Saturday, December 18, 2010

off to Roxburgh

assalamualaikum.

nak ucapkan selamat tinggal kepada dunia maya jap sebab saya dah mahu ke orchard esok. mungkin akan pergi untuk sebulan lebih.

kat entry bawah saya cakap saya pegi after christmas, namun alhamdulillah murah rezeki, boss dah panggil esok. dia bagitau 2 days before, jadi agak kalut bermeeting dengan kawan2 lepas tu beli barang2 keperluan. macam nak pegi mana je, makanan banyak giler borong.

saya tak tahu ape nak expect. saya kerja bahagian packhouse. dengar cerita, penat jugak. lepas tu stay dengan bedah (nama samaran tuan rumah). lepas tu anggota badan yang akan paling disakiti ialah kaki, sebab kena berdiri.

saya excited dan berdebar. tapi excited tu lebih sikit sebab tak pernah merasa bekerja seumur hidup. kerja pulak kat ladang buah. macam best je :p

excited je tahu tapi packing belum lagi ni. bosanlah. sejak sebulan yang lalu kerja saya berpacking je. packing nak pegi auckland dan sydney. packing nak pulang dunny. lepas tu unpack. then packing nak pindah rumah pulak. dah pindah, unpack. baru unpack semalam, hari ni dah kena packing balik.

uhh..layaklah saya kerja dekat pack house. dah expert dalam packing memacking.

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~