Tuesday, March 20, 2012

the new entertainment

these days, saya tidak lagi merasakan bahawa menonton movie/wayang itu fun. membaca/ menonton komedi juga tidak fun. mendengar lagu yang lagha juga tidak fun. pegi shopping juga tak fun. menonton perlawanan bola sepak pasukan kegemaran juga tidak fun seperti dulu. adakah saya sudah tua benar sampai takde satu pun benda-benda di atas yang fun huhu..

these days, saya menjadi sangat berhati-hati untuk have fun. peringatan demi peringatan hadir, mengingatkan saya tentang mati, mengingatkan saya tentang kiamat, mengingatkan saya tentang kesengsaraan saudara-saudara seakidah saya. menjadi takut untuk berseronok. what if i die while having fun? itu bukanlah pengakhiran yang baik buat seorang yang mengaku muslim.

menonton wayang sudah lama saya tinggalkan (3 tahun dah kot?)..nafsu untuk membeli belah juga semakin berkurang. dan perkara yang dulu saya rasa lawak sangat sudah tidak lawak lagi. lagu-lagu rock/metal yang saya gemari dulu kini telah kedengaran sangat bingit di telinga. saya pun berfikir apa yang telah terjadi pada diri..mungkinkah kesan usrah? mungkinkah ini hidayah? entahlah..yang pasti saya lebih tertarik dengan benda yang lebih baik daripada hiburan2 yang saya sukai dulu. ada hiburan baru.

bila saya rasa lemah dan tidak bersemangat, saya suka melihat dan membaca tentang saudara seakidah saya yang sedang dalam kesusahan. di dalamnya ada banyak mutiara. kisah benar itu lebih memberikan impak yang besar untuk orang yang membacanya. membaca sirah nabi juga memberikan saya inspirasi yang best. mendengar lagu nasyid juga telah menggantikan minat saya kepada lagu-lagu daripada artis seperti Avenged Sevenfold(A7X), My Chemical Romance (MCR) dan sebagainya yang seangkatan dengan mereka. budaya suka membelek gosip-gosip artis luar dan dalam negara digantikan pula dengan membelek kisah-kisah perjuangan dan hal ehwal semasa umat.

sejak bilakah perubahan tersebut berlaku dalam diri saya? sejak saya sertai usrah. maka saya rasa sedikit sebanyak, apa yang dipelajari daripada usrah telah menjadi sumber hidayah kepada saya yang menerangi proses tarbiyyah dalam diri saya. saya harap ianya berterusan.semoga saya tidak leka dengan dunia yang penuh hiburan ini dan semoga hidayah Allah akan tetap mengunjungi hati saya. ameen~

benarlah, sesungguhnya hati menjadi lebih tenang apabila mengingati Allah. dan hati menjadi takut apabila mengingati mati. serta hati menjadi tajam bila sentiasa ingat dan percaya akan hari kiamat. bila musuh dalam hati dihapuskan, mudahlah cahaya keimanan untuk menembusinya dan bila hati diisi dengan cahaya iman, maka fatwa hati menjadi suci dan jernih. maknanya, hati akan cenderung kepada kebaikan dan benci kepada keburukan, baik buruk mudah dibezakan ibarat black n white, halal haram dan syubhah juga senang untuk dikenalpasti.

semoga dikurniakan hati yang lebih bersih daripada hari ini.

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~