Friday, July 29, 2011

jom ber"himmah" 'aliyah!

assalamualaikum semuaaa! wah lama tak menulis kan? hehe kebelakangan ini agak sibuk, tanggungjawab dah bertambah. ni belum kahwin dan ada anak lagi. masa tu, entah ada masa ke tidak nak melayan belog ini.

benarlah kata imam Hasan al-Banna, "sesungguhnya tanggungjawab kita melebihi masa yang ada"

saya dah janji nak tulis tentang himmah 'aliyah kan? marilah saya share sedikit yang saya tahu ini.

apa itu himmah? himmah ialah keinginan atau cita-cita.

apa pula 'aliyah itu? 'aliyah bermaksud yang tinggi.

so...hehe rasanya korang pun dah tahu maksudnya by this time.

keinginan atau cita-cita yang tinggi! yes!

previously, we talked about being a 'selebriti syurga' kan. tak akan kita berjaya menjadi selebriti syurga kalau kita tak punya keinginan atau cita-cita yang paling tinggi ini, iaitu untuk masuk ke syurga.

orang yang betul-betul nak masuk syurga sudah tentu akan memandu hidupnya terus menuju syurga, mengagungkan Allah dan RasulNya. menapak mengikut tapak-tapak Rasulullah SAW, melangkah mengikut langkah-langkah Rasulullah, menjejak jalan ke syurga mengikut jejak-jejak Rasulullah. itu sahaja jalannya. apa guna diturunkan Rasul kalau bukan untuk dijadikan ikutan, betul tak? Hanya Rasul Allah yang dijanjikan syurga maka untuk ke syurga, setiap sunnah Rasulullah perlu diamalkan :)

baiklah sambung himmah 'aliyah balik. sepertimana kita pada suatu hari ternampak satu MacBook yang cantik, kita memuji-muji dalam hati pastu menyimpan keinginan untuk memilikinya suatu hari nanti. keinginan itu menjadi sungguh tinggi sehingga termimpi-mimpi lalu azam yang kuat mendorong kita mengikat perut, bekerja kuat untuk kumpul duit demi memiliki sebuah MacBook. itulah himmah. satu keinginan yang membara-bara yang sentiasa mengekori hidup kita. terbayang-bayang, tercipta angan-angan, terbawa-bawa dalam apa saja urusan hidup kita.

namun himmah itu bukanlah himmah 'aliyah. menginginkan harta duniawi tak menjamin langsung kedudukan kita di akhirat kelak. maka perlunya kita menyimpan, menanam, memupuk dan menyuburkan himmah yang tinggi. himmah untuk ke syurga, untuk melihat wajah Allah dan RasulNya. Himmah yang sebegini tingginya akan mendorong kita menurut sahaja perintah Allah dan sunnah RasulNya, serta mencegah kita daripada laranganNya. himmah sebegini juga akan memadamkan segala duka dan kesusahan kita di dunia kerana kita punya agenda yang lebih tinggi, tujuan dan matlamat yang besar, destinasi yang lebih indah daripada dunia dan seisinya :)

himmah 'aliyah tersebut akan sentiasa bermain-main dalam fikiran dan terbawa-bawa dalam segenap kehidupan kita, sehingga apa yang kita buat benar-benar menepati prinsip islam yang sejati, demi meraih sebuah mahligai indah, bersua dengan para nabi, berjiran dengan hamba-hamba Allah yang hebat, dan sudah tentu untuk menatap wajah Allah, Sang Khaliq yang dicintai.

wallahualam. marilah sama-sama kita menanam himmah 'aliyah ini dalam diri kita.

Monday, July 25, 2011

winter sonata

yes, akhirnya salji turun secara lebat setelah saya tunggu-tunggu sekian lamanya. ahah, lama ok,sejak zaman kanak-kanak. dunedin bukanlah kawasan yang sering turun salji sebab kat sini tepi laut, tambahan pula angin kuat gila. biasanya snow akan jatuh untuk beberapa saat. paling lama pernah saya tengok pun selama 15 minit. tak dapat memuaskan harapan saya yang ingin melihat jalan dan bumbung rumah memutih dengan salji. alhamdulillah impian tercapai. hehe excited sungguh dan tak ketinggalan juga, jakun sungguh. snow turun tak berhenti sejak pagi tadi. diselang selikan dengan hujan ais batu. tak berminat nak bercerita panjang sangat lantaran mood tak berapa elok. poster untuk program bicara minda sempena kedatangan ramadhan terdelete begitu sahaja. i am FRUST. berejam habiskan masa membuatnya. takpe, cuba lagi.

Wednesday, July 20, 2011

selebriti syurga



di tengah-tengah keghairahan manusia nak menjadi selebriti tv yang fofuler ni, siapa nak ikut saya jadi selebriti syurga??

wahhhh seronokkan bunyinya? hehe di saat saya tengah menaip ni pun, tersenyum-senyum sendiri sebab rasa syiok lah :D

siapakah selebriti? selebriti ialah orang yang terkenal dan dikenali ramai. yang selalu disebut-sebut oleh kebanyakan orang. yang selalu dipanggil-panggil dan dipuja-puja jugak. kalau kat dunia, selebriti ni mestilah keluar tv, jadi VVIP kat majlis sana sini, penyanyi, pemberita, pelakon, pengacara, mahupun tokoh2 perniagaan ataupun pendakwah bebas atau juga penulis buku etc. etc. etc.

maka siapa pula selebriti syurga ni? haaaa (tersenyum-senyum sekali lagi)

oh excitednya nak bagitahu!

selebriti syurga ni ialah pemilik namanya yang sering disebut-sebut oleh penghuni langit, yakni malaikat. Allah juga sering menyebut-nyebut nama kita dan menyebar-nyebarkannya kepada seluruh penghuni langit. kita terkenal nun di langit sana, masyaAllah! superstar pun belum tentu terkenal dalam kalangan bintang-bintang di angkasaraya tau! penghuni-penghuni langit semua berebut-rebut nak jumpa kita, nak tengok kita, nak tahu siapa kita, kat mana kita tinggal dan macam-macam lagi pasal kita yang mereka excited. kalau boleh minta autograph kita, mungkin mereka dah buat lama dah :D

heeee :D (masih dalam mood teruja)

so mana lagi best, jadi selebriti syurga atau dunia? dua-dua pun best kan tapi sudah tentu yang paaaaling best ialah... jadi selebriti syurga!

sekarang saya nak bagi korang homework. sila buat research siapakah Uwais al-Qarni? rugi kalau tak baca kisah beliau! Kata nak jadi selebriti syurga kan? so kena baca!!

sempena bulan ramadhan yang bakal menjelang dan dinanti-nantikan dengan penuh keterujaan ini, marilah kita mempersiapkan diri untuk sesi ujibakat/temuduga bagi menjadi seorang selebriti syurga. manfaatkan syaaban sepenuhnya dengan amalan-amalan yang menyediakan kita untuk menjadi hebat di bulan ramadhan nanti. ramadhan datang hanya setahun sekali, alangkah rugi kalau kita tak bersedia mengahdapinya. lebih rugi bila baru nak kalut-kalut menyiapkan diri pada bulan ramadhan.

mari jadi sang pemilik himmah 'aliyah sempena kedatangan ramadhan ini! (err apa itu himmah 'aliyah? nama orang ke? nama selebriti syurga ke?...nantikan entry yang akan datang, hehe..)

:: tips meraih gelaran selebriti syurga menjelang ramadhan::

penuhi bulan syaaban anda dengan:
  1. puasa sunat
  2. tilawah al-quran/tadarrus
  3. hafazan
  4. menyusun masa dengan lebih efisien
  5. banyakkan infaq/sedekah
  6. renew niat sentiasa
  7. bangun qiyam
  8. menyediakan target/resolusi ramadhan
  9. banyakkan meminta maaf dan memaafkan
  10. menjalin ukhwah fillah
  11. kurangkan berkata-kata, banyakkan berfikir dan berzikir
  12. sentiasa berdoa kepada Allah agar dikurniakan gelaran selebriti syurga :)
  13. ZERO dosa! maka banyakkanlah istighfar dan taubat :)
  14. mendidik hati untuk bertaqwa kepada Allah dan mencintai Allah serta berlumba untuk meraih cintaNya.

Dari Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w., sabdanya:

“Jikalau Allah Ta’ala itu mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibril untuk memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu (hai Jibril) si Fulan itu. Jibril lalu mencintainya, kemudian ia mengundang kepada seluruh penghuni langit memberitahu bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu semua (hai penghuni-penghuni langit) si Fulan itu. Para penghuni langit pun lalu mencintainya. Setelah itu diletakkanlah penerimaan baginya (yang dimaksudkan ialah kecintaan padanya) di kalangan penghuni bumi.” (Muttafaq ‘alaih)



“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman – dalam Hadis Qudsi: “Barangsiapa yang memusuhi kekasihKu, maka Aku memberitahukan padanya bahawa ia akan Kuperangi – Kumusuhi. Tidaklah seseorang hambaKu itu mendekat padaKu dengan sesuatu yang amat Kucintai lebih daripada apabila ia melakukan apa-apa yang telah Kuwajibkan padanya. Tidaklah seseorang hambaKu itu mendekat padaKu dengan melakukan hal-hal yang sunnah, sehingga akhirnya Aku mencintainya. Apabila Aku telah mencintainya, maka Akulah telinganya yang ia pakai untuk mendengarkan, Akulah matanya yang ia pakai untuk melihat, Akulah tangannya yang ia pakai untuk mengambil dan Aku pulalah kakinya yang ia pakai untuk berjalan. Jikalau ia meminta sesuatu padaKu, pasti Kuberi dan jikalau ia mohon perlindungan padaKu, pasti Kulindungi.” (Riwayat Imam Bukhari)


“Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman – dalam Hadis Qudsi: “Wajiblah kecintaanKu itu kepada orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana Aku, duduk-duduk bersama kerana Aku, saling ziarah-menziarahi kerana Aku dan saling hadiah-menghadiahi kerana Aku.”


oh seronoknya! teruja dan bertambah teruja! alangkah indahnya bila ajal kita tiba, roh kita disambut dengan meriah dan gembira oleh para penghuni langit~oh~~!! ameen, ameen ya rabbal 'alameen~

--petikan tazkirah from yani during our first iftar perdana syaaban--

p/s: jangan hanya mengejar status selebriti syurga pada bulan ramadhan je ok! >_~ V

padi vs. rumput

Kalau diibaratkan hubungan seperti sawah, maka cinta adalah padi dan nafsu adalah rumput liar. Ketika seseorang menanam padi (cinta) di sawah (hubungan) maka secara automatik akan tumbuh juga rumput liar (nafsu). Kalau orang itu sudah mengetahui dan memahami apa itu padi (apa itu cinta), maka dia akan segera memangkas rumput liar itu (nafsu) yang tumbuh di sawahnya (hubungan). Ketika tiba masa menuai, orang ini akan menuai hasil sawahnya (hubungan) yang ditanam padi (cinta) itu tadi berupa beras (kebahagiaan). Lain pula dengan orang-orang yang tertipu yang menyangka rumput liar (nafsu) sebagai padi (cinta). Mereka akan memelihara rumput liar (nafsu) dan tanaman padinya (cinta) akan mati. Pada musim menuai, tentu yang mereka dapat hanyalah sekarung rumput liar (nafsu) yang tidak dapat dimakan (kekecewaan).

Sumber: Antara C.I.N.T.A dan N.A.F.S.U | Aku ISLAM http://akuislam.com/blog/renungan/antara-c-i-n-t-a-dan-n-a-f-s-u/#ixzz1Sc3rCAXw

Tuesday, July 19, 2011

cinta buta

c.i.n.t.a buta okeh, bukan c.i.n.a buta. cina buta tu topik lain.

i was once a teenager (ehem, sekarang pun. tapi remaja senja. HOHO)..saya pernah melalui macam-macam jenis cinta kot. cinta monyet, cinta bertepuk sebelah tangan, cinta metropolitan, cinta sakti dan cinta buta.

cinta metropolitan saya ialah cinta kepada urban lifestyle.

cinta sakti pula ialah cinta yang sungguh berkuasa sakti, fairytale, unexpected, datang tanpa diundang. selalunya hanya dalam angan2, tak jadi kenyataan pun. definisi budak sekolah je tu, abaikan. pengaruh cerita korea.

dan cinta buta?? cinta tanpa mata. cinta yang tak mampu melihat selain kekasih di hadapannya (err definisi sendiri). unconditional love. cinta yang selalu diceritakan dalam drama-drama atau filem-filem, penuh dengan pengorbanan, penuh dengan kesengsaraan, halangan dan dugaan, penuh airmata, cinta yang lahir tulus dari hati tanpa memandang apa2 yang lain dalam pasangan, cinta yang suci lagi sejati bertambah murni.

kenapa saya nak cerita pasal cinta buta ni?

sebab saya dah muak, dah fed-up, dah tak kuasa dan dah tak tahan lagi melihat kaum-kaum sejantina saya asyik mengalirkan airmata, ditinggalkan suami, ditinggalkan boyfriend, ditipu dan paling menyedihkan sekali ialah bunuh diri kerana dikecewakan. aduh...saya kasihan dengan mereka tapi saya geram jugak.

betulkah kata-kata yang pernah saya dengar tak ingat daripada siapa tah "women love being in pain. pain is pleasure for women."

sebab tu perempuan asyik terjatuh dalam luka yang sama berkali-kali. can we be this pathetic? saya tak nak jadi pathetic macam ni. nauzubillah.

sekali lagi saya ingin tegaskan, bukankah kuasa memilih terletak di tangan kita? kenapa biarkan rasa cinta membutakan mata, membutakan hati lalu membuatkan kita seolah berada di jalan buntu, no choice, apa yang tinggal ialah hanya to live with the pain?

jangan tertipu dengan propaganda barat yang semakin membarah di tanah air kita. propaganda barat yang disampaikan melalui media. drama-drama dan filem-filem yang begitu ghairah mengangkat tema cinta sesama manusia ini.

sejak kecil kita telah dibiasakan dengan kisah-kisah cinta. bermula dengan disney's fairytales kemudian kepada sembilu, kemudian winter sonata dan yang terbaru nora elena (heheh saya tak tahu sangat cerita ni tapi orang kata memang hangatlah kat malaysia).. sebenarnya bila kita menonton kisah2 cinta macam tu, kita akan jadi taksub dengan cinta antara hero dan heroin lepas tu sedar tak, yang kita akan jadi emosi bila ada halangan-halangan dalam cinta mereka. sampaikan secara tidak kita sedari kita menyokong perjuangan cinta 'suci' mereka yang terpaksa tinggalkan ibubapa, tinggalkan kerjaya, tinggalkan tanah air, bunuh diri, dan paling sedih sekali tinggalkan agama. paling memuakkan, hero dan heroin macam dah takde perjuangan lain dalam hidup selain berjuang untuk cinta. loya lagi memualkan.

mesej-mesej sebegini mendidik masyarakat untuk berfikir bahawa cinta antara dua insan yang saling menyintai itu adalah sebuah rasa suci yang patut diperjuangkan. tak apalah dibenci keluarga asalkan pasangan yang bercinta dapat terus bercinta. tak apalah hilang wang ringgit asalkan dapat terus bercinta. tak apalah tukarkan harga keimanan dengan cinta untuk si dia demi untuk kelangsungan rasa cinta.

miskin cinta sangatkah kita ini, wahai an-nisaa'??

soalnya berbaloi tak semua pengorbanan ini?

tak berbaloi sangat-sangat. cinta itu merupakan sejenis perasaan dan perasaan tak akan kekal lama. satu hari rasa cinta akan hilang. lepas tu, apa lagi yang tinggal? kenangan dan kelukaan? blame yourself for that.

saya sendiri melihat orang-orang yang terdekat dengan saya beberapa kali melalui jatuh bangun dalam bercinta. malah ada yang beberapa kali bercerai. membuat saya berfikir, kenapa? bukankah rasa cinta telah sungguh-sungguh diperjuangkan, namun akhirnya kenapa berakhir begitu tragis? saya menemui beberapa jawapan untuk persoalan ini.
  1. tidak mendapat redha ibubapa
  2. tidak menjaga batas agama
  3. tidak berhati-hati memilih pasangan
  4. tidak belajar daripada kesilapan lalu
  5. cinta buta
ingin saya ingatkan, saya bukanlah sape2 pun untuk membuat konklusi ini tapi ini hanya satu pandangan untuk dikongsikan. tak semua yang saya sampaikan itu mesti betul 100%.

saya rasa faktor utama ialah cinta buta. rasa cinta mengatasi segalanya. memang, kalau mengikut kajian psikologi, rasa cinta yang menebal mampu menjadi satu driving force dalam hidup kita. namun, alangkah indah jika cinta yang memacu hidup kita itu ialah cinta kepada Yang Maha Mencinta, cinta yang berpegang kepada tali cinta Ilahi.

tapi yang banyak terjadi hari ini ialah jiwa kita diisi dengan cinta kepada manusia, lalu kita hidup untuk mengejar cinta tersebut. namun bila cinta itu akhirnya gagal dikejar, kita hidup seolah layang-layang yang terputus tali. melayang-layang tanpa arah tuju lalu akhirnya rebah ke bumi atau tersangkut dan remuk terlanggar pokok.

wahai an-nisa' sekalian, berpijaklah di bumi yang nyata, hentikan segala angan-angan kisah cinta ala fairytale, Allah memelihara kita dengan Islam maka peluklah Islam sepenuhnya. Allah tahu kita memerlukan pelindung daripada kaum adam. Allah tahu kita memerlukan cinta seorang suami maka Allah telah menyediakan pasangan untuk kita. Usahlah kita tercari-cari dengan cara yang jahil.

Wahai an-nisa' sekalian, kita punya hak untuk hidup bahagia, kita punya pilihan untuk hidup bahagia maka kenapa jalan penuh luka yang kau pilih? Allah memelihara maruah kita dengan syariatnya. Sekiranya perkahwinan pun tidak lagi membahagiakan kita, kita punya hak untuk menuntut fasakh dan menemukan hidup yang lebih bahagia di masa depan, maka kenapa kau sia-siakan dirimu dalam hubungan yang langsung tidak dipelihara syariat Allah? Kenapa kau akur pada cinta lelaki yang belum lagi bergelar suamimu?

Wahai an-nisa' sekalian, kita berhak memilih dengan siapa bakal kita habiskan seluruh hidup kita bersamanya. Rasulullah telah bersabda pilihlah yang beragama, itulah yang terbaik. Namun kenapa kau biarkan dirimu menjadi buta dek rasa cinta yang memenuh di dadamu. Bukankah sepatutnya kau memilih calon suami barulah kau merasa cinta. Namun kini, banyak sekali yang jatuh cinta dahulu sebelum memilih calon. Kenapa kau biarkan cintamu mudah sekali berlabuh kepada lelaki yang bukan suamimu? Kemudian kau jadikan ini alasan untuk menolak pilihan yang lebih baik? Paling malang bila ini dijadikan sebagai alasan untuk menolak pinangan lelaki yang lebih baik agamanya.

cinta buta tak seharusnya wujud antara sesama manusia. jangan biarkan diri kita diperbodohkan dengan istilah ini. sebolehnya bila kita memilih seseorang sebagai suami, tolong jangan bagi alasan "sebab aku cinta kat dia." arghh nak muntah boleh tak. "sebab dia kata dia akan sayang dan jaga aku forever." erk..hampir cyanosis dibuatnya. lelaki bermulut manis, berjanji macam-macam sebelum kahwin adalah lelaki yang pengecut, pada saya. kerana dia takut kehilangan orang yang tersayang, maka dia berjanji macam-macam sehingga melampaui kemampuannya. mana boleh orang berjanji untuk menjaga dan sayang selama-lamannya. tak logik. hanya kasih sayang Allah dan penjagaan Allah yang kekal.

hanya rasa cinta sebagai dalil untuk kalian berkahwin, bukanlah dalil yang kukuh. jangan hanya melihat kepada rasa cinta, tapi tengoklah agamanya, hubungannya dengan keluarga, kata-katanya, akhlaknya, wawasannya, kewangannya (tak semestinya kaya), kesihatannya, potensinya untuk menjadi imam dalam rumahtangga, direstui keluarga etc. etc. (boleh rujuk buku2 pasal nikah ye)

ketepikan rasa cinta saat anda berfikir tentang masa depan. saat kuasa memilih kebahagiaan berada sepenuhnya di tangan anda, kenapa biarkan rasa cinta menghalangnya?

cinta yang sebenarnya tak pernah melukakan, tak pernah sengsara, tak pernah memusnahkan. tahukah anda hakikat itu?


Sunday, July 17, 2011

achieving success

saya sambung daripada post sebelumnya.

saya telah menghadiri workshop kendalian sheikh rafat, pendakwah mahsyur kat NZ ni, from egypt. tajuknya ialah 'achieving success' yang mana saya terjoin secara eksiden.

alhamdulillah i learnt a lot. semoga terbekas dalam hati selama-lamanya. dan paling penting, semoga terzahir melalui amal.

disebabkan hanya saya malaysian yang tersesat (kak syahirah tak tersesat sebab dia mmg kamceng dengan the arabs)..maka saya rasa agak kekok jugaklah berada kat situ but i keep telling myself, this might be the only chance for me improve myself social/communication wise. sebelum ni saya dah terbiasa menjadi lone ranger dengan mengikuti program2 tanpa kehadiran teman disisi. maka saya randomly je kawan dengan sesapa. tapi itu kat malaysia. bukan susah sangat nak menjalin ukhwah baru dengan orang sebangsa. tapi kali ini, dengan orang arab kebanyakannya. biasanya bulan puasa je baru menjalin ukhwah dengan international muslims. tapi saya baik dengan a few je especially kalau yg study dalam bidang health/dental ni.

salah satu sebab kenapa saya tak nak join workshop pada asalnya ialah sebab saya takde kawan. takde geng. saya pernah attend workshop sheikh rafat sebelum ni dan saya tahu wasilah beliau macam mana. saya tahu bila dia sebut 'workshop' bermakna kami akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan dan kena kerja dalam kumpulan. saya memang malasnya rasa nak bekerja dalam kumpulan orang yang saya tak kenal.

namun accidentally saya dah terberada kat sana. i sat beside a girl yang quite familiar to me, pernah jumpa kat dental school. pastu sheikh rafat pun memulakan ayat keramatnya "get into groups, get to know each other and you can start working in your group regarding these questions"..oh saya mengeluh dalam hati.huhu...disebabkan sheikh rafat suruh duduk dalam group yang masing2 tak kenal masing2, maka gadis2 arab tersebut semua approach saya sebab obviously saya muka baru kat situ bagi diorang dan diorang pun muka baru untuk saya. hoho maka ramailah jugak dalam group saya sebab ramai yang tak kenal saya while most of them knew each other. tapi akhirnya sheikh rafat tak nak ramai2 sangat so ade 5 je dalam group saya.

sajida from afghan. alya form gaza, palestin. ibtisam from oman dan riham from egypt. semua lain2 negara. interesting kan? hehe..disitulah keseronokan bermula.

sheikh rafat minta kami define success. everyone of us kena bagi jawapan. and there were like 60 of us. macam2 definition tapi banyak persamaan yang kami share dari segi how we defined success. tertarik dengan jawapan2 yg unik seperti berikut:
  • able to concentrate in solat
  • feels the rush of iman
  • to overcome shaytan/evil in ourselves
  • comes with hardship and during those hardships, you can feel the wisdom of God- ini jawapan drpd seorang auntie yang sangat saya respek, from afghan.
kebanyakan jawapan di atas adalah daripada golongan brothers. dan saya merasa kagum dengan jawapan2 ni yang saya rasa jarang nak dengar daripada golongan lelaki. ke sebab saya pun kurang komunikasi dengan laki? hoheh bias lah kamu dhuha. dan saya mula ada perspektif baru-lelaki yang kacak ialah lelaki yang punya pemikiran yang kacak juga. hohoho..saya tak kata diorang ni kacak2 pun tapi bila keluar dengan jawapan-jawapan dan hujah-hujah yang sungguh tajam ni, terus nampak kacak (bukan rupa ok! bukan2!)..maka saya fahamlah kata-kata orang bijak pandai bahawa pilihlah lelaki yang matang, suci, bersih, murni dan seimbang pemikirannya. rupanya hanya dengan pemikiran boleh merubah pandangan seseorang terhadapnya kan? kalau suami tak kacak rupa paras pun tak apa, asalkan kacak hati dan fikiran, mesti terus nampak kacaklah, nak cari suami nanti, nak bagi soalan esei la untuk judge pemikiran mereka :p---ok out of topic.

sambung cerita.

ada juga yang bercanggah sampai ada seorang pakcik tu bagi ceramah panjang tentang success. sheikh rafat suruh pakcik tu berhenti sebab kami mengejar masa, sorang boleh cakap dalam 2-3 minutes je. tambahan pula, ini ialah workshop bukan talk. tapi pakcik tu beriya-iya nak cakap banyak jugak. sampai ameer (ketua) program kena stopkan pakcik tu untuk menghormati masa yang telah diperuntukan. dalam hati saya risau adakah pakcik itu akan berkecil hati dengan tindakan penganjur?

workshop terus berjalan. kali ni sheikh tanya kami what obstacles will come in between. dan kagumnya banyak jawapan sama yang keluar iaitu : facebook..hahahah..tu jawapan spesifiklah. jawapan umum yang paling banyak disebut ramai ialah: DIRI SENDIRI, syaitan dan PERSEKITARAN/ENVIRONMENT (bad influence)

kumpulan saya juga mengeluarkan jawapan yang serupa. kami berbincang sesama sendiri dan berkongsi pengalaman sesama sendiri how these two factors (kecuali faktor 'syaitan') menghalang kami mencapai kejayaan. memang, bukan salah syaitan kalau kita tak berjaya. bukan salah syaitan kalau kita jadi jahat. bukan salah persekitaran juga sebenarnya walaupun itu faktor besar juga. tapi yang sebenarnya DIRI KITA punya kuasa yang penting untuk menentukan arah tuju hidup kita sendiri.

dalam diri kita memang terdapat satu sisi jahat. kita ada nafsu baik dan nafsu jahat. nafsu jahat nilah yang kena kita tewaskan. tengok jela bulan puasa, walaupun syaitan diikat, masih ada manusia bermaksiat kepada Allah. salah syaitan ke? tidak tidak tidak. salah kita sendiri. syaitan tu memang dah kerja dia nak goda kita, yang kita nak salahkan dia buat apa kan? kita boleh pilih nak ikut ke tak.even syaitan pun siapa juga yang menjadikan nasibnya sebegitu malang, daripada penghuni syurga akhirnya jadi penghuni neraka? Dirinya jugak kan? setiap dari kita memang diberi jalan kebaikan dan jalan keburukan. dan pilihan terletak di tangan kita. jangan salahkan hidup miskin untuk kita jahil dalam agama dan miskin ilmu serta budi bahasa. jangan salahkan masalah rumahtangga untuk kita bertidak di luar batas syariat. kita punya pilihan dan kita berhak memilih.

ibtisam berkongsi kisah bagaiman dia berlawan dengan nafsu sendiri dalam hal bersolek. betapa dia tahu bersolek berlebihan/tabarruj itu haram bagi wanita islam tapi dirinya sangat suka alat2 solek dan bersolek. tapi hari-hari berperang dengan diri. walaupun kadang2 kalah dengan peperangan nafsu, tapi dia pernah menang juga dan akan terus berperang. alya berkonsi kisahnya yang berperang dengan kehendaknya yang sukakan muzik dan alhamdulillah sekarang sudah dapat menjauhkan diri daripada muzik dan lebih suka mendengar al-Quran melalui mp3/ ipod. saya pula suka ponteng kelas dan setiap hari juga berperang dengan nafsu. walaupun adakalanya gagal tapi saya dapat tengok peningkatan dalam diri sendiri. kalau dulu ponteng tak rasa apa2 pun. tapi sekarang akan rasa bersalah sangat2 dan rasa rugi sangat2 dan menyesal sangat2 sampai solat taubat. tapi esok lusa atau minggu depan ulang lagi. huhu..tapi saya tak akan putus asa, akan saya peranginya sampai mati! bukan senang nak mengubah habit tapi kalau mahu, kita boleh lakukan! (ye ponteng kelas telah menjadi habit saya sejak 1st year. dah 4 tahun saya berperang dengannya. kalah orang nak berhenti merokok. saya tak suka pegi kelas sebab saya selalu tak boleh fokus dan akhirnya tertidur. tapi saya suka study sendiri. tapi alhamdulillah sejak yani slow talk dengan saya sebelum cuti semester ritu, saya berjaya melajukan progress saya sebab saya tahu saya sudah ada sistem sokongan :P)

moving on to the 2nd factor, bad influence from the environment. kawan2, keluarga, spouse, neighbourhood, media, ekonomi semua itu boleh bagi kesan dalam kehidupan kita. sebab itu islam suruh kita berkawan dengan orang yang soleh2. persekitaran yang soleh akan mendorong kita jadi soleh. sebab itu islam suruh kita selalu ke masjid, duduk dengan ahli2 masjid. supaya kita terasa lebih semangat dan teruja untuk berbuat amal kebaikan. tak bermakna kita tinggalkan kawan2 lama yang tak soleh. kita boleh tarik mereka bersama. biar mereka rasa suasana yang soleh itu. islam juga suruh kita memilih dalam soal jodoh, bukannya suruh kita jatuh cinta secara membuta je (ini propaganda barat untuk buat kita rasa jatuh cinta dengan berlainan cinta dan berkorban dan memperjuangkan cinta yang 'suci' itu adalah sesuatu yang terpuji dan sungguh mengharukan). pilih yang soleh, baik keturunannya, sekufu dan sedap mata memandang tapi paling best ialah pilih yang beragama. barulah nanti kita pun seronok nak beramal bersama-sama. seronok nak libatkan anak-anak sekali. pastu lahirlah masyarakat yang soleh2. seronok tak? seronok kan? hee~

ok tu je. terkejut tak cara saya menghentikan tulisan? tengah seronok2 pastu berhenti. haha



ok sambung balik.

ingat tak pakcik yang bagi ceramah panjang2 tadi sebab tak puas hati dengan definition of success by orang muda? haa...saya perhatikan je pakcik tu sebab saya kan risau dia kecik hati. tapi dia nampak lepak je. gelak-gelak bersama bila ada perkara lucu terjadi. dia masih berkongsi pendapatnya dan meraikan pendapat orang lain. di sinilah saya nampak cantiknya bila orang-orang beriman duduk berbincang dan berkonsi pendapat. teguran diambil positif. tidak bertekak. menghormati majlis. masih bersama majlis. masih mampu tersenyum dan bergelak ketawa. masih menghormati pandangan orang lain. tiada kata2 nista yang dikeluarkan.

ini yang susah saya nak jumpa di malaysia. kalau duduk dalam majlis ilmu pun akan ada sejenis dua ustaz yang suka merendah-rendahkan orang lain dan pihak lain. perli-memerli. kutuk-mengutuk. kata-mengata. ejek-mengejek. kalau tengok discussion orang kat FB atau kat media internet atau di blog para ilmuan, pasti tampil komen2 orang lain yang saling salah menyalahkan, tuduh menuduh, kutuk-mengutuk dan seumpamanya. saya pun pernah je nak tergelincir dalam hal macam ni tapi segera ingatkan diri sendiri 'dhuha, sila berhenti. hormat pandangan orang lain. jangan panjang2kan isu. alih topik segera. jaga bahasa. jangan emosi. sabar dan bertenang serta fikir dalam-dalam lagi. kau tak tahu apa2 dhuha, kau tak tahu apa2. jangan sombong dengan sedikit ilmu yang Allah bagi." and so i stopped.

kemudian satu lagi hal yang cantik yang nak saya kongsikan, di workshop yang sangat islamik ini, muslimah2 yang freehair tak segan untuk join sama. kalau di malaysia, bayangkan dalam ceramah agama tiba2 ada minah freehair join sama. mesti ada seribu satu jelingan tajam. pasti ada hati yang mengata. paling malang kalau ada ustaz/ustazah tak nak mengajar bila murid tak tutup aurat. fine, kita kata at least dia patut hormati majlis. tapi kita sebagai ahli majlis bukankah kena menghormati tetamu. kalau kita nak ubah orang lain, kita dulu kena ubah pemikiran sendiri bahawa bukan semua orang ada ilmu yang kita ada, bukan semua orang tahu etika majlis, bukan semua orang yang kita nak approach tu orang yang tinggi ilmu agama. dan berasa hinalah di hadapan Allah, sedangkan seorang pelacur pun Allah izinkan kakinya melangkah ke syurga. maka apa hak kita menafikan haknya untuk menuntut ilmu? itukan tugas kita? bukannya terus menghukum.

cantik, cantik. komuniti islam NZ memang cantik :)

Saturday, July 16, 2011

Allah calls me

alhamdulillah semalam saya ibarat terjauh gaung, hari ni Allah angkat saya kembali :)

bangun pagi tadi, kepala macam ade batu sambil batu itu pusing2 dalam kepala. saya amik sick leave dan sambung tidur. bila bangun tidur, saya berfikir "ok semalam dah puas nangis. pagi tadi dah puas rest. sekarang sila bangkit dan bekerja dan beramal!"

and off i went to the clinic malangnya patient failed to attend. so i went to the library buat assignment baru pulak-child study.

ok ok nak cerita jugak sepanjang jalan nak pegi klinik sampaila saat saya tgah buat assignment, ade airmata rasa nak tumpah-tumpah, tak tahulah apa yang sedih sangat. masa kat klinik, saya mcm nak pergi toilet gak mensetelkan tugas airmata ni tapi tak jadilah sebab banyak kerja nak book patient-patient lain. then masa buat assignment saya rasa macam nak nangis lah depan komputer tu jap tp kiri kanan ada orang. bila dah siap assignment saya pun tak tahu kenapa, rasa nak pegi masjid. lagipun malam tadi auntie mai semangat ajak pegi potluck dinner kat masjid. macam tak sampai hati nak tolak jemputan. tapi saya memang pegi masjid awal. pukul 4 petang. potluck dinnernya pukul 5.30, after maghrib.

setibanya saya kat masjid, saya sorang je. gelap. saya tak on lampu. saya rasa, ini Allah tengah jemput saya, tengah panggil saya, "period ke tak period ke, kau sebagai hamba kena sujud sekarang" and off i bent my knee down and put my forehead on the floor. segala bendalah terhambur. itulah ketenangan sebenar yang akhirnya saya dapat untuk hari ini. jemaah lain datang tepat pada masanya (masa ni saya teringat waktu saya breakup mula-mula dulu. kaki memang terus melangkah pergi masjid, sujud dan mengadu puas2). takde malaysian pun yang datang masjid time tu kecuali saya dan kak syahira tp kak syahira jenis yang memang kamceng dengan budak2 arab. maka saya no choice, meluaskan ukhwah dengan international muslims. dan saya fikir Allah tengah nak tarbiyyah saya melalui mereka-mereka ni. saya kena luaskan pergaulan, jangan nak melekat dengan malaysians je.

lepas tu ada workshop pasal 'achieving success' by sheikh rafat. saya seriously no intention untuk pergi. bila dorang siap2 untuk pergi workshop tu, saya pun sebenarnya tengah siap2 nak balik rumah lah. tiba2 saya ditanya 'are you going?'...dan saya jawab 'ya, i'm going'..saya macam, apekah.....laju je mulut cakap nak pergi. maka kak irin pun tumpangkan saya ke lecture hall utk workshop tu. macam...er....dipermudahkan sangatlah perjalanan saya nak ke workshop tuh.

and you know what, isi-isi dalam workshop tu adalah ayat-ayat Allah yang nak kembalikan semangat saya, nak suburkan iman saya yang makin layu tu. subhanallah, Allah sayangkan kita. tak mungkin dia nak bagi kita lama-lama dalam futur dan kekeringan iman. alhamdulillah. saya dapat perspektif baru hari ini. nanti lah saya cerita apa yang saya dapat daripada workshop 'achieving success' tu...dah ngantuk. assalamualaikum

Thursday, July 14, 2011

warkah luka

hari ni semangat saya jatuh sejatuh-jatuhnya. sampai saya rasa tak nak teruskan hidup. astaghfirullah. nak terus hidup memang merupakan satu struggle untuk saya.

mungkin diri telah jauh dari Allah.


kenapa semangat tiba-tiba jatuh?

entah. saya tengah buat assignment. tiba-tiba saya rasa lemah. dan kemudian tiba-tiba saya nak give up pastu saya rasa susah nak teruskan hidup. bukan sebab assignment pun. syaitan la kot sedang merasuk.

2 minggu ni saya selalu fikir masalah-masalah negara, masalah umat, masalah dunia (huu lagak seorang perdana menteri.)..saya berfikir setiap hari sampai hari ni. akhirnya hari ni saya menangis. seolah-olah segala beban yang dunia ini sedang rasakan turut jatuh ke bahu saya.

berat. berat. sebab saya telah sangat-sangat sedar beratnya tanggungjawab saya. patutlah gunung pun hancur saat diberitahu tugas khalifah ini.

saya rasa lemah. saya rasa saya useless. saya rasa tak layak, sampai fikir baik aku jadi kucing. tapi kemana saya nak lari? segala beban yang berat ni memang saya dah janji dengan Allah sejak di alam roh untuk memikulnya. nak lari ke mana lagi.

menangislah dhuha. menangis sepuas-puasnya malam ni. semoga esok bangkit dengan lebih semangat.

p/s: esok birthday mak. saya harap mak tak duduk sorang-sorang kat rumah. huuu lemah betul bila setiap kali fikirkan mak, mesti nak nanges. rasa macam nak stop belajar dan teman mak kat rumah.

action speaks louder

ramai manusia sekarang cakapnya banyak. buatnya tidak. <--dhuha, sila terasa sekarang, cepat!

mesti nak persoalkan tindakan orang lain, "kenapa buat macam tu, tak buat macam ni." "patut buat macam tu, bukan buat macam ni." etc. etc.

cuba duduk diam dan berfikir. apa pulak yang kita dah buat? apa sumbangan kita? sekurang-kurangnya orang yang dipersoalkan tu dah buat sesuatu dengan tangan mereka. kita ni? sampai bilakah nak jadi penonton? sampai bila kita nak berbincang? sampai bila kita nak tulis dalam blog je? sampai bila asyik nak bercakap dalam hati je? mari berbuat sesuatu!

takutlah pada soalan Allah di hari kemudian "apakah yang telah kamu lakukan semasa usia mudamu?"

Ittaqullah!

Wednesday, July 13, 2011

in a relationship


" I tell the boys and girls:
Allah has already written the names of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with ALLAH SWT. He will send her/him to you when you're ready. It is only a matter of time."
:SHEIKH MAMDOUH

maaf cintamu kutolak

maafkan aku jika cinta itu terpaksa kutolak
kerana ruang hatiku hanya buat Kekasihku yang hak
izinkan aku penuhi hatiku dengan rasa cinta padaNya

maafkan aku jika cinta itu terpaksa kutolak
diri ini belum bersedia
lantaran tidak yakin dapat menyintai makhluk lain
selagi Allah belum kucinta sepenuh hati

maafkan aku jika cinta itu terpaksa kutolak
telah kuberjanji kepada diri sendiri
luka lama tidak akan berulang akibat kebodohan sendiri
ingin aku berdua denganNya
selama mana yang diizinkanNya

maafkan aku jika cinta itu terpaksa ditolak
aku rela hidup sendiri asal sahaja cintaku padaNya tidak tercemar

maafkan aku jika cinta itu terpaksa kutolak
mungkin belum tiba masanya
tidak aku rela berlama-lama dalam urusan cinta sesama makhluk
kerana aku tahu aku pasti mengundang murkaNya


permata untuk isteri


suka lagu ni ^___^

Tuesday, July 12, 2011

it's my life

Jangan tanyakan aku tentang hidupku
ia adalah sebuah rahsia kehidupan
ia adalah anugerah.. ia adalah ujian
ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita
aku telah menjualkannya kepada Allah
kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk

dan jalan hidupku adalah
al-Qur’an, pedang, dan ujian..
Allah telah memberkatinya dan para nabi terdahulu telah melaluinya
para syuhada’ telah menyirami jalan ini dengan darah mereka
maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya

sedangkan penghujung perjalananku adalah
apa yang meredhakan Allah dan apa yang diinginkanNya
keuntungan dengan kemenangan nyata
atau kesyahidan dan keabadian
jika engkau telah berada di muka bumi
dan engkau tahu umurmu terbatas
maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk
jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu

Monday, July 11, 2011

from the eye of a decent spectator~

I went to the rally as a spectator. I returned a believer. And I had ice cream with the FRU.

By Charis Ding

I went as an individual rather than as a supporter. Whenever asked throughout the day, I told people "I just wanted to see what’s going on". And that was the truth.

In the weeks leading to it, I was undecided whether to support the rally. Right up to yesterday I couldn’t decide. But I knew I didn’t want to stay home or watch from a distance. I didn’t want to just follow the news online. I had to see it with my own eyes. So I decided to do a walkabout, and I thought perhaps it would take being there to help me make my stand. And so as I was there I considered myself an observer – a reporter.

The police presence at the Pasar Seni area was overwhelming. In front of Central Market, four or five blue trucks in a row. Tension on the streets. It was eerily quiet. On Petaling Street, I walked past a small sized aunty in a yellow shirt (: I overheard her words to a few young boys around her – "We must stay united" she said - "that’s why we must wear yellow, to show we are united". I smiled as I passed.

I saw that the flower shop was open and bought a bunch of daisies.

There was tension in the air, the sense of waiting for something to erupt. At Masjid Jamek, there were more policemen than civilians. I took note of their batons, their weapons. The air was oppressive. I caught myself seeing the men in uniform as the antagonists – weren’t they on the other side? But then I realized they were supposed to be our friends. It is their job to protect people like me.

I sat with the other people from various media. On the side of the road leading to the stadium, huge intimidating FRU trucks were lined up. POLICE barricades. After a while hanging around, I decided to wander across those borders. Some of the police, leaning against their truck, looked straight at me. I smiled, they smiled back. Phew. I walked by a bunch of intimidating looking FRU people staring at me. Right across the road from Dataran Merdeka, I stole a picture of one of them leaning on the back of his truck. He called me over. We chatted.

It's tough, he said. They’ve been here and there all week, hardly with any sleep. Staying watch to make sure everything’s alright. Sometimes they sleep in the trucks. They were there until the wee hours of the morning yesterday, and came back early in the morning. If he could, he’d rather just have a quiet Saturday, stay at home, watch TV.

I nodded because I understood.

I spoke from my heart – it shouldn’t be this way. We should all be friends … we are friends.

Apa nak buat? There is always a chance of those who will cause trouble, he said. Don’t hang around here, he advised. It's not that safe today.

A motorcycle tried to pass, carrying packages in plastic bags. Not wanting to distract him or get him into trouble, I took my leave. Told him to jaga baik-baik. He said "nice to meet you".

I started back across to the other side. Halfway, I came across a bunch from the FRU surrounding an ice cream man, buying ice cream in buns. "Ais krim!" I kinda exclaimed. I was beside myself. "Ambik lah", they said. "Which one do you want? Cornetto?" Just realizing that I had pretty much imposed upon them to belanja me ice cream, I said – "Takpe takpe, saya beli sendiri".

"Takpe, bayar sama sama" – one of them said. They insisted I pick one.

"Where you from?" – they asked in English. "Here", I said – "saya orang sini saje". They laughed, "oh, ingatkan orang jepun!"

As we stood around with our ice creams, they asked me who I was. Did I come for the rally? "saya cume seorang gadis biasa" I said. They found that very amusing. "jangan-jangan ada t-shirt kuning dalam beg tu".

I laughed – "tak de lah…".

Then what was I doing there? "Saje mau tengok", I said. "cume ingin tahu".

"Baguslah tu", he said. "But you shouldn’t hang around today, it might not be safe". I asked them, "Apa khabar?". "Ok", they said. A bit tired, they hardly had any sleep. Ada rase tension? "Tension tu, sikit-sikit mesti ada lah".

We finished our ice creams, and I said goodbye. "Jaga diri", I said. "Jumpa lagi".

I just had ice cream with the FRU.

Right after I crossed the barrier there was a commotion and the media was running towards where I had just came from. They were apparently mobilizing.

About twenty minutes later, I was in the middle in front of the Maybank Tower with the throngs of people on my right and the FRU line on the left. The crowd had just gathered, they weren’t even moving forward yet. The FRU shot water cannons. It was unprovoked. Then the gas came. When it hit, I couldn’t see, I couldn’t breathe. And it hurt. I grabbed some water from my bag and washed my face with it. I covered my face with my baju. In the chaos, one, two people offered me salt. "Makan", they told me. It really helped. I crumbled and sat on the corridors for a minute, eyes and nose watering.

I got up and kept walking, now amongst the people. Some looked me in the face, Chinese ladies speaking in Mandarin, Malay men in Malay, they seemed shocked and concerned. I must’ve looked a mess. "Are you ok?", they asked me. I tried to smile and nodded.

Soon, people started running. From a distance I saw the men in dark blue chasing the marchers. So many of them. People were running down the hill slope at the Maybank Tower compound. Nowhere to run, they jumped down the hill from some height, scampering across the streets.

I ended up in Pudu, watching the marchers and listening to their shouts of "Hidup Rakyat!". When we had to run later, at one point it was tricky to escape and we had to climb a railing at Pudu station. In the huru-hara, the man beside me, instead of just climbing up himself, was yelling to his friend – "Tolong amoi ini dulu!" He seemed more anxious for me than he was for himself, or even I was for myself.

Then it started to rain, and I thought – God Himself has intervened.

Once more, I had brothers who were concerned enough to ask me if I was ok. I followed the crowd and met some young men who had come all the way from Pahang for this. We ended up in front of the Chinese Assembly Hall, where a huge crowd had gathered. The police formed a human barricade, arms crossed, and barbed wire at the entrance of the road just a short distance from the Stadium. A. Samad Said came and talked with the policemen. Such a frail man, but so strong.

We sang Negaraku … and we sang it from the heart.

We dispersed soon after. I heard someone asking others to kutip sampah before we left. Retreating, suddenly part of the crowd broke into a run. There was a big group of police chasing from behind. Just as soon as we wanted to run instinctively, others said jangan lari … bertenang. Relaks saja. And we all calmed down again. It was like that the whole day – anytime there seemed to be a chance for rowdiness or chaos or violence, the people themselves would calm each other down, keep things in check.

Meeting up with my friends who were in the KLCC group, we exchanged stories. My friend Jagadev was at the frontline. He had been hit by teargas seven times that day, and he has a battle wound from where a canister hit his leg. But the bulk of what we spoke of wasn’t of hatred or anger – but a sense of passion, of new hope, and of solidarity as a people.

"It seems we’ve got pretty decent people", I mused as a passing comment. I didn’t know how true it would turn out to be but it was immediately confirmed.

So many stories. My friend, caught in the rain, had a Malay man hand her some papers for her to cover up from the rain.

Hit by the full brunt of the tear gas, Jagad, along with a few others, stopped to help a man who had fallen down. He was heavy, too.

When someone tried to shout, incite others and burn a Patriot t-shirt, the rest immediately stopped him, silenced him and removed him from the group.

We are a decent, civilized people. What we experienced that day - Malaysia.

Later on at dinner with a different group of friends, the conversation was about our nation. This was rare. In the fifteen years I’ve known them, I don’t think we’ve ever talked together about politics, or our nation, or playing a part in it. At least, not like this. But that night, they said to me – because of you guys, we've decided we are going to register to vote.

They too caught the passion. The unggun. They too were upset over how the government had reacted to the rally, and the statement made by the Bersih marchers is loud and clear. I think it was a statement of hope that they caught. Tens of thousands of Malaysians who went out for a better nation. It’s a call that we can no longer disown or detach ourselves from, because we are in no way a lost cause.

In the midst of this conversation with my friends, something amazing happened. Following Bersih stories on Twitter, we talked about how good Malaysians can be … we remembered certain events and openly admitted those from other races who have been kind to us. And we confronted our stereotypes of always painting them a certain way.

A distinct thought came home to me then: Malaysia, I do love you.

That night we said cheers, to a better Malaysia.

By the end of the day, I discovered I referred to the marchers and myself as ‘we’, no longer ‘them’ and ‘I’. It is because we were there together, as Malaysia. We helped each other and cared for each other as Malaysia. There was no political agenda with the people there – I was there, I experienced it and I know it. It was Malaysia, embracing in our hearts and our actions the hope for better government.

What I experienced on the 9th of July is Malaysia. We are decent people, we are a people of quality. Those in power who are selfish or bigots or who try to divide the people – that is not Malaysia, and they are not deserving of Malaysia. Those who try to taint and politicize the beautiful events of that day, are not deserving of Malaysia. We are a people who deserve much more than that.

We came out and proved that yesterday. It has proved to me, to the marchers who were there, to my friends, what Malaysia is.

And so, on 9th July, Malaysia won.


one of the main reasons why i wish i can join the rally, to witness things by my own eyes, not solely from the media (tak kira media apa pun). pengalaman tak pernah berbohong, apa yang disaksikan dgn mata kepala sendiri juga tak pernah berbohong. sementara dunia hari ini, banyak bohongnya, banyak dustanya.

tapi satu perkara yang jelas, nama kerajaan menjadi busuk serata dunia. sayang dan malu sangat. bukan kita nak malukan kerajaan tapi mereka ada pilihan untuk bertindak bijak atau dangkal. sebagai orang kerajaan, saya tumpang malu. oleh itu saya mahu guna kuasa mengundi saya untuk kerajaan yang lebih bagus. tapi saya tak yakin nak undi pos. huhu..adakah kena book tiket balik malaysia lagi? (alasan alasan alasan)

saya masih muda, pengetahuan isu semasa tak seberapa, cetek dan tak layak nak komen. saya baca bahawa demostrasi ini adalah agenda musuh negara/musuh agamaa. saya baca bahawa demonstrasi ini merugikan jutaan ringgit. saya baca bahawa demonstrasi ini demonstrasi aman. saya baca yang demonstrasi ini mempamerkan 1 Malaysia yang sebenarnya. saya baca yang demonstrasi ini mendatangkan huru-hara lalu memberi peluang untuk pihak luar masuk campur. saya baca macam-macam pendapat ulama' dan pimpinan gerakan islam.

apa pun yang saya baca, pro atau kontra, saya percaya di satu sisi lain, demo ini telah menang dengan berjaya menunjukkan wajah sebenar kerajaan, demo ini telah menunjukkan malaysians do have voices, and they got strong voices. demo ini menunjukkan rakyat malaysia berbilang kaum masih boleh bersatu demi satu tujuan. kemenangan demonstrasi kali ini adalah kemenangan rakyat!

dan saya turut bersimpati kepada pihak polis, nama mereka teruk dikecam media local dan antarabangsa. mengingatkan saya kes Memali. tidak dapat salahkan polis secara total kerana mereka hanya menjalankan tugas dan yang memimpin mereka mempunyai idea yang berbeza tentang perhimpunan tersebut. mereka hanya mangsa. we still need our police, we cant deny their outstanding jobs before this. cuma pembaikan dari segi moral perlu dijalankan segera.





video yang berjaya buat saya nangis. rakyat malaysia masih banyak sisi positifnya. if only pucuk pimpinan menekankan pembinaan peribadi mulia untuk setiap masyarakat. kalaulah agama Islam menjadi teras pimpinan Malaysia, kita tak akan lihat demonstrasi ini dan kita akan lihat jemaah lebih ramai daripada jemaah Bersih ini di masjid, bersolat subuh secara berjemaah. then only tak ada musuh boleh tembus negara kita walau apa konspirasi pun yang mereka mainkan.






p/s: dhuha, kenapa kau sibuk2 pasal bersih ni? my answer: actually xtau apa2 pun at first but government yg bagitau kat paper kat tv. and then i think, saya warganegara malaysia, mestilah i care! umur saya dah boleh mengundi, mestilah i care! saya tahu pemerintah saya buat salah, mestilah saya nak tegur! tapi mcm mane saya nak tegur pemerintah saya ye? mesej kat FB dia baca ke? petisyen tu dia sempat ke baca? blog saya dia jumpa ke? :P

Friday, July 8, 2011

malaysiaku~


agak-agak ade polis tangkap saya tak bila kat blog ni ade gambar kaler tempoyak ni?

jap lagi akan berangkat ke NZ, esok skuad warna tempoyak nak berhimpun. saya sokong penuh segala tuntutan skuad tersebut. sekian terima kasih. saya harap semuanya akan berjalan secara aman dan tiada provokasi daripada mana-mana pihak pun. harap semuanya dapat berfikir secara matang dan rasional. (duh.. cakap macamla ada orang nak dengar cakap kamu. kamu PM ke?)

Malaysia tanah airku,
betapa besar harapanku,
agar tanahmu subur dengan basahnya keimanan penghuninya

Malaysia tanah airku,
bersabarlah atas kezaliman yang terjadi
kebenaran dan keadilan pasti tertegak

Malaysia tanah airku
aku bukanlah siapa-siapa
tidak berjasa langsung
namun berat rasanya untuk melangkah pergi meninggalkanmu
dengan izin Allah
akanku pulang lagi ke tanah air
demi merawat segala luka-lukamu

p/s: marilah bersikap aman dalam apa jua hal. dalam apa pilihan pun, Allah jualah yang tahu apa yang terbaik, apa yang benar. sentiasa berdoa supaya dipandu ke arah kebenaran setiap masa hingga akhir nafas. supaya kelak tak menzalimi diri sendiri.

p/s lagi sekali: doakan kejayaan dan keselamatan misi flotilla II!! paling penting, tetap berdoa untuk rakyat palestin tanpa henti, hingga akhir nyawa. (dan ye dhuha, anda tinggal sebulan lebih je nak siapkan 'nama saya mujahid')

Ya Allah pandulah hati-hati kami menuju kebenaran yang sebenar-benarnya. Janganlah Kau pesongkan hati-hati kami. Ya Allah bantulah kami memilih pilihan yang benar. Ya Allah jauhi kami dari kesesatan. Ya Allah sesungguhnya kami tidak tahu apa-apa. MilikMu lah segala pengetahuan.Janganlah kau hukum kami atas sesuatu yang kami tidak tahu baik buruknya, halal haramnya, hak atau batilnya. Ya Allah berikanlah kami hati-hati yang terang yang dapat membezakan baik dan buruk. Ameen ameen ya rabb~

bintul shahrain
Nilai, 3.37 am.

Thursday, July 7, 2011

bila ideologi berbeza

setiap orang dibesarkan dengan cara yang berbeza, hidup dalam environment yang berbeza, mendapat pendidikan yang berbeza dan begitu juga cara berfikir yang berbeza. banyak faktor yang mempengaruhi cara kita berfikir, cara kita memahami sesuatu, cara kita memproses maklumat juga berbeza dan banyaklah yang berbezanya.

atas sebab ini, manusia saling nak bertikam lidah nak menegakkan hujah masing-masing, setiap orang merasa pendapatnya saja yang betul lalu menjadikan manusia terpecah-pecah. oh yang ini jugak menjadi persoalan saya sejak dulu lagi: kenapa jemaah islam ada banyak? adakah kerana ideology yang berbeza? atau wasilah sahaja yang berbeza? bukankah Allah melarang umat Islam terpecah-pecah kepada beberapa golongan? kenapa jemaah-jemaah islam ini tidak bersatu atas satu titik persamaan, iaitu mempejuangkan Islam itu sendiri? bila akan bersatu? huhu..saya memang banyak persoalan dalam hal ini walaupun dah baca macam2 artikel dan dah dengar penerangan macam2 pihak, tidak ada satu jawapan pun yang berjaya tenteramkan jiwa saya. kalau ada pun hanya sekejap. esok lusa persoalan tu timbul lagi. kenapa, bagaimana, bila dan siapa. sampai hari ni macam jadi teka-teki dalam kepala. kalau soalan "kenapa ada parti politik banyak-banyak kat malaysia?", saya fahamlah sebab pemikiran,perjuangan dan dasar yang yang dibawa jelas berbeza. tapi kalau dalam jemaah islam itu sendiri, saya macam..''bukankah islam itu agama penyatuan, sumbernya juga sama tak berubah-ubah, perjuangannya pun hanya satu. tapi...''

amat malang dan sayang sekali bila masing-masing menjadi taksub kepada jemaah masing-masing. samalah macam taksub kepada parti politik masing-masing. teringat kata-kata ustaz Dahlan dalam 'Sang Pencerah.' kata beliau "mempunyai prinsip itu tidak salah. tapi kalau taksub/fanatik kepadanya, itu adalah ciri orang bodoh." (bunyi lebih kurang, tak berapa ingat the exact saying)

sampaikan kalau nak berkahwin pun kalau boleh nak cari yang dalam jemaah yang sama (ya ini membantu dalam perjalanan rumahtangga itu sebenarnya atas hujah sekufu)..

dan tertarik saya dengan isu wardina yang dikecam seorang blogger atas sebab beliau hanya menjalankan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang mana kawasan yang beliau pergi tu dah memang kawasan pembangkang pun. tak wajar langsung dipolitikkan. kawasan siapa pun, pembangkang ke kerajaan ke, itu tetap tanah mutlak Allah. tanggungjawab pula tetap tanggungjawab walau dengan siapa kita berdepan. dan kalau ye pun seseorang itu menyokong pembangkang, so what? itu kan hak masing-masing. tak patut bergaduh, kutuk-mengutuk hanya disebabkan itu. hormatilah pendirian masing-masing. setiap dari kita ada dalil masing-masing untuk berpegang kepada sesuatu prinsip. kita mungkin tahu apa yang dia tak tahu dan dia mungkin tahu apa yang kita tak tahu. itu antara sebab kita berlainan pendapat.

sudah-sudahla ye rakyat malaysia dengan ketaksuban kamu kepada sesuatu parti/pertubuhan/gerakan. taksub dalam apa saja pun tetap tak betul. bersederhanalah termasuk dalam pemikiran.

raikan perbezaan, utamakan persamaan. sekian, terima kasih kerana sudi baca. assalamualaikum. selamat tinggal malaysia, daku punya perjuangan yang belum selesai di bumi kutub selatan NZ itu. sedih sedih sedih. rasa nak book tiket balik akhir tahun ni jugakkkk!! muraaahh!! geraaaammm! tapi sepupuku nawal suruh simpan duit nak ke europe. hajar dan mak sedara mak sedara pun nak join.

Wednesday, July 6, 2011

a day with burqa in NZ

video yang menarik!!

ketika muslimah jatuh cinta

Ustazah jatuh Cinta?


Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.
Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?

Tapi layakkah ustazah jatuh cinta?


Mereka juga punya hati dan rasa.

Tetapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka ketika cinta seorang lelaki menyapa hatinya? Tiada senyuman bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada perasaan suka di dada. Namun sebaliknya.


Ketika ustazah jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap. Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tidak lagi suci


Ketika rasa rindu mulai bermain di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperi akan sebuah rasa yang tak semestinya. Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.


Ketika ustazah jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut. Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah kekhuatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal baginya.


Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tidak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh. Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya. Bahkan jika cinta dia harus menghilang, maka itu pun akan dilakukan.


Alangkah kasihannya jika ustazah jatuh cinta, kerana yang ada adalah penderitaan. Tetapi saudari, bersabarlah. Jadikan ini ujian dari Rabbmu. Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasangkan duri dalam hatimu, agar rasa itu tidak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap. Putarkan balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya. Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.


Saudari, janganlah khuatir kau akan kehilangan cintanya. Kerana jika memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu. Tetapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tidak menghendakinya, maka tidak akan boleh kalian bersatu.


Saudari, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya.



Sumber: Apabila Ustazah Jatuh Cinta | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/bila-ustazah-jatuh-cinta/#ixzz1RFJB898b

p/s: tak setuju ditujukan hanya untuk ustazah. sepatutnya tajuk dia 'ketika muslimah jatuh cinta' sebab itu yang sepatutnya terjadi. wallahualam. tapi benarlah tak semua ustazah dan muslimah akan berasa macam ni. marilah kita berusaha agar terbit perasaan macam ni. ayuh! :D