ini 1st post from 109A York Place. sampai2 umah tadi dua orang pakcik sedang mengerjakan rumah ni. kak azam takde umah so i was all alone in this world. oh xdela..i was with the two pakciks. scary ok. saya berkurung dalam bilik je sampai tertidur sementara menunggu cik adik fairuz memindahkan dirinya pula.
saya seronok kerana sekarang saya sudah tidak all alone in this world. cik adik fairuz dah pulang ke dunny.
dan alhamdulillah kami dah dapat kerja kat kebun buah di Roxburgh. excitednye nak bekerja dan dapat gaji pertama! heee :D (seriously sdg papa kedana ni)
insyaAllah akan mula bekerja after christmas ni, bagus jugaklah sebab tak tahan saya duduk sini. rumah berhabuk dan bising sebab tgah renovate. tapi wanie cakap kat orchard pun berhabuk. saya kena prepare anti-histamine lah camni.
ok tu saje. agenda hari ini ialah berkurung dalam bilik. tengok fairuz unpack dan kacau dia sambil saya takde mood nak unpack barang sendiri. baru pack je.. kena unpack balik. haih i need a rest lah. (inilah sindrom orang dah lama tak berhousemate. kita kacau orang lain buat kerja)
lepas ni ben jemput g umah dia, bermakan malam bersama family munir. bagus. tak payah masak. sebab seriously kat bawah sangat messy sampai tak tahu nak kucar dapur camne. oh did i mention rumah baru saya dua tingkat? ye. dan tangga dia berputar lepas tu cerun. rumah ni juga atas bukit.
situasi A: hari ni sejuk. winter. hari ni juga ade kelas, bangun lambat. mandi laju2 lepas tu turun tangga laju2 sampai berguling ke bawah dek kerana kecerunan tangga. pakai kasut boot yang tapak tak strong sebab tengah gelabah ni takut terlambat pegi kelas. takde masa nak melihat-lihat kualiti kasut. lepas tu berlari pegi kelas lalu tergelincir berguling2 dari rumah terus sampai kelas sebab jalan frosty di waktu pagi.
situasi B: xde situasi B. just nak ceritakan secara exaggerative tentang masa hadapan yang bakal dilalui di rumah baru yang adventurous ni :P
p/s: saya homesick. homesick terhadap rumah lama. saya akan merindui saat2 berjalan ke kelas dengan tenangnya sebab pemandangan sekeliling yang sangat indah. kalau terlambat pun, tak stress sgt sebab on the way g kelas boleh enjoy pemandangan. kat rumah baru ni, tengah bandar. maka nak pegi kelas akan lalu kedai2. habislah duit akuuuu
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~