Friday, March 26, 2010
♦ selamat hari tua, dhuha :)
alhamdulillah kupanjatkan syukur ke hadrat ilahi atas segala nikmatNya yang takkan mampu kuhitung~
hari ini genap usia 22 tahun..kemanakah usia mudamu dihabiskan, wahai dhuha??? biar saya jawab dalam hati la eh :D
tarikh lahir bagi saya diciptakan sebagai tanda peringatan buat manusia yang sedar tentang hakikat kehidupan di dunia. lain orang, lain pandangan mereka tentang hari lahir. what you see is what you get. kalau kita melihat hari lahir sebagai hari untuk bersuka-suka, berparti-parti atau bersosial-sosial, maka itulah yang kita dapat. kegembiraan. tapi sementara.
kalau kita view hari lahir sebagai hari peringatan yang menandakan umur semakin pendek, bak kata ustaz ismat "selamat pendek umur!", maka kita akan sedar akan hakikat kematian yang semakin hampir. yang kita dapat ialah, berlumba-lumba untuk mengumpul amal kebaikan. fastabiqul khairat! berlumba-lumbalah ke arah kebaikan (belajar ayat ni daripada my cousin, cik tasneem.hehe)..sudah tentu berlumba-lumba membuat kebaikan akan menambah saham kita 'di sana'..lalu kita bahagia sahaja 'di sana' buat forever. bestnya!!
sudut pandangan manakah yang anda prefer? kebahagiaan manakah yang anda cari? tepuk dada tanya iman.
ok2 saya nak cerita sesuatu.
saya bersyukur Allah sangat-sangat mengingatkan ketuaan diri saya ni bila pagi ni saya attend lecture 'ageing'...haha terasa saya juga sedang ageing. eh bukan saya je tau. anda juge. kita bertua-bertuaan bersama-sama ok.
saya kagum dengan ageing. rasanya saya juga pernah post tentang ageing di blog lagi satu. jap lagi saya cari link ye. post tersebut ditulis di zaman muda2 dulu, jadi maaf sekiranya berbunyi agak merepek.
saya amat tidak setuju orang yang memerangi ageing. ageing is not a disease. it is simply a physiologic process. meaning that, semua orang akan tua. unless kalau anda mati muda. kita memang boleh lambatkan proses penuaan tapi tak mungkin kita dapat mengelak penuaan.
apa yang saya dapat daripada lecture tadi ialah, golongan emas ini semakin meningkat jumlahnya di serata dunia especially di benua asia! anda tahukan kebanyakan negara2 asia mengamalkan perancangan keluarga. mereka hanya beranak to a limited number of children, preferably two. dan sekarang ni di jepun, kebanyakan adult sudah tidak mahu kahwin lantaran mahu fokus sepenuhnya terhadap kerjaya. bayangkanlah di jepun dah memang tak banyak kanak-kanak. lepas tu yang dewasa sudah tidak mahu kahwin lagi. makin bertambah-tambahla warga emas.
maka sebagai dentist yang akan cater the future generation ni, we have to really understand these group of people and treat them accordingly. we have to know and understand their ageing process in order to tackle this BIG group of community. alamak tiba2 bagi lecture.
ok lah. point saya yang sebenarnya ialah, ageing is something that we cant avoid of. and in future kita akan hidup dalam suasana orang tua. in Malaysia, benda ni mungkin belum ketara sebab yela orang melayu beranak banyak kan..marilah kita beranak banyak2 :D
oh lepas tu saya amat kagum serta terkesima melihat gambar pasangan kekasih tua ni. saya teka, mereka ialah suami isteri la. husnuzzon :)... kagum untuk melihat pasangan suami isteri yang sudah tua dan berjaya lagi menjadi suami isteri. bukan senang lagi2 zaman sekarang. sebab itu saya kagum dengan opah dan atok serta che dan ayoh..they are my grandparents yang hanya maut memisahkan hubungan mereka.
saya mahu mentuakan diri bersama suami juga, hopefully.. :)..orang kata dah tua tak cantik. siapa kata??? meh sini saya bagi sedas dua tembakan. bila berjaya mentuakan diri bersama pasangan hidup masing, itu menunjukkan nafsu bukanlah sandaran cinta kita. cinta kita ialah cinta yang tulus dari hati. for muslims, cinta itu terbit dan terhasil kerana Allah yang menjadi dasar ikrar cinta.
mari bercinta sampai tua. eh bukan. sampai syurga :D
p/s: pagi tadi saya telah mimpi saya peluk arwah atok. hadiah bday :)
link terhadap ageing yang saya telah janjikan tadi. klik la sini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~