bagasi-bagasi telah habis disumbatkan ke dalam bonet kereta. aku dan adik-adik bersalam-salaman dengan nenek. kami akan pulang ke Kuala Lumpur. Ayah mula menggerakkan kereta. Suasana dalam kereta senyap. Namun di telingaku terngiang-ngiang ucapan nenek sebentar tadi. Adakah aku tersilap dengar? atau mungkin memang ucapan itu ditujukan untuk 'pengantin orang tu'..tapi kenapa ucapannya macam ditujukan terus kepada ayah? ibu pula tidak bereaksi seolah-olah tiada apa yang terjadi. dalam hati aku berdoa banyak-banyak supaya tiada yang buruk terjadi dalam keluargaku.
Ayah menghantarku pulang ke kolej. Namun sepanjang malam aku sukar melelapkan mata. Hatiku berasa tidak sedap lantaran ucapan nenek pagi tadi semasa di kampung. Kuluahkan perasaanku kepada teman sebilikku, Umairah. Umairah hanya menyuruhku bersangka baik. ya, bersangka baik. Aku cuba tapi terlalu sukar.
Ayah, teringat dulu Amani pernah ceritakan kepada ayah dan ibu kisah tentang kawan sekolah Amani yang memberontak kerana ayahnya berkahwin lain. Kawan Amani itu daripada pelajar high scorer terus menjadi liar tidak tentu arah. Prestasi pelajarannya jatuh merudum. Kesnya bertambah teruk bila akhirnya ibu bapanya bercerai. Ibu pun bertanyakan pada Amani "kalau ayah yang kahwin lain macam mana?" dan Amani menjawab "Beranilah. Amanikan kuat memberontak. Tak mustahil Amani jadi macam tu jugak. Amani tak suka kalau ada keluarga tambahan."
Hati resah gelisah. Akhirnya aku putuskan untuk ke bilik air, mengambil wudhu' dan bersolat sunat, bermunajat kepada Allah. Hanya kepadaNya tempat aku mengadu, tempat aku menangis. Malam yang hening menemaniku, memelukku dengan dinginnya yang kelabu.
Allahu rabbul 'alamiin, tsabbit qalbi 'ala diinik. Biar apa pun yang terjadi, tetapkan aku di jalanMu. Usahlah kau pesongkan aku dari jalan yang telah aku nekad untuk memilihnya. Jalan para nabi. Ameen~
~amani syahidah~
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~