hujung minggu datang lagi. seperti biasa kotaraya Kuala Lumpur amat suka dikunjung-kunjungi. Aku turut sama berkunjung. agenda mingguan. lokasi tetap dan wajib dikunjungi ialah masjid jamek/masjid india..
ramai yang suka ke sini sebab ade bazaar yang jual barang-barang yang best dan murah. tapi selain membazirkan wang, menurut hawa nafsu, menjamu nafsu, ramai yang tidak sedar ade saluran-saluran pahala di tepi-tepi jalan..
orang-orang tua, orang-orang kurang upaya dan orang-orang fakir miskin.perasan tak kita akan kehadiran mereka ini? bukan saja di masjid india dan masjid jamek, malah boleh didapati di jalan tunku abd rahman juga, to name a few. memang banyak saluran pahala di sekitar kuala lumpur ni kalau kita betul-betul teropong dengan hati.
seringkali kita lihat orang lalu lalang depan mereka tanpa menjeling sikit pun. tak endahkan pun. seperti mereka ini tak wujud. kalau ade yang menderma pun, sekadar campak duit tanpa menegur mereka, pandang pun tak sudi.
aku juga tergolong dalam golongan pencampak duit dahulu.
namun hari ini aku ada satu misi. misi mahu membuang ego. mahu mendekati instead of 'melalukan' diri di hadapan mereka.
dah lama hasrat ini tersimpan dan terpendam. hanya rancak menjadi bahan bualan. hanya tersimpan sebagai 'kemahuan' tanpa ada keberanian mahu bertindak. buat baik malu, buat jahat tanpa segan silu pulak. teguran untuk diri sendiri. ego masih terlalu tebal setebal air laut dalam kot. setiap kali berdepan dengan golongan ini, hanya mampu rasa simpati sambil membaling duit. tu je ke yang perlu kita buat? aku berasa serba salah pula. seperti tidak cukup syarat.
ahh hari ini perlu dibuang ego itu. mesti berani untuk berbuat baik. mesti Allah suka kan. buat ape nak malu. buat ape nak segan. eh seperti sama je maksud.
dah selalu campak duit. kali ni belilah makanan pulak. nak beli roti tak jumpa pula. nak beli goreng2 rasa macam tak menyihatkan je. maka belilah buah-buahan. dapat jugak membasahkan tekak mereka. rasa seronok dapat bagi buah-buahan. terasa hati berbuah-buah dengan perasaan cinta.
ahh takkan nak bagi buah je. bagila salam sekali. kita kan sesama muslim.kan??kan?? itukan sedekah jugak itukan doa.tangan dihulur salam diberi. khabar ditanya. terasa aman hati ini.
saat kulit bertemu kulit, ada satu perasaan yang amat sukar diungkap.nak tahu? rasalah sendiri..nak rasa? cubalah buat :)...take your time to have a small talk with them. cuba selami hati dan perasaan mereka. insyaAllah kita terasa ringan sikit beban hidup ni. hidup mesti banyak memberi, barulah terasa bermakna.
wajah tua itu teringin dikucup. genangan air mata teringin diusap. namun ego masih tersisa dalam diri..mungkin lain kali..cukup dulu untuk bekal minggu ini. semoga Allah masih beri masa tambahan. masa penalti.
wajah arwah atok kembali bermain di mata. amat menyesal tidak sempat menunjukkan kasih sayang yang sebenarnya terpendam dgn mendalam dalam hati.
menarik apa yg awak buat tu..boleh jadi ikutan..hehe
ReplyDeletesy pun pernah tgk pompuan muda dtg bawak nasi bungkus berbungkus-bungkus n bagi mknn kat pakcik makcik kat situ..
rasa terkesan..lebih terkesan sbb wanita muda tu kelihatan 'moden' tp alhamdulillah, kesedarannya lebih tggi dari org lain(lebih ditujukan utk diri sendiri)..