Tuesday, December 7, 2010

1 Muharram

Assalamualaikum wbt :)

saya penyimpan mohor besar raja2 Dunedin dengan ini mengumumkan, esok 8 Disember 2010 bersamaan dengan 1 Muharram 1432H.

Salam maal hijrah.

maaf, saya bukanlah penyimpan moho2 besar raja2 yang rasmi. Dunedin juga xde raja, harap maklum :)

saya mengalami kekonfiusan waktu hijrah sebab kat facebook sume orang dah wish maal hijrah. lepas tu kalendar saya semalam bertarikh 28 dzulhijjah tapi kat website FIANZ dah 29 dzulhijjah. lepas tu kat kalendar saya, bulan dzulhijjah ade 29 hari je. and 1 Muharram jatuh pada hari rabu 8 disember. so, saya ikut kalendar website FIANZ jelah sebab kakak2 senior kata tu yang paling reliable. masalahnya kalendar saya pun reliable jugak. pening boleh tak.

ok ok saya bet anda yang membaca pun dah pening kan. mestilah. sebab tukang tulis tengah pening jadi tulis pun secara pening-pening kelkatu.

straight to the point, saya assume maghrib semalam dah masuk tahun baru hijrah (awal sehari daripada kalendar saya) sebab saya ikut kalendar website FIANZ yang tertulis tarikh 29 dzulhijjah dan saya assume bulan dzulhijjah ade 29 hari. hari ni saya check website FIANZ lagi sekali utk make sure.

hari ni 30 dzulhijjah menurut website FIANZ. maknanya esoklah 1 Muharram, seperti yang telah tertulis dalam kalendar yang saya download. ok, sangat mengelirukan. takpelah tak perlu cerita dengan panjang lebar (walaupun saya dah TERcerita agak panjang lebar)

apekah signifikannya 1 Muharram ni? Ia adalah permulaan kalendar Hijrah sempena penghijrahan Rasulullah dan pengikutnya dari kota mekah ke kota madinah.

kenapa mereka berhijrah?

demi menegakkan syiar Islam (ikut lirik lagu pulak)..umat Islam di Mekah di waktu itu diancam dengan sangat teruk. Madinah pula dilihat sebagai destinasi yang sangat berpotensi untuk mengembangkan dan menyebarkan Islam.

tertarik dengan status facebook ustaz hasrizal yang bertarikh hari ini, 7 Disember 2010:

Jika pahala syahid yang menjadi keutamaan tertinggi, kaum Muslim pasti bertahan sahaja di Makkah hingga ke titisan darah yang terakhir. Namun Islam semenjak hari pertamanya adalah untuk mentadbir alam dan manusia, maka HIJRAH mengeluarkan Muslim dari 'zon selesa yang susah', kepada 'zon mencabar yang berpotensi' di Madinah. Malaysia perlu di'Madinah'kan. Ayuh berubah!
statement di atas adalah baru, menurut saya. i mean, untuk saya, satu perspektif baru dalam merenungi peristiwa hijrah yang saya tak pernah terfikirkannya. sebab itu amat menarik sekali untuk diri saya yang masih kurang ilmu ini.


pertama, belajar untuk mengutamakan mana yang utama. memilih antara mati syahid dan menyebarkan syiar Islam. those two can be overlapped, of course. dalam menyebarkan Islam, pasti akan ada darah yang tertumpah. pasti ada yang akan menemui syahid. tapi dalam konteks hijrah ini, memilih antara tinggal di mekah dan terus diseksa sampai habis licin semua umat Islam mati syahid, atau memilih untuk berhijrah ke kota madinah, menambahkan bilangan umat Islam, menguatkan ummah dan membentuk satu kerajaan Islam akhirnya. mana satu yang lebih menguntungkan? mana satu langkah yang bijak? mana satu yang lebih berkesan dalam menyebarluaskan syiar Islam?


life is about choices

life is about going through every choices critically

life is about choosing the best choice

life is about making the best decision

and those decisions determine your future life


saying that you have no choice, is therefore not true at all

saya personally amat suka dengan ayat 8-10 daripada surah as-syams:

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, Dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.


dan ayat 10, surah al-balad:

Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?

pilihan sentiasa ada. setiap pilihan ada baik dan buruknya. pilihlah yang terbaik. huhu malu nak cakap tentang pilihan ni sebenarnye sebab sampai ke hari, saya tak pandai buat keputusan. dan kadang2 saya suka bagi alasan "dah xde choice, nak wat camne." harap2nya tulisan ni dapat mengingatkan diri sendiri dan orang lain. nak tunggu saya bijak buat keputusan, bilalah agaknya nak tertulis ye post ini? :P

kedua, (eh mane yang pertama eh? in case jika anda lupa, sila scroll atas balik. aseef, saya kuat tersimpang, tersasar, termelalut dan yang sewaktu dengannya :P)

ok ok sambung balik.

yang kedua, statement itu buat saya merenung jauh tentang zon selesa dan zon mencabar.

status FB seterusnya daripada ustaz:
Ibrahim a.s keluar daripada zon selesanya dalam kehidupan peribadi, kepada zon mencabar dengan mencabar Taghut kecil iaitu si bapa pengukir berhala dan Taghut besar si Namrud itu. Perjuangan, lebih besar daripada sekeping cek gaji bulanan. Jika manja di zon selesa, jangan berbicara soal idea dan perjuangan!
Fuh ayat last memang meniup kencang diri saya terus ke six feet under the ground lah. terasa habis. terima kasih ustaz! kadang2 kita berdegar2lah cakap soal perjuangan, bagi idea itu ini, tapi kita..eh bukan..sayalah..tapi saya tak sedar betapa selesanya zon saya sekarang. dimanja-manja dan dibelai-belai. baguslah mak tak kasi saya balik. biar rase sakit.

mari kembali kepada sirah, Rasulullah dan pengikutnya berasal dari mekah maka mekah merupakan zon selesa bagi mereka. zon selesa yang susah akibat ditekan daripada pelbagai pihak yang memusuhi mereka. kenapa pula zon selesa? hello, hometown kita pastilah zon selesa kan. zon yang mana kita kenal hampir semua orang, zon yang kita sayang sangat2. zon yang ade ahli keluarga kita, ade kawan2 rapat kita. zon yang kita dah masak dengan cuacanya, sumber makanannya, transporationnya etc. jika dah duduk kat rantau orang, memang kita tahu dah bezakan zon selesa dan zon tak selesa.

manakala madinah pula ialah satu bandar yang asing bagi penduduk mekah. yang penerangannya opposite utk penerangan mekah as zon selesa tadi. maka madinah merupakan zon mencabar yang berpotensi. mencabar sebab tak kenal orang, tak kenal tempat lagi dan as i said, bertentangan dengan sifat mekah sebagai zon selesa (dhuha ni malas betul eh nak tulis)..berpotensi sebab penduduk madinah sangat open untuk menerima kaum muhajirin. mereka sanggup bekerjasama dengan kaum muhajirin untuk membangunkan Islam.

senang cerita, mahu untung, kena susah2 dulu. cabaran itu mesti! risiko itu pasti! kena berani! kena gagah, gigih, kuat, sabar dan tabah!

itulah hijrah. peristiwa yang banyak mengajar kita especially umat-umat yang dah semakin senja menanti hari kehancuran ni. kena banyak2 ambil iktibar dan bersedia untuk berubah.

azamku? hmm tiada yang spesifik. setiap tahun, setiap hari, setiap masa pun pasang azam supaya lebih baik dan baik dan baik sampailah akhirnya menemui husnul khatimah. doakan :)

kalau ikut azam dolu2, umur 23 dah kena kahwin sebab mak kahwin umur 23. hajatnya nak lawan mak. haha nampaknya mak menanglah. dah takde aim dah untuk berkahwin (hoho bunyi cam orang putus asa tapi mane ade. sebab rasa macam dah tua, sindrom 21 pun dah berkurang. kita tunggu dan lihat je. yang penting jangan berhenti berusaha jadi the ideal muslimah. kan?)

tahun depan saya doa agar sihat2 selalu dan bersemangat selalu agar tidak skip class dah lagi. boleh tak saya nak grad dengan 1st class degree? boleh2! dhuha, berusahalah! tinggal 2 tahun je lagi, insyaAllah. doakan :)

student JPA dah tak terikat dengan kerajaan? bagai mimpi jadi kenyataan. macam sejarah mak berulang balik kat sayalah pulak kan? haha orang lain fikir nak kerja dengan swasta, saya fikir, nak berhenti keje cepat dan jaga anak di rumah. haha, dhuha, 18 tahun belajar susah payah takkan nak duduk rumah je???????!!!!!!

ehem. mak pun belajar 18 tahun kan? ok ok saya senyap. pendam dalam2 impian itu. kalau cakap lagi, semua orang akan geram dengan saya.

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~