i spent most of my morning sleeping. bangun pagi, breakfast sikit. kena mintak tolong pina kupaskan kulit pisang untuk saya. kemudian makan antibiotik dan codeine. i can't stand the side effects of codeine maka saya terus pejamkan mata dan tidur. bangun-bangun, lapar semula. panaskan lauk dan makan tengahari. cuba basuh pinggan dengan sebelah tangan. alhamdulillah berjaya.
naik semula ke bilik dan kemas katil. alhamdulillah nampaklah juga kemasnya walaupun xdpt buat sekemasnya sebab tak biasa lagi kemas katil guna sebelah tangan. x dapatlah nak tegangkan cadar sangat.
pertama kali juga mandi sejak surgery. tangan yang kena cast tu kena balut dengan plastik. kena banyak bersabar nak balut tangan sendiri dengan plastik. nak buat itu sahaja dah lebih 15 minit! nak potong selotep guna gigi, nak pusing plastik ke seluruh tangan kdg2 pn kena guna bantuan gigi. alhamdulillah walau hampir menangis nak menguruskannya, i did it! i told myself "sabar! sabar dhuha!" mandi juga ambil masa agak lama. tangan yang bersimen walaupun dah berbalut plastik (dm mcm tangan robot je rupanya), still xberani nak kasi kena air. so saya terpaksa sepanjang masa menegakkan tangan ke atas. lenguh!
panadol pula kena makan 1.5 tablet sekali (due to my light weight). nak patahkan tablet jadi setengah, kena gigit. itupun jadi pecah berderai, pecah 4-5 keping. so telan agak-agak jela.
saya juga cuba melipat baju sendiri tapi baju dah jadi macam roti canai yang tak habis ditebar.
alhamdulillah saya seronok dpt berdikari hari ini sebab flatmates semua pegi sekolah. kalau saya tak berdikari, saya akan jadi sayur layu jela atas katil.
tak sure berapa lama lagi harus begini. yang pasti saya kena kuat dan sabar.
ini adalah pengalaman yg menarik dlm kehidupan. dapat merasa bagaimana kesusahan org lain. orang lain lagilah, ada yg terpaksa sepanjang hidupnya bergantung hanya kepada sebelah tangan.
p/s: sori kalau karangan ni cm terabur n tak sedap dibaca sebab saya lenguh sebenarnya nak tulis pjg2 ^__^
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~