Wednesday, December 8, 2010

kerana diriku begitu berharga

lama dah saya nak tulis. hari ni saya tulis eh.

kadang-kadang ade orang tanya kat saya kenapalah asyik ade lelaki mengganggunya. ingat lagi masa sekolah dulu pun selalulah didatangi soalan2 camni. masa tu saya jawab "dah tu ko cun." atau "dah tu ko layan siapa suruh."

ade jugak soalan seperti "asyik lelaki jahat je approach aku apesal ek?" ataupun "rimaslah asyik cakap body aku cun etc. etc (tak sanggup pulak nak elaborate)"

mase tu saya cakap "ala, jangan layan lelaki camtu. tinggalkan jela."

hari ni saya nak cakap, sila cermin diri sendiri. oh dhuha, sila cerminkan diri sendiri jugak. eh saya suruh cermin diri sendiri bukan sebab saya wanita hot yang asyik didampingi lelaki. saya cakap camtu sebab untuk suruh orang buat sesuatu, saya pun kena tengok diri sendiri dulu. bergerak seiringan orang yang menasihat dan dinasihati, insyaAllah.

kenapa sering diganggu lelaki? kadang2 saya tertanya2 orang yang bertanya tu tahu atau buat2 tak tahu tentang hakikat bahawa dirinya adalah amat menarik untuk buat lelaki tertarik. kalau dah memang perempuan, memang akan menarik-tertarik-kau-memang-da-bomlah jadinya. sebagai perempuan, kena mengaku juga bahawa syaitan juga menjadi daya penarik kita.

syaitan? kenapa?

syaitan akan menggoda kita untuk buka aurat, untuk tayangkan kecantikan. nafsu pula, memang dah ke arah itu.

syaitan juga akan menggoda lelaki untuk memandang kita dan berasa tertarik kepada kita.

halanglah diri daripada tergoda dengan syaitan, insyaAllah, kita takkan jadi bahan. bahan ape2 jelah.

teringat usrah last week kami bincang soal wanita solehah. ade beberapa ciri yang tidak menjadikan kita wanita solehah:
  1. lemah melawan nafsu
  2. senang terpedaya dengan godaan syaitan
  3. bertabarruj (bersolek/bercantik-cantik) seperti wanita jahiliyyah.
  4. mudah terpesona dengan duniawi
ada lagi tapi yang 4 ini adalah berkaitan dengan post ini. 4 komponen ni saling bersangkutan. bila ade keempat-empat ciri-ciri ini, jadilah kita wanita yang terkejar-kejar dengan segala sales alat solek dan pakaian, menjadi hamba fesyen, suka memaparkan kecantikan diri, membuka aurat, easy-going dengan lelaki atas alasan 'open-minded', 'ini trend semasa' bla bla bla..i've been there, therefore, i know. nauzubillahi min zalik, semoga Allah pelihara kita semua.

naluri wanita, kita memang suka bercantik-cantik, suka dipandang cantik, suka dipuji cantik. naluri, memang naluri. tapi ingat, jangan sampai melampaui batas. jangan melampaui syarak. kita tak tahu siksaan apa yang menanti kita alam barzakh dan alam akhirat nanti.

naluri untuk kelihatan cantik itu ditakuti akan memakan diri sendiri. ditakuti niat kita menjadi kotor contohnye "nak laki tu suka kita", "nak tunjuk kat orang tu aku pakai brand itu ini", "nak tunjuk kat mereka yang aku pandai make-up", "nak tunjuk kat mereka yang aku pandai berfesyen"..

nak tunjuk..nak tunjuk..nak tunjuk..tunjuk dekat orang itu orang ini..

dimana Allah dalam perlakuan2 tersebut?

kerana Dia atau kerana dia?

berbalik kepada persoalan "kenapa lelaki kacau kita? dekati kita? berani kata bukan2 kat kita?"

cermin diri.

sempurnakah aurat kita ditutup?

tebalkah dan berwarna-warnikah wajah kita dengan maybelline,revlon,loreal,M.A.C, bobby brown?

meggodakah posing kita? kadang2 kita rase tak menggoda tapi lain pula sudut pandangan orang lelaki. sebab tu kena hati2 dalam bergambar.camwhore? cubalah jauhkan sebab kita akan nampak sangat menarik bila camwhore. macam2 gaya ade. dah namanya pun 'pelacuran gambar'..tidakkah seperti menjual diri? saya pernah sangat suka camwhore tapi kini sedang belajar untuk tone down. kita sama2lah belajar ok? kalau nak sangat, sesama kita jela, simpan gambar buat koleksi peribadi, ok?

tidak akan tertarik kalau tiada yang menarik. kurangkan daya penarik anda di hadapan umum (hehe bertentangan dengan tagline alat solek 'serlahkan daya penarikmu')

sentiasa juga berdoa agar Allah beri petunjuk dan merendahkan hati kita. doa juga supaya kita dilindungi daripada pandangan2 lelaki yang berniat jahat kepada kita. insyaAllah, kita akan dipelihara.

tertanya-tanya kenapa lelaki sering datang dan pergi dalam hidup kita? kenapa asyik dapat lelaki yang jahat? nilailah diri sendiri :)

surah An-Nur ayat 26: (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

surah An-Nur ayat 30-31:
[30]
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

[31]
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

jom, berubah :)

jangan kita ikut tradisi wanita2 jahiliyyah. jadilah wanita solehah, seindah-indah hiasan duniawi :)

merendahlah laksana mutiara di dasar lautan namun nilainya menggunung tinggi :)

JOM3!! jangan tunggu lama2!

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~