Sunday, December 26, 2010

1014 hari

Masih ingat lagi saat itu. saat awan berkepul mendung, berarak perlahan. angin datang berpintal-pintal. tiba-tiba guruh berdentum-dentam. pekak sesaat dua. dan hujan turun mencurah-curah.langit mendung, guruh berdentum, angin berpintal dan hujan mencurah selama berbulan-bulan lamanya. tak nampak tanda hari mahu cerah. langsung tak nampak.

rasa mahu buta. rasa mahu dihantuk kepala agar segala memori terpadam begitu saja. rasa mahu diakhirkan nyawa ini. berat sungguh segala beban yang dipikul di waktu itu. terasa tiada ruang untuk bernafas. tersemput-semput dalam meneruskan kehidupan. berkali-kali memotivasikan diri agar terus kuat dan tabah.

berbekalkan iman yang tipis, terpaksa merangkak-rangkak mencari cahaya. mencari arah tuju. membangunkan harapan. terasa seakan bangkai bernyawa. mahu merangkak pun payah. dipukul-pukul angin lintang. setapak dua sahaja yang mampu diusahakan. tersungkur kembali. hari-hari semalam mengikut rentak angin lintang. langsung tak boleh nak ke hadapan. tertolak-tolak ke belakang secara berguling-guling. kotak memori semakin rancak memainkan segala perkara yang dipanggil sejarah. sejarah yang terus menolakku ke belakang.

hati seperti tuli dan buta buat sementara waktu. masakan tidak. hati itu telah dipanah, ditikam dan ditebuk berkali-kali dari arah depan, belakang, kiri, kanan, atas dan bawah. sakitnya mencucuk-cucuk. menembus ke segala urat nadi. remuk rendam luka berdarah. kalau diubat pun, parutnya pasti ada. strukturnya pasti tidak lagi seperti asal.

hujan airmata setiap hari, setiap kelapangan waktu. berendam airmata itu rutin. buntu dan penat. bilakah mahu berhenti menangis. hingga seakan ada suara memanggil setiap malam. maka esakan menjadi semakin kuat saat sepertiga malam. rintih-merintih. teriak- teriak. keluh-mengeluh. basah telekung, basah sejadah. hanya kepada Dia. sungguh tak nampak cara lain. tak nampak orang lain. hanya Dia.

8 bulan menjadi zaman gelap yang penuh bersejarah buat diriku. berperang dengan kejahilan diri sendiri. berperang dengan iblis. berperang dengan hati sendiri. satu tempoh pencarian. satu tempoh muhasabah. satu tempoh untuk mengumpul kekuatan dan bersedia untuk kebangkitan.

8 bulan itu berakhir akhirnya. dunia kulihat cerah menyala-nyala. harapan bersinar-sinar. bintang-bintang seakan boleh dipetik-petik begitu saja. pelangi terbentuk indah dengan kelebaran luar biasa menembus dari awan ke satu awan yang lain. pepohon hijau berseri-seri. burung-burung bersiul gembira.

aku berlari-lari merasa bebas. bekalku sudah cukup padat untuk aku kembali bangkit. perlahan-lahan aku menuju puncak. hati yang bersepai-sepai dikutip-kutip sepanjang jalan dan cuba dicantumkan kembali. indahnya hidup merasa berTuhan. segala yang dirasa mustahil menjadi mudah begitu saja. luka-luka hati menjadi sembuh. namun parut itu masih ada. yang akan menjadi tanda pengingat diri bahawa aku juga pernah terluka. aku juga pernah jatuh. aku juga pernah hina. paling manis, aku juga pernah terubat dan yang mengubatnya ialah Tuhanku sendiri *smile ear to ear*

ya Allah indahnya mehnahMu. ya Allah cantikNya tribulasi anugerahMu ini. sekali ia datang, seakan seperti tak bernyawa aku menyahutnya namun sekali ia pergi, aku seperti bisa terbang ke langit ke tujuh.

1014 hari yang lalu, takkan pernah aku lupa dalam lipatan sejarah hidupku. ujian berderet daripada Allah 2 tahun 9 bulan yang lalu, sampai ke hari ini aku merasa manisnya. baru 1014 hari ia berlalu namun kurasakan hikmahnya melebihi jumlah hari itu.

syukur alhamdulillah, aku ada Allah. alhamdulillah apa yang terjadi 1014 hari yang lalu menjadi tanda pengukur buat aku menghadapi ujian-ujian yang seterusnya. bertambah yakin, bahawa setiap ujian yang melanda, Allah pasti bersamaku dan aku pasti boleh melaluinya.

AYUH! TERUS MAJU BERJUANG KE HADAPAN! JANGAN LUPAKAN SEJARAH KERANA SEJARAH MENGAJARMU ERTI KEHIDUPAN SEBENAR!

3 comments:

  1. oh dhuha sepupu ku. wa rindu sama mu.
    i really thought about wat u sed hri tuh yg u nk go travel the world alone, n i sed id follow behind filming about ur journey.
    i really wish i cud be thr at that orchard filming ur days...ur discoveries n ur epiphanies & realization.
    missing u alwez

    ReplyDelete
  2. oh sepupuku ida! i miss u too!
    i really hope someone can film me & orchard! asyik buat keje je, xbanyak sgt gambar apetah lg video
    :(

    ReplyDelete

komenla ape sahaja~♥~