Wednesday, December 8, 2010

main masak-masak

TADAA!
PROJEK MAIN MASAK2 KAT DAPUR MALAM NI TELAH MENGHASILKAN..*drumroll*

CROISSANT!! PANDAI TAK SAYA BUAT CROISSANT??

tolonglah, remeh ok buat croissant plus saya tak cukup peralatan.

MUSHROOM SOUP!~
itulah yang terhasil malam ni :)

mengidam nak makan sup cendawan tapi xde yang halal. kebetulan kat auckland kak samie ade ajar camne nak wat mushroom soup. senang je! kalau saya tahulah begini senang, takyah bazir duit beli sup campbell ;P

bahan2nya ialah:
cendawan ikut suka hati nak banyak mane. saya guna fresh mushroom. boleh gak guna dalam tin kalau malas nak nak hiris cendawan.

bawang putih ditumbuk/blend/atau hiris.

sedikit butter

susu biasa/ susu krim

garam secukup rase

chicken stock (saya takde ni sebab xde yg halal kat cni. so tak letak. maka ade sikit kekurangan rase di situ)

tepung jangung (sekadar untuk memekatkan. kalau suka cair, tak payah)

secret recipe. hehe..ni rahsia hati. tp housemates sy mesti tahu bahan tambah favorite sy. hehe..pandai2lah korang nak tambah ape, nak alter ape supaya ade rase tersendiri. tanpa secret recipe ni pun da boleh terjadi dah sup cendawan korang ;)

cara-cara

tumiskan bawang putih dengan butter. pastu campak cendawan. tuang susu/krim. bancuh sikit tepung jagung dengan air pastu tuang sekali. kacau2 dan biarkan sampai mendidih. (kalau letak chicken stock pun, campak je sekali dengan susu)

senang tak? so takyah beli sup campbell lagi eh :P

tentang measurement, sume main agak2 je ikut suka hati dan suka rasa. hidangkan dengan croissant, sedap! itu my preference. boleh gak dimakan saja. boleh jugak dimakan dengan garlic bread. ikut suka hatilah :D

lepas menikmati mushroom soup dengan croissant, projek seterusnya..

TADAAA~!!


SCANDINAVIAN BROWNIES!!

err..mungkin kalau korang perhati dengan sesungguh hati, korang akan nampak tekstur dia cam kek. ye, buat pertama kalinya brownies saya jadi macam kek! ugh tension. saya guna baking soda yani. rupanya tu bukan baking soda! tu double action raising agent yang menyebabkan kek fluffy by producing bubbles!wuuu..saje je nak test wat brownies gune yani punye baking soda rupanya tu bukan baking soda biasa. habis brownies ku jadi kek. maka takde hati nak deco. amik gambar camtu je la ek.

scandinavian brownies merupakan resepi brownies paling saya suka setakat ni. saya buat brownies setiap minggu guna resepi lain2.

sampailah saya jumpa resepi ni, saya terus jatuh hati oleh kesedapannya. pastu yani bagi saya award ni:

(yani siap bagi ciuman atas kertas lagi :P)

lepas tu saya tak buat brownies dah lagi. haha sebab nak exam pastu dah cuti. pastu saya sorang2 xde sape nak makan kalau buat pun. amat rindu yani yang setia menjadi tukang rasa brownies saya yang pelbagai rupa dan rasa. haha... lepas ni saya yang akan dipertanggungjawabkan oleh lecturer bila yani sakit gigi.

by the way esok sedara mara datang bolehlah mereka menjadi mangsa-kena-suruh-makan brownies saya. ekeke.

untuk resepi scandinavian brownies ni, saya ikut sebijik spt dalam INI

1 comment:

  1. sedap nyer k.yong~
    nt blek kg buat yea...
    speacial tuk ktr..kih3 ;)

    ReplyDelete

komenla ape sahaja~♥~