Saturday, December 25, 2010

my first working experience

salaammm~

haha i'm back. dapat cuti dua hari sempena christmas nih. so kami balik dunny la.. maka dapatlah berinternet. di orchard, nak internet, kena berjalan kaki 45 minit ke bangsal bos. lepas tu connection dia very very very bad. saya tak dapat buat ape2 pun selama setengah jam menunggu loading nak bukak email :(

luckily on the way ke bangsal yang jauh itu, ade sebuah kedai aiskrim buah-buahan. untuk penggila aiskrim seperti saya, ia amat soothing sekali. kat kedai tu, dia blend frozen fruit bersama-sama dengan vanilla ice-cream. boleh pilih nak berry ape. saya pilih my favourite lah kan, raspberry,strawberry dan cherry. blended together. nyum!

how's work?

alhamdulillah, fantastic bombastic. saya suka kerja saya ni sampai buat saya rasa macam nak kerja kat orchard forever.

mak tanya saya "so camne? belajar ke kerja lagi best?"

saya jawab, "kerjalah mak! semangat bangun pagi2! sebab tahu in the end dapat habuan duit.hahaha"

inilah sebabnya saya rase better saya jadi suri rumah. memang cenderung menjadi mata duitan -,-''

marilah saya cerita tentang kerjaya baru saya. kerjaya pertama saya!

setiap pagi, lepas subuh terpaksa tidur balik sebab subuh pukul 3.30 pagi. isyak pula pukul 11 malam. kalau turn kena masak untuk lunch, pukul 6 pg dah buat bising kat dapur. pukul 7.45 dah pegi bekerja. kerja start pukul 8 pagi. bos selalu impress kami datang kerja awal. hehe...

gaji kami berdasarkan berapa banyak bucket cherry yang kami berjaya habiskan. basically kami akan berdiri dalam satu barisan untuk asingkan cherry rosak, cherry local market dan cherry untuk export. nak buat kerja pengasingan tu atas meja dia yang agak tinggi. saya yg pendek ini kena berdiri atas stool dia. lepas tu startlah asingkan buah2 itu secara cekap, laju dan pantas (mcm sama maksud je)

every 2 hour ade break 10 minit. tapi pukul 12.30 pm akan ade lunch break selama setengah jam. kami makan bekal yang dibawa. Gary (bos kami) akan hari2 bertanya 'who's got my lunch'..

kerja habis pukul 5 petang. tapi hari tu kami kena buat overtime sempena nak christmas. so kami pulang pukul 7 pm.. rela je sebab lagi banyak gaji kan :P

suasana tempat kerja? bunyi mesin2. yang bercakap cuma supervisor kami iaitu bedah (nama sebenar ialah janis)..janis akan berborak dengan setiap orang bila sampai turn orang itu untuk di selia. pastu sangat stress bila orang sebelah dah buat ber'bucket2'..kita pun jadi nak laju je. terus speed up 400 kmph..hehe takdelah.. saya jenis yang tak boleh tahan bila orang lain laju daripada saya. saya akan cuba sampai saya dapat potong dia. kalau orang lain boleh buat, kenapa saya tak boleh kan? saya cepat hilang fokus, sebab tu saya slow. dan kerjaya ini pula sangat memerlukan konsentrasi yang tinggi. kena maintain speed dan kualiti buah yang kita sort.

what drives me? money! suasana tempat kerja yang sunyi hanya ade bunyi mesin buat saya cepat mengantuk. dan saya juga tak mahu terbawa-bawa oleh sikap mata duitan itu. maka saya bawa mp3 yang termuat lagu2 nasyid especially nasyid2 berbentuk perjuangan. yang mengingatkan berkali-kali "KERANA ALLAH!" especially lagu 'amalulillah' by Shoutul Amal. lagu2 berbentuk perjuangan ni memang sangat2 membantu saya melajukan tangan membuat kerja.

tapi ingat, not only quantity that matters but QUALITY. buat keje laju2 tapi banyak buat silap, tak boleh jugak. kena hati2.

bila dah bekerja ni juga buat saya lebih berfikir tentang status duit gaji yang bakal didapati nanti. kalau kerja cincai2, berkatkah gaji itu nnt? so, BERSUNGGUHLAH!

2 minggu lagi, kerja kat apricot packhouse pula. yang tu, bayar per hour. so maknanya jangan nak curi2 tulang dalam working hours. jika tidak, tidak bersihlah hasil pendapatan itu nanti.

2 comments:

komenla ape sahaja~♥~