first of all, dalam kamus hidup seorang muslim, tak patut ada istilah putus asa. dan dalam kamus hidup saya sendiri perkataan itu tak wujud. i am weak but i will never give up.
alhamdulillah hari isnin ini saya akan melangkah ke kampus sebagai pelajar tahun akhir pergigian. alhamdulillah. segala puji hanya bagi Allah semata-mata. dalam saya rasa tak berdaya nak meneruskan pengajian ini sejak hari pertama lagi sewaktu di IMU, pejam celik pejam celik Allah dah sampaikan saya ke tahun akhir pun. mmg its too late to give up now. memang takdirnya Allah nak suruh saya habiskan juga tanpa menoleh ke belakang lagi. dan insyaAllah saya mahu all out tahun ini! biarlah saya akhiri episod susah payah saya dalam dentistry dengan puas hati :D
terima kasih Allah untuk segala kekuatan yang Kau berikan. untuk segala peluang yang Kau kurniakan. untuk segala nikmat tak terhingga ini. walaupun i claimed to hate dentistry since the very beginning, along the journey i have found my passion. still, bukan passion dalam dentistry tapi at least passion tersebut buat saya bertahan hingga ke hari ini. di tahun pertama lagi Allah bangkitkan saya dari lena yang panjang. Allah bawa saya jumpa dengan orang-orang yang baik. Allah letakkan dalam hati saya perasaan cinta terhadap ilmu Allah. Allah besarkan jiwa saya dengan cahayaNya. Allah luaskan pemikiran saya untuk berfikir isu-isu umat, isu negara which is, fikiran saya bukan lagi tertumpu pada diri sendiri, pada keluarga, pada kekasih tidak halal, pada pelajaran atau pada fesyen semasa mahupun hiburan semasa. Allah bawa saya kenal apa itu halaqah. Di sana jiwa saya subur dengan peringatan demi peringatan.
Sekiranya Allah tidak bawa saya kepada dentistry, mungkin saya tidak kenal langsung apa itu individu muslim. mungkin saya tak akan tahu yang saya wajib menyampaikan dakwahNya. mungkin saya akan terus hanyut dengan arus duniawi.
sesungguhnya nikmat belajar pergigian ini sungguh tak terhingga besarnya. it is where i found my love and my passion. benarlah firmanNya "boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." (Surah Al Baqarah:216)
maka pada hari ini (huhu dah 5th year baru sedar), saya sedar bahawa tak layaklah saya merungut kepada Allah yang saya tak suka dentistry. malunya pada Allah. memang Dia tahu apa yang terbaik buat kita. i made a promise to myself and to Allah that i will become a better muslim this year and surely only to Allah i ask for forgiveness and i seek guidance.
what makes me survive in dentistry? peringatan demi peringatan yang saya terima setiap minggu daripada usrah dan ahlinya serta kakak naqibah, iaitu sebenarnya dari Allah jua <3
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~