ini kisah aku. kisah seorang anak kepada seorang isteri pertama. secara jujurnya bukan senang untuk seorang anak menerima hakikat bahawa kehidupannya kini dikongsi lebih ramai manusia. lebih-lebih lagi aku, anak sulung yang punya ramai adik, kini mempunyai lebih ramai adik menyebabkan diriku selalu rasa kurang kasih sayang. aku selalu merasa harus merebut kasih sayang. oh cukuplah kisah aku yang tak cukup kasih sayang ni T__T
masih aku ingat lagi ketika kali pertama aku mendapat khabar bahawa ayahku kahwin lagi. aku pasti itu berita yang paling melukakan ibu. aku juga mahu beritahu satu dunia bahawa itu juga adalah berita yang paling melukakan hati seorang anak sulung, tanda cinta pertama ibu dan ayah. sebagai anak sulung aku mula terfikir-fikir di manakah silapnya. jujur kukatakan, aku merasa punca ayah membuat keputusan sedemikian juga adalah disebabkan aku. adakah aku merupakan anak yang tidak cukup membawa bahagia dalam rumahtangga ayah dan ibu? apa yang masih kurang dengan diriku sehingga ayah berkehendak membina keluarga yang lain dan mempunyai anak dengan isteri yang lain. apakah pernah ayah fikir tentang perasaan anak-anaknya nanti?
sungguh aku terluka. dan tiada siapa yang tahu luka itu. aku pendam dalam-dalam, bertahun lamanya. aku tahu sendiri berita tersebut tanpa ada siapa yang memberitahuku termasuk ibu dan ayahku. dan itu menjadi punca untuk aku pendam saja luka di hati lantaran hati tidak mahu menerima kepastian daripada orang lain. lantaran hati takut untuk berdepan dengan kenyataan. kupendam dan pendam dan kupohon Allah beri aku kekuatan pada suatu hari nanti, saat ayah dan ibu memberitahu hal yang sebenar.
dalam pada mereka berahsia dan aku juga berahsia, aku dapat melihat perubahan demi perubahan dalam keluarga. ayah sudah jarang-jarang pulang ke rumah. ibu dan ayah, kedua-duanya memberi alasan bahawa ayah keluar outstation. dalam hati aku sudah mengagak. ayah outstation ke rumah isteri kedua.
mengapa ada wanita yang sanggup menjadi isteri kedua? tidakkah wanita tersebut tahu bahawa hatinya kelak pasti terluka dek cemburu. dan paling aku tidak puas hati, tahukah wanita tersebut betapa lukanya hati isteri pertama dan anak-anak kepada isteri pertama? kenapa sanggup membina bahagia atas kelukaan orang lain?
aku bukan anti-poligami. tapi untuk satu poligami itu berlangsung, aku perlukan alasan yang sangat kukuh yang betul-betul berlandaskan syarak. atas alasan apa perkahwinan itu berlangsung? mengembangkan zuriat?? ayah, aku sudah punya ramai adik-adik. dakwah? wahai ayah, aku, adik-adikku dan ibuku masih memberat dibahumu untuk diberikan didikan islam yang sempurna, kenapa harus ditambah lagi beban tanggungjawab itu? membantu janda yang dalam kesusahan? ya, itu alasanmu. namun masih ragu untuk aku menerimanya kerana aku tahu, rasa cintamu kepadanya melebihi alasan tersebut.
sungguh, saat itu aku benar-benar terluka. kau tidak akan tahu berapa liter airmataku tumpah. dan kau tak akan tahu betapa sakit hatiku melihat airmata ibu tumpah setiap hari.
~amani syahidah~
..bersambung
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~