Friday, March 9, 2012

true kindness


before that, my 1-year old ipod finally had its own name! (huhu lepas dapat humairaa, sume benda baru nak letak nama)..nama dia wardina. simply because "warda" in arabic means pink. hehe and to make it sounds special... plus i am wardina fan, so i named my ipod wardina. yay!

what a colourful family. humairaa (red), safoora (yellow), azraa (blue) and wardina (pink)!

ok tadi saya tonton movie ini. nama movie itu "the blind side". itu adalah movie yang sangat mengharukan serta mengujakan dan menginspirasikan! saya suka untuk melabelnya 'wajib tonton' untuk sesiapa yang sukakan inspirational movies.

ianya kisah benar. tentang seorang pemain american football bernama michael oher.michael oher lahir dalam keluarga yang porak peranda dan membesar dalam suasana ghetto, if you know what i mean. kiranya membesar dalam persekitaran yang bukan biah soleh la. in fact sangat opposite dengan biah soleh pun. dia juga sering bertukar sekolah. seorang yang kurang perhatian, kurang keyakinan serta kurang berprestasi. akhirnya ada sebuah keluarga caucasian yang sangat kaya adopt dia and keluarga tu provide everything untuk dia sampai akhirnya dia berjaya dalam akademik dan juga sukan futbol.

yang menarik perhatian saya adalah, bagaimana seorang keluarga berkulit putih boleh menerima seorang remaja lelaki berkulit hitam ke dalam keluarganya dan melayannya seolah-olah seperti anak kandung. masa tonton cerita tu, saya dan yani macam..err..macam "this story is too good to be true." bila movie dah habis, baru tahu itu adalah true story. lepas tu kitorang seperti tidak percaya, terpegun dan terharu habis. airmata bergenang pulak bila tengok last part yang menampilkan gambar sebenar michael oher dan keluarganya.

boleh google kot kisah michael oher ni. tapi kena tonton jugak untuk dapat feel yang mengharukan ini. mengingatkan saya kepada kisah Rasulullah yang berjaya mempersaudarakn kaum muhajirin dan ansar yang langsung takde kaitan, takde pertalian darah tapi pertalian akidah meleburkan segala-galanya antara mereka sampaikan sanggup berkongsi apa sahaja yang mereka ada untuk saudara baru mereka.

manusia bila berjaya ketepikan prejudis,pesimis dan kepentingan diri sendiri maka harmonilah dunia ini. hablu minannas (hubungan sesama manusia) cemerlang. pasti mengundang hablu minallah (hubungan dengan Allah) yang cemerlang juga, insyaAllah. and vice versa.

kalaulah semua manusia tahu peranan masing-masing terhadap masyarakatnya pastilah harmoni dunia ni (repetition sikit. menunjukkan penegasan di situ). ini semua sebenarnya dah termanifestasi dalam agama kita dalam bentuk syiar contohnya zakat. it shows how we care about those who are less fortunate than us. sistem zakat kalau diamalkan betul-betul secara jujurnya sejujur-jujurnya, tak wujud kemiskinan. bila yang kurang bernasib baik mendapat bantuan daripada yang bernasib baik, mereka akan merasa dihargai dan kuranglah kadar jenayah, kadar penyakit etc.

konsep persaudaraan dalam islam kalau diamalkan betul-betul maka tak akan ada umat yang teraniaya. pasti semuanya dibela. sepertimana pada zaman khalifah dahulu apabila ada wanita yang teraniaya, terus dihantarnya bala tentera demi membela nasib hanya segelintir wanita. betapa dahsyatnya bernaungkan khalifah yang sangat faham konsep persaudaraan dalam islam serta konsep2 lain yang berkaitan.

malulah bila agama lain mendahului kita dalam hal ini, yakni hal merasa bersaudara sesama manusia lebih2 lagi manusia yang sama aqidah dengan kita. lebih malu bila agama lain lebih prihatin dengan nasib umat kita berbanding kita sendiri.

jom malu beramai-ramai. muhasabah dan do something yuk!

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~