Wednesday, March 7, 2012

dakwah? kena ke?


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :D

dah lama tak buka Humairaa (humairaa is my new red laptop)..somehow i feel humairaa has caused the internet connection line in this house to be disrupted. haha sebab bila bukak humairaa je, satu rumah tak dapat internet. maka dengan penuh kesedihan, i have to keep humairaa away. sian dia. sekarang dah 3 hari berinternet dengan Safoora (nama laptop lama, yg actually baru dibagi nama. hoho..dia kaler kuning. so "asfar" is kuning in arabic but macam laki je bunyinye kan. maka i modified the name to sound more feminine. and safoora juga bermaksud pious woman. btw my handphone kaler electric blue. and i named her azraa. actually "azraq" is blue in arabic tapi azraq nama senior kat IMU. which kalau saya letak nama tu kat handphone, sounds so wrong sebab azraq adalah senior lelaki.)

apa-apa pun, saya merasakan safoora jeles saya berkepit dengan humairaa. sekarang mesti safoora bahagia saya pula berkepit dgnnya. ok kita kena adil ^__^

i want to talk about dakwah. its my reflection of the recent "daurah online intensif". dalam daurah tersebut kami bedah buku al-muntalaq. chapter 4: kewajipan dakwah ke jalan Allah.

overall chapter ni menerangkan bahawa dakwah adalah tanggungjawab setiap manusia. serta mengupas salah faham bahawa tugas dakwah itu adalah fardhu kifayah dan hanya dilakukan para ulama'.

manusia yang mengakui dan bersaksi bahawa Allah itu Tuhan yang Esa dan Muhammad itu PesuruhNya, hendaklah menyaksikan syahadahnya dengan hati, lisan dan perbuatan. penyaksian syahadah akan menjadi sia-sia apabila hati, lisan dan perbuatan tidak selaras dengan syahadah. kita kena akui bahawa kita tidak benar-benar menyaksikan kewujudan Allah dan Muhammad dengan mata kita maka kalau kita benar-benar yakin dengan Allah dan Muhammad serta agama yang mulia ini, maka apakah buktinya? itulah peranan hati, lisan dan perbuatan.

bersaksi bahawa Allah itu Tuhan bermakna kita percaya akan kalam Allah iaitu al-Quran dan segala yang terkandung di dalamnya. percaya akan segala isi kandungan al-Quran pula menjadikan kita mengamalkan segala ajaran yang terdapat dalam al-Quran.

bersaksi bahawa Muhammad pesuruh Allah bermaksud kita percaya bahawa Muhammad itu contoh tauladan yang mulia yang diutuskan Allah untuk sekalian makhluk. maka manifestasinya, kita ikut segala yang dilakukan Rasulullah dalam kehidupannya.

(saya simplified in my own language mengikut kefahaman saya. kalau salah sila betulkan)

Allah berfirman dalam al-Quran:

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, (sifat kamu) kamu menyuruh dengan ma’ruf dan melarang dari yang mungkar.” (Ali Imran 3:110)

“Dan serulah kepada Tuhanmu dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang musyrik (mempersekutukan Allah).” (Al-Qasas 28: 87)

“Maka serulah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya engkau berada di atas petunjuk yang lurus.” (Al-Hajj 22: 67)

dakwah bermaksud menyeru, mengajak, menggalakkan, mencenderungkan. dakwah ilallah bermaksud menyeru dan mengajak, menggalakkan dan mencederungkan kepada Allah. dan perkataan dakwah ini adalah perkataan islami yang mana tak terdapat dalam agama lain.

maka dalam al-Quran, telah disebutkan tanggungjawab kita untuk berdakwah. dan Allah menyebut lagi:

“Siapakah yang terlebih baik perkataannya dari or­ang yang menyeru kepada Allah (agamaNya) dan beramal soleh.” (Fussilat 41: 33)

Bermakna, tugas yang paling mulia dipikul oleh manusia ialah sebagai da'i atau da'iyat (pendakwah lelaki atau wanita) yakni orang yang menyeru kepada Allah. dan selanjutnya, para ulamaa' ada yang mengatakan dakwah itu fardhu kifayah. atas alasan ini, ramai manusia yang tidak mahu memikul tugas ini akibat merasakan bahawa ada yang lebih layak memikulnya (ulamaa', ustaz ustazah, naqib/naqibah, murabbi etc)..padahal syarat untuk terlepas daripada fardhu kifayah ialah apabila urusan tersebut telah selesai. dalam konteks ini, sehingga hari ini, umat manusia masih lagi belum sepenuhnya beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman. maka bermakna tugas dakwah masih belum selesai. oleh itu, selagimana urusan tersebut masih belum selesai, menjadi kewajipan setiap orang yang mampu untuk melaksanakannya. and guess what, sampai kiamat pun tidak akan habis semua manusia beriman kepada Allah. bermaksud, sampai kiamat pun kita mesti berdakwah.

Ok habis part apa yang Allah kata dalam al-Quran, untuk kita amalkan demi bersaksi bahawa Allah itu Tuhan yang satu.

mari pergi kepada 'bersaksi bahwa Muhammad itu pesuruh Allah'. Jom lihat kehidupan nabi. setelah mendapat wahyu yang pertama, tugas nabi 24/7 berdakwah. dakwah itu sunnah nabi. dakwah menjadi mulia kerana itu pekerjaan para nabi dan istimewanya umat nabi Muhammad kerana setelah ketiadaannya pun, masih ramai yang memikul tugas nabi ini. jika tidak kerana usaha para pencinta Tuhan dan para pencinta nabi ini, maka kita pada hari ini tidak akan dapat kenal apa itu Islam. kita tidak akan dapat merasa nikmat Islam dan iman. hanya kerana keberlangsungan dakwah itulah, Islam masih terus-terusan berkembang di bumi Allah ini.

dan saya tersentak dengan petikan kata-kata ini yang saya dengar ketika daurah:
"orang yang paling layak mendapat syafaat Rasulullah ialah orang yang kehidupannya paling hampir dengan Rasulullah. dan Rasulullah itu kerjanya berdakwah hampir 24/7."

tersentak. terfikir. layakkah aku?


No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~