Sunday, March 4, 2012

semalam.hari ini.esok


assalamualaikum warahmatullah

semalam saya pergi tonton semula drama bersiri One Litre Of Tears. Ini kali yang entah keberapa entah saya tonton drama tersebut. tapi saya memang suka ulang tengok drama kegemaran banyak-banyak kali, at least once a year lepas tu saya buat reflections and its interesting to notice how much we have changed in terms of the way we think.

Contoh, masa form 2 sangat gilakan drama korea 'autumn in my heart'. bila dah 4th year dentistry, saya tonton balik drama tu and i asked myself "apesal kau tengok cerita ni, dhuha. takde faedah langsung. hero dan heroin takde kerja lain ke dalam kehidupan selain daripada menangis, lari daripada masalah, menyelamatkan perasaan cinta sampai membelakangi parents"..lepas tu saya fahamlah kenapa dulu saya suka drama tu. sebab dulu pun hidup saya takde hala tuju. takde kerja lain, nak study main study main je.

berkaitan dengan One Litre of Tears, dulu saya tengok cerita tu asyik rasa kesian, sedih, nangis, kesian lagi, sedih lagi, nangis lagi..meruntun kalbu sungguh..tapi sekarang saya rasa sebenarnya banyak juga mesej islamik yang disampaikan.

pertama-
fitrah manusia yang berkehendakkan Tuhan. yang merasa aman apabila merasa Tuhan itu ada. Of courselah Aya bukan muslim tapi dia percaya kepada Tuhan. Awalnya dia salahkan Tuhan atas musibah yang melanda dirinya. Katanya "God is unfair. Why the disease chose me?" tapi in the end dia kata "i believe in God". Dia cakap hanya dengan berfikir bahawa Tuhan sedang mengujinya, membuat hatinya rasa sedikit lega. Dia cakap dalam kehidupan ni dia yang membuat pilihan. Sakit adalah ketentuan dan ujian tapi caranya berdepan dengan sakit adalah pilihannya sendiri. Jika dia menghadapi ujian ini dengan negatif maka dia sendiri yang menzalimi diri sendiri, bukan Tuhan yang bertindak tidak adil terhadapnya.

kedua- kepentingan masa. i admit saya suka buang masa. guna masa untuk makan punyalah lama. lepas tu nanti masa lama dalam toilet pula. lepas tu end up tidur pun lama. and then guna banyak masa untuk tonton movie, sembang dengan rakan, keluar shopping. banyaknya masa yang dah dibazirkan!!! dan semua itu, masih boleh dijadikan ibadah, kalau saya niatkan kerana Allah dan saya lakukannya dengan cara yang betul ie. tak berlebihan, syariah compliance. malangnya dalam kita melakukan sesuatu perkara, teringatkah kita untuk berniat kerana Allah? and bukan semua benda yang kita buat boleh kita niatkan untuk Allah. contohnya, sahaja aku tonton juara lagu kerana Allah? err macam senget je bunyinya kan..thats just not fit!

maka kebelakangan ini saya banyak diingatkan Allah tentang masa. Saya juga dijodohkan dengan buku "pengurusan masa dalam islam" by syeikh yusuf al-qardhawi. kemudian penghayatan terhadap nilai masa ini ditekankan lagi bila saya tonton one litre of tears.

imam hasan al-banna berkata masa adalah kehidupan. siapa kita semalam, hanyalah sejarah. ia tak menentukan ke mana hala tuju kita nanti sama ada di akhirat ataupun di dunia. siapa kita semalam adalah sebahagian daripada diri kita yang telah mati, yang tak mungkin kita dapat kembali padanya lagi. Contoh, semalam saya ialah "dhuha 23 tahun 20 hari"..hari ini saya ialah "dhuha 23 tahun 21 hari"..."dhuha 23 tahun 20 hari" dah mati bila matahari naik pada pagi ini. dan "dhuha 23 tahun 21 hari" takkan boleh hidupkan "dhuha 23 tahun 20 hari"...what is past is past.

dan sebagai muslim, kita kena treat masa macam makhluk yang baru. sebab setiap hari yang baru bermula adalah makhluk yang baru yang kita kena gunakannya sebaik mungkin sebab esok tak mungkin kita dapat jumpa dia lagi.

"Setiap hari menyinsingnya fajar akan diseru "wahai manusia, aku makhluk yang baru, pekerjaanmu menjadi saksi. Justru itu tambahlah bekalan daripadaku, kerana apabila aku pergi tidak akan kembali semula hingga ke hari kiamat." (ucapan Imam Hasan Al-Basri)

"Wahai anak Adam! Kamu adalah himpunan hari-hari, apabila berlalunya satu hari, telah berlalu sebahagian daripada kamu." (Imam Hasan Al-Basri)

dan kaitannya dengan One Litre of Tears adalah dalam drama ni, Aya (watak utama) telah meluahkan "i am afraid to close my eyes and wake up as someone else. i am afraid if i can still wake up for tomorrow." sebagai seorang yang berpenyakit spinocerebellar degeneration disease (penyakit saraf yang semakin hilang fungsinya), dia menjadi amat menghargai masa yang ada kerana mungkin bila dia bangun esok, dia sudah tak boleh berjalan, mungkin dah tak boleh berlari dan mungkin dah tak boleh bercakap. dan paling akhir, mungkin sudah bangun sebagai roh sahaja tanpa jasad.

itu adalah sudut pandang seorang pesakit yang tahu apa yang bakal dihadapinya di masa depan. what about us, yang langsung tak tahu nak expect apa akan jadi pada hari esok? bersediakah kita menghadapi hari esok? masih adakah hari esok untuk kita?

maka, kenapa kita masih sombong seolah-olah tali nyawa itu kita yang pegang?

tomorrow is full with possibilities. Therefore, cherish today. live today. make full use of today. appreciate today. today is where we live.

saya harap dengan sedikit keinsafan yang ada ini, saya akan lebih menghargai masa. some people like to think about hopes for tomorrow. well i would like to think, tomorrow is hopeless. today is all we have.

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~