Wednesday, August 31, 2011

catatan raya dari katil

tahun ini pertama kali saya beraya di atas katil.

bermula pada malam ahad yang lepas sebaik saja iftar di masjid, saya berasa loya-loya. lalu segala makanan yang saya makan dimuntahkan begitu saya. perut menjadi pedih dan lapar semula. saya ingat hanya muntah biasa-biasa.

lepas pulang dari masjid, saya bersiap-siap untuk ke rumah bawah untuk aktiviti qiyam. sebelum keluar rumah saya muntah sekali lagi. betul-betul rasa penat dengan aktiviti muntah back-to-back ni.

sesampainya di rumah bawah, saya disuruh mengisi perut yang kosong. lalu saya isilah sikit-sikit. lepas tu saya muntah lagi. kemudian saya putus asa untuk makan sebab semuanya akan dimuntahkan. malam tersebut saya tidur lena. namun usai solat tahajjud, saya muntah lagi. sejak itu saya betul-betul tidak bermaya. tidak mampu bercakap banyak juga. hari isnin saya tidak puasa. selasa pun tak puasa. doktor suruh minum air sahaja dalam kekerapan yang banyak tapi jumlah yang sedikit. doktor cakap viral enterogastritis. tak tahu dari mana datang virus itu. mungkin virus masa saya kena flu dua minggu lepas? wallahualam.

alhamdulillah hari ni demam dah kebah. cuma saya masih pening dan masih sakit sendi. baru tengok muka dalam cermin. sangat horror.

selama 2 hari hanya terbaring dan tidur, hari ni barulah boleh duduk lama-lama sikit dan buka internet. semalam family call dari perak. alhamdulillah walaupun hanya terlantar, saya masih belum menitiskan airmata lagi. kalau diingatkan, 2 minggu lepas waktu demam kuat tuh, saya menangis. tapi kali mungkin sebab dah dehydrate kot, so takde airmata yang nak keluar.huhu

sedih? saya takde feeling. hari ni sama je dengan hari-hari lain. saya tak pergi takbir raya. tak pergi solat sunat raya. tak mandi sunat raya. tak makan juadah raya. tak pergi beraya. adakah ini hari raya untuk saya? tidak. saya jugak dah lama tak puasa, sejak dua hari lepas. saya cuma memasang takbir raya saja untuk saya membesarkan Allah di hari kemenangan ini, untuk ingatkan diri sendiri bahawa hari ini, 1Syawal.

pada awalnya saya mengeluh kenapalah sejak 1 ramadhan lagi, saya tidak putus-putus dilanda macam-macam penyakit. adakah Allah tak sayang saya? adakah Allah tak bagi peluang untuk saya beribadat seoptimum mungkin?

jazakillah buat ukhti fila yang mengingatkan saya bahawa Allah maha tahu apa yang Dia beri pada kita. mungkin dengan segala sakit-sakit itu dapat memadamkan dosa kita dengan pantas. mungkin Allah sedang tarbiyah kita dari segi ketabahan, kesabaran, qanaah, kesederhanaan.

saya juga bertuah terjatuh sakit di Baitul Naim ini di mana ahli2 rumahnya semuanya ahli perubatan yang caring. saya sering kali dikunjungi untuk diperiksa suhu badan, keadaan semasa, di bawa ke student health, monitor fluid intake, tolong ingatkan solat, tolong basahkan kulit yang mengering. jazakumullahukhair buat semua.

saya juga terpaksa menyusahkan ramai orang untuk berfikir pasal saya. saya terpaksa berundur daripada jawatan ameerah untuk majlis takbir raya. kerja media juga tergendala. aseef dah banyak susahkan banyak pihak. harap jumaat ni dah sihat sepenuhnya dan boleh attend walimah tasya sekaligus tak susahkan orang lain jugak.

apa khabar rumah saya di atas tu. dah lama tak balik. tak sempat nak kemas-kemas. baju raya juga tertinggal di atas sana. yelah, saya tak expect pun yang saya akan stranded di sini dalam keadaan yang mcm ni.

ya Allah, sihatkanlah tubuh badanku kembali.

Wednesday, August 24, 2011

destinasi impian

24 ramadhan sudah..

hari ni tiada mood untuk oral surgery rotation. badan terasa memanas semula. batuk seperti biasa. shortness of breath walau berjalan di jalan rata tak berbukit. hidung kembali berair dan tekak mula berasa tidak enak. dapat kes kompleks juga maka kerja saya hari ni hanya menonton sambil membantu surgeon di bilik bedah dan di bilik mencabut gigi. saya amat teruja awalnya bila dapat masuk ke bilik bedah. namun setelah itu berasa amat mengantuk menonton pembedahan mulut. surgeon pula bercerita dengan suara yang romantis, membuai-buai saya ke alam mimpi.

menonton Andy (dentist) mencabut gigi pun membuat saya berasa lelah. saya berjaya cabut dua gigi semalam. tapi lepas tu saya asyik dapat kes kompleks yang memerlukan Andy yang buat. kes kompleks sgt perlukan kekuatan dan kesabaran yang tinggi. saya sampai terdengar bunyi nafas Andy yang keletihan menarik akar gigi keluar dari soketnya. tak larat dah nak tengok, mengantuk. saya jenis yang bila mengantuk, akan tidur saja walau di mana saja, walau apa gaya sekalipun. tadi sewaktu di klinik, saya tertidur bersandar di dinding sewaktu tunggu turn Andy menjenguk pesakit saya. kat intec, saya pernah tertidur sewaktu menunggu order kat restoran wira sejati. sampai abang waiter tuh kena kejutkan saya hoho. saya rasa kalau saya drive, saya juga boleh tidur.

(panjang pulak mukadimah)

malam ini alhamdulillah berpeluang terawih kat masjid lagi. imam hari ni baca sangat sedap. kami di sini dah biasa bukak Quran semasa solat terawih. imam akan habiskan satu juzuk untuk 1 malam. daripada solat sambil melamun dan mengantuk akibat tidak memahami dan menghayati bacaan imam, lebih baiklah Quran dibuka dalam solat.

malam ini imam baca surah al-fatir, yasin, as-saffat,al-zumar. bacaan yang merdu itu sangat sampai kepada hati. banyak juga disebut-sebut tentang syurga. tiba2 ada rasa rindu kepada syurga. masa tu terfikir 'eh kita kan asal dari syurga. memang wajarlah ada rasa rindu kan?'

dan kemudian merasa seperti syurga itu kampung halaman yang dirindui. never been there tapi mendengar tentangnya sudah cukup untuk buat hati rasa rindu.

"saya nak balik kampung halaman. neraka bukan kampung halaman saya. saya kena pulang ke kampung halaman! Allah, bimbing aku untuk pulang ke kampung yang dirindui!"

itu doa saya dalam hati.

dalam kesibukan orang ramai untuk pulak ke kampung sempena musim perayaan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan selamat saya.

selamat pulang ke kampung halaman
wahai jiwa yang bermusafir
berhati-hati di jalan kehidupan
itulah kunci rumah taqwa

bukalah peta yang tertulis kalam ilahi
pilihlah destinasi yang dirindui
siap sediakan segala bekal perjalanan
kelak tidak terkandas
di lebuh fatamorgana yang memperdaya

berhati-hati di selekoh kemungkaran
agar tidak terbabas ke gaung jahannam
sebelum tiba masanya untuk melintas titian sirat
tolehlah ke kanan dan ke kiri
apakah yang terkandung dalam buku amalmu?
banyakkanlah kebaikan dan kurangi serta hindarilah keburukan

berhati-hati memandu di jalan kehidupan
ingatlah 'wajah-wajah tersayang' di negeri sana :)



Sunday, August 21, 2011

minggu mencabar


salam. alhamdulillah minggu yang mencabar telah berakhir dan ada lagi satu minggu yang mencabar sebelum spring break aka cuti raya bermula.

minggu ini sangat mencabar buat saya.

saya banyak deadlines. deadlines ijazah dan deadline risalah. kemudian saya dilanda masalah kesihatan yang melemahkan fizikal, mental dan emosi saya selama 6 hari (bermula di hari pertama salji melanda)..saya dapat cuti free selama seminggu tak pasal-pasal je hehe tapi saya pegi jumpa patient jugak kat klinik hari rabu tu sebab masa tu tak teruk sangat conditionnya. selepas itu saya menjadi lumpuh. flu, asthma, myalgia, cough and headache, serta homesick yang sangat semuanya bercampur-baur. dalam masa yang sama, saya kena meet the deadline made by lecturers dan made by myself. deadline yang saya buat sendiri untuk siapkan 'nama saya mujahid' tak dapat saya laksanakan.

saya tak dapat attend children's clinic. dan saya terlajak tidur sementara tunggu dental school bukak, so saya tak dapat nk telefon dental school untuk bagitahu saya tak dapat hadir. kasihan Caleb terpaksa treat patient saya yang dah menunggu selama setengah jam. bersalahnya!

selama seminggu juga saya tak dapat hadirkan diri ke masjid kerana terlalu sejuk dan akhirnya kerana saya sendiri dah tak larat nak pegi masjid.

saya banyak menangis juga membayangkan dapatkah saya siapkan segala kerja-kerja saya. saya juga sejujurnya tak sempat nak study untuk test orthodontic. saya hanya dapat study malam sebelum test. memang laju gila buat revision. pada hari test itu tentulah saya cuak. akhirnya keajaiban berlaku bila test tersebut cancel sebab cuaca bersalji tak membolehkan lecturer datang sekolah. saya pun rasa bersyukur, Allah selamatkan saya dan bagi peluang untuk saya study lebih. tapi minggu depan, saya masih banyak deadlines. tak tahu bila nak curi masa untuk study sebab saya juga ada rotation untuk surgery sepanjang minggu depan (yg mana sangat memerlukan ulangkaji sebab saya dah lupa, benda yg belajar tahun lepaslah katakan -,-")

sekali lagi Allah tolong mudahkan urusan saya. test orthodontic yang ditunda tadi, lecturer buat keputusan untuk jadikan ia 'open book test'..subhanallah..ya Allah..terharu sangat..sampai macam tu Allah bagi saya jalan keluar. tak tersangka-sangka betul.

benarlah jika kita tolong agama Allah, Allah tolong kita. jika kita bertawakkal, Allah sediakan jalan keluar buat kita dari arah yang tak disangka-sangka.

buat saya tak menyesal membabitkan diri dalam agenda menyebarkan 'risalah'..risalah dakwah :)....insyaAllah saya mahu terus berada di jalan ini! hanya dengan berada di jalan inilah, kehidupan saya sebagai mahasiswi dalam bidang yang bukan minat saya, menjadi sangat basah!! hidup saya menjadi tidak dull malah happening!

saya tahu saya tidak punya peribadi pendakwah yang sebenar tapi saya percaya saya mampu mencapainya suatu hari nanti. saya hanya perlu terus berusaha, jangan patah semangat!

ok sambung kisah. hari sabtu ada rehlah mahsyi iaitu aktiviti berjalan kaki sempena memperingati peristiwa badar. pagi itu saya sangat lemah. rasa macam separuh lumpuhlah. nak turun tangga pun longlai. sedih memikirkan tak dapat pergi rehlah mahsyi. saya berdoa dengan sungguh, saya nak pergi rehlah mahsyi! pastu saya dapat semangat. terus bangun dari katil dan mandi setelah 3 hari tak mandi (huhu patutla xsegar)..lepas mandi baru segar. yang sedihnya masa mandi barula sedar badan sendiri dah kurus keding, kaki macam tunggul kayu.

alhamdulillah, saya berjaya pergi rehlah mahsyi. apa yang buat saya bersemangat untuk pergi jugak walaupun sakit ialah bila saya baca balik kisah perang badar. para sahabat, ansar dan muhajirin berlumba-lumba nak pergi perang badar walaupun ada yang tua tak berupaya atau tak cukup keperluan. maka saya pun cuba meletakkan diri sendiri dalam situasi di mana Rasulullah sendiri mengajak saya berperang. mestilah nak kan? saya fikir lagi, inilah peluangnya untuk benar-benar menghayati semangat pahlawan badar. meredah kesejukan dunedin dengan perut lapar (puasa) dan kedaan kesihatan yang kurang memuaskan, bukankah tak ubah dengan kesusahan yang dilalui para pahlawan perang badar? ye, saya mahu merasa pengalaman itu, perasaan itu. alhamdulillah saya berjaya menyertai 'tentera badar' hari ini!

pulangnya saya daripada rehlah mahsyi, saya menjadi sangat-sangat bersemangat. saya dah mula bersuara, dan rasa lebih sehat lah. alhamdulillah sekali lagi Allah mudahkan :)

disebabkan semangat itu, saya meneruskan projek media seterusnya, buat video. projek yang saya dah putus asa pada hari sebelumnya sebab saya tak sihat dan sebab software tu lembap. tapi saya dah tetapkan mesti siapkan malam ni! alhamdulillah malam ini software lebih laju daripada sebelumnya maka saya lebih teruja untuk menghabiskan. alhamdulillah projek yang saya rasa 'entah bila boleh habis' tu akhirnya siap jugak. terbang segala kesusahan yang dirasa sebelum ni. sangat teruja sampai terjerit-jerit kejutkan orang bangun qiyam (sebab obviously saya tak tidur sebab terlampau teruja. lagipun sepanjang sakit dah tidur belas2 jam). lepas orang dah habis qiyam, saya pesan semua orang turun bawah cepat sebab saya nak pasang video pertama yang saya buat dekat plasma TV 32" tu hoheh~malangnya bila semua orang dah turun, tv tu tak boleh main movie saya.hoh, sedih!

maka lepas bersahur saya ajak semua naik atas, tengok kat laptop yani. tapi dorang tak bagi feedback pun. mungkin malu kot. huhu..xpela yang penting saya eksaited sebab berjaya siapkan. saya dan Allah jela tahu liku2 yang dilalui masa nk wat video tu. disebabkan saya eksaited sangat, saya pos video tu kat sedara mara semua. saya jugak send personally kat abah. sebab abah ialah orang pertama yang expose benda2 IT kat saya. maka saya nak abah tahu, apa yang dia ajar saya 14 tahun dulu akhirnya membuahkan hasil yang takdela seberapa sangat tapi adala jugak daripada takde ;P

teringat masa sekolah menengah, pernah bercita-cita nak jadi pengarah filem. nak filemkan novel 'konserto terakhir' (novel teks skolah)..saya masa tu mengidam afdlin shauki jadi hero huhu..tapi itu dulu..bila dah buat filem pendek ni baru saya tahu remehnye kerja ni. tak berapa minat sangat. tapi bolehla nak cuba di masa depan. saya lebih suka graphic design.

ok so hari ni rasanya dah setel kerja-kerja risalah. saya boleh fokus sepenuhnya dengan kerja2 ijazah untuk minggu seterusnya! lepas tu time cuti raya, saya kembali dengan aktiviti risalah. saya tahu cabaran ini akan datang dan pergi. harap dhuha terus bertabah hingga ke akhirnya! fighting!

Wednesday, August 17, 2011

update ogos

salam.

ramadhan dah memasuki separuh masa kedua. saya tambah sibuk. tapi minggu ni dah macam cuti mid semester pulak sebab snowing. tapi saya still sibuk.

saya takde hati nak beraya pun. raya ni saya tinggal sorang2 kat rumah. yani dan fairuz balik beraya di malaysia. pina beraya di wellington. saya tinggal soranglah. saya juga takde feeling untuk berair mata sebab tak beraya di malaysia. ada apa dengan raya by the way? hanyalah makanan-makanan dan keluarga serta sanak saudara. yang mana saya still boleh menghubungi mereka dengan teknologi yang serba canggih ini. really, i have no feeling.

saya masih gelisah sebab target ramadhan saya macam susah nak tercapai ni. saya tak boleh habiskan novel 'nama saya mujahid' sebab assignment datang bertimbun-timbun. maka saya tak boleh nk menulis dengan ayat bahasa melayu yang bagus taraf novel. saya miss puasa 9 hari, masih mengejar untuk khatamkan Quran. orang kata tak payah kejar khatam, yang penting isinya dan tajwidnya. tapi saya nak tadabbur dan juga khatam. sebab sejak zaman sekolah lagi saya dah terbiasa khatam 2 kali dalam ramadhan (sebab baca sendiri dan tadarus dengan family, maka khatam dua kalilah)..bila masuk intec, saya khatam sekali je dalam ramadhan sebab tak tadarus dengan family. tak akan tahun ni saya tak khatam langsung? mencorotnya T__T

saya juga nampaknya tak boleh nak tamatkan menghafal juz amma T__T..ada lagi 4 surah to go. tak boleh nak hafal laju2. nanti in the end get confused lepas tu tak ingat dah.

target untuk tidur 5 jam sahaja pun tak tercapai. cuaca terlampau sejuk sampai sakit. tidur pun terlajak-lajak T__T

Allah permudahkanlah Ramadhan bagiku. berkatilah sisa-sisa Ramadhan yang tinggal. sesungguhnya saya sangat sedih niii T__T mungkin persediaan tak cukup rapi di bulan syaaban. aaahhh bazirnyaaaa!

tak ada hati nak raya. saya takut saya keluar daripada madrasah ramadhan sebagai graduan yang ber'gred' C atau mungkin fail? tak rasa sebagai pemenang. ahh optimis dhuha, optimis! masih punya masa! tak apalah kalau tak capai target, asalkan sentiasa berusaha ke arahnya!

tapi yang paling mengujakan saya ialah Ramadhan kali ni hati begitu bulat untuk naik satu lagi anak tangga.

ok, berusaha!

Thursday, August 11, 2011

Allahu Akbar!


semangatnya dengar lagu ni. satu perkara yang susah saya nak tinggalkan ialah kegemaran terhadap lagu-lagu rap. tapi sekarang dah banyak jugak lagu rap berunsurkan ketuhanan. UNIC pun ada masukkan unsur rap dalam lagu. jadi saya dah ada alternatif :)

bagi saya lagu rap sangat kreatif dari segi penyusunan kata, juga liriknya sangat terkena direct dalam hati, simple dan selalunya bersemangat (tengokla penyanyi rap nyanyi sampai terkembung-kembung pipi, tersembur-sembur airliur kan. huhu..

in anticipation

harinya makin dekat, saya pulak yang teruja.hehe..

raya ketiga ni ukhti kesayangan dari auckland akan berkahwin dengan salah sorang ikhwah dari dunedin (mereka orang malaysia ok). saya teruja sebab ini first time close friend saya kahwin dan saya turut terlibat dalam persiapan. maklumlah majlis kahwin sesama pelajar, kamilah yang uruskan majlisnya.

setakat ni saya ada dua tugas. baca doa untuk majlis khatam Quran dan juga design doorgift untuk pengantin. oh terujanyaaa! kami juga ada plan rahsia untuk pengantin which are..nama pun rahsia mana boleh bagitau. sat gi kantoi di sini.

tapi nak cakap, sangat terujalah ni!

hihi saya juga berharap boleh menjadi pengantin sewaktu bergelar pelajar. malangnya masaku sebagai pelajar hampir tamat lah T___T ...tinggal tahun depan je. agak mustahil pulak nak kahwin tahun depan sebab dah nak habis belajar dah. macam sungguh gedik pula, dah nak balik malaysia masih nak sempatkan diri kahwin kat oversea. anak sape tuh wat perangan camtu? bintul shahrain ke? haish~

oh sudah. sudah. terbawa-bawa badi pengantin sampai ke sini. ya, saya rasa gedik sebab berita macam ni pun nak tulis kat sini. tapi tak boleh la. dah berbulan-bulan saya tahan perasaan teruja ni.

Tuesday, August 9, 2011

masa depanku

the more i see patient, the more i feel like i dont want to see them.

and the deeper i think "should i be a dentist"?

ni yang susah bila soalan ni tak tanya masa mula-mula buat pilihan dulu. bukan tak fikir, dah fikir tapi still saya pilih bidang ni so tak yah cakap banyakla, sendiri yang buat pilihan.

saya rasa at this stage i must think about other alternatives kalau tiba-tiba at one point saya terus give up nak jadi dentist. saya akan habiskan belajar, insyaAllah. tapi saya tak jamin saya akan jadi dentist in the end.

plan 1: betray kerajaan dan seluruh rakyat malaysia. tak balik malaysia lepas graduate. kerja kat NZ. kumpul gaji as a dentist sebanyak mungkin. kat sini gaji dentist setahun ialah NZD 180,000. kalau convert RM, belum sampai sejuta. so mungkin kena kerja kat sini selama 3-4 tahun untuk kumpul RM sejuta plus. then setelkan hutang. balik malaysia, jadi housewife. kalau tak kahwin lagi, nak bukak bisnes sendiri, mungkin join company abah, nak involve dalam arts pulak. mungkin sambung belajar dalam bidang lain dengan duit simpanan sendiri.

plan 2: betray kerajaan dan seluruh rakyat malaysia. kerja dekat australia as a dentist. gaji lebih besar dan lebih pendek jangka masa nak bekerja sebagai dentist demi untuk bayar hutang (kalau boleh nak get rid of it ASAP). then plan seterusnya sama cam plan 1.

plan 3: patuh dan taat kepada kerajaan dan rakyat malaysia, pulang ke malaysia. kerja dentist 10 tahun pastu berhenti terus.
plan 4: along the way kerja as a dentist kat malaysia, kalau tiba2 jatuh minat, teruskan kerjaya dan kembangkan kerjaya serta sambung belajar. kalau kerja kat NZ atau OZ, mungkin lepas 5 tahun kerja, balik malaysia bawak modal untuk bukak klinik sendiri. berbakti kepada rakyat malaysia tapi bukan ikut kerajaan.

plan 3 adalah paling kedengaran paling pleasing sekali. tapi jujur saya cakap, saya tak sanggup nak kerja dentist selama sepuluh tahun. nak jumpa patient sekali seminggu pun saya terpaksa lawan perasaan sendiri. emosi terganggu sungguh setiap kali jumpa patient. saya hanya mampu doa Allah tolong saya.

plan ke-4 kedengaran sungguh bombastik. insyaAllah itu akan terjadi kalau tiba-tiba minat itu datang. plan pertama dan kedua adalah sangat berbunyi jahat dan seolah-olah saya ini pengkhianat utama negara. tapi plan tu pada saya sungguh best. paling best yang saya boleh fikirkan setakat ni. huhu tapi ingat senang ke nak jadi dentist kat sini? sudah pasti kena make sure result dah cukup bagus.

saya nak minta maaf kat rakyat malaysia kerana duit anda telah sampai kepada orang yang telah berusaha mencari minatnya dalam dentistry tapi sampai hari ini masih berusaha mencari minat. saya akan terus berdoa dan harapnya keputusan saya nanti tak hampakan sesiapa.

semakin dekat nak graduasi semakin saya tak nampak posisi saya sebagai doktor gigi kat klinik kerajaan malaysia T__T

Sunday, August 7, 2011

hijrah

saya suka baca dan amik tahu kisah penghijrahan hidup orang lain. tak kisahla ke arah kebaikan atau keburukan.

saya suka kisah hijrah ke arah kebaikan sebab saya dapat meningkatkan kesedaran sendiri di samping itu menyaksikan sendiri betapa Maha Pengasih dan Penyayang serta Pengampunnya Allah itu. Dia juga maha pemurah, memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan tentula orang itu orang yang layak.

saya juga suka baca (note: suka BACA) hijrah orang ke arah keburukan sebab saya dapat tahu faktor dia berpaling tadah maka saya dapat take note di situ supaya saya sendiri dapat berhati-hati in the future. seperti yang ditulis dalam kurungan, saya hanya suka baca kisah tu, bukannya suka kisah itu sebab mestilah saya tak suka dengan penghijrahan ke arah keburukan.

saya paling sukalah baca kisah artis yang berhijrah. sebab mereka ni pada mata masyarakat hanyalah perosak, dah tak boleh nak repair, problematic. tapi akhirnya Allah nak bagitau kita, sejahil-jahilnya insan tu, Dia masih boleh bertaubat dan jadi lebih baik daripada kita. lagipun kisah2 penghijrahan artislah yang selalu diceritakan sebab mereka ni public figure. kalau saya berubah, siapalah nak tahu kisah saya sebab saya anonymous. tapi insyaAllah nak jadi anonymous seperti Uwais al-Qarni :)

paling saya suka, bila baca kisah mereka, saya akan terus teringat kejahilan diri sendiri di suatu masa dulu, membuatkan saya kembali merenungnya, mensyukuri nikmat hidayah yang Allah bagi dan berusaha supaya tak kembali ke zaman tersebut! ia juga buat saya merasa rendah diri semula that i was once a bad person, an arrogant slave.

dan hari ini juga saya rindukan kelantan sangat. secara tiba-tiba. kebetulan bila tengok kisah-kisah artis yang berhiijrah, buat saya teringat zaman jahil sendiri, buat saya teringat, di kelantanlah trigger yang paling mula-mula.

lepas tamat SPM, saya dan kawan2 sekolah saya buat trip ke kelantan sambil melawat bee yang tinggal kat kelantan. kebetulan saya ada grandparents kat sana so saya pun sambil melawat grandparents la.

kami tinggal di rumah bee untuk 2 hari. bee dibesarkan dalam keluarga yang sangat islamik. saya takdelah rapat sangat dengan bee. tapi menghabiskan masa beberapa hari dengan beliau di kelantan buat hubungan kami jadi rapat. kebetulan hari yang saya tidur rumah dia ialah hari khamis dan jumaat. pagi jumaat bee telah bawa kami pergi dengar ceramah agama kat mana tah. bee kata setiap minggu dia dengar ceramah kat situ. saya pun layan je sebab memang saya suka dengar ceramah agama pun sejak kecil lagi. kemudian lepas dengar ceramah, kami pun ke pasar pagi.

saya sangatlah terkejut pegi sana. semua orang duduk atas jalan nak dengar ceramah. sampai orang berniaga pun join sekali bila gerai dia tak busy. saya masa tu sangat overwhelmed. tak pernah tengok suasana macam tu. terus terbayang adakah pada zaman Rasulullah ada kejadian yang sebegitu? orang ramai sangat tekun mendengar. dalam hati berharap perkara yang sama jadi kat tempat tinggal saya. di waktu itu dah 18 tahun kot saya sentiasa ulang-alik ke kelantan, balik kampung. tapi tak pernah tengok pun suasana camtu. huhu sebab saya duduk kat rumah grandparents je. keluar pun pegi kbmall, mydin, jalan2 pegi beraya, PCB uhuk2..

and then saya ditegur secara pedas oleh bee bila bee dapat tahu saya cucu tok imam. "cucu tok imam pakai macam ni ke?" referring to baju kaler oren saya yang tak cukup kain tu. makan dalam. huhu.....sampai sekarang boleh ingat. sejak tu, bila jumpa bee, saya cover2 sikit the way i dress.

lepas tu, rupanya bee masuk intec sama macam saya tapi dia buat ALM. we became closer and closer. dia yang mula-mula expose isu palestin kat saya. isu palestin sangat dekat di hati saya waktu tu. atas isu palestin, kami bertambah rapat. saya tiru aksinya yang memboikot barangan israel.

dekat dengan isu palestin membuatkan saya semakin dekat dengan insan-insan yang turut sama memperjuangkan isu palestin yang rata-ratanya budak usrah kat intec. saya tak kekok lagi nak berkawan dengan mereka. sebab saya juga sayang palestin seperti mereka =)

tapi saya masih zero idea pasal usrah. saya tak tahu pun kewujudan usrah di intec dan tak ada siapa pun bagitahu saya atau ajak saya (mungkin sebab saya tak nampak seperti budak yang berminat nak berusrah.huhu..) yela saya dress up tak cukup kain, nampak macam lone ranger yang emo, dengar lagu pun lagu emo-goth dan punk rock. main futsal pulak tu (kalau netball mungkin nampak lebih ayu kot).pendek kata saya nampak macam budak bermasalah kot huhu.

tapi kat intec sedikit demi sedikit kesedaran tu datang. ditambah pula dengan faktor kawan-kawan yang sangat menunjukkan qudwah yang baiklah. keinginan dalam hti pun timbul untuk berpakaian macam mereka, berilmu macam mereka.

hmm bab pakaian tu sebenarnya dah lama dah cuma tak berani je. ingat lagi dulu mak saya pakai tudung labuh yang bulat itu. saya tak suka sangat sebab saya nampak mak saya kolot berbanding mak kawan2 saya. suatu hari mak saya pun dah tak pakai tudung tersebut. mak saya pakai tudung ala2 wardina pula. lama-lama saya pun rindu nak tengok mak pakai tudung bulat yang labuh itu tapi tak berani nak cakapla kan. hihi.. saya bukak almari mak, saya amik satu tudung labuh mak yang kaler krim, saya simpan dalam almari. menyimpan hasrat untuk memakainya suatu hari nanti. suka pakai kat dalam bilik sambil tengok cermin tapi tak berani keluar bilik. haha..lama-kelamaan saya tenggelam dalam duniawi. tudung tu sampai sekarang pun saya tak tahu saya campak mana tapi masa balik malaysia saya dah beli satu tudung yang lebih kurang sama dengan tudung yang pernah saya simpan suatu masa dulu. subhanallah walhamdulillah, nostalgia rasanya hehe =)

ok2, bak kata kak diha, setelah itu perubahan saya pun bertadarruj. tadarruj tu apa? perubahan yang dibuat secara beransur-ansur.

akhir semester kat intec saya mula berjinak-jinak dengan skirt panjang dan t-shirt bawah punggung. saya jugak banyak sleeveless dress masa tu so saya modify pakai dengan long-sleeve inner dan skirt atau jeans.

bila kat IMU saya mula sibukkan diri masuk program-program yang dianjurkan Muslim Society. tak ketinggalan juga, taklim mingguan. rupanya ada yang mengintai saya di waktu itu maka saya dipanggil untuk berhalaqah. second year saya masuk usrah tetap dengan dua orang naqibah kesayangan. naqibah saya pun intai saya lagi dan saya dibawa mengenal dunia jemaah dengan lebih luas lagi. masa tu baru saya faham betul apa itu usrah, apa itu jemaah. saya pun baca buku 'apa ertinya saya menganut islam' di waktu itu, yang menekankan kewajipan menggabungkan diri ke dalam jemaah. masa tu saya perlahan-lahan berevolusi dalam cara berpakaian dan cuba menjaga ikhtilat tapi susah jugaklah bab tu sebab saya rapat dengan kawan-kawan sekolah yang kalau berjumpa mesti nak keluar sekali boys and girls.

seterusnya sekarang tahun keempat, dah sampai NZ pun, saya masih diintai dan satu demi satu tanggungjawab diberikan kepada saya. semua ni menjadikan saya lebih matang dan masa saya lebih terisi. at leas kalau tak study pun, saya mengisi masa dengan kerja-kerja besar yang lain :)..kalau dulu, bila malas study, saya dengar lagu atau tonton movie. sekarang dah ada kerja lain nak buat. weekends pun penuh aktiviti. kalau tonton movie, pun sedaya upaya nak kurangkan movie lagha.

masih banyak lagi yang perlu saya perbaiki dalam hidup saya. saya harap setiap tahun saya berhijrah ke arah yang lebih baik. saya mengimpikan dapat menjaga ikhtilat dengan sebetul-betulnya, dapat hafal al-quran sebanyak-banyaknya beserta maksudnya, mengimpikan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang bahasa arab atau ilmu al-quran, mengharapkan untuk menjaga percakapan sebaik-baiknya dan semakin bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.. banyak lagi harapan tapi tak perlulah cakap semua =)

yang penting, dalam kita berhijrah, jangan lupakan dan jangan tinggalkan rakan-rakan lama yang masih berada di jalan yang kita pernah lalui dulu. sentiasa ingatkan mereka dan cuba untuk membawa mereka ke jalan yang benar, insyaAllah. persahabatan jangan diputuskan dan jangan sekali-kali berasa kita lagi baik daripada mereka. sebab taqwa itu hanya Allah yang menilanya dan kita sendiri tak tahu di mana pengakhiran kita. wallahualam./

perihal membaca

saya suka membaca. skop bacaan saya luaslah jugak. tapi bila sampai kepada membaca isu-isu, kita sebenarnya lebih banyak terdedah dengan macam-macam jenis bahan dan sumber bacaan. sampai akhirnya kita keliru dan celaru.

orang bebas melahirkan pendapat tentang sesuatu isu. saya suka membaca pelbagai pendapat. kalau saya terdengar tentang satu2 berita, saya akan baca daripada macam-macam sumber, komen-komen orang lain dan akhirnya saya scan semua bahan dan pilih yang mana yang saya nak baca in-depth. then i made my own conclusion.

setelah berjinak-jinak baca pasal isu semasa, banyak yang saya belajar. saya kena hati-hati memilih apa yang saya baca supaya saya bertenang, tak emosi, boleh fikir dengan mendalam, tak taksub dengan satu-satu pendapat, tidak mengehadkan bacaan kepada pandangan/laporan satu2 penulis tu je. kalau masuk isu politik, saya baca pandangan kerajaan, pembangkang mahupun NGO-NGO atau pakar-pakar yang berkaitan.

saya akan tolak bahan bacaan yang ada kata-kata kesat. saya sangat-sangat tak suka bahasa kesat. sakit mata membacanya dan berdesing telinga mendengarnya. saya akan tolak terus. tak kuasa nak tahu daripada orang itu lagi. kata-kata kesat yang keluar dari mulut seseorang menjadikan kredibilitinya, reliabilitinya dan integritinya dalam menyampaikan maklumat dan membuat analisis maklumat menjadi sangat-sangat terjejas dan tak seimbang. sesuatu yang baik dan benar tak mungkin akan keluar daripada mulut orang yang suka berkata-kata kesat. kalaupun kata-katanya benar, tapi langsung tak dapat membantu mensucikan hati saya, apa gunanya kebenaran tu?

kata-kata adalah akhlak. akhlak adalah berkadar terus dengan iman. baik akhlak, baiklah iman. tinggi akhlak, tinggilah iman. baik kata-kata dan tinggi budi bahasa, baik dan tinggilah imannya. mana mungkin orang yang baik menggunakan kata-kata kesat. maka kata-kata yang lahir daripada orang yang tidak mampu mengawal bicaranya daripada pengaruh emosi yang penuh nafsu amarah amat diragui kesahihannya.

saya juga menolak terus bahan bacaan yang dipenuhi hasutan, iaitu yang nampak sangat bias, tak seimbang neracanya. penuh dengan ketaksuban kepada seseorang, sesuatu perkara atau prinsip. boleh dirasai penulisannya yang meluap-luap dengan nafsu, asasnya entah ke mana. melalut-lalut hingga keluar daripada isu yang sebenar (especially orang politik yang lazimnya suka mempolitikkan sesuatu isu)

saya juga close tab terus terhadap bahan bacaan yang tak sempurna ejaannya. habis setiap perkataan nak di 'short form' kan.

dan bila saya telah menjadi sangat choosy dalam membaca, saya juga muhasabah diri dan penulisan diri sendiri. adakah saya berada dalam kategori di atas sehingga orang tutup terus blog saya? kihkihkih..harap-harapnya tidak. kalau ada, ampunkan saya :)

marilah sama-sama improve diri. scan before you read sebenarnya banyak menjimatkan masa anda daripada membaca benda-benda yang tak dapat mendatangkan amal. sekian, wassalam :)


Friday, August 5, 2011

seimbang

hari ni saya dapat nasihat berguna daripada Allah melalui kak I. bulan ramadhan ni saya diamanahkan dengan macam2 tugas. selain terlibat dengan aktiviti media, saya juga terlibat dengan aktiviti tarbiyyah umum. sejak ramadhan bermula saya kena kendalikan Quranic Circle. Kak I juga absent untuk beberapa hari sebab ada hal jadi saya kena gantikan kak I.

kak I: kesian awak, macam2 kerja awak kena buat lately ni. awak ok x?
saya: saya ok akak. don't worry.
kak I: awak kalau rasa bz, bagitau je akak tau?
saya: ok, don't worry akak. (senyum)
kak I: betul ni? awak jangan simpan sorang-sorang tau? jangan buat kerja sorang2 kalau rasa tak mampu.
saya: baik, akak. (senyum lagi)
kak I: bersalahnya akak. awak busy dengan media, akak tambah kerja awak lagi.
saya: akak, tak pe. saya ok je. saya suka. dapat jugak saya praktis. (senyum sekali lagi)
kak I: study camne? ok tak?
saya: jangan risau akak. ok je. (senyum)
kak I: awak kena balance tau. jangan terlebih sangat buat kerja2 tarbiyyah ni sampai awak tinggal study awak tau. biar balance! (sambil kak I buat gaya tangan 'seimbang')
saya: (dalam hati: gulp..err..) baik, akak! insyaAllah, saya cuba!

subhanallah masyaAllah astaghfirullah.

jujur saya katakan saya terlalu excited bekerja dalam team tarbiyyah sampai sebenarnya saya punya neraca dah tip towards 'risalah', bukan ijazah. atau lebih tepat lagi tanggungjawab mengejar 'risalah' dan 'ijazah' sudah tidak seimbang.

jazakillah kak I atas peringatan yang cukup berguna. simple je tapi sangat membangkitkan semula ingatan saya untuk seimbangkan 'risalah' dan 'ijazah'. manusia mudah lupa, mudah lalai. saya tahu menyebarkan dakwah itu lebih penting daripada ijazah tapi itu bukan alasan untuk saya menganaktirikan studies saya. studies saya adalah tanggungjawab saya begitu juga dengan dakwah. jadi saya kena balance antara kedua-dua tanggungjawab tersebut.

bekerja dalam media adalah amat mengasyikkan buat saya sebab di situlah minat saya yang sebenarnya. arts. minat yang gagal saya perjuangkan sewaktu memilih bidang pengajian suatu masa dahulu. ditambah pula dengan faktor utama menyertai media adalah untuk sebarkan dakwah, saya lagi teruja. ada dua passion yang tinggi di situ, memang tak dapat nak compare la dengan minat saya kat dentistry. ibarat langit dan bumi. boleh kata minat 10% untuk dental, 90% untuk arts n dakwah. hoho.

tambahan pula, saya memang laju belajar arts sejak kecil lagi. jadi saya lebih senang nak serap ilmu tu berbanding dentistry, yang membuatkan saya senang beralih fokus. mestilah kita akan lebih suka nak buat dan belajar benda yang kita suka kan. lebih senang nak fokus dalam bidang yang kita minat.

sejak berusia tadika, saya dah biasa tengok abah buat kerja dengan AutoCad. setiap minggu pergi ofis abah, tengok abah buat drawing. sambil tu abah pun bagi kami adik beradik kertas kosong. habis satu family duk melukis kat ofis abah. tak cukup kertas, kami masuk bilik mesyuarat abah dan kami lukis kat whiteboard. balik rumah sambung conteng kat dinding dan almari. waktu darjah 3 abah hadiahkan saya komputer sebab saya maintain dapat nombor 1 untuk 2 semester berturut2. nak tahu apa benda pertama yang abah ajar kami adik beradik masa mula2 guna komputer?

adobe photoshop.

masa tu kalau cerita dengan kawan2 pasal adobe, dorang pun heran game apakah adobe itu. adobe tu dah macam computer games la untuk kami. ingat lagi lukisan pertama yang abah ajar kat adobe photoshop ialah lukisan epal 3D. abah ajar macam mana nak nampakkan epal tu real. sejak tu kerja kami asyik nak melukis dalam komputer. then as time goes by, banyak games lain yang masuk dalam komputer tu. maka sikit2 saya mula tinggalkan adobe. tapi setiap kali abah beli komputer baru, mesti abah tak lupa nak install adobe photoshop. so bila bosan2, kami pun main edit2 gambar, lukis2 atau design2.

saya, hajar dan epi. kami bertigalah yang master melukis dan men'design' dan meng'edit' gambar dan paling celik IT. sebab zaman abah masih giat dalam arena seni bina dulu, kami bertiga yang banyak exposure. sarah masa tu kecik sangat lagi so kurang dapat tempias. tapi kami lima beradik memang 'artist' lah. tapi bila dah besar ni, yang paling menonjol bakat melukis tu hajar dan epi. hajar sebab dia belajar archi. epi pulak walaupun dia belajar bisnes tapi dia sentiasa updated dengan kerja2 seninya.

sejak masuk dentistry, saya dah takde masa sangat nak design2. tapi setelah diberi tugas dalam bidang media, saya kembali terjun dan sangat asyiklah. mujurlah kak I datang memberi peringatan hari ni :)

kena seimbang.

kadang-kadang kita kena belajar untuk korbankan kesukaan kita untuk perkara lain. tak payahla korbankan terus. be moderate and balance. belajar untuk taat dalam tidak setuju. belejar untuk suka dalam tidak suka. belajar untuk PAKSA diri! sebab kalau saya tak paksa diri utk suka dentistry dan teruskan pelajaran, i believe kemudaratan akan mengatasi manfaat. and i believe semua ni sangat berhikmah tinggi.

kena seimbang.

kena berkorban.

yes, i will insyaAllah :)

Rezeki jangan ditolak

Hari ni saya terlibat di dapur masjid sebagai tukang rasa dan tolongla apa2 yang patut. Ini kali kedua saya bekerja di dapur masjid. Tahun lepas was my first time. Masa tu tolong kak azam.

Tapi kali ini ada cerita yang nak saya sampaikan. Alhamdulillah Allah bagi saya jadi tujang rasa kali ni supaya saya belajar sesuatu. Tak sia-sia sekali pun hanya peranan kecil tambahan pula tugas yg sering kali diperlekehkan "alah tukang rasa makanan senang je. Dahla tak puasa, dapat makan free lak tu."

Memasak untuk jemaah yang besar bukan senang. Apatah lagi nak memastikan rasanya diterima ramai. Masyarakat pelbagai kaum pulak tu, mestilah macam2 citarasa lidahnya. Terpaksa saya korbankan kesukaan saya kepada rasa pedas demi memenuhi citarasa antarabangsa. Daging dendeng masakan kak lyn harus saya pastikan ada rasa manis yang sama level dengan masin serta sedikit rasa masam (orang yang berpuasa sila skip part ni!!). Rasa pedas pula harus berada di tahap terendah sampai tak perasan kehadirannya. Huhu lidah saya dahla tak berapa jitu. Ada dua orang lagi tukang rasa untuk mendapatkan pandangan yang lebih best.

Team dapur begitu berhempas pulas memasak. Ada saatnya frustration memenuhi atmosfera dapur bila air daging untuk masak nasi tak cukup, bawang lambat masak etc etc. Tp alhamdulillah makanan dan minuman dah tersedia setengah jam awal. Dengan seluruh badan berbau dendeng daging, saya pun melangkah masuk ke masjid sambil memasang niat beri'tikaf. Spacing out myself from the others. Mengambil kesempatan berdoa banyak2 pada waktu hampir berbuka yakni waktu mustajab doa.

Setelah berbuka dengan kurma dan manisan, seluruh jemaah menunaikan solat maghrib. Kemudian team hidang pun menghidangkan makanan. Di situlah Allah nak bagi pengajaran lagi. Banyak daging yang tak disentuh dan dibuang begitu sahaja ibarat tiada nilai langsung. Betapa kesal, sedih dan sayangnya.

Orang malaysia mestilah habis makan sebab sedap giler kot, setelah 4 hari akhirnya berbuka dengan masakan msia. Tapi mostly arabs buang gitu je! Menurut seniors mmg sejak dulu lagi dorang tak berkenan dgn masakan msia. Dulu brothers sampai marah kot kat tukang masak sebab makanan tak boleh nak makan lantaran lain citarasa. Selalunya tahun lepas bila turn org msia masak dorang x iftar kt masjid. Tp tu lg bagus drpd buang2 makanan. Saya selaku tukang rasa terasa hati jugak tengok orang lain buang makanan. Tak sedap ke citarasa saya? Pastu cepat2 pujuk hati "lain orang lain citarasa. Berlapang dadalah!"..bersabar dan mendiamkan diri saat melihat daging2 terbuang begitu sahaja. Dalam hati memuji orang malaysia yg sangat menghargai mknn.

Kat sini susah nk tengok malaysian buang mknn sbb nk dpt mknn halal pn susah kot. Msian pulak dah biasa makan international food. So apa yang terhidang, kita suka nak makan. Saya pulak personally mmg makan apa sahaja. Memang tak cerewet bab2 makan sebab saya berasal daripada keluarga yang suka makan, adventurous dalam mencuba masakan2 baru. Kami basically makan apa saja.

Terharu melihat rakan2 malaysia yang tak gemar makanan arab berusaha habiskan makan. Parts yang mereka tak suka makan contohnya kismis,kacang atau lain2 mereka bagi kat orang yang suka makan. Licin pinggan org malaysia.

Sedih dengan sesetengah saudara timur tengah yang begitu memilih makanan. Jika tak suka, jangan berbuka di masjid. At least tunjukkan rasa syukurmu dengan menghargai jasa tukang masak. Jangan buat muka tak sedap depan makanan atau merungut depan makanan. Teringat kata2 fairuz yang waktu tu tgah kutip pinggan kotor yang penuh daging yang masih tak tersentuh. "dorang ni tak tau ke sedara-mara dorang yang tengah berperang tu susah gila nak dapat makanan." mereka yg datang NZ sume kaya2, manelah nak rasa susah.

Tu belum campur kegeraman saya bila tengok orang palestin sendiri beli coke. Yg memenuhi starbuck pun orang middle east. Tapi saya cuba bersangka baik. Mungkin mereka tak tahu. But dont they bother to know??

Rupanya pada sehidangan makanan percuma itu, ada banyak nilai yang terselit untuk kita renungi bersama.

Ramadhan ke-4 hari ni mengajar saya menghargai tukang masak, makanan, rezeki. Mengajar saya berlapang dada, bersyukur, tidak membazir, sabar, diam bila ada rasa marah, tolong-menolong, tak memperkecilkan peranan orang lain, redha dan ukhwah fillah.

P/s: saya lapar dan masih teringat daging2 :( BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, August 3, 2011

usul ke-2: manual kehidupan


sepertimana sebuah kereta mainan yang harus dibaca manual operasinya sebelum diguna, begitu jugalah hidup ini. Maha bijaksananya Allah, mencipta manusia dan melengkapinya dengan manual hidup (baca: panduan hidup)

sama jugalah halnya seperti kereta mainan yang apabila tidak mengikut manual operasi, maka tidak dapatlah ia berfungsi dengan baik, rosak dan menyakitkan hati pembelinya. manusia apabila lari daripada sunnatullah dengan melanggar laranganNya dan menolak suruhanNya, maka huru-huralah apa sahaja yang berada di sekelilingnya baik anak/suami/isterinya, jiran-jirannya, negaranya, alam sekitarnya sehingga termusnah keseimbangan dunia ini.

apakah manual hidup umat islam?

Imam Hasan Al-Banna menyatakannya dalam usul ke-2:

Al-Quran yang mulia dan sunnah yang suci adalah rujukan kepada setiap muslim dalam mengetahui hukum-hukum Islam. Al-Quran difahami dengan mengikut kaedah bahasa Arab dengan tidak mengikut sikap memberatkan dna terlalu memudahkan. Kefahaman kepada sunnah yang suci adalah dengan merujuk kepada rijal-rijal (perawi) hadith yang thiqah (dipercayai).

ada beberapa point penting yang terdapat dalam usul ini.

Pertamanya, Al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup orang Islam. Antara dalil-dalil berkaitan ialah:-

"Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri
di antara kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu perkara, maka
kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul".
(An-Nisaa': 59)

"Apa-apa perkara yang diberikan oleh Rasul maka terimalah ia dan apa-apa yang
dilarangnya maka jauhilah ia".
(Al-Hasyr: 7)

"Bagaimanakah kamu menghukum jika diminta kepada kamu untuk menjatuhkan
hukuman? Muaz menjawab: "Saya akan menghukum dengan kitab Allah". Baginda
bertanya: "Bagaimana jika kamu tidak mendapatinya di dalam kitab Allah?" Muaz
menjawab: "Saya akan berhukum dengan sunnah Rasulullah saw". Baginda bertanya
lagi: "Bagaimana jika kamu tidak mendapatinya di dalam sunnah Rasulullah saw dan
Kitab Allah?" Muaz menjawab "Saya akan berijtihad dengan fikiran saya dan saya tidak
akan lari dari kebenaran". Lalu Rasulullah saw menepuk dadanya seraya berkata:
"Segala puji bagi Allah yang telah memberi taufiq kepada utusan Rasulullah saw dengan
perkara yang diredhai oleh Rasulullah saw".
(Abu Daud: 3/302 no: 3592)

tak wajar bagi seorang muslim untuk merujuk sumber lain sebagai panduan kehidupan. contohnya, tak wajar kita terikut-ikut dengan cara hidup barat hanya semata-mata nak ikut trend. kita kena bangga dengan identiti islam dan the only way untuk serlahkan identiti islam ialah melalui al-Quran dan sunnah.

yang kedua, betul dan ikhlas adalah syarat amalan diterima. betul dan salahnya sesuatu perkara itu hanya dapat ditentukan dengan al-Quran dan sunnah. Allah dah bagitahu apa yang perlu kita buat dan tak patut kita buat dalam hidup ini. ada do's and dont's dan tak layak kita persoalkan do's and dont's tersebut sebab hakikatnya kita tak tahu apa-apa. Al-Quran pun nama lainnya ialah al-furqan, yang bermaksud membezakan yang haq dan yang batil. so? kita sebagai orang islam hanya perlu baca, belajar dan ikut apa yang betul dan tinggalkan apa yang salah :)

yang ketiga, orang yang berpegang dengan Al-Quran dan sunnah dijamin tidak akan sesat seperti sabda Rasulullah SAW:

“Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (yaitu) Kitab Allah dan Sunnah RasulNya”. [Hadits Shahih Lighairihi, HR Malik; al Hakim, al Baihaqi, Ibnu Nashr, Ibnu Hazm. Dishahihkan oleh Syaikh Salim al Hilali di dalam At Ta’zhim wal Minnah fil Intisharis Sunnah, hlm. 12-13].

yang keempat, adalah sangat bahaya jika terlalu menyukarkan atau membincangkan sesuatu yang tidak perlu atau terlalu mempermudahkan dalam memahami al-Quran. contohnya sayyidina Umar pernah menghukum Sabigh kerana banyak bertanya tentang makna 'mursalat' (rumput). kisah tersebut macam ni:

Anas meriwayatkan juga seorang lelaki bertanya 'Umar bin Al-Khattab tentang firman
Allah swt:

Maksudnya: "Dan buah-buahan serta rumput-rumputan" seraya berkata apakah dia
rumput-rumputan? 'Umar menjawab "Kita dilarang dari mendalami dan memberatberatkan".

perkara ni kemudian berkait pula dengan usul yang seterusnya iaitu dilarang untuk berdebat tentang hal-hal yang tidak mendatangkan amal. sangat penting untuk kita tidak menyulitkan hal agama, sibuk berbincang perkara-perkara furu' (cabang) sebagai contoh berdebat pasal jari telunjuk semasa tahiyyat akhir/awal sama ada perlu diangkat atau tidak, digoyangkan atau tidak semasa syahadah dilafazkan. tak perlu! tak perlu! tak perlu bazir masa nak debat benda yang tak akan bawa kemajuan kepada ummah. lepas tu tak pasal-pasal membawa perpecahan dalam ummah. sangat tidak perlulah. dalam hal fiqh/ibadat memang banyak khilaf ulama'. maka tak perlulah kita debatkan. beribadahlah dengan cara yang diyakini masing-masing selagi tak bercanggah dengan syarak.

terlalu mudahkan agama pun tak dibolehkan jugak. kat sini contohnya, orang timur tengah ada yang suka menjamakkan 5 waktu solat sekaligus. malah ada yang bagi alasan 'jamak solat untuk tengok wayang'. sungguh buruk perangai,mengambil mudah urusan agama begitu.

isi yang kelima ialah kepentingan memahami al-Quran dalam bahasa Arab. Kita tak mungkin dapat memahami al-Quran dengan sebenar-benarnya tanpa memahami bahasa arab. al-Quran diturunkan dengan lidah arab maka untuk mendalaminya perlu fasih bahasa arab. cuba bayangkan al-Quran diturunkan dalam bahasa melayu, ada banyak loghat atau dialeknya, ada banyak makna. maka orang melayu mestilah lagi faham isi kandungan al-Quran berbanding orang lain. tapi al-Quran dalam bahasa arab so marilah kita belajar bahasa arab! ^__^

isi yang keenam ialah kepentingan rijal hadis dalam memahami hadith dan kepentingan memastikan kesahihan hadith. penting tak ni? MESTILAH! rijal-rijal (perawi hadith) ni bukanlah sembarangan orang.mereka begitu teliti dan cerewet dalam mengumpul hadith. mereka tak akan sewenang-wenangnya ambil kata-kata orang yang fasik untuk diambil sebagai koleksi hadith. orang pelupa sikit hatta menipu kat binatang pun tak akan dipercayai hadithnya. di sinilah pentingnya perawi hadith yang thiqah. thiqah bermaksud dipercayai dan ciri2 orang yang thiqah ialah:
  1. tak buat dosa besar
  2. tak terkenal dengan dosa-dosa kecil
  3. orang yang adil
hadith yang paling sahih ialah daripada Bukhari dan Muslim. kira sumber hadith yang paling thiqahlah. dia ada level2 kesahihan hadith ni tapi tak ingat sangatlah. mungkin perlu rujuk sumber yang lebih thiqah daripada saya :p..kalau yang belajar evidence based study, hadith tu lebih kurang samalah, ada level-level paling tinggi dan paling rendah.

ok sekian sahaja kelas usul 20 untuk hari ini. insyaAllah akan sambung lagi tapi tak janji bila :D



ramadhan mubarak!

lambat pulak post gambo nye. huhu..sibuk macam2. tapi nak jugak post gambo ni sebab dah niat 'sahaja aku letak poster ramadhan penguin kat belog ini sempena ramadhan'

semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya. dan semoga amalan kita diterima, mendapat keampunan-Nya dan berjaya beroleh taqwa

=)

Tuesday, August 2, 2011

hitam



kumembayangkan..
andai suatu hari nanti
tiba-tiba duniaku jadi gelap
hitam pekat tanpa sejalur cahaya pun

pepohon indah nan menghijau
warna-warna ceria bebunga yang indah
kepul-kepul awan yang memutih
dilatari warna biru muda langit
bumbung malam penuh bintang
sang rembulan yang sering berubah wajah

Allah...
lenyaplah satu-persatu
lukisan indah yang Kau anugerahkan kepadaku

kumembayangkan..
suatu saat duniaku tiba-tiba jadi hitam pekat
malam pun tidak sehitam itu

wajah-wajah kesayangan
mulai luput dari pandangan
mungkin hanya mampu tersimpan dalam hati
terakam dalam memori
namun menatapnya tidak lagi

Allah..
saat tibanya hari itu
hari yang tiba-tiba segalanya menjadi hitam dipandanganku
hari yang terenggut segala wajah-wajah yang bahagia mengisi hidupku
hari yang hanya deria halus mulai memandu jalanku
teraba-raba meneruskan kehidupan
kata-kata tidak lagi terlakar dalam tulisan
hanya meniti dibibir
atau dipendam sahaja dalam hati


aku pinta padaMu ya Allah
saat tibanya hari itu
Engkau jadilah cahaya yang memanduku
Engkau pimpinlah tangan kerdilku
menuju jalan yang lurus
Engkau tajamkanlah deriaku
jadikan setiap kata yang meluncur dari lidahku
sebagai kata-kata hikmat
yang menyedarkan manusia
dan membawa mereka mengingatiMu

jadikan kalam-Mu sebagai ucapanku
jadikan kitab-Mu hafalan harianku
jadikan nabi-Mu cinta teragungku
sinarkan cahaya-Mu dalam hatiku
jadikan syurga-Mu himmah 'aliyahku

Allahu rabbuna
kepadaMu aku memohon
kepadaMu aku kembali
penglihatanku milik Mu
yang dipinjamkan kepadaku
andai tiba masa tamat tempoh pinjamanMu itu
aku redha memulangkannya







Monday, August 1, 2011

1 ramadhan 1432 =)

assalamualaikum wbt!

saya selaku penyimpan mohor-mohor besar diraja dengan ini mengumumkan tarikh mula berpuasa jatuh pada hari esok, isnin, 1 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432 H!

serius! saya memang bertugas sebagai penyimpan mohor besar diraja malam ni. pengalaman yang tak dapat dilupakan :)

saya ditugaskan untuk memaklumkan seluruh warga Malaysia di Dunedin tentang keputusan melihat anak bulan (moonsighting/hilal). kalut, sangat kalut malam ini. sepatutnya kami dijadualkan moonsighting esok (isnin= 1 Ogos 2011). siap dah plan siapa yang akan ikut moonsighting esok. maka kami dijangka mula berpuasa either selasa atau rabu.

tiba-tiba malam ni orang christchurch dah umumkan puasa start hari isnin. kami tenang lagi sebab christchurch ada 2 mazhab. tapi tak lama kemudian seorang akhwat dunedin pulak post tentang tarikh berpuasa bermula esok, based on FIANZ (NZ punye islam authority). so we were like..."what??" biar betul. kami pun melawat website FIANZ. still, website FIANZ cakap moonsighting bermula esok maka mustahil pulak nak puasa dulu baru moonsighting kan.

pastu kami maklumkan kepada kak diha, selaku ketua wanita isma dunedin. kak diha pun forward kepada ikhwah. ikhwah masa tu kat masjid, menurutnya memang ada ura-ura pun sebab auckland dah confirmkan puasa esok. then kak diha pun cakap 'esok puasa. get ready tarawikh in 15 minutes!'..kami macam aaa gelabah2! saya lagilah gelabah sambil berlagak tenang. sebab saya yang kena announce. sampai terlupa-lupa password FB duniadeen dan POTS. last2 saya post kat POTS dulu sebab ingatkan ikhwah nak update kat duniadeen. (nampaknya takde so saya kena update later). tulis kat FB pun dengan secara laju giler, rasenya ayat dah tunggang langgang. lepas dah post tiba2 kak diha cakap hold dulu, tunggu ikhwah bagi mesej confirmation betul2. saya pun delete lah balik pengumuman yang baru dibuat sebentar tadi. then kak diha cakap ok, confirm sungguh, boleh announce. saya pun announce balik. haha huru-hara tak. then kena hantar sms ke seluruh student msia dunedin. dengan tangan yang menggigil akibat cuaca malam yang sungguh sejuk, saya pun tulis text message. ayat hentam jugaklah sebab masih terkejut, unexpected, sejuk sampai otak beku.

seriously, saya sangat menghargai kewujudan pakcik penyimpan mohor besar diraja kat malaysia. fuh kelam kabut saya. ingat nak pakai baju baru untuk ke tarawikh tapi tak jadi.. sebab saya kan expect puasa hari selasa atau rabu. maka baju baru pun tak iron lagi T__T

masih terkejut dan terkedu. saya harap moonsighting untuk raya nanti dibuat betul-betul tanpa mengelirukan kami. tak sanggup saya nak kalut-kalut cam tadi lagi dah.

akhir kalam, alhamdulillah, kita disampaikan lagi kepada bulan yang mulia, ramadhan al-mubarak ini! yayyy! Allah telah memilih kita untuk masuk ke madrasah ramadhan sekali lagi. terharu sangat. tak dapat menahan airmata bila dah sampai masjid tadi. masjid dunedin yang dirindui suasana ramadhannya~