- bila agak-agaknya refundable deposit IMU sebanyak RM 3000 akan dikembalikan ye? bukanlah mahu memburuk siku tapi dah nama pun 'refundable' maka tak salah kan mahu memintanya kembali :P
- bilakan refundable deposit rumah sewa mahu dikembalikan ye? bukan mahu memburuk siku cuma dah nama pun 'refundable' kan..
- bilakah BTN akan berlangsung?
- bilakah tarikh speaking MUET ye?
- ceritakan pengalaman anda semasa mencabut gigi :D
next week akan ade demo mencabut gigi maka saya sungguh excited la. saya tidak pernah mencabut gigi dengan dentist semasa kecil. semua gigi saya terluruh dengan gaya semulajadi. contohnya seperti ketika sedang mendengar cikgu mengajar di hadapan, saya bermain-main tolak-tolak gigi yang goyang dengan menggunakan lidah. lalu saya dapati tiba2 lidah saya sudah tidak merasa gigi. rupanya gigi telah tercabut. saya terus keluar kelas jap dan mencampaknya ke longkang.
bapa saya pula seorang yang daring orangnya. dia pakar mencabut gigi anak-anaknya. dia pernah mencabut gigi adik saya menggunakan playar. ye, playar yang simpan dalam toolbox tu. ye playar tu lah. saya pun tak sure betul ke saya eja ni. playar itu bapa saya balut dengan tisu kemudian tarik gigi adik saya yang sungguh degil mahu keluar. mungkin dari situ bapa saya berasa lelah, kemudian menyuruh saya menjadi doktor gigi. tapi saya ingat saya mahu ada suami yg daring jugalah, mencabutkan gigi anak-anak..HAHAHA
anda pula? pasti menarik untuk berkongsi kisah. boleh juga dijadikan bahan rujukan apabila deal dengan pesakit kanak-kanak :D..saya mungkin tak dapat menyelami perasaan 'takut kepada dentist' sangat sebab saya sendiri begitu sukakan dentist. ada kemungkinan untuk saya bergarang dengan kanak-kanak yang takutkan dentist :P
haha..lawakla dhuha.
ReplyDeletetp mmg patut tuntut duit tu..kata refundable kan?
pengalaman cabut gigi?
pakai benang, sangkutkan kat gigi yg dah longgar dan kemudian tarik benang sepuas hati.(mcm ganas bunyinya)
kalau dgn doktor gigi, sy tak suka pengalaman dgn dr gigi sbb depa garang..huhu
jadi, dhuha mesti menjadi dr gigi yg tak garang spy anak saya nnti boleh cerita pengalaman manis bersama doktor gigi..hehe