Salaam..
Sejak masuk clinic ni, saya mula sedar teramat-amat sangat yang melampau-lampau sehingga tahap giga bahawa amatlah penting menjaga kebersihan mulut (bukan gigi sahaja)..melalui kebersihan mulut yang optimum, kesihatan mulut akan terjamin seterusnya menjamin kualiti hidup yg lebih mantap serta lebih aman damai tanpa perasaan takut untuk jumpa dentist.
Sejak kecil saya hidup dalam environment yang mementingkan kebersihan mulut. Saya ni toothpaste addicted..dulu kan pakai kodomo lion.sikit2 nak berus gigi.rasa tak sempurna hidup tanpa memberus gigi serta merasa ubat gigi kodomo lion yg berperisa strawberry,oren,dan macam2 perisa lagi. Walaupun amat suka ubat gigi kodomo lion, saya tidaklah sampai mahu menelannya sebab mak cakap beracun :D..bab2 racun ni,memang mendengar kata emak la.
Sampai sekarang saya suka berus gigi.kalau mandi tanpa berus gigi, saya rasa macam tak mandi. Tapi kalau tak mandi, saya pun tak kesah tak gosok gigi :P...pernah gakla skip habit menggosok gigi..tp make sure dlm sehari tu at least gosok jugak walau sekali..maximum, saya gosok 5 kali :P..muahahahhahahahahahahahhahahaha..amik wudhu je,nk gosok gigi..ngeng..tp itu sunnah kan?? Cuma skrg saya belajar utk gosok tanpa ubat gigi la kalau saya mahu gosok setiap kali berwudhu..sebab saya rasa tak elok jugak kalo terlebih rajin gosok gigi. Nanti ade side effects seperti lapisan enamel menipis ke, atau apa2 yg saya tak ketahui.
Bila belajar dentistry, saya belajar tanpa kerisauan sebab saya seorang yang rajin gosok gigi. Saya bangga saya caries-free :D..sejak tu jugak saya pandai skip habit menggosok gigi..saya belajar kalau low risk, gosok sekali sehari sudah memadai.menyedari saya low risk, saya pun suka2 hati gosok sekali sehari pada hari2 terpilih. Kemudian sebelum berjumpa real patient, kami buat last check-up terhadap gigi sesama sendiri.kemudian telah ditemui gigi bijaksana saya (wisdom tooth/3rd molar) telah mula decayed!!! Saya merasa seperti mendapat berita cancer sahaja. Seolah2 hidup akan berakhir. Tula dhuha..over-confident + action lagi..padan muka kamu..gelakkan dia beramai-ramai..
Saya mahu mencabut gigi bijaksana saya itu kerana saya tak mahu gigi itu berasa rendah diri berdepan dan berjiran dengan member2 dia yg lain yg tak decayed.oh sebenarnya saya mahu kekalkan status caries-free saya itu :D (sebenarnya tindakan ini amat melampau krn caries baru sahaja mahu bermula, sudah mahu cabut gigi pula)..
gigi bijaksana saya berada di posisi yang teramatlah kebelakang. Terlindung pula oleh sang gusi kerana gigi baru tumbuh separuh jalan secara malu2..maka sebab itulah berus gigi saya tak dapat mencapai dia..maka sebab itulah dia tak dapat dibersihkan..maka sebab itulah dia mula mereput..kesian dia..makan diri akibat malu2 mahu tumbuh secara gah..wahai gigi yang bijaksana, dah nama pun bijaksana, maka tolonglah jangan membunuh diri sendiri melalui pereputan...buat malu tuan kamu je yang bakal jadi dentist tersohor ni :P...nak cabut kamu, tp takut pula tapi mahu cabutla..
dulu cabut gigi yang sekaum dgn gigi bijaksana juga, seminggu saya hanya makan makanan2 lembut..oh tolong jgn salah faham, arwah gigi bijaksana yg dulu itu dicabut bkn kerana caries tapi kerana dia tumbuh dgn penuh merendah diri sehingga menghantuk jirannya.itu dipanggil impacted molar.
Impacted molar?
Bayangkan diri anda sedang berjalan menunduk dan membongkok, memandang ke bawah. Kemudian anda terlanggar seorang yang sedang berdiri tegak.ha!! begitulah impacted molar :D..dia tumbuh secara horizontal, bukan vertical.dia membuat impact yg besar kepada jirannya.gigi seperti itu yang tak mahu hidup gah, lebih baik saja dibuang daripada menyorokkan diri di bawah gusi. Kalau dibiarkan, menyusahkan sang gusi sahaja.
Ok saya sebenarnya terlari tajuk.
Setelah mendapat tahu kes caries diri sendiri, saya mula sedar.tapi kesedaran yang hangat2 tahi ayam saja pun. Atau mungkin lebih sesuai, tahi cicak. Namun setelah berjumpa real patient, saya mulai sedar dgn kesedaran yang jitu. Kesedaran yang lebih hangat dari biasa. Patient datang dengan masalah yang berbeza dan kuantiti masalahnya pun boleh tahan. Saya amat2 bersyukur kesihatan mulut saya boleh dikatakan optimum. Ade patient yang mengadu tak boleh makan itu ini kerana sakit gigi, gigi sensitif, gigi takde..ade patient yang merintih gigi tidak cantik, malu mahu berdepan dengan orang, senyum terasa susah..
Semuanya bermula dengan kebersihan. Sedangkan itu sunnah nabi kita. Perlu untuk kita menjaga kebersihan mulut. Beruslah sekurang-kurangnya 2 kali sehari..pelajar bertauliah cam saya je boleh berus sekali sehari :P..kemudian amalkan flossing.
Flossing?
Saya selalu ingat semua orang tahu flossing itu apa. Tapi bila saya tanya patient saya yg dtg daripada pelbagai background, rata2 mereka tak tahu rupanya apa itu floss. Floss itu ialah objek semacam benang gitu tapi ia bukan benang. Kalau ia benang, ia akan dipanggil benang atau dlm bahasa inggerisnya thread. Floss boleh didapati di farmasi2 berdekatan. Berhati-hati juge sebab ade floss yg tidak halal (sila google sendiri ya :D).
Flossing diamalkan untuk membersihkan kawasan celah2 gigi. Kawasan ini yang selalu dilanda masalah caries kerana susah untuk membersihkannya. Berus gigi amat sukar untuk mencapai kawasan itu.kiranya ini kawasan terpencil la.terhijab juga daripada pndangan mata. So kita selalu ignore saje padahal tentera2 berkuman sedang rancak melakukan rampasan kawasan gigi.sedar2 je gigi kita dah tinggal separuh putih,separuh hitam.halamak..
Selain memberus dan flossing, boleh juga berkumur dengan mouth rinse tp tak dinasihatkan sgt sebab boleh menyebabkan kanser kalau diteruskan seumur hidup(if ade alcohol.kalo xde pn, xelok jugak sbab boleh membawa mudarat kpd mulut).paling maximum boleh digunakan ialah sebulan. Biasanya kes2 terpencil je yg memerlukan mouthrinse ni.seperti baru lepas oral surgery ke..atau ade masalah gusi ke..guna atas nasihat doktor sahaja. Ianya khas digunakan utk kes2 yg menyebabkan sukar utk memberus krn dikhuatiri dgn memberus, akan merancakkan pendarahan atau menyebabkan kesakitan.JANGAN MUDAH PERCAYA DENGAN IKLAN MOUTHRINSE!!
Di malaysia, kebanyakan water supply telah diletakkan fluoride maka ia dikatakan dpt membantu mengurangkan kadar pereputan gigi.currently doing research on this and personally tidak setuju.
Fluoride? Apakah itu?
Fluoride ni ialah bahan yang dapat melambatkan proses pereputan gigi, dapat mengundurkan kembali perkembangan pereputan gigi (reverse the progression of caries)..dalam bahasa sainsnya, ia dapat remineralized the tooth structure.dalam bahasa melayunya,menambah semula kandungan mineral dalam gigi supaya ia menjadi sihat dan kuat. Fluoride boleh didapati secara semulajadi dalam air, dalam ikan, dalam makanan laut yg lain etc..ia juga boleh didapati dalam kebanyakan ubat gigi. maka saya mempersoalkan kenapa perlu tambah lagi fluoride dalam air? Tak cukup2 lagi ke? Nak gigi jadi kuat camne lg? Sampai boleh guna untuk sembelih ayam secara syar’ie ke?oh yang ni biarlah saya diskus lebih lanjut dalam research paper. Yg kamu perlu tahu, ianya bagus untuk gigi dan tulang tapi dalam kuantiti yang tertentu. (tiba2 saya bercita-cita mahu jadi dentist yg berkuasa dlm membela rakyat.aik bunyi cam ahli politik plak :P)
Apa lagi yang boleh dilakukan untuk memastikan mulut saya bersih, sihat dan segar? Berwudhu’lah :-)..
Kepada bakal2 ibubapa sekalian, adalah amat penting untuk anda memulakan dan menanam habit menjaga kebersihan mulut dalam diri anak2 sejak bayi lagi. Jangan biasakan diri memberi anak minum susu botol semasa tidur. Ini akan menyebabkan’ bottle caries’.
Bottle caries?
Ya, karies botol. Bila minum susu botol, susu akan berkumpul dalam rongga mulut anak2 yang sedang tidur. Susu kan mempunyai kandungan laktosa yang tinggi, iaitu sejenis gula. Kalau susu campur gula, lagila bertambah2 gula dalam mulut anak2. Kalau dibiarkan berterusan, hitamla gigi anak2 anda. Oleh itu, ikutilah saranan Allah yang menyuruh menyusu badan dan hentikan penyusuan setelah 2 tahun :-)..lepas 2 tahun, tak payah gak bagi susu botol..jgn biasakan juga anak2 hisap puting sambil tidur atau tidak tidur. Kalau puting tu ade manisan lagila worse. Kalau xde pun, ia akan menghuru-harakan pertumbuhan gigi anak2..gigi akan tumbuh secara tidak teratur lalu cenderung untuk mengakibatkan jongang akibat force yg menolak gigi ke hadapan semasa menghisap puting/jari.
Ajar anak2 berus gigi sejak bayi.untuk bayi yg baru lahir, sudah tentulah takde gigi.camne nak berus? Urutlah gusi bayi dgn jari-jemari anda secara lemah gemalai (oh comelnye!!!). Maka sejak bayi, anak anda akan dpt pengalaman serta dibiasakan utk merasa sensation memberus gigi. Bila gigi mula tumbuh, belilah berus gigi yang comel lote untuk bayi anda (pernahkah anda melihatnya?? Sungguh comel!!!)...bila dah train camni, maka baby tu bila besar jadila cam saya. bagai cacing kepanasan kalau dlm sehari tu, berus gigi tak sentuh gigi ini :P..gigi saya mase kecik juga caries-free except satu gigi molar sahaja..(dhuha,itu bukan caries-free namanya)...adakah mak saya melakukan amalan ini semasa saya baby? Mesti tanya ni.ahaha..
Sekian.salaam..(suke berenti secara terkejut2 tanpa kesimpulan)
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~