines or books regarding motherhood. and besides that, enrich your knowledge about kids. kids can be a horrible creature if you don't know how to manage them. 

PHYSICALLY
take care of your diet as you will need more energy to bear a child and to raise a child. do some regular exercises too

SPIRITUALLY
Especially for muslim mothers, do not neglect your obligations to Allah. Always pray for yourself and your child. Make sure you have enough spiritual strength to face all sorts of stress that are coming on your way. 

TADAAA! there u go, an unmarried lady here is giving you tips on how to prepare yourself to be a mom! agagaga i am not going to write a long essay on that because obviously i don't have enough experience to actually share with you guys. and plus, my readers are not quite there yet on becoming a mother. hoho.. well actually those are just examples.

so apa yang saya sebenarnya nak cakap ialah (tukar bahasa ok)

menjadi seorang perempuan mempunyai peranan dan tanggungjawab yang sangat besar dalam masyarakat. bukan sekadar menjadi ratu hati, isteri trofi ataupun orang gaji/suruhan. its more beyond that. 

perempuan bakal menjadi seorang isteri dan ibu. isteri sangat berperanan besar menjadi pengurus rumahtangga merangkap PA suami. kalau isteri weng maka suami pun weng, pergi kerja kusut masai, tak cukup nutrisi, sakit sana sakit sini, berhutang sana sini etc..seorang ibu pula berperanan membentuk dan mendidik anak-anak. anak-anak yang membesar menjadi tokoh masyarakat, penjenayah etc...lihatlah siapa yang membesarkannya.



lihatlah betapa besarnya peranan wanita. di belakang kejayaan seorang lelaki, ada wanita di belakangnya. maka wanita diletakkan sebagai tulangbelakang yang penting dalam pembinaan sebuah sistem sosial. tapi ramai wanita tak sedar peranan yang besar dan mulia ini sebenarnya tergalas di bahu mereka. often mereka menganggap mendidik anak itu kerja remeh, tidak sesuai dengan status mereka sebagai seorang wanita metropolitan. melayan suami itu bukan kerja mereka. maka oleh sebab itu kita dapat lihat betapa pincangnya sistem sosial kita hari ini. kes perceraian naik dengan mendadak. kes gejala sosial remaja juga tak putus-putus dijadikan tajuk utama akhbar harian. fitnah wanita? pada pendapat saya, ya ini sebahagian daripada fitnah wanita bila wanita tidak lagi mengikut fitrahnya.

not going to talk about being a wife. mari kita melompat ke hadapan sedikit. fokus tentang peranan ibu. well i found that bila memikirkan peranan ibu, saya lebih serius untuk improve diri sendiri. ia (improvement) adalah investment jangka panjang untuk kehidupan saya dan kehidupan generasi akan datang.


gambar ini sangat memotivasikan diri saya sejak 3 tahun lalu

siapakah lagi yang lebih layak menjaga anak sendiri kalau bukan ibunya sendiri? naluri keibuan yang tertanam secara semulajadi dalam diri wanita itu akan menjadikan ibu-ibu sentiasa mahu yang terbaik buat anak-anaknya. namun kadang-kadang ibu-ibu meletakkan neraca 'yang terbaik' itu hanya dalam konteks duniawi dan materialistik tanpa melihat implikasinya di akhirat kelak. dan most of the time ibu-ibu hanya menggunakan ilmu duniawi untuk define 'yang terbaik untuk anak-anak' tanpa terlebih dahulu merujuk ilmu wahyu berdasarkan al-quran dan ilmu yang bersandarkan sunnah nabi.

maka wujudlah ibu-ibu yang memasukkan anak-anaknya ke pelbagai kelas dan tuisyen supaya anak-anak mereka akan menjadi 'bijak' dan 'all-rounder' tanpa menyedari yang mereka secara perlahan-lahan sedang memusnahkan masa depan anak-anak. mendedahkan anak-anak dengan kawan-kawan yang tidak baik, mendedahkan anak-anak dengan perlumbaan duniawi, mendedahkan anak-anak dengan tekanan demi tekanan.

ibu-ibu kena ingat, masa depan mereka bukan hanya di dunia tetapi harus melangkau jauh ke akhirat. apa sekalipun ilmu yang diberi kepada anak-anak mestilah dipastikan dapat menjadi bekalan untuk dibawa ke alam nun jauh di sana, akhirat. itulah masa depan yang sebenarnya. bukannya setakat memiliki kerjaya korporat/professional dan berumah besar. wajib buang stigma tersebut!

letaklah dunia di tapak tangan

penting juga untuk ibubapa mempelajari ilmu psikologi dan benar-benar memahami psikologi setiap seorang daripada anak-anak. anak-anak yang dinafikan hak psikologi mereka berpotensi untuk membesar secara tidak sihat dari segi emosi dan psikologinya.

Allah jadikan setiap manusia itu berbeza dan punya karakter-karakternya yang unik. pada asalnya anak-anak ini dilahirkan dengan fitrah. mereka tidak punya keburukan pun. setiap karakteristik anak-anak (lasak, nakal, pendiam, sensitif, etc) jika pandai kita manage akan bertukar menjadi potensi yang baik. kitalah terutamanya para ibu yang akan membentuk dan mencorak mereka. tantrum mereka jika salah handle, silap haribulan akan menjadikan anak kita seorang yang pendendam, pendengki etc. nauzubillah. kan banyak dalam drama melayu tu kita rasa geram bila mak dia pilih kasih, akhirnya hero kesayangan jadi jahat. mumumu..


anak-anak mampu bertukar personaliti 360deg semasa transisi kanak-kanak menuju dewasa (gmbr ni awesomela dont u think so?)

apa yang saya banyak belajar di NZ dan artikel kak jannah yang latest ialah kata-kata kita sangat berperanan untuk membantu menbentuk peribadi anak-anak. orang NZ sangat tidak lokek kata-kata pujian dan positif. setiap kali patient bagi kerjasama dengan mereka, mereka akan puji kerjasama patient dan ucapkan terima kasih. ia sangat membantu patient untuk bertenang dan yakin dengan practitioner serta improve compliance. begitu juga dengan anak-anak, kata-kata positif sangat membantu namun kena dilakukan secara berkadar dan harus guna perkataan yang sesuai agar pujian tidak bertukar menjadi perosak kepada potensi anak-anak. dan ada masa kita kena bertegas dengan anak-anak supaya anak-anak tahu apa yang betul dan salah dan juga supaya anak-anak tahu kedudukannya sebagai anak.

lahirkanlah anak yang akan menjadi aset kita dunia akhirat

tadi saya ada placement kat Ocean Dental. observe and assist private practice kat situ. ada seorang patient remaja masuk. dia cakap dia datang untuk cabut satu gigi. mak dia pun cakap kat anak dia "eh bukan 4 ke?". tiba-tiba anak tu menjerit kat mak dia "SHUT UP mom! u know nothing!" encik dentist pandang saya dengan muka 'eh apakah budak ni jerit kat mak dia?'...i shrugged in reply.

drama melayu sangat banyak tunjuk pasal anak derhaka. and most of the time kita akan kesiankan kat mak dia dan nangis-nangis melihat betapa tragiknya kehidupan seorang ibu. jarang untuk kita kesiankan kat anak dia. yelah, dah sampai dok tendang-tendang mak sendiri, manalah nak timbul rasa kesian kat anak. tapi sebenarnya kederhakaan anak itu kebanyakannya berpunca daripada si ibu sendiri. seorang anak itu punya hak-haknya<---klik kt sebelah!. maka ibubapa yang tak penuhi hak anak-anaknya layaklah dipanggil ibubapa derhaka juga sepertimana anak yang tak penuhi hak ibubapa.


misal kata, kalau anak yang tak solat itu kita tak pukul, maka kita telah menidakkan hak anak tersebut (walaupun kedengaran macam 'yay' untuk anak itu yang selamat daripada dipukul)..maka jangan salahkan dia bila dah besar nanti dia tak nak solat dan ingkar dengan suruhan kita. kadang-kadang ibubapa terlalu berlembut dengan anak-anak sangat, memanglah anak-anak mudah naik minyak kalau camtu. tengok si tenggang, anaknya derhaka pun masih lagi nak bagi lepat pisang. langsung tidak bertegas dengan anaknya. akhirnya bila dah bertegas, tak bagi peluang untuk anak bertaubat pula. ekstrim dalam buat baik dan ekstrim dalam menghukum. ya naluri keibuan menjadikan kita terlalu sayangkan anak sampaikan tak sampai hati nak pukul. Dalamilah makna sayang dalam konteks islam. rasa sayang itu biarlah membawa ke syurga. atuk nenek kita juga berpesan dalam pepatah melayu 'sayangkan anak-anak,tangan-tangankan'..Islam mengajar agar bersederhana. ada masa kita perlu berlembut ada masa kita perlu bertegas. maka perlunya ilmu untuk kita betul-betul faham bila mahu berlembut dan bila mahu bertegas.


ummi, tolong penuhi hak saya. later saya penuhi hak ummi ok :)

ok saya cakap banyak. nak buat, jauhlah lagi. tapi insyaAllah sebagai panduan dan peringatan untuk diri sendiri juga.

kejap! kejap! 'nak buat, jauh lagilah'???

jauh apenya. tahu tak anda salah satu hak untuk anak ialah mencari pasangan yang soleh? ha, jauh apanya. in the process lagi tu. dalam mencari pasangan yang soleh, akhirnya berbalik kepada diri sendirilah. solehahkan diri dulu. kita tak akan boleh tegakkan islam di dunia kalau kita tak tegakkan islam dalam diri sendiri dulu, tak gitu?



ingatlah para wanita sekalian, tangan kita mampu menggoncangkan dunia. ayuh kita bersedia semoga anak yang bakal kita lahirkan dan didik nanti akan menjadi pewaris risalah nabi dan bakal memakmurkan dunia dengan kalimah syahadah!




Wednesday, May 30, 2012

sex education: perlu ke?

hari ni saya telah menghadiri sebuah program yang dipanggil kamatua. saya tak pasti apa maksudnya tapi program ni dihadiri oleh warga emas Gisborne. majoriti warga emas ini maori dan sgt sedikit je pakeha/kiwi/mat saleh.

sebelum saya melompat kepada tajuk, saya nak cerita sikit. tadi masa kamatua tu, kami kena perkenalkan diri kepada 120 orang tetamu yang hadir. saya jadi cam 'star' la pulak sebab saya seperti alien di situ. makhluk asing berpakaian seperti khemah saiz single/kanak-kanak (atau khemah tak siap pasang kot). kemudian ada seorang pakcik yang begitu teruja melihat saya dari jauh. pakcik kiwi la. bila saya mendekatinya, dia tahan saya dengan mata yang bersina-sinar.

"you are from malaya?" tanya pakcik itu. kat sini semua orang yang kelihatan berumur panggil malaya. saya pun menjawabnya dengan bangga. saya anak malaysia! hoho padahal kau anak texas la dhuha.

"i used to stay in malaya."
"ohh whereabout?"
"malacca"
"oh that's not far from where i am."
"yeah. i used to be in the NZ Army n stayed there from 1961-1963"
"i see..nice meeting you." dalam hati..huuu antara askar yang merosakkan khilafah islamku. btw past is past. kebanyakan tentera hanyalah diperkudakan.

tiba-tiba ada seorang pakcik menyampuk "i have a son now working in indonesia! you from indonesia?" bersinar-sinar mata pakcik tu, begitu juga gigi emasnya yang bling-bling.

"ohh no. i'm from malaysia." haha lawaklah pakcik tu...nak jugak cari geng kan.
"ohh indonesia is dangerous overthere." haha mesti pakcik tu refer bali lah kot kan.


ok marilah ke tajuk hangat lagi kontroversi. sex education. tadi saya yang berasa malu sebab educatornya perempuan. bagi ceramah kat pakcik makcik ni semua. oh kenapa bagi ceramah kat pakcik makcik? sebab dengan harapannya pakcik dan makcik ni akan bagitahu kat cucu-cucu mereka. sebab tradisi remaja kat sini mereka tak baik dengan parents tapi biasanya menganggap atuk nenek mereka sangat cool. maka atuk dan nenek inilah generasi yang diharapkan akan mendekati cucu-cucu serta mengajar mereka perihal safe sex ini.

Gisborne mempunyai kadar yang paling tinggi di NZ untuk Sexually Transmitted Infection. Gisborne juga menduduki tempat kedua untuk teen pregnancy. And both conditions are prevalent in  maori.

maka puan educator kerap mengulang-ulang 'condom is the only way' 'condom is the safest way'..jauh dalam hati saya rasa kesian untuk mereka sebab tak tahu apakah punca sebenar masalah ini.

mereka bukannya tak tahu yang setiap penyakit kena rawat puncanya. tapi mereka cuma tak tahu punca sebenarnya sebab itulah mereka hanya merawat symptom.

surah an-nur ayat 30-31 dengan jelas memberikan solusi terbaik untuk masalah ini.

"Katakanlah kepada orang-orang laki-laki yang beriman "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, apa yang mereka perbuat."

"Katakanlah kepada wanita yang beriman :"Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

Allah turunkan kedua-dua ayat ini untuk kedua-dua jantina yang beriman. Dan Allah dahulukan perintah ini kepada kaum lelaki kerana kaum lelaki lebih mudah dijentik nafsu syahwatnya. Allah juga menekankan dalam ayat 30 unsur ihsan dalam melakukan perintah ini, yakni Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.

Maka untuk betul-betul langkah pencegahan ini berjaya, para pelakunya kena ada iman dan ihsan. yang mana sudah tentulah belum ada dalam masyarakat maori di sini.

walaubagaimanapun sebenarnya kembali kepada ajaran agamalah yang boleh membendung kita daripada terlibat dengan gejala tidak bermoral ini. merasa ada Tuhan dan merasa diperhatikan sentiasa serta tahu apa yang halal dan haram akan menjadikan kita berhati-hati dalam setiap perbuatan.

Allah memerintahkan kita agar tundukkan pandangan. Kerana Allah tahu bahawa dari mata turun ke hati. kalau silap signal yang dihantar ke mata, yakni signal panahan nafsu, ia turun kepada kemaluan. nauzubillah. maka sebab itulah islam adalah agama yang sangat menekankan prevention dan merawat setiap permasalahan daripada akar umbinya, iaitu hati itu sendiri.

Allah juga berfirman "wa la taqrabu zina" - dan janganlah kamu dekati zina. see how consistent the Quran is. sangat-sangat menekankan pencegahan. Allah PERINTAHKAN jauhi zina. Allah juga bagitahu BAGAIMANA untuk jauhi zina. subhanallah, tidak ragu-ragu lagi.

maka the only solution is not the condom. the safest way is not the condom. BUT ONLY AND ONLY ISLAM. kembali kepada ajaran islam ie kembali kepada fitrah itulah satu-satunya penyelesaian.

kita faham bila masyarakat barat susah nak faham tentang ini sebab clearly mereka jahil. tapi sangat kesian bila orang muslim sendiri lebih-lebih lagi kat malaysia ini sangat mengagung-agungkan sex education ini dan mempromosi kondom di sana sini. sesopan macam mana pun sex education ini di'deliver', it wont solve the problem because you still not treating the root of the problem.

dan saya sendiri rasa tak perlu educate budak2 bawah umur ni pasal sex pun kerana dengan didikan agama yang mantap pun sudah cukup. bukankah bila kita cerita akan menaikkan curiosity mereka lagi? "oh boleh selamat eh kalau pakai kondom? kalau macam tu xpela. bolehlah zina sebenarnya cuma kena pakai kondom." adakah itu yang kita mahu tanamkan dalam pemikiran mereka?

dan saya sebagai seorang perempuan yang masih punya rasa malu, memang malu lah nak cerita kat anak-anak atau budak-budak tentang hal ini. lainlah kalau anak tu nak kahwin, time tula baru nak ajar apa yang boleh dan patut dilakukan. barulah praktikal ilmu tu. bagitahu awal-awal pun nak buat apa?


pokok itu ada akarnya. kenapa diletak baja di atas ranting? salah rantingkah buahnya rosak?

ok tu je. selamat malam.


Tuesday, May 29, 2012

riang ria persiapan majelis

ini adalah entry kenangan. saya seriously takde idea nak letak tajuk apa.

my cousin alin twit pasal kejelesannya terhadap gambar2 persiapan kahwin kak nuha yang sedang dijalankan di rumah che di KB.

okayh...i cannot access fb from here so i cannot look at the pictures. walaupun tidak melihat gambar, saya dapat merasa kejelesan di kejauhan. untuk menambahkan rasa jeles itu saya telah suruh alin share semua gambar2 di twitter. bukanlah nak tambahkan rasa jeles. cuma mahu berasa berada bersama yang tersayang di hari bahagia. ceh apakah. hari bahagia engkaukah, dhuha?

zaman kanak-kanak saya dipenuhi dengan perkahwinan-perkahwinan. rasanya macam setiap tahun sibuk buat persiapan kahwin. adik beradik mak ada 10 orang. adik beradik abah ada 6 orang. semasa saya kanak-kanak saya telah melihat dan terlibat dalam persiapan 11 perkahwinan adik beradik mak abah.

terlibat? haha peranan kecil jela sebab masa tu kan kanak-kanak. seperti tukang angkat hadiah-hadiah, tukang menyibuk, menyembit dan tukang buat bising. tukang bungkus bunga telur dan gula-gula.

disebabkan geng sepupus adalah daripada sebelah mak maka setting yang bakal saya ceritakan juga berada di kota bharu kelantan.

kami sangat suka wedding. bukan setakat kami para sepupu je malah aunties juga suka. bila ada majlis macam inilah seluruh keluarga berkumpul. tidur berlambakan, dan kami selaku anak-anak muda yang hyper memilih untuk tidak tidur. sebaliknya kami menumbuk inai, pakai inai, sembang-sembang sampai inai kering. kalau inai masih tak merah dijari, kami tumbuk dan topup lagi. punyalah gigih.

SEBELUM MAJLIS

selalunya majlis nikah di buat pada waktu malam. maka sehari sebelum tu akan sibuk pasang cadar pengantin, hias bilik pengantin. bilik pengantin adalah segalanya. tempat bersolek, berinai, bergambar, tempat bersanding, tempat upacara menyarung cincin. itulah main focus. kami tak ada pelamin. cuma majlis kahwin suli (2004) je yang ada pelamin. yang tu lebih jakun lah buat kami yang tak pernah tengok orang pasang pelamin ni. sehari sebelum majlis semua orang dah bergaya, bergusti, berguling sakan atas pelamin itu. maklumlah kanak-kanak ramai.

selain itu bergotong royong siapkan hantaran. saya suka part itu. suka tengok hiasan-hiasan yang bergemerlapan. hanya tangan yang gentle dan berseni je yang dibenarkan tolong. disebabkan masa tu kanak-kanak lagi, terpaksala tengok je sambil mulut ternganga. kami hanya isikan gula-gula dalam kotaknya, balut telur dalam bunga telur, ikat riben, gam kan riben, pintal-pintal dawai. sementara itu di dapur juga sibuk buat juadah untuk tetamu yang datang masa nikah. dan masa bersanding tu tak ingat pulak. biasanya untuk bersanding panggil katerer tapi itu yang latestla. zaman dulu tak pakai katerer kot. gotong royong kot. huhu nampak sangat tak masuk dapur ni.

pastu waktu malam biasanya berinai beramai-ramai sambil bersembang. selalunya kami suka bercerita tentang kisah-kisah seram. kami juga cerita pasal sekolah masing-masing. dulu kami tak ada komputer apatah lagi laptop so kami tak main games. tapi kami rekod-rekod suara ataupun video recording sesama sendiri.

SEMASA MAJELIS
di pagi hari perkahwinan ibarat pagi raya buat kami. pagi-pagi lagi dah mandi dan pakai baju lawa-lawa. sangat suka bau makanan-makanan dan lauk-pauk pengantin yang mula semerbak menjelang tengahari. suka juga menyempit di bilik pengantin, tengok pengantin bersolek. saya suka bau alat solek. juga saya sangat suka bidang persolekan ni dulu. saya akan observe kemudian bila ada peluang dan kelengkapan, saya tirulah. hoho. sebab itu semasa di zaman jahiliyyah, saya banyak kumpul alat solek. tak pernah pakai sampai habis pun, membazir saja. sekarang semua dah expired kot. apa khabar entah. bertahun dah tak melawat kotak alat solek.

bersama sepupus kami akan jadi flower girls. tapi bukan flower girls yang disolek lawa-lawa buat hiasan tu. lebih kepada flower girls yang dikerah untuk bekerja. haha.. kami kena bagi bunga telur dan kotak gula-gula kepada tetamu. but we enjoyed it. rasa macam orang pentinglah. pastu kami juga mengawal stok doorgifts untuk tetamu. pernah ada beberapa kanak-kanak naik ke tingkat atas, masuk ke kubu doorgift kami. habis dicurinya beberapa kotak. bengang habislah. masa tu era kalau-orang-buat-kita-marah-kita-bagi-jelingan-paling-tajam-kat-dia. memang rasa macam nak juling mata bagi jelingan tajam kat budak-budak yang over the limit itu. kami pun terpaksa kunci bilik kubu kitorang. dan kena ada orang guard tangga. betapa orang pentingnya kami ini. kalau takde kami, habislah tetamu balik tangan kosong. kanak-kanak, biasalah. seronok dapat menjadi orang penting ini.

SELEPAS MAJELIS

  • inilah part yang paling best. lauk pengantin seakan seperti tidak pernah disentuh. apa lagi, masuk perut kamilah. meratah-ratah bagai orang yang dah tak makan selama setahun. sedap sangat *entering cephalic phase*
  • khemah kenduri kosong, takde tetamu. inilah masanya kami menyusun-nyusun kerusi, main bas-baslah, keretapi-keretapilah, musical chairlah..macam-macam games..
  • bergambar atas pelamin yang dah 100% siap. pasangan-pasangan pengantin lama (yang semuanya tak sempat merasa nak bersanding) pun turut bersanding.
  • upacara membuka hadiah oleh pasangan pengantin. memang semua orang setia menonton sampai semua hadiah habis dibuka. ibu-ibu yang beranak kecil pun sanggup menyusukan dan mendodoikan anak-anak di tempat kejadian sampai tertidur-tidur semua anak-anak kecil. seronok tengok hadiah yang bertimbun-timbun, macam-macam gaya balutan hadiah dan paling best ialah teruja nak tengok apa isi hadiah. biasanya kami akan teka-teka isi hadiah dan sangat seronok apabila tekaan tersebut tepat. well semangat2 teka dengan tepat pun, still no present for us. hahaha tapi itulah keriuh-rendahan yang menggembirakan dalam keluarga. teringat kami kenakan suli (one of mak sedara) masa upacara buka hadiah. kami letak semua bunga telur yang extra yang dah takde telur tu dalam sebuah kotak. kami balut kotak tu lawa-lawa lepas tu letak dalam timbunan hadiah. haha waktu suli bukak hadiah tu kami menjeling sesama sendiri. what to do kami budak sekolah lagi, xde duit nak beli hadiah kahwin.
  • upacara potong kek oleh pasangan pengantin baru. acara ini among family je jadi sangat seronoklah sebab dapat merasa kek.

sekian sahaja kenangan. rinduuuuu zaman itu! teringin mengulang kenangan itu. sedih sangat masa suli kahwin sebab lepas tu dah tak ada wedding di rumah che lagi sebab suli anak bongsu. namun sangat seronok bila dapat tahu kak nuha nak buat majelis kat rumah che. masa itu saya sudah berkira-kira nak pulang ke malaysia untuk majelis kahwin kak nuha. namun terpaksa menghadiri program IPE ini. pastu dapat tahu pula most of geng sepupus yang lain pun tak dapat pegi sebab tak dapat cuti. maka tak rasa terkilan sangatla. but still...missing those days. saya juga dulu bercita-cita untuk buat majlis kat rumah che. tapi we'll see..




Monday, May 28, 2012

the true you

tadi we had discussions dengan Dr. Patrick pasal maori model of health The Whare Tapa Wha..Maori ada 4 pillars of health. Physical, Mental, Spiritual and Family (social)...kena holistiklah pendek kata. that is the definition of health pun kan, its not merely an absence of disease.

and then kami diskas dengan lebih mendalam soal spiritual. I had a go to express my opinion. What i think spiritual is taking care of the real you inside. we are all spirits trapped inside this human body. It is about what you fill your soul with. Setiap orang ada cara berbeza untuk fill the soul. macam yang saya cerita kat previous post. kalau tak fill your soul with water, you will fill it with air.

Dan makanan rohani yang paling mengenyangkan of course zikrullah. That one saya tak mentionla but i do mentioned you are what you feed your soul. If you believe in God, that is where you will turn to whenever you are or when you are all alone. If you hold yourself to an eternal source of power (God), no matter how stressful you are, you wont come to a state of being totally mad/crazy/ losing yourself or whatnot. Because when you believe in something in eternal, you will always have hopes which will drive you and make you keep on moving in life.

Sunday, May 27, 2012

mukjizat di hati

Adalah sangat mengkagumkan buat generasi-generasi al-quran di palestin yang mana berpuluh-puluh ribu manusia telah benar-benar menghafal al-quran dan mengukir setiap bait ayat-ayat suci itu ke dalam hati mereka.

itulah mukjizat teragung tinggalan Rasulullah SAW. ayat-ayatnya sentiasa dihafal dan disemat serta dipraktikkan oleh segolongan manusia terpilih. tiada penyelewengan boleh dilakukan terhadap al-quran kerana wujudnya generasi mulia ini.

Allah memilih hati-hati yang benar-benar suci dan bersih sahaja untuk 'menyimpan' ayat-ayatNya. let me tell you a story.

saya didedahkan dengan al-quran sejak saya masih kecil lagi. mak dan abah ambil giliran untuk ajar saya mengaji. kemudian saya dimasukkan ke tadika abim yang merupakan sebuah tadika islam. saya menjadi antara pelajar yang paling cepat membaca dan menghafal muqaddam (surah-surah lazim)

semasa darjah satu, saya dimasukkan pula ke sekolah kebangsaan. berlakulah pemberontakan dalam hati saya di waktu itu sebab sayalah satu-satunya kanak-kanak yang bertudung di sekolah. tertekan. kakak darjah 6 pun tak pakai tudung. saya teringin nak pakai skirt pendek pegi sekolah. rebel itu berterusan bila saya masuk darjah 4 dan kawan-kawan saya semua masuk tunas puteri, pakai skirt pendek dan tak pakai tudung. mereka hafal lagu-lagu artis barat dan melayu. kenal pelakon2 hollywood. jadi saya rasa semua itu adalah cool dan saya mesti buat semua tu untuk jadi cool.

masuk form 1, saya bertambah hedonis. dah tak dengar lagu melayu, dah tak baca novel melayu. semakin kebaratan dan semakin memuja gaya hidup barat. setelah tamat spm, kebaratan itu bertambah runcing bila saya membeli majalah cleo dan seventeen dan menjadikan apa yang terkandung dalam majalah-majalah itu sebagai panduan hidup atau dalam bahasa ekstrimnya, 'kiblat'..apabila masuk IMU, saya terima banyak kesedaran dan akhirnya saya ditolak ke depan untuk menjadi imam solat jemaah. omo..masa itu saya rasa masa yang saya rasa paling insaf sekali. saya hanya tahu baca 3 qul, al-kauthar dan ad-dhuha! mana tah ayat-ayat al-quran yang saya hafal masa PAFA. entah ke mana surah-surah lazim yang saya hafal masa tadika. dalam solat, sentiasa ulang-ulang surah yang sama. waktu itulah timbul azam untuk menghafal semula surah-surah dalam al-quran.

saya berjaya menghafal sehingga ad-dhuha. saya juga menghafal 2/3 yasin. ingat lagi masa tok meninggal, saya menghadiahkan atok dengan yasin yang dihafal saya. saya juga hafal ayat-ayat al-baqarah yang dibaca semasa ma'thurat. as time goes by, saya akhirnya tiba ke new zealand. saya dah tak ingat yasin saya dan saya dah tak ingat beberapa surah yang saya dah hafal. kecewa. ya, kerana saya tak amalkan apa yang saya baca. sebab itulah. saya pun ambil pengajaran "lain kali amalkan apa yang dibaca"

awal tahun ini saya berjaya habiskan hafalan juz amma kecuali al-fajr. saya juga berjaya hafal balik 1/3 yasin. saya juga hafal beberapa ayat yang boleh saya jadikan dalil dalam beramal dan dalam berdakwah (ikut nasihat wardina). contohnya ayat perintah solat, perintah tutup aurat etc. itu awal tahun yang sukses buat saya. namun saya telah lalai dalam cuti yang panjang ketika jari saya dibedah. i watched too many korean dramas. sampaikan saya boleh cakap dalam bahasa korea, makan makanan korea, beli barangan korea. memang sesungguhnya saya balik kepada diri saya yang dulunya gilakan drama korea. not good. sebab bila saya nak baca balik surah-surah hafalan, beberapa surah dah hilang daripada memori saya! sedih T___T

pelajaran kedua saya belajar "jangan berhibur berlebihan dan jaga pandangan kerana ia akan jadi maksiat dalam hati."

lagi satu pengajaran, sebab al-quran belum terukir dan tertanam dalam hatilah memudahkan penjajahan maksiat berlaku. jika hati betul-betul sudah dipenuhi dengan al-quran yang mengakar dalam hati, pasti susah unsur-unsur maksiat nak masuk. something to reflect upon.

benarlah, al-quran itu mukjizat yang suci. ia tak akan boleh bersama dengan maksiat. ia tak boleh nak duduk dalam hati bersama maksiat-maksiat yang lain. hati itu adalah satu rongga yang perlu diisi ibarat gelas yang kosong. sama ada gelas itu diisi dengan air atau diisi dengan udara. ia tetap akan terisi tetapi apakah yang mengisinya?

begitulah hati. hati yang kosong kemudian diisi dengan al-quran, alhamdulillah. berbahagialah hati itu. namun tiba-tiba kita tambah pula hiburan untuk diisi dalam hati. maka al-quran yang dah duduk dalam hati ini tadi akan berasa lemas. rasa tak layak untuk disamatarafkan dengan hiburan-hiburan ini sebab hakikatnya al-quran itu agung dan mulia. akibat tak tahan kelemasan, al-quran itu tinggalkan hati tersebut. nauzubillah. hati saya sendirilah tu T____T

alhamdulillah masih ada lagi ayat-ayat al-quran yang tersisa dalam hati dan alhamdulillah tersedar cepat. kena go through proses menghafal semula tapi biasanya tak susah nak hafal macam mula-mula dulu sebab ayat-ayatnya dah tinggalkan kesan-kesannya dalam memori (itupun kalau cepat tersedar).

inilah dugaannya dalam menghafal. in the middle, kita akan buat silap, kita kehilangannya kemudian kita kena catch-up semula. tapi satu je, jangan putus asa. sebab hakikatnya kita manusia. pasti buat silap dan hanya dengan buat silap, kita akan belajar daripada kesilapan itu. al-quran tak boleh dihafal in one go. ia kena diamalkan. dan ia tak boleh bercampur dengan maksiat. ie, penghafalnya kena punya hati yang besih dan suci juga.

sentiasa berdoa agar Allah akan segera mengingatkan kita bila kita lupa. Doa selalu agar Allah tak pernah melupakan kita.

semoga al-quran sentiasa jadi teman karib kita. dan kelak akan jadi peneman di barzakh dan asbab masuk ke syurga. ameen~

Saturday, May 26, 2012

bagai air yang mengalir


jadilah seperti air yang mengalir. sentiasa berbakti kepada tanah sekelilingnya. membersihkan segala kotoran yang menghalang laluannya. menghadiahkan ketenangan kepada sesiapa yang melihatnya dan mendengar deruan alirannya. sentiasa suci dan bersih untuk manfaat seluruh kehidupan. air yang mengalir juga sentiasa merendah. walau setinggi mana pun air itu berada, ia tetap mahu terjun, merendah ke bumi.

i put this caption on this photo simply because, air yang mengalir itu punya kekuatan merubah sesuatu dalam kadar perlahan dan istiqamah. perhatikan dedaun yang berkumpul di atas laluan air itu. jika air itu terus mengalir, ia bisa mengalihkan dedaunan itu. hidupan yang berada di bawahnya menjadi bebas daripada sebarang unsur yang melemaskan kehidupan mereka. maka air itu telah menyelamatkan ekosistemnya. usaha yang kecil tapi berterusan akan menghasilkan impak yang besar. sama juga halnya air yang bisa memecahkan batuan, membentuk lekuk-lekuk pada bebatuan.

maha suci Allah yang menciptakan sesuatu tanpa sia-sia. pada setiap ciptaanNya, terkandung pelbagai hikmah yang agung. ayuh tadabbur alam dan ambillah ibrah daripadanya!

p/s: inilah gambar sy yg menang 3rd place in Islamic Photography Contest Dunedin 2012 sempena autumn break :)

bakal suami

woah apekah tajuk begitu sensasi.

kehadapan bakal suami,

i am not interested to find you at the moment. go enjoy yourself while waiting for God to finally bring us together. I hope you are doing fine and always try your best to become His best slave and later my best husband in the world and the hereafter.

I am here busy preparing myself to become a better slave of Allah too. I dont want to hear anything about you while i am busy doing what i want right now. although people have started talking about getting me into marriage but i am not interested at the moment. because i know if i jump into marriage now, i will only ruin your life later on. and maybe my life too will be ruined.

Its better to work hard now than never.

encik bakal suami,

saya sedang mendidik diri sendiri supaya pandai berkata-kata apa yang perlu dan diam bila perlu. saya harap suara saya tidak akan jadi neraka untuk awak. saya juga sedang belajar untuk berjimat cermat agar duit awak tidak akan tersalur kepada benda-benda yang tidak berfaedah. saya juga berusaha keras untuk belajar menundukkan pandangan supaya saya boleh pandang awak dengan tenang tanpa gangguan imej-imej lain. saya suka masak tapi saya suka masak kek je. saya tak nak awak berisiko tinggi untuk menghidapi diabetes dan karies gigi bila kahwin dengan saya nanti. saya sedang belajar resepi-resepi berkhasiat ni. saya masih lagi weng dalam mengurus masa. biological clock juga masih terkial-kial untuk diuruskan. saya harap saya boleh jadi isteri yang bangun tepat pada masanya dan tidur pada masa yang tepat juga supaya saya tak susahkan kehidupan awak dengan rutin saya yang kelam kabut. nanti tak pasal-pasal waktu qiyam awak jadi tunggang langgang sebab teman saya tonton drama korea. disiplin saya sangat teruk. bayangkan kalau saya kahwin sekarang, mungkin baju awak saya tak akan lipat-lipat untuk selamanya. mungkin awak akan pergi kerja dengan perut krung krang krung krang setiap pagi. mungkin jugak awak akan lihat saya seperti sleeping beauty yang tak pernah bangun-bangun dari tidur. ok mungkinlah bukan sleeping beauty. sleeping cutie kot. atau sleeping bag jelah.

awak nampak tak? saya sangat busy. banyak kerja yang saya kena buat untuk bersedia nak berdepan dengan awak nanti. tapi saya pun bukannya buat semua ni to please you 100%. saya percaya Allah akan sayang saya kalau saya buat suami saya senang hati. jadi awak hanyalah batu loncatan untuk saya gapai cinta Allah. awak faham tak ni, saya sedang pergunakan awak untuk raih cinta Allah. awak tak kisah kan? saya haraplah..

saya tak mahu nampak sangat silly dan buruk perangai di depan awak. maka, do what you supposed to do and i will do what i am supposed to do too. marilah kita bertemu bila kita dah cukup sempurna untuk satu sama lain. saya pun tak tahu bila masanya tapi Allah tahu. so kita buat kerja kita dan Allah akan sempurnakan yang selebihnya.

jangan cari saya lagi. saya percaya bila Allah bagi signal kat hati saya dan awak, kita sendiri akan bertemu. biarlah jalan itu berliku tapi selamat.

Refleksi minggu 1

assalamualaikum wbt.

i'm back in gisborne! baru berpeluang melihat bandar gisborne. besar jugak. not bad. pukul 9 pg kami bertolak dari Te Puia. Pukul 11 pg sampai Gisborne, terus pegi Countdown, beli barang dapur. hari ni ada catchup session je dengan coordinator. nothing much to story here. agak kecewa sebab kami stay dekat quarters hospital dan kat sini kami tak boleh access facebook dan juga youtube T___T

baru ingat nak tonton drama melayu tadi. say goodbye to drama melayu. nampaknya saya akan rindu bahasa melayu secara melampau-lampau. i really want to skype with my cousin alin dan cakap melayu puas-puas! nak call kawan-kawan di dunedin kredit pula dah habis. saya sedang saving so tak akan topup sampai bulan depan. new zealand punya mobile service provider ridiculous lah. ok bukan semua kot. saya guna vodafone dan vodafone sangat ridiculous. call seminit habis $1!!! gila bukan? text voda ke voda pun dah 20 sen habis. maka di sini bukan saya yang kedekut. voda yang kedekut. minimum topup adalah $20. seminggu je pun boleh habis $20 tu. memang ridiculous. orang msia sekalian silalah bersyukur. kita punya mobile service provider sangat murah hati. dulu RM10 boleh bertahan sehingga sebulan. serius!

baik, mari mulakan sesi refleksi.

saya tak pernah teringin mahu berkawan baik dengan kiwi atau mat saleh atau mana-mana non-muslimlah. tapi kiwi lah terutamanya. masa mula-mula nak fly ke new zealand, saya memang tak set mentaliti untuk berkawan baik dengan mereka. kawan biasa-biasa jelah. tak pernah nak jadi bestfriend atau seumpamanya. bukan membenci ke apa. just simply tak teringin je. maka walaupun berada di luar negara, saya sentiasa stick dengan kawan-kawan sebangsa dengan saya. saya betul-betul tak nak keluar daripada zon selesa itu. maka sebab itulah english pun slow je progressnya. tapi saya tak kisah as long as saya selesa. setibanya di nz saya dipasangkan dengan a kiwi girl. itu jelah satu-satunya kiwi girl yg saya baik dengannya.

2 tahun kemudian, saya dicampakkan di sini. dibiarkan duduk serumah dengan all these kiwi girls. saya betul-betul tak selesa dan tertekan pada awalnya. please take note, saya bukan racist. saya cuma rasa awkward. kena fikir pasal aurat, pasal share dapur etc. bukan senang nak hidup dengan mereka, seriously. lagi satu saya selalu rasa takut membayangkan di hari akhirat nanti these girls akan jumpa saya dan mengadu kepada Allah yang selama mereka tinggal dengan saya, tak ada satu pun saya terangkan pasal islam kepada mereka. nauzubillah. ini yang paling saya takut sebenanrnya. saya tak ada talent untuk cerita pasal islam secara bagus dalam bahasa inggeris. soal pergi pub, saya tak tahu nak explain pasal syubhah in english. hanya melalui qudwah (contoh teladan) yang saya rasa saya boleh buat dengan baik tapi still kehidupan saya masih belum islam secara syumul. saya sendiri sedang memperbaiki diri dan saya takut segala cacat cela saya akan menampakkan islam cacat di mata mereka. takut okeh. its such a big responsibility.

tapi saya percaya Allah tak hantar saya ke sini secara sia-sia. mengimbas kembali kehidupan para sahabat Rasulullah saw, ke mana sahaja mereka di hantar, mereka berjaya menyebarkan islam di kawasan masing-masing. subhanallah bayangkan betapa hebatnya pesona islam mereka. ini membuat saya muhasabah dan insaf mengenangkan betapa saya masih lagi average muslim.

ini adalah tarbiyyah daripada Allah. menjadikan saya satu-satunya muslim dalam kalangan non-muslim, saya tak rasa saya kuat menghadapinya. namun saya sedar, kekuatan itu tidak datang tiba-tiba. Allah berkenan mahu memberikan saya kekuatan, sebab itulah dihantarNya saya ke sini. supaya kekuatan yang saya pinta itu dapat dibina sedikit demi sedikit. kekuatan untuk berkata 'tidak' itu adalah sesuatu yang saya rasa saya masih lacking. maka di sini contohnya bila diajak untuk ke pub, saya tak mampu nak kata tidak maka saya hanya mampu berdoa supaya Allah tidurkan saya supaya saya tak join mereka. namun Allah tak jadikan itu penyelesaiannya. Dia bagi saya situasi yang sama sekali lagi. kali ini saya harus berani katakan tidak bersama alasan. walaupun alasan yang saya bagi bukanlah yang terbaik dan bukanlah represent Islam sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya saya berjaya katakan tidak.

Ketika berhadapan dengan upacara hongi bersama para maori, saya masih teragak-agak untuk berkata tidak. maka saya lambat untuk katakan tidak. maka i ended up having a moody day. namun masalah tak selesai di situ. Allah bagi saya lagi satu hongi ceremony, which will take place this monday. maka saya kena grab this chance to say no with valid explanation.

selain itu, saya bukanlah seorang yang banyak tanya. saya tak tahu pun apa yang saya kena tanya sebenarnya. i am lacking critical thinking skill. sebab tu i dont usually have that many questions. maka kat sini pembelajaran adalah sangat terfokus since there are only 8 of us. teachers, tutors dan coordinators expect questions from us. saya juga perlu banyak bertanya dan berbual dengan local community untuk menyelesaikan pelbagai tugasan dalam projek ini. maka saya kena ada skill bertanya, skill kewartawanan, skill extract informations, skill macam-macam lagi.

maka this first week, banyak skill yang saya belajar selain daripada clinical skills. saya belajar untuk cope dengan new kind of stress. saya belajar sekali lagi, benda yang kita tak suka tak semestinya buruk untuk kita. its all about preparing you into the harsh world/reality and making you a better person.








Thursday, May 24, 2012

Gisborne day 5

Assalamualaikum! Gidday!

obviously saya telah mengalami proses kiwinisasi yang semakin meruncing di sini. dah berapa hari tak cakap melayu, saya rasa macam nak gila dah. maka maafkan saya kalau BM skema. saya cuma rindukan bahasa melayu sungguh-sungguh ni. lidah dah makin senget-senget ikut slang kiwi ni.

saya juga telah mengalami proses maorinisasi. saya belajar perkataan baru hari ni. 'KA PAI' maksudnya 'bagus'!

baiklah buletin hari ini:

tajuk: dhuha melawat ke unit pergigian bergerak (mobile dental unit) yang sedang bersidai di makarika school.

banyak confusion pagi tadi. sepatutnya pergi roaturia lagi hari ni. pastu tunggu punya tunggu kat Te Puia Hospital, tak ada pun nurse yang pick up saya. saya dah lah kesejukan ni. pastu saya text Pera. Pera ialah sort of pengarah program kat Te Puia. Pera tak reply mesej saya. pastu saya baliklah nursing home semula. baru ingat nak baring-baring tiba-tiba Pera call saya. katanya saya tak jadi pergi roaturia hari ni. tapi saya akan ke Tokomaru Bay. Oh itu ka pai! kalau tak sayalah orang paling boring kat sini sebab hari-hari pergi roaturia sedangkan orang lain pergi jugak tempat-tempat lain (sebab dental clinin hanya wujud kat roaturia je. sebab tu la). Pera suruh saya head back to hospital reception untuk tunggu nurse pick up saya. saya pun say gudbye to the katil yang tak sempat pun saya melabuhkan punggung terhadapnya.

tunggu punya tunggu, ada sorang makcik nurse ni datang kat saya. dia kata "maaflah. tadi mereka call. mereka kata akan sampai lagi setengah jam"

ok maka saya pun patah balik kat nursing homes. kali ni tak nak baring kat katil. nak baring kat sofa sambil buka tv. sempat tengok rancangan mendekorasi kek. lepas tu balik ke hospital. Kura, nurse yg pick up saya suruh saya tunggu dia sementara dia nk fotokopi kertas dia. kemudian Kura bagitau saya yang kami tak jadi pegi Tokomaru Bay. sebaliknya kami akan pergi ke mobile dental unit yang sedang parking di makarika primary school. oh itu kedengaran lebih ka pai! Kura bukan nurse rupanya tapi mcm pekerja sosial yg jadi org tengah antara doktor dan nurse. dia juga kerja untuk konsultasi orang nak berhenti merokok. kami sesat dua kali sebab Kura pun tak pernah sampai ke makarika school. oh ceruk benar ya sekolah tu. akhirnya alhamdulillah sampai juga setelah Kura bertanya orang setempat.

cool sungguh mobile unit ni. masuk-masuk je, rahang saya terjatuh. oops kutip balik rahang yang terjatuh. inilah pertama kali saya masuk ke dalam mobile dental unit. cool. sangat cool. disebabkan internet slow, iA akan upload gambar later.

mula-mula teruja lepas tu bosan dah sebab treatment sama je semua orang. sebab treatment mereka ni under dental therapist so skop kerja dental therapist limited maka tak dapat la nak tengok benda yang exciting sangat. so saya keluar jalan-jalan sambil ambil gambar dan menikmati suasan best kat sini. rasa nak kembali ke alam kanak-kanak. apa yang saya perhatikan kanak-kanak maori ni lawa jugak dan lebih putih daripada ibubapa mereka. mungkin ada mix di sana sini. dan fasiliti sekolah ni not badlah. berkapasiti 34 pelajar dan 2 orang guru serta seorang guru besar yang masyaAllah besarnya dan juga suami guru besar. apa yang saya perhatikan, banyak sesi luar bilik darjah. iaitu mereka banyak main kat luarla. bukan duduk dalam bilik darjah memanjang. mereka banyak belajar di rumah sementara sekolah adalah termpat bermain dan bergembira. balik rumah, buat homework. budak-budak ni juga sungguh bagus. semuanya teruja nak jumpa dentist. memang xde yang dental phobia pun. menurut glenys, country kids are better than city kids. kanak-kanak pre-school lebih teruja nk jumpa dentist sebab dapat free stickers and free stamp. ka pai! dulu masa kecik2 dentist bagi gula2 -,-"

pukul 2.30 budak-budak tu dah balik. maka saya pun ikut glenys balik naik mobile unit tu. cool! terasa berat je naik benda tu walaupun saya hanya penumpang. on the way balik tu, ada kereta kat jalan bertentangan yang bawak sign besar "HOUSE COMING"..rupanya ada lori bawak rumah yang besar kat belakang. baguslah letak sign awal2 supaya kami boleh ke tepi jalan untuk bagi laluan kat rumah yang besar tu. kat NZ biasalah nampak rumah berjalan-jalan di atas jalan raya. haha sounds creepy pulak kan. tapi memang kat sini selalu je orang beli rumah yang dah siap pasang.

sesampainya kat rumah, destinasi pertama ialah tandas. tiba2 fire alarm bunyi. oh saya memang bencilah fire alarm. mana-mana saya pergi pun mesti fire alarm nak bunyi. padahal takde apa yang terbakar pun. tapi bila saya betul-betul sedang membakar rumah, takde alarm bunyi pun (masa kat rumah Janis during my orchard stay, saya terbakarkan dapur Janis. waktu tu malam, Janis sedang tidur. saya sedang masak. somehow terbiarkan minyak panas lama sangat atas kuali. sedar-sedar kuali dah berasap. saya cuba nak alih tapi saya gelabah lalu minyak dalam kuali tertumpah lalu lantai dapur bedah terbakar. api di sana sini. saya dan zati berjaya memadamkan kebakaran dan menghilangkan kesan-kesan kebakaran. tingkap dibuka besar supaya asap keluar dan saya berdoa Janis/Bedah tak bau asap. so sampai sekarang pun Janis tak tahu saya pernah bakar rumah dia. haha rasa bersalah siap kali dia panggil "oh my favourite little girl dhuha"..aigooo)

ok fire alarm bunyi so saya keluarlah rumah. ada sorang lagi nurse yang bersama saya kat luar. sebaik sahaja alarm berhenri bunyi, saya nak masuk rumah balik. tapi nurse tu tak bagi sebab dia kata mengikut protokol, kena tunggu org fire department keluar bangunan dan bagitahu semuanya ok. masalahnya saya tak nampak pun orang fire dept. tunggu 15 minit kat luar. kesejukan. tiba-tiba ada pakcik jerit "Oy! You there! I'm stuck in the toilet! help me open the door!" oooh patutla kami dengar bunyi orang 'bam bam' the door. di seberang jalan sana ada pakcik stuck dalam public toilet rupanya. "Please don't tell anybody i'm stuck here!!" pekiknya lagi. takut benar saham jatuh. haha haruslah. memalukan kot.

"we're heroes!" kata nurse itu kepada saya setelah berjaya keluarkan pakcik tu.

ok dah jadi hero. saya nak masuk toilet jugak ni. saya ajak nurse tu check bangunan kediaman kami sama-sama. nampak selamat je semuanya. mungkin ada fire drill tadi. so saya pun cakap kat nurse tu, saya konfiden nak stay dalam bangunan. ok tandas here i come. solat pun tak lagi masa tu.

lepas solat terus tidur. hari yang pendek hari ini. lepas dinner, kami buat kerja kami. berjaya siapkan. esok boleh present. oh ini status fb saya hari ni:

malam ini sekali lagi diajak ke pub. previously diajak ke pub, saya berdoa supaya Allah tidurkan saya sepertimana Allah tidurkan Rasulullah untuk menghindarkannya drpd ke tempat hiburan. saya betul-betul tertidur, alhamdulillah.

kali ini, takkan nak tidur lagi. mereka sungguh2 mengajak kali ini. "jgn risau, kita tak akan minum alkohol. kita sembang-sembang sambil minum air lain"..susah untuk bagi alasan dari hati maka saya hanya bagitau "saya tak suka pergi tempat macam tu." mereka faham dan hormati keputusan saya dan tak akan ajak lagi :)

mereka ke pub dan fortunately pub tutup. mereka balik rumah dan kami dapat siapkan assignment awal kemudian saya buat kelas memberus gigi dan oral health education untuk mereka dalam bilik air. oh itu comel. tak perlu pergi pub untuk bersosial pun ^__^

itu sahaja hari ini. saya teringin nak buat satu entry khas untuk refleksi sepanjang minggu ini. yelah dah bercerita sekian panjang, mesti kita kena extract values juga kan. insyaAllah ada masa terluang, saya akan buat satu post khas untuk refleksi.

assalamualaikum. till the next post!

Wednesday, May 23, 2012

Gisborne day 4

sambungan kisah semalam.

tidur lena di Te Puia, esoknya kena pergi ke klinik komuniti yang terletak di Ruatoria (asyik tersilap sebut je. malu)

I went there with a nurse, Te Miringa nama dia. Dia ni nurse berpangkat tinggilah. Respected even by the doctors. sangat comel makcik ini. Naik kereta dengan dia pergi Ruatoria. Sambil tu dia bawa saya sight-seeing kat area situ. kami bersembang panjang mostly tentang local maori culture. dia tanya saya agama apa. bila saya jawab muslim, dia tanya saya pergi church tak? huhu nampak sangatlah agama islam belum popular di sini. dia ingat saya semayang kat church, so bolehlah dia nak bawak saya pegi tengok church paling cantik kat situ.

Pesakit pertama kami adalah pesakit diabetes. saya tidak akan membuat kerja-kerja dental pada hari tersebut tetapi hanya observe medical cases. Sementara menunggu pesakit Te Miringa, dia bawak saya jalan2 dalam klinik tersebut. Dia juga bawak saya tengok dental klinik. Habislah. Saya melekat kat klinik tu belek-belek barang sambil sembang-sembang dengan dental staff. Te Miringa pun tinggalkan saya. Setelah beberapa ketika baru saya tersedar tugas utama saya datang situ pada hari tersebut. untuk follow Te Miringa! Huhu saya pun merayau dalam klinik cari Te Miringa. Lalu terjumpa beliau tengah set-up barang2nya. saya terlepas pesakit pertama namun she's fine with it. Saya tolong dia setup barang-barang. katanya pesakit kedua juga menghidap diabetes. memang diabetes sangat common kat situ. 

Tunggu punya tunggu pesakitnya tak datang lagi. masa tu dah pukul 10.00 dan menurut Te Miringa, sepatutnya pesakit datang pukul 9.30..lalu Te Miringa ajak saya shopping. ada satu kedai je pun. kat sebelah klinik je. kedai supermarket Four Square. kebetulan saya kan takde groceries lagi. malam sebelumnya memang berdoa banyak-banyak semoga Allah mudahkan urusan makan saya yang kelihatan sulit itu. Alhamdulillah diberi peluang beli groceries dekat Ruatoria. 

Rupanya pesakit Te Miringa dijadualkan pukul 10.30 huhu..Pesakit itu tiba tepat pada masanya. Dia ada masalah kuku cekam. so Te Miringa hanya potong kuku dia je. nampak macam dah sangat teruk dah dan pesakit itu pun dalam kesakitan yang amat. Itu je kes kami pada hari itu. And then we headed back to Te Puia. Disebabkan masih banyak masa yang tinggal, Te Miringa bawa saya dan Larissa jalan-jalan tengok Tikitiki Community Clinic pulak. klinik itu tutup that day. Cuma ada nurse sorang je buat kerja2 ofis. Dalam 5 minit camtu kami pun pulang. Agenda seterusnya ialah kerja berkumpulan. Phoebe lost in action. saya dan Larissa pula dah bengong2 nak rehat je. kami diskaslah sikit2 apa yang patut. pastu Larissa masuk tido dan saya pulak MASAK! yay akhirnya dapat makan proper meal. alhamdulillah. masak ikan hoki grill. rebus brokoli, jagung dan carrot. goreng telur. there u go my kiwi meal. at least cukup nutrisi :)

petang tu dah janji dengan larissa untuk pergi hot spring. hot spring u terletak dalam kawasan hospital. time kami nak bersiap nak pegi pool barulah phoebe pulang. phoebe must be too tired to join us so kami proceed jela berdua. i have never been to a hot spring before. sampai-sampai je kat that little pool saya macam membebel kat larissa "what is this weird smell? is it ok for us to like swim here?" larissa gelakkan saya. katanya saya mesti risau dia bawak saya mandi pool toxoc ke pebenda nih. hakikatnya memang hot spring bau camtu. bau cam petrol pun ada. telur busuk pun ada. bau toxic la pendek kata. macam tak sihat langsung untuk mandi. and of course you cannot swim inside the pool because its too hot and too smelly. haha dan pool tu kecik sangat untuk berenang-renang di dalamnya. saya bukanlah peminat air panas. bab air panas, serahkan kat yani. kalau masuk shower lepas yani, mesti kulit saya menderita nak terbakar sebab seriously panas gila air mandi yani! yeah this hot spring memang her thing la. 

mula-mula saya celup kaki je sebab gerun tengok temperature air 43 deg. larissa dah masuk sampai paras pinggang dah (pinggang dia la, kalau pinggang saya kira cetek lagi). saya pula keluar masuk kaki je. last2 kena convince dengan larissa barulah saya bertahan dengan kepanasan tersebut sampai kulit saya dah adapted to it. saya hanya duduk atas tangga dalam pool tu, which air sampai pinggang saya je. ni baru betul panas punggung! panas dan berasap-asap sampai rasa nak sesak nafas. we chatted quite a lot kat pool tu so sedikit sebanyak membantu saya untuk tidak fokuskan perhatian terhadap kepanasan air. setelah kami sudah mula berpeluh-peluh dan saya pun dah rasa lemas dengan asap-asap dan bau2 busuk maka kami pun beredar. 

that night buat discussion dengan teammates lepas tu distracted tengok masterchef. then dorang masuk tidur dan saya buat blog entry. haha sesungguhnya awal sungguh mereka tidur. pukul 9.00 mlm dah nak tidur. hari ni pukul 7 lebih dah kepenatan, tak larat nak buat discussion dan masuk tidur. saya juga tertinggal sorang-sorang kat common room sambil buat blog entry. hari ni memang penat. saya buat dental work sampai tengahari. semua patient adolesnce kecuali sorang pakcik ni, dia suami dental therapist (Mary) kat situ. saya sangat suka kerja kat situ. Mary ckp pesakit mesti suka saya sebab budaya kami tak jauh beza. Ada seorang pesakit perempuan ni nama dia Kimiora, sangat lovely sebab lepas saya treat dia, dia peluk saya. terharu, pertama kali dipeluk pesakit T___T

Mary dan Fuschia (dental nurse) sangat friendly, helpful n cool! sedih x semoat nak say proper goodbye to them sebab lepas tu larissa dan phoebe culik saya in the middle of work, pergi jalan2 area roturia (dah tak pasti betul x ejaan ni. sila check perenggan atas2)...Makcik Gina yang bawa kami jalan2. sungguh best.

Makcik Gina seorang nurse yang hebat juga. dia sedang buat master yg insyaAllah habis bulan 6 ni. Makcik Gina juga pernah keluar tv untuk program dokumentari. ok2 enough about makcik Gina. makcik Gina bawa kami naik 4WD sebab katanya nak bawa kami jalan-jalan yang adventurous. hoho..kami merentas sungai-sungai kecil, bebatuan, pepantai..memang adventurous. nak muntah pun ada sebab jalan guduk-guduk. kami singgah rumah pesakit makcik Gina, petik buah feijoa my feveret! eating too much feijoa today betul2 buat saya sakit perut malam ni. sambil bercerita macam-macam pasal kawasan setempat, kami ambil gambar. makcik Gina kenal semua penduduk kat kampuang rutoria tu (err saya dh xtau eja dah ni seriously. malas nak reverse tengok perenggan sebelumnya)...pastu dia berenti rumah sape tah, ke rumah dia? tak pasti. banyak sangat pokok buah kat situ. saya jadi teruja. ada pokok lemon, orange, apple, persimmon dan feijoa. kami petik-petik buah lepas tu menyambung perjalanan.

buah feijoa feveret

kat pantai kami jumpa seal terdampar. seal tu nangis. sian dia. makcik Gina cakap2 dengan seal tu dalam bahasa maori. seal tu pandang je dia. pastu nangis. kesian..makcik Gina terus call jabatan haiwan berdekatan. sambil berdoa semoga tuhan protect seal itu. kami pun tinggalkan seal itu. harap2 bantuan akan tiba dengan segera. seal tu macam tak boleh gerak je. pastu makcik Gina bawak kami ke gunung paling tinggi kat situ. Mt Hikurangi. gunung tu adalah gunung yang pertama mendapat cahaya matahari di dunia. cool fact! memang sejak hari pertama saya sampai Te Puia, i was hoping to go there. Alhamdulillah wish comes true. Lepas tengok gunung, makcik Gina berenti depan kandang bebiri. sedara dia kerja kat situ so kami dapatla masuk tengok kerja-kerja sheep shearing dijalankan. oh comelnya bulu-bulu mereka yang gebu itu. menurut pakcik tuan bebiri, semua bebiri yang digondolkan adalah bebiri yang mengandung. bila mereka tidak berbulu mereka akan kesejukan. bila kesejukan, mereka akan makan banyak-banyak. bila mereka makan banyak-banyak, itu adalah bagus untuk tumbesaran fetus bebiri. mereka akan beranak anak yang gemuk-gemuk dan sihat. another fact: bulu bebiri akan tumbuh semula ke tahap optimum setelah 6 bulan. cool aye?









bebiri yang telah digondolkan

ok kami dah penat, makcik Gina dah penat. maka kami pulang. sebab badan dah bau bebiri, maka balik-balik je terus mandi. masak dinner, komen2 gambar yang kami tangkap pastu semua masuk tidur kecuali saya yang sedang berblogging ini. till the next post! assalamualaikum!
the four of us. from left: Larissa (physio), me, Gina (the great nurse) and Phoebe (medic)



Tuesday, May 22, 2012

Gisborne Day 2

Alhamdulillah saya telah selamat sampai ke East Coast of New Zealand. To be spesific, Gisborne. It took 3 flights to reach here. 3 flights with different sizes. haha.. I went with my school colleague Yee Phang. During our first flight i flipped through the AirNZ inflight magazine and I saw this page telling about the different sizes of airplanes they have. Me and Yee Phang just burst into laughter when we saw the smallest flight which can only take up to 19 passengers. The second flight we took was slightly larger than our Dunedin-Christchurch flight. That flight was going to Auckland, the main city. So I guess that was why the flight was larger. However, from Auckland to Gisborne, we had the smallest flight which we laughed on previously. ahoy! single seats, which mean you got both the isle and the window seat. haha.

It was a very tiring journey. We arrived in Gisborne airport at about 3.30 pm. It's a very small airport. Bag claim station pun takde. We just had to wait outside for the little truck/carrier to bring our luggages on. Again, me and Yee Phang had a good laugh on that. Such a small town with a small airport. We got excited upon seeing our accommodation. It's like living in a resort or something.There were 2 houses. 1 house for each group. Me and Yee Phang are in different groups so we got different house. I am living with Larissa and Phoebe, the two kiwi girls. No muslims at all. Truly awkward. I need to take care of my aurah in front of them. I did not bring much food with me. And i missed the grocery shopping with them because I was really blur, confused and maybe jetlag? I just refused to join their groceries shopping because i need a rest and i was not aware that I will be travelling to rural area the next day which grocery shopping might be hard to do. ermm and i forgot to bring my compass. so i had to search for the kiblat using Yee Phang's iPhone. Thanks heaps Yee Phang!

That night, after a good rest, we went to Patrick's house. Patrick is the program director and one of the doctors too. He was the one who picked us at the airport. Patrick house is so big. He has two dogs and the dogs greeted us including me! I was just holding my breath and i think my pants perlu disamak! I'm not quite sure whether the dogs licked my pants or not, it was too dark outside the house. Patrick and his wife Nikki was cooking dinner that night. they made a special vege spaghetti for me while others had beef spaghetti. Patrick has Italian blood in him so his spaghetti was awesome! after we had dinner, they served a lovely brownies with whipped cream and chocolate sauce. Patrick offered me a glass of beer. Of course i refused. But then Yee Phang said it was just an apple juice. Oh no! why the colour?!! serve la jus yang lain kaler kan. aiseh..then i pour the juice myself straight from the bottle. Duh, i hate the smell of the beer.

So the next day was the most stressful day to me. We had meeting early in the morning. Briefing macam-macam. too much to take. And then straightaway headed to Te Puia Springs. the journey took almost 2 hours. I slept all the way because i cant stand the windy road. I missed the scenic view unfortunately. As we arrived there, TVNZ crew was waiting for us. Yes, we're going to be filmed. Oh sejak duduk kat NZ ni, dah 4 kali saya difilemkan tp satu je yang sempat tengok kat dalam tv, that was during my first orchard experience. the second one was during my 2nd orchard experience. the third one was during 'Does Islam opressed woman' debate. the fourth one is this one.

oh lupa nak bagitau ye. Saya ke Gisborne untuk program IPE (Inter Professional Education). Program ini under research project yang ditaja kerajaan NZ. Dorang nak eksperimen how well we work as a team of different professions. program ni berlangsung selama 5 minggu. Ada dua team. dalam each team ada sorang final year students of nursing, medicine, dentistry,pharmacy and physiotherapy. Ia adalah projek julung-julung kalinya (pertama kalinya-cubaan untuk menghebarkan BM) di NZ. sebab tu dorang filemkan. oh dah banyak kali dah saya jadi guinea pig ni. or shall i say trailblazers? that sounds better. hehe.

Ok back to the story, di Te Puia Springs we had to do the Powhiri (maori welcoming tradition). perkara yang paling tidak disukai saya dalam upacara ini adalah hongi. hongi ialah perbuatan menekan hidung sesama hidung, ia semacam memberikan nafas untuk satu sama lain sebagai tanda 'ukhuwah' huhu..tetapi saya berasa tidak selesa lebih-lebih lagi dengan lelaki. tahun lepas berjaya mengelaknya. tahun ni mereka melakukan upacara itu secara laju-laju. tak sempat saya nak berkata apa, mereka dah grab saya dan buat hongi itu dan too bad this time mereka cium pipi jugak! which saya tak tahu pun boleh jadi macam tu. rupanya kawasan ni memang lain sikit budaya maorinya. harap xmasuk tv part tuh! wuuu badmood habis hari tu. berjaya katakan tidak kepada seorang manusia sahaja.

kemudian kami kena dengar briefing demi briefing sambil difilemkan. too much information for my exhausted self. 4 hours after that baru kami dilepaskan. We went to the nursing homes (where we are going to stay for the 5 days). Terus saya grab iPhone Yee Phang to look for the qibla direction. sebab Yee Phang akan pergi balik ke Gisborne. sementara saya dan team saya akan tinggal di Te Puia Springs. They asked me to join them to the pub, main lion dance. oh no. dahla mood dah kena destroy dengan upacara hongi dan briefing yang berpanjangan. dengan emosi yang masih tidak sekata lagi. stress tak dapat makanan halal dan xde bekalan makanan pulak tu. bertambah stressful bila diajak buat benda yang tak disukai dan syubhah for me. so saya berdoa agar Allah tidurkan saya sepertimana Allah tidurkan Rasulullah SAW supaya baginda tak pergi taman hiburan. Alhamdulillah Allah gave me period pain and headache and all i wanted to do that time was to sleep. And i slept for 4 hours. bangun2 je mereka dah balik rumah. tapi rumah ni spooky la jugak sebab saya terjaga in the middle and found out i was all alone. and then heard weird things. mungkin sbb masa tu tengah maghrib. abaikan. by the way malam tu hanya makan megi tomyam. alhamdulillah sedap juga. kat cafe hospital tu kena makan kek je (sbb other food tak halal) sampaikan Natasha (nurse akak manager program) kesian tengok saya makan banyak sangat kek to makeup for my lack of other nutrients (apakah huhu) "dhuha, make sure you get enough nutrients while staying here. i dont want to see you with cakes anymore" pesannya sebelum dia pulang ke Gisborne.

ok banyaknya nak tulis. hari ni Day 3 sebenarnya. tak dapat nak share apa yang saya went thru hari ni. tak larat dah. kepenatan mandi dalam thermal pool. ok laters. assalamualaikum.

Monday, May 7, 2012

it's how we see things

pasca tonton Patch Adams:


saya rekomen filem ini untuk anda tonton. ia adalah tentang kehidupan seorang manusia yang pada awalnya macam weng je, depressed sampai nak bunuh diri. kemudian dia admit diri sendiri kepada pusat pemulihan mental. dan dari situ dia mendapat inspirasi untuk teruskan kehidupan dengan melakukan satu revolusi.


antara quote yang mendatangkan kesan di hati Patch dan juga di hati saya ialah "never focus on the problem. if you focus on the problem, you can't see the solution"...dan yang menariknya quote ni disampaikan oleh seorang yang weng jugak dalam pusat pemulihan tu tapi dia sebenarnya mengalami genius syndrome. dan the way pakcik tu convey dia punya mesej pun sangat menarik bila dia keep asking people "how many fingers do you see?" sambil dia tunjuk 4 jarinya kat orang. orang semua jawab 4. 


kemudian dia cakap "See what no one else sees. See what everyone chooses not to see... out of fear, conformity or laziness. See the whole world anew each day!"


menarik?


cukup menarik.


jawapan yang pakcik tu nak sampaikan ialah bilangan jari yang dia tunjuk sebenarnya ada 8! bila kita fokus dekat jari, memanglah kita nampak 4. tapi bila kita look beyond the fingers (obstacle, problem) kita akan nampak 8 jari. tak percaya? cubalah! sebab bila kita tak fokus dekat jari, kita kita jadi blur maka nampak ada 8. jjanng! ^__^


pendek kata tengoklah cerita ini. banyak mesej yang boleh kita hadam dan cuba praktikkan dalam kehidupan seharian. especially para doctors/dentists/nurses dan apa sekalipunlah profesion yang berdepan dengan manusia, sila hayati kata2 Dr Patch ini:


" You treat a disease, you win, you loose. You treat a person, I guarantee you, you'll win, no matter what the outcome. "

Wednesday, May 2, 2012

deception

I am currently watching a korean drama. Warrior Baek Dong Soo. Its a historical drama series of 29 episodes but i just finished the 5th episode. buat masa ini amat tertarik dengan historical drama (or they called it 'period' drama)...teringat masa kanak-kanak dulu sangat suka tengok drama bersiri Hong Kong dan Taiwan yang bertemakan sejarah zaman lampau. yang ada aksi kung fu, shaolin dan segala macam martial arts lagi. masa dulu hanya adore dengan setting, kostum dan aksi seni mempertahankan diri.

tapi sekarang, menonton drama sedemikian daripada kaca mata yang berbeza. dah lama tak tonton hong kong atau taiwan dramas. tapi korean dramas versi sejarah juga takde beza sangat dengan drama hong kong mahupun taiwan. malah kostum lebih menarik dan jalan cerita serta aksi pula lebih logik berbanding drama hong kong dan taiwan yang pernah saya tonton sebelum ni.

berbalik kepada apa yang sedang saya fikirkan bila menonton drama tersebut. jika kita tak kenal asal usul, maka kita akan mudah diperkotak-katikkan dan dijadikan kuda-kuda tunggangan musuh. ibarat seorang anak kecil yang kematian ibubapanya. kemudian hilang ingatan. lalu diambil oleh seorang pembunuh. bekerja untuk pembunuh itu pula bersama misi untuk menghancurkan ahli keluarganya sendiri yang tidak dikenalinya. dek kerana jahil dan tidak tahu asal usul, keluarganya sendiri hancur di tangan sendiri. alangkah malang dan bodoh sekali.

deception. being deceived by the enemy, dont you think it is stupid enough?

pause. reflect. think.

where are we now?
where were we?
who are we?
why we are here?
who brought us here?
who we are serving?
what is the purpose we are being brought here?

keindahan dan keaasyikan dunia mungkin telah menjadikan kita hilang ingatan. ayuh kita cari balik memori kita yang telah hilang itu. memori yang hanya boleh didapati di dalam al-Quran dan as-Sunnah.