Thursday, March 15, 2012

peduli isu semasa


hmm hari ni rasa nak cakap pasal isu semasa. (saja inform awal-awal supaya otak boleh expect berapa byk kapasiti nak prepare utk terima info. cerita isu semasa ni kan berat sikit ;p)

benda pertama yang saya buat bila nak baca isu semasa ialah melapangkan dada, membebaskan fikiran daripada sangkaan-sangkaan serta membuka minda. saya tahu, benda pertama yang sepatutnya ialah membaca bismillah serta menanam niat "sahaja aku update isu semasa kerana Allah" namun sebagai manusia biasa yang masih bertatih lagi untuk menjadi sebenar-benar hamba, saya terlupa -,-"..ok dhuha, lepas ni kena selalu ingat untuk baca bismillah dan memasang niat. kalau perkara2 spt makan, study dan tido tu memang senang nak mulakan bismillah namun untuk perkara2 lain, like i said, masih belajar.

pertama, isu lynas. isu ini peningla. bila tahu both arguments lagi pening. ada pro dan kontra dia yang sebenarnya seimbang je kot. semakin banyak info yang didapat, semakin banyak tak tahu dan semakin x tahu juga either nk support ke tidak. maka the essence yg saya dapat ialah "dhuha, anda kena educate diri anda dengan lebih banyak lagi"

kedua, isu kony 2012. saya baru je tonton video tu beberapa minit yang lalu. apa yang boleh saya kata ialah video tu memang berjaya menarik perhatian, juga menarik simpati. namun apabila diakhir video mula membongkar siapakah orang-orang yang terlibat di belakangnya, saya rasa seperti ada yang tak kena di situ. pertama, kerajaan amerika. hoho saya memang tak boleh percaya penipu besar ini nak buat kebajikan. kalau ye pun, begitu memilihnya mereka dalam berkebajikan. invade negara-negara lain untuk 'membantu menjatuhkan penjenayah' besar di negara masing-masing tapi at the same time membantu samseng dunia meratah jiwa dan raga rakyat palestin. two face. kerajaan amerika memang tak boleh dipercayai. kedua, penglibatan artis-artis hollywood yang err rosak? can i say that? baiklah kalau nak kena bersangka baik, mereka tak rosak tp mereka jahil huhu. tapi kalau anda tahu gerakan illuminati dan siapa yang mendokongnya, anda juga akan tahu siapakah artis yang bergerak bersama illuminati ini. dan artis2 illuminati inilah yang menjadi one of daya penggerak kepada kempen kony. bagaimana mereka memperjuangkan sesuatu yang berbentuk kebajikan tapi pada masa yang sama mereka bersenang-lenang dan mereka sendiri yang menghanyutkan manusia kepada kelalaian terhadap isu2 umat manusia?

sejarah membuktikan amerika/british suka guna taktik nak mendamaikan negara lain demi untuk invade negara-negara tersebut lebih-lebih lagi jika negara-negara itu mempunyai hasil bumi yang lumayan. maaf saya memang tak boleh nak bersangka baik langsung dengan kerajaan amerika yang telah banyak menghumban saudara-saudara seakidah saya ke dalam lembah penderitaan. saya memang tak boleh nak compute pun segala 'kebajikan' yang dikatakan telah disumbangkan oleh kerajaan amerika. dan maaf, saya juga tak support kempen kony ini which is kalau saya support atas dasar simpati dan airmata, duit saya akan dialirkan kepada kerajaan amerika. buat apa? tolonglah.

saya simpati dengan nasib masyarakat uganda. saya benci dengan kejahatan kony. saya jahil tentang isu ini. tak bolehlah nak percaya video kony 2012 tu hanya semata-mata kerana hati saya tersentuh menontonnya. video tu cuma beberapa minit. nak tahu pasal kony, kena baca banyak lagi. bukan hanya tonton 1 video. ada yang kata kony dah mati, ada yang kata kony dah tak mengganas lagi (yelah benda tu dah berlaku 22 years ago kot). pada saya, penjenayah yang lebih besar kat sini ialah amerika dan sekutunya. tiada siapa yang akan selamat jika berada di bawah kerajaan amerika.

cuma, apa yang boleh saya buat untuk rakyat uganda yang menderita? hanya doa.

dan the essence of this issue yang saya berjaya kutip ialah again, dhuha please educate yourself more. read more. care more. mungkin hari ini hanya doa. mungkin hari ini hanya boikot. but never belittle your action. your action counts. walau hanya sebesar zarah. walaupun saya tak support kony 2012 tapi video tu mengajar saya sesuatu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. kalau kekuatan sokongan manusia seperti kony 2012 tu kita boleh dapat untuk memperjuangkan nasib rakyat palestin, syria..alangkah indahnya. ameen, insyaAllah one day! tapi kalaupun tak dapat sokongan sebanyak tu, sokongan Allah sahaja dah lebih daripada mencukupi dan ingatlah Allah dah pun janjikan kemenangan umat islam. cuma tak tahu lagi samada kita termasuk dalam golongan yang memenangkan islam atau tidak.

wallahualam. ini hanya suara saya yang hina.

"ignorant is going to get people killed"

p/s: saya suka bait lirik "father and son" especially part ni:
I was once like you are now, and I know that it's not easy,
To be calm when you've found something going on.
But take your time, think a lot

ia membantu saya bila berdepan dengan sesuatu isu supaya tak ghairah sangat. biasalah darah muda, cepat panas. kadang bertindak melulu. kadang cepat je nak keluarkan pendapat. tapi semakin dewasa, semakin berkira-kira juga nak bagi pendapat sebab pengalaman dah ajar yang "you actually know nothing maka jangan sombong dengan apa yang kamu fikirkan. usah taksub. you really dont know what is beyond your knowledge."

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~