Friday, March 12, 2010

♦ peristiwa klinik

salaam..

semalam saya ada 2 patients! fuh buat pertama kalinye :D..selalu amik 1 je patient dlm satu sesi dan satu sesi ialah 3 jam..sebab maklumla saya budak baru belaja..semalam juga saya telah memulakan rawatan pertama kepada patient.sebelum ni asyik buat scaling je.belum ade peluang mahu buat tampalan gigi..akhirnye dpt juge buat semalam.

AMARAN: segeralah beralih ke blog orang lain sekarang juga kerana tulisan seterusnye mungkin amat sukar untuk anda memahaminya.jikalau anda stay juge di sini, anda memang pembaca tegar. sayang la korang!

patient pertama ialah patient pertama saya.ngengla ayat ni.iaitu patient paling pertama dalam hidup saya la..ingat tak saat2 pertama saya bertemu patient, haa patient itula saya maksudkan.ini kali ketiga dah saya panggil beliau. pertemuan pertama hanya sekadar checkup dan scaling serta polishing.panggilan kedua untuk x-ray serta treatment plan.panggilan ketiga ialah untuk mengorek giginye serta menampalnya.

sungguh seronok drill gigi orang.sungguh stress juga kerana memerlukan penglihatan yang jitu.kalau hilang fokus, mungkin boleh tersilap drill.mungkin juga boleh terdrill terlampau dalam sehingga menyebabkan pul exposure.pulp exposure ialah..google la sendiri..hehe..

pulp exposure: gigi terdiri daripada 3 lapisan. lapisan pertama ialah enamel.lapisan kedua dentin.lapisan ketiga ialah pulpa atau dlm bahasa inggerisnya pulp.lapisan pulp ini mempunyai jaringan salur darah serta saraf2..selalunya kalau nak tampal gigi, gigi hanya akan dikorek sampai lapisan dentin.kalau terlebih dalam,akan masuk ke dalam pulp,lalu menyebabkan kesakitan serta pendarahan.jangkitan juga berpotensi untuk berlaku kerana segala bakteria dalam kawasan mulut telah mendapat akses ke pulp.

tengok,baiknya saya bagitahu info ini :D

kemudian setelah berjaya menampal gigi pesakit, perasaan saya sungguh berjaya.patient pun sungguh gembira.bila patient gembira saya juga gembira..lepas tu saya tanya patient saya..

'your wedding anniversary this month right mr. G?'
'yup..2 weeks more.." (sambil tersenyum-senyum spt pengantin baru)
'wow...have u planned something?'
'not yet la..still thinking..'(tersengih lagi)
'its your first anniversary right..should do a grand one'
'hehe..eh how do you know all this?'
'laa, you told me the other day la..'
'i did ar?' kagum tak? mesti dia tak percaya saya ingat lagi..saya belajar sesuatu..kita kena hargai patient kita.jadi pendengar yang baik.take note to what they are saying. bila kita wat camtu, patient pn appreciate kita. dan secara tak langsung dpt bina hubungan yg lebih mesra dgn patient.ade bonding la kiranya.

tapikan dhuha..ni baru sket patient, mestila ingat.nanti bila dah ramai nanti............wait n see..hehe..

setelah mr. G, saya merawat housemate sendiri, iaitu raiha. yay! ini pengalaman pertama merawat kawan baik sendiri.sguh bertuah.dapat habiskan scaling within sejam sebab klinik da nak tutup, jd saya betul2 kejar masa.alhmadulillah berjaya habiskan sekali dgn polishing :)

memang berperasaan sungguh berjaya..bukan perasan ye..PERASAAN..namun waktu itu juga adalah hari pertama datang bulan.agak2 moody, naseb baek patient mendengar kata...disebabkan hari pertama,maka sungguh sakit. duduk lama dengan penuh fokus kepada patient menyebabkan satu badan keletihan. kesengalan melanda satu badan.pulang2 sahaja terus tido. waktu maghrib bangun semula dan bersiap untuk ke perjumpaan senior-junior muslim society.setelah pulang,sambung aktiviti melenakan diri..rasa mahu mati juga ade.seperti ditarik-tarik setiap urat sarafku.semoga terhapus segala dosa2..ameen~

tinggal sebulan lebih je nak habiskan sem ni..tinggal 2 bulan pulak nak exam. are you ready, dhuha? NOOO! hehe..i will! semoga Allah memberkati perjalanan ini. semoga Allah tolong dalam setiap saat nafasku.ameen~

eh anda baca sampai habis? terima kasih banyak2! doakan saya ye!

3 comments:

  1. "patient pertama ialah patient pertama saya.ngengla ayat ni" ...bce ni time minum...

    pulp xposure...ida nk cite lak
    td klinik, docs part time yg supervise aka docs yg bukn lectrr kat UKM...
    my course-mate dah excavate dgn sgt berhati2 sprt yg diajar oleh syllabus ukm..
    namun, bila tunjuk kat doc part time tuh...dia x puas hati n amek excavator korek sndri..
    korek punya la korek..gnz nk mmpos...
    so hasilnye expose dgn besar skali n doc masih continue korek wlaupn darah sdg mngalir dgn deras...
    i don't know wat to say laa..diorg nih bukn nk ajr sgt..asl dpt RM50/sejam je

    ReplyDelete
  2. so what happened kepada aktiviti minum anda ketika itu?haha..

    wowww giler la..mmg plek la doktor2 ni..ktorg plak ade msalah nk diagnose patient.ade lecturer ckp tu caries.pastu lecture lain pulak kata xde.kemudian cara2 fissure selant juga berbeza antara doc.ade yg suruh open up fissure.ade yg kata letak je sealant trus.

    sguh pening dgn perbezaan mazhab ini

    ReplyDelete
  3. air msok tiub salah = trsedak

    kaaaann...mmg mereka ini, studen jd mngsa perbalahn teori..

    ReplyDelete

komenla ape sahaja~♥~