Monday, March 5, 2012

ada apa dengan usrah

saya secara jujurnya sedih untuk orang yang memilih untuk berhenti usrah atas alasan sibuk. saya juga sedih untuk orang yang berhenti belajar/kerja atas alasan sibuk dengan usrah dan urusan berkaitan akhirat.

apa itu usrah?

usrah bermaksud keluarga. keluarga yang saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran. dan bagi yang belajar di luar negara, pesan saya berusrahlah. kamu akan hilang segala kekusutan hati, kamu akan rasa seronok dengan 'keluarga' yang dibina atas tali Allah ini meski kamu terlalu jauh daripada keluarga nukleusmu.

saya mengenal usrah daripada ibu saya. ibu saya telah berusrah sejak zaman universiti di Texas sehinggalah kini, dia berusrah pula dengan jiran tetangga. di waktu itu saya hairan, apalah yang seronok sangat dengan usrah ini. apa yang saya nampak hanyalah baca Quran ramai2 lepas tu makan (mestilah, sebab saya hanya turun makan je bila time usrah kat rumah saya). kalau mak usrah kat rumah orang lain, saya akan pesan kat mak "jangan lupa tapau!" huhu...itu keseronokan buat saya di waktu itu. walaubagaimanapun saya tetap hairan kenapa acara itu dipanggil usrah, sebab usrah itukan maksudnya keluarga? (saya ada basic bahasa arab jadi saya faham literal meaning of usrah)

melangkah ke IMU, saya hairan dapat tahu rupanya usrah bukan sekadar "makan-makan" dan bukan hanya untuk golongan makcik-makcik di kawasan kejiranan. di IMU lah saya mengenal makna sebenar usrah. di waktu saya rasa gersang, rasa penuh dosa, rasa hitam, rasa tak tahu nak berpaut, di waktu saya dilanda fitnah terdahsyat dalam hidup saya, ketika itulah saya menerima undangan usrah dan menerimanya dengan terbuka atas desakan hidup yang saya rasakan seperti tak mampu untuk saya hadapi secara keseorangan. pada waktu itu saya rasa the only solution is to seek for Allah's help and guidance and in order to achieve that, saya mesti bertaqarrub (mendekatkan diri) dengan Allah.

bagaimana usrah menjadi salah satu usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah? usrah merupakan sebuah majlis ilmu, di dalamnya berlaku perbincangan tentang ilmu Allah, mengenal Allah dengan lebih mendalam, di dalamnya ada kasih sayang. dan kita tahu di mana adanya majlis ilmu, di situlah adanya malaikat yang turun dan mendoakan kita. kerana majlis ilmu itu sebahagian taman syurga.

mendengar taman syurga sahaja membuat saya giur untuk berada di dalamnya. sebab itu saya hairan bila ada yang menolak untuk ke taman syurga! what motivates me, at that time (waktu mula2 kenal usrah) to consistently attending usrah is taman syurga.

dan sejak hari pertama mengenalnya saya berazam mahu jadi seperti emak yang konsisten berusrah sampai tua, walaupun beberapa kali berpindah rumah, mak tak pernah lupa berusrah, mencari teman yang mahu berusrah juga. sebab itu mak saya kuat :D

dan bila saya kembali menghayati sirah nabi, barulah saya tahu bahawa usrah itu sebahagian daripada sunnahnya untuk menegakkan sistem khalifah. sunnah nabi, masyaAllah! so why not following the footsteps of the prophet! usrah menghidupkan semula sunnah nabi dalam kehidupan kita. dan untuk merasa dan menyuburkan rasa cinta kepada nabi, mengikuti sunnahnya adalah essential!

be in a good circle of friend, and you will be good too. itu salah satu manfaat usrah. Rasulullah sendiri bersabda sedemikian. semua orang yang hadiri usrah ada background dan kelemahan masing2 dan kita berada dalam bulatan gembira itu untuk sama-sama memperbaiki diri. maka bagi saya, bila melihat ada ahli usrah yang tidak perform, tak islamik dan sebagainya, itu bukanlah alasan untuk saya mengundur diri daripada usrah. untuk menjadi baik, bukanlah mengelak daripada melakukan kebaikan yang dirasakan tidak mendatangkan kesan sebaliknya menambah amal kebaikan tersebut.

dan sesibuk mana pun kita, percayalah kita sebenarnya masih punya masa untuk berusrah! Allah memberikan kita ample of time! 24 jam! takkanlah kita kedekut untuk meluangkan masa yang Allah bagi untuk kita hayati dan menambah ilmu Allah? bukannya setiap hari. sekali seminggu je. cuba kita kira bersama. berapa minit kita solat? ada yang tak sampai 5 minit pun. solat wajib 5 kali sehari at least total 25 minit. lepas tu ada tak kita buat solat sunat? berapa minit je solat sunat? baca al-Quran berapa lama? bila tambah semua ni, tak sampai pun 1 jam! ish kedekut sangatlah kalau itu je masa yang kita mampu bagi kepada Allah.

ok kita masuk kepada skop ibadah yang luas. setiap perkara yang kita lakukan yang diniatkan kerana Allah dan betul caranya, adalah dikira ibadah. the thing is, berapa kali yang kita ingat untuk niatkan kepada Allah? kebanyakannya akan jadi sia-sia tanpa pahala ibadah. tambahan pula tak semua perkara yang kita buat boleh diniatkan kepada Allah. contohnya menonton movie komedi, adalah semacam tak sesuai untuk diniatkan kerana Allah sebab tak fit juga dengan hadith Rasulullah "sesungguhnya ketawa itu mematikan hati"..kemudian pergi parti yang bercampur lelaki perempuan juga adalah langsung tak sesuai untuk diniatkan kerana Allah kerana di dalamnya terkandung maksiat. believe it or not, dalam kehidupan seharian kita, susah untuk kita buat sesuatu betul-betul diniatkan kerana Allah maka akhirnya masa yang kita luangkan untuk ibadah kembali menjadi kurang daripada 1 jam (solat, baca Quran etc)! itupun kalau kita solat benar-benar khusyuk dan ihsan, alhamdulillah it will be the precious 1 hour.

atas sebab merasakan diri tak cukup kuat dan tak mampu nak memaksimakan ibadah kepada Allah lah, masa yang Allah bagi tu saya rasakan patut diisi dengan sesuatu yang berkala, iaitu usrah. usrah semacam reminder setiap minggu untuk kita sentiasa memperbaiki diri. masa itu Allah yang bagi. takkanlah kedekut sangat kita untuk duduk sekadar sejam dua untuk Allah. ingatlah jika kamu luangkan masa untuk agama Allah nescaya Allah akan permudahkan urusanmu. saya sendiri pernah rasa tak sempat nak cover silibus untuk exam. kemudian saya hanya pilih topik tertentu je untuk baca. rupanya apa yang saya baca itulah memang apa yang keluar dalam exam. dan apa yang saya tak baca, memang tak keluar exam langsung. saya percaya Allah yang tolong gerakkan hati saya untuk baca certain topics. bila jadi macam tu, saya rasa malu dan insaf. betapa selama ni saya banyak lupa Allah dalam hari-hari yang saya lalui. tapi Allah tak pernah lupakan saya. saya luangkan sikit je masa. sikit sangat nak bandingkan dengan jumlah masa yang ada. tapi Allah tolong saya banyak sangat sampai sekarang saya dah masuk final year pun, sikit pun saya tak terlepas daripada pertolongan Allah. malu bila kenangkan semula.

pembaca dan adik-kakak sekalian, renungkanlah. masa yang kita guna untuk keluar shopping, keluar makan, keluar tengok wayang, sembang kosong etc, apakata kita curi sedikit daripada masa-masa tersebut untuk kita fokus sepenuhnya dalam usrah. kalau kita hadir dengan hati yang ikhlas, semangat yang berkobar-kobar, rindukan Allah dan Rasulullah, rendah hati dan penuh keinsafan, insyaAllah you will gain the best out of it. kesan usrah itu hanya dapat dirasa dengan hati. dan hati yang benar-benar dilunakkan Allah akan merasa rindu dan cintakan apa sahaja yang berkaitan dengan Allah, Rasulullah dan Islam. marilah berdoa agar hati kita benar-benar hati yang terpilih untuk dilunakkan oleh Allah untuk Islam dan umatnya. dan sesungguhnya benarlah firman Allah itu "manusia mudah lupa" maka kita perlukan sistem yang mengingatkan kita selalu secara berulang-ulang. dan antara peringatan yang paling seronok adalah daripada sahabat-sahabat kita yang dipilih Allah untuk menyampaikan peringatanNya :)
(teringat kata2 seorang sahabat: memberi peringatan itu tugas para nabi. dan cuba bayangkan sahabat yang mengingatkan kita tu seolah-olah utusan Allah, mulianya dia sebab dia cuba mengikuti sunnah nabi ^__^)

dan seriously, saya tidak memandang hina kepada yang keluar usrah. saya cuma hairan. dan saya doakan yang terbaik untuk mereka agar dipertemukan Allah dengan jalan yang lurus. saya sendiri belum tentu kekal di jalan ini. semoga Allah memilih saya dan kalian semua untuk bersama-sama memikul amanat dan tugas nabi ini demi tertegaknya sebuah khilafah. ameen~

p/s: melalui usrah saya belajar untuk terima teguran dengan hati yang terbuka dan berlapang dada ^__^

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~