Tuesday, June 28, 2011

kenapa mak dan ayah kena kerja?

hmm..sejak kebelakangan ini ilmu keibubapaan banyak mendatangi saya. heh bukanlah. part of them, saya yang mendatanginya pun..

melalui pembacaan dan forum, antara perkara yang sering berlegar-legar dalam fikiran saya ialah tentang isu ibubapa yang bekerja yang harus berdepan dengan kerenah anak-anak yang tidak faham kenapa ibubapa jarang ada di rumah.

menarik lalu tertarik!

sejak dari kecil diri ini (dan saya percaya kebanyakan orang juga) sering diberitahu oleh ibu atau bapa bahawa mereka bekerja untuk mencari rezeki dan rezeki yang kita faham pada waktu itu ialah dalam bentuk wang ringgit. kebiasaannya ibu atau bapa akan menjawab "ayah kerja supaya ayah dapat duit, boleh hantar adik pergi sekolah, beli baju baru untuk adik, bagi adik makan.." dan seumpamanya. alasan yang sebenarnya berbunyi materialistik. dan mengehadkan fikiran kita untuk berfikir bahawasanya bekerja hanyalah untuk duit dan segala-galanya yang boleh dibeli dengan duit.

lalu wujudlah kisah yang saya kira masih femes hingga ke saat ini. kisah seorang anak yang sanggup memberi ayahnya sejumlah wang supaya ayahnya sudi meluangkan masa bersamanya. sedih. serius sedih. di waktu saya membaca kisah itu, memang tangkap leleh habis-habisan. masa tu pengajaran yang saya dapat hanyalah "ibubapa sepatutnya meluangkan lebih masa dengan anak."

di waktu itu saya terlepas pandang satu isu penting, iaitu seorang anak telah mematerialkan masa dan kasih sayang! kerana dia berfikir ayahnya menggunakan masa untuk mendapatkan material, lalu anaknya pula berfikir why not aku bagi duit kat ayah supaya ayah boleh luangkan sedikit masa dan berikan sedikit kasih sayang? anak tersebut sudah pandai membeli masa dan membeli kasih sayang kerana ayahnya merupakan seorang penjual masa dan kasih sayang demi sebuah material! alangkah sedihnya!

sejak pulangnya saya ke malaysia, isu ini telah banyak kali datang dan pergi dalam minda saya samada separa sedar atau sepenuhnya sedar. benda yang sama berputar-putar berkali-kali. awalnya saya membaca sebuah artikel keibubapaan daripada ustaz hasrizal. kemudiannya saya membaca novel "syabab musafir kasih" karya fatimah syarha. and then saya membaca buku "begini, sayang!"..akhir sekali saya mendengarnya daripada forum "baitud dakwah". Saya fikir, Allah memang nak ingatkan saya sungguh-sungguh supaya in the future saya lebih aware dengan panahan, silauan, kilauan materialism ini.

daripada segala sumber-sumber yang saya dapati di atas, dapat saya menyimpulkan bahawa cara yang terbaik (setakat ini yang saya tahu) ialah dengan memberitahu anak-anak:

"ayah tu bekerja sebab nak kuatkan umat Islam. Biar umat Islam dipandang mulia. kalau umat Islam malas kerja, nanti orang lain benci orang Islam. Allah pun benci nanti."

"Ayah berjihad tu, adik. bukan setakat mencari rezeki halal, tapi ayah sedang membuat pekerjaan yang murni yang akan buat Allah saaaayang dekat ayah. Adik mesti nak Allah sayang dekat ayah kan? bila Allah sayang dekat ayah, Allah bagi baaaanyak kasih sayang dekat kita semua sebab kita semua izinkan ayah buat kerja yang mulia, kerja yang datangkan pahala."

tapi kita tak bolehlah setakat cakap saja. kita dulu yang kena mulakan usaha mencari rezeki yang halal dan mulia, berniat untuk berjihad dan tingkatkan kegemilangan ummah, bantu orang Islam dan segala alasan yang mulialah. luruskan niat, bersihkan niat. barulah nanti kita boleh jawab secara konfiden giler dengan anak kita di samping takdelah kita berbohong pulak kan, ayah tu memang mata duitan tapi bagitau anak yang dia kerja sebab Allah. tak selari jugak tu. back to basic, nak mengajar orang, ajarlah diri sendiri dulu. nak nasihat orang, nasihatlah diri sendiri dlu. nak tegakkan islam di dunia, tegakkan islam dalam diri sendiri dulu. segalanya bermula dari dalam diri kita sendiri.

ayuh!jadi ibu bapa yang lebih bagus! (huhu walaupun saya belum jadi ibu bapa. oi oi! buat apa nak jadi ibubapa? jadi ibu sudeyhh..btw ini perkongsian yang humble daripada saya :D)

Monday, June 27, 2011

duhai bunga

duhai bunga
cantik sekali dipandang mata
harumanmu memikat kalbu
warnamu menarik sesiapa sahaja yang memandang

duhai bunga
akulah temanmu yang juga sang bunga
hanya memandangmu dari jauh
dirimu dikerumuni ramai peminat
sedang aku sendiri di sini

duhai bunga
tahukah engkau bahaya yang menanti
saat kecantikanmu dinikmati
engkau disentuh-sentuh
hingga aku melihat satu persatu kelopakmu gugur
aku melihat engkau dipetik orang
disimpan dalam pasu kaca
buat tayangan mereka
buat kebanggan mereka
hanya sekadar untuk ditunjuk-tunjuk
pemuas nafsu juga peneman hati yang sunyi

engkau menyangka dirimu disayangi
bila pasu kaca diisi dengan air
namun sekali-kali tidak engkau ketahui
bahaya yang menanti
bahawasanya tempatmu bukan di situ

aku melihat semakin banyak kelopakmu menyembah bumi
dedaunan yang menghiasimu kini semakin keperangan
batang yang menyokongmu semakin layu
malang sekali akarmu kini tiada

duhai bunga
sedih aku melihat dirimu
yang kini lelah diperbatasan waktu
kini jelitamu pudar
tiba masanya
pemujamu membuang dirimu di tempat yang hina

duhai bunga
aku melihatmu dari jauh
engkau menangis merintih seorang diri
tiada apa lagi yang engkau banggakan dalam dirimu
cinta yang kau damba mencampakmu kepada kehinaan
akhirnya kau lemah tidak bermaya
perlahan-lahan jasadmu bersebati dengan tanah

duhai bunga
usah berbangga dengan kecantikanmu
usah berbangga dengan harumanmu
sesungguhnya engkau hanya mencari padah
saat durimu kau tanggalkan
demi sebuah cinta yang tak pernah didasarkan pada cinta hakiki
siapa lagi kalau bukan cinta Yang Menciptamu

wahai bunga
temanmu ini sudah tidak sanggup memandang
ayuh, pakaikan kembali duri-durimu!
ayuh! peliharalah maruah dirimu!
biar penuh duri, biar kurang seri
asalkan imanmu tegak berdiri!

Bintul Shahrain
Nilai, Malaysia 12.53 am

Thursday, June 23, 2011

buang tebiat

sejak kebelakangan ini saya merasa saya semakin banyak pendapat. apa je orang cakap saya pasti nak komen. sesuka hati baling hujah saya.lepas tu semuanya atau majoritinya pendapat saya pasti ditolak punyalah. terasa begitu loser. haha.

saya rasa saya juga buang tebiat kerana lazimnya saya seorang yang pendiam dan selalunya dalam apa isu pun saya ambil pendirian untuk berdiam diri. tapi tak tahulah apa kena lately asyik nak berdebat dengan orang. haish. boleh plak komen kat post orang lain dengan hujah yang panjang jela-jeli.

kemudian tak pasal-pasal lepas tu saya rasa tak selesa sebab 'dhuha yang pendiam tiba-tiba telah bersuara dan sebenarnya suaranya tidak dikehendaki dan tidak pleasant to the ears'..bila nak berjumpa dengan muka2 yang telah saya berdebat dengannya, sungguh tidak selesa.

HOHOHO

nasihat untuk diri sendiri: dhuha, i know u know a lot already seiring dengan perkembangan usia. i know u read a lot. and i know u're still young sebab itu berkobar-kobar dalam memberi pendapat. tapi buat masa ni sila kawal keinginan yang membara untuk memberi pendapat. sila tambahkan bacaan dan lebih bersikap tidak bias dan lebih aware dan sensitif dengan isu sekeliling. tapi jangan takut untuk bersuara, teruskan bersuara. terima kasih.

dan sebenanrnya setiap orang ada cara berfikir masing-masing. adatlah tu bila fikrah tak sama, pandangan pastilah ditolak. tak boleh paksa semua orang terima pendapat kita. the ground rule here is untuk mengelakkan diri daripada berlama-lamaan dalam urusan yang tidak utama/bukan isu pokok pun. berdebat dengan orang yang tak sama fikrah will bring u nowhere. ia ibarat debat umno dan pas kot. atau ibarat itik dan ayam? bila bahasa kita lain, sudut pandang kehidupan pun lain, matlamat hidup pun lain maka nilai pun tak sama lalu melahirkan fikrah yang berbeza. lebih baik berhenti dan beralih kepada urusan yang lain yang lebih utama. ada ayat Quran/hadith pasal ni tapi tak ingat pulak dah. even dalam usul 20 pun ada ditekankan.

p/s: ya minggu pertama di malaysia telah saya abadikan dengan penyakit. namun buat pertama kalinya saya gagah nak melawan penyakit akibat tak mahu masa yang pendek di malaysia ni terbuang dengan sia-sia. maksud saya gagah melawan penyakit ialah makan ubat. huhu saya kan tak layan ubat-ubat ni. dhuha, mana qawiyyul jismi???

Monday, June 20, 2011

melentur buluh biar dari rebungnya

http://www.facebook.com/video/video.php?v=2150444329198

sila tengok video di atas. hehe..tapi yang sebenarnye melentur buluh biar dari sebelum rebungnya tumbuh lagi :D

dilema masa singkat

abah: weekend depan opah datang. nanti kita makan ikan bakarlah dekat melaka ke bagan lalang ke.

geng btho: kitorang free weekend je. weekdays kerja la dhu.

plan asal 1: weekend terakhir balik kelantan jenguk che ayoh

plan asal 2: weekend kedua pergi kursus kahwin

total weekend yang saya ada ialah : 3..dan sekarang dah masuk hari isnin bermakna weekend saya tinggal dua saja. weekend ini meluangkan masa bersama opah. weekend terakhir balik kelantan. kawan2 sekolah? kursus kahwin?

mak: laa buat apa kalut sangat nak pergi kursus kahwin. calon pun tak ada.
saya: ye betul jugak tu. so kursus kahwin cancel la.

tasha (akhwat auckland): baik buat cepat2. kita tak tahu kita akan kahwin bila. nanti jadi macam saya, lagi 3 bulan nak kahwin, mak dekat malaysia yang kena ke sana sini nak setelkan urusan sijil kursus kahwin saya yang tak pernah saya ada tu.
saya: ermm..bukan tahun ni kot tasha. tak rush pun sebenarnya. saje gedik nak amik.
tasha: saya dulu pun ingat lambat lagi. tup tup dah nak kahwin dah. tapi kalau awak tak single atau dah ada calon, boleh manage kot. kalau single tu yang high risk tu. tiba2 ada orang nak mintak jadi isteri dah.
saya: erkk..saya single..oh noii saya at risk la ye.
tasha: beriberi high risk

tapi kenyataan tasha dan mak bercanggah, perasan tak? haha..antara sebab saya nak buat jugak kursus cuti ini ialah kerana saya plan nak balik hujung tahun depan, lepas habis belajar. maknanya ini last time saya balik sebelum saya balik for good. saya tak nak nanti kalut-kalut pulak bila saya dah habis belajar pastu dah mula kerja kan, saya kan bakal dentist, weekend mana pulak saya nak selit-selit amik cuti untuk attend kursus kahwin yang dua hari berturut2 tu? tapi mereka kata sijil itu juga ada tarikh tamatnya. so better amik masa nak kahwin ni. saya malas nak pening2 fikir lagi. so saya drop dulu kursus tersebut. saya rasa antara kursus kahwin dan orang-orang tersayang, lebih baik saya spend masa dengan orang-orang tersayang yang tak tahu bila akan bertemu lagi. kursus itu insyaAllah bila tiba masanya nanti, Allah akan permudahkan :)

dan saya masih mencari jalan lagi camne nak jumpa kawan2 sekolah ni. weekend saya penuh T__T

Sunday, June 19, 2011

bingkisan buat kak ili~

entry ini khas buat ukhti kesayangan, kak ili~

siapa kak ili? kak ili lah kakak naqibah pertama saya dan yani di NZ! yay!! mula2 jumpa dekat tayangan filem 'prince of egypt'. masa tu first impression, wah kakak ni nampak garang. takut. dan saya pulak memang ade stigma 'takut' dengan kakak yang pakai tudung labuh bulat, sejak sekolah. huhu.

kemudian saya dan yani diletakkan dalam jagaan khas under halaqah kak ili. barulah kami kenal dan jatuh sayang kat kak ili~hehe..kak ili dah kahwin so masa dia tak dapat nak spend berlambak-lambak dengan kami yang masih bujang. namun tahun ni kak ili terpaksa membuat keputusan crucial dalam hidupnya. atas masalah kesihatan yang tak mengizinkan, pihak universiti mencadangkan kak ili menangguhkan exam final year beliau dan kembali ke tanah air untuk berehat dan berubat. insyaAllah jika diizinkan Allah, kak ili akan kembali ke dunedin akhir tahun ini untuk meneruskan pengajian tahun akhir perubatan. dan saya amat amat amat berdoa kak ili kembali ke dunedin!

memandangkan kak ili akan kembali ke tanah air esok, boleh kata setiap minggu sejak dua bulan yang lalu kak ili akan bermalam di rumah kali setiap kali ustaz ada shift malam kat restoran kebab. kitorang juga suka mengheret kak ili stay lama-lama kat rumah kitorang, bersalah pulak dekat ustaz tapi kitorang sayang kak ili. ngee~

kepada kak ili, insyaAllah kalau kak ili kembali ke dunedin tanpa ustaz akhir tahun ni, rumah kami sentiasa terbuka untuk kak ili tinggal sebagai housemat kami~

akhir kalam, saya sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan kak ili. semoga Allah panjangkan umur untuk kita jumpa lagi. kak ili memang the best, walaupun garang tapi kami sukaa..hehe..maneh pun thukaa~ kak ili suka culture shock duduk dengan kitorang. macam-macam kena tegur tapi kami tak kisah pun. tegur tanda sayang kan :D

jazakillah kak ili atas segala tunjuk ajar, ilmu yang dicurahkan, teguran, kasih sayang dan masa yang diluangkan untuk kami..saaaayang kak ili fatin ruslan!

winter break di tanah air: day 1

hahaha bunyi macam nak tulis diari hari-hari je. tak tak tak mungkin tulis hari-hari :P

saya telah dikenakan extra charge oleh air asia lantaran excess weight. terlebih 6 kg maka menjadikan total perjalanan pulang ke malaysia untuk pertama kali ni sebenarnye lebih kurang je macam naik MAS T__T (cerita kelam kabut kat dunedin airport dan christchurch airport sungguh panjang maka tak payahla diceritakan kisah yang unpleasant ni sebab ada banyak kisah bahagia yang nak diceritakan lagi :P)

segala penat lelah dan kepayahan yang ditempuh di airports hilang macam tu je bila keluar-keluar from kastam LCCT, terus nampak wajah-wajah tercinta. saya macam menjerit terkejut eksaited. rasa macam mimpi, seriously. saya ingat saya pegi new zealand tak balik-balik sampai tamat degree hehe tapi akhirnya Allah bagi chance saya pulang.wee syukur~

btw kastam tu mcm tak berfungsi je. saya pandang makcik kastam, makcik kastam pandang saya lepas tu tak tahan-tahan pun pergerakan saya. ohh macam mana kalau saya bawak dadah?
maka sebab tu saya sangat blur dan terus bergerak je sambil tercari-cari makcik kastam yang sebenar yang mahu memeriksa bagasi saya. tiba2 dalam mencari makcik kastam, nampak muka mak abah hajar dan nu'man. saya macam ehhhh??!! waaaahhh! eh eh! saya dah keluar kastam rupanya!! kat sini tempat tunggu arrival rupenya!! macam tulah kisahnya~

pastu dah peluk2 semua orang dengan perasaan nak nangis keterharuan sebab tak sangka dapat balik malaysia, abah pun terus bawak kami g makan. berapa kedai makan tah kami berhenti sebab nu'man nak makan benda lain, saya nak makan benda lain so kena cari tempat makan yang sesuai. pastu abah berhenti kat pasar. saya turun kereta ikut abah jalan-jalan kat pasar sebab saya nak beli kuih. pastu jumpa nasi kerabu. abah pun beli untuk saya plus ayam percik.

pastu kami pegi makan kat gerai yang jual roti canai sebab nu'man nak roti canai. saya pun makan nasi kerabu saya di tempat roti canai itu. maka kepuashatian semua orang tercapai.

balik rumah je 1st thing saya buat ialah bukak beg souvenir. pas dah tunjuk segala souvenir, naik bilik. oh no bilik saya horror. memangla kemas sebab hajar dah kemas sehari sebelum saya pulang. tapi berhabuk which i hate it T__T...macam dah kena tinggal setahun (memang dah kena tinggal setahun pun la)..keadaannya lebih kurang sama macam masa saya pergi. che ngoh cakap supaya mak selalu rasa saya ada kat rumah.ecece so sweet~saya letak semua beg kat situ pastu tengok imam muda. then main piano duet dengan hajar pastu rehat-rehat jap pastu abah ajak makan kat luar. rupanya Giant Nilai dah banyak tempat makan. saya konfius nak makan katne. abah tanya, saya jawab nak makan kat semua tempat. *haih jadi jakun dengan kedai makan yang berlambak*

akhirnya saya pilih chicken rice shop. oh bestnyaaa! mak tergamam dengan selera makan saya. err sebenarnya saya dah lama tak makan nasi. sepanjang minggu exam saya makan kek span je pastu buah2 dan junk food junk food. sebab bilik kat atas, dapor kat bawah. malas nak keluar bilik sebab terlalu sejuk maka saya simpan segala makanan kering dan ringan dalam bilik. pastu dalam flight tu saya tak order makanan. tapi perut saya sangat lapar tambahan pula penat ke sana sini menguruskan bagasi waktu kat airport makan bila pramugara tu datang bagi makanan, saya pandang je tray beliau. pastu dia tanya 'adik nak makan?'..cakap melayu ok.. rasa jakun kejap. lupa yang saya naik airasia. pastu saya dengan sedikit ego menjawab "naik air je boleh." dalam hati sambung "makanan korang mahal sangat."..pas dah dapat air, saya terpandang sandwich.

"err..nak sandwich jugak boleh?" huhu maka sandwich dua keping saya makan buat alas perut. mahal pun mahal la..

setelah makan kat chicken rice shop, abah beli banyak giler aiskrim kat tesco! saya beli nombor prepaid celcom (wuu kenapa saya punya number lama dah matiiii). pastu saya culture shock jap bila ada lelaki-lelaki takde kerja panggil-panggil orang tepi jalan. saya macam..err..nak balik dunedin jap la.

"adik, abang ni nak kenal boleh?"

"tak boleh." jawab saya sambil jalan laju-laju cari mak. lepas tu dah tak nak berpisah dari mak dah.

pastu saya ke kedai buku dan membeli dua novel! "syabab musafir kasih" karya fatimah syarha dan "bumi cinta" karya habiburrahman el-shirazi. saya nak cari novel fatimah syarha yang bertajuk "bebaskan keliru, sebarkan cintaMu" tapi tak jumpa. mungkin tak keluar lagi.

ok2 pastu balik rumah kami makan aiskrim. kemudian main boardgame yang saya bawak balik, Cluedo. Nu'man buat lawaklah main game tu. susah dia nak comprehend mekanisma game itu. pastu asyikla kena buli dengan saya dan hajar yang memang tahu main.haha..time tengah main tu abah mintak diri. abah will be away until tuesday. maka sebenarnya tadi tu jela father's day kami. huhu..tak pe, next weekend sarah dan epi balik, opah pun akan datang so kami akan pegi makan ikan bakar yayy!

dah habis main, saya lapar balik pastu ajak hajar pegi pasar malam. saya teringin nak minum slurpee dan nak makan char keuy teow yang sedap kat situ. nasib baik char keuy teow tu wujud lagi. beli slurpee ditangan dah habis diminum, teringin nak cendol maka beli la cendol. pastu pujuk hajar mak dan nu'man beli yong tau fu sebab sebenarnya saya teringin nak tumpang makan :P

tengok cerekarama hari bapa bertajuk kasih ape benda tah. nasir bilal khan yang berlakon. maka akhir kalam, hargai bapa anda selagi anda masih berbapa.

p/s: hari pertama beg saya dah kena serangan semut. kat NZ xde semut. so makanan2 manis suka-suka hati letak kat mana-mana pun. dalam beg saya banyak makanan manis seperti coklat, gula2 dan biskut. saya tinggal je beg tu dalam bilik. rasanya tak sampai setengah jam pun, naik-naik bilik, habis beg ku kena kerumun semutt T__T. tak suka semut.

Thursday, June 16, 2011

program cutiii

assalamualaikum..

akhirnya saya jumpa program best utk dihadiri sempena cuti di Malaysia. program yang dekat dengan rumah dan tak amik masa lama sangat. almaklum, saya balik kejap je.





mula-mula nak pegi konvensyen ni tapi rupa-rupanya wat 9 july. saya berlepas ke NZ pada 8 july. so mula-mula tu macam sangat frust lah.

lepas tu semalam saya jumpa yang ini!! sangat gembira! insyaAllah nak pegi tapi nak tarik geng. yang bestnya lepas program ni boleh terus pergi kursus kahwin di putrajaya. semua tempat accessible dan dekat, alhamdulillah. semoga dipermudahkan :)

maka sabtu dan ahad minggu depan insyaAllah tak melekat kat rumah. hoho rasa macam sayang jugak nak tinggalkan rumah. tapi memang nak pengisian pun bila dah balik malaysia ni. tak kan nak duduk goyang kaki di rumah je.

Wednesday, June 15, 2011

ramainya saudara

ok beg saya telah siap di packing! 99% siap! lagi 1% tu barang2 macam berus gigi,..,..dan ape ek??err berus gigi je sebenarnya. ok lah, 99.9% siap!

saya bawak balik 2 luggage yg macam masa saya datang sini mula-mula, iaitu setahun yang lalu. ye, dah genap setahun saya kat sini :D memang patut balik pun kan?

baiklah, 1 luggage check-in, satu hand luggage. luggage check-in saya tu memang besar habis. rupanya tiada ruang langsung untuk letak barang saya dalam tu. semuanya souvenir T___T

baru tersedar, ramai sungguh sedara mara. masa beli souvenir dulu, beli sikit demi sedikit. tak berapa perasan sangat tapi perasanlah sikit-sikit. walaupun tahun depan saya boleh balik lagi dan tahun ini saya balik sekejap je maka tak jumpa semua orang pun, tapi mak pesan beli je untuk semua. dulu masa kita fly mereka bagi duit banyak-banyak. sekarang balaslah jasa dengan memberi souvenir. ajal maut siapa yang tahu. mungkin ini je peluang yang ada untuk saya bagi souvenir. mungkin tak sempat juga, siapa tahu?

(balik dengan air asia memang menggerunkan. menurut cerita kawan, air asia terbang back to back dengan airbus yang sama macam tak berhenti isi minyak je. dah la 12 hours journey. gerun. marilah berdoa semoga semuanya selamat)

kembali kepada cerita saudara mara, saya ada dekat 50 sepupu sebelah kelantan dan dekat 30 belah perak..so anggarannya 80 orang sepupu. mak sedara ayah sedara campur dua2 belah, adela dalam 16 pasangan. pastu masuk atok nenek, nenek sedara lagi, kawan2 lagi. mak abah dan adik2 lagi, maka jadila banyak. maka saya redha je tengok beg tu penuh lantas mendapatkan hand luggage sendiri untuk isi barang sendiri. tak banyak pn barang sendiri memandangkan kat rumah tu banyak lagi baju sendiri. kalau tak cukup pinjam baju adik ke mak ke, kami semua sama saiz :D

seperti dalam mimpi saya beberapa minggu yang lepas, saya seolah-olah pulang sebagai santa claus :)

happy! x sabar nak deliver hadiah!

lower your gaze!

tengok LINK INI

menundukkan pandangan sebenarnye tidak lagi dianggap perkara yang penting dalam masyarakat. biasanya kalau suruh anak-anak muda zaman ini menundukkan pandangan, pasti dikata ini amalan kuno. tapi kita tak sedar kepentingannya, dari mata turun ke hati. peranan mata sangat besar dalam menyuntik nafsu. cuba kalau kita pegi window shopping, tengok itu ini, makin bertambah-tambah keinginan kita. walaupun tidak membeli apa-apa, tapi dalam hati dah simpan dah "nanti ada duit banyak sikit nak beli gown yang tadi tu, perabot yang tadi tu etc etc.."..cuba kalau duduk dalam rumah je, tak sedar pun kewujudan style2 baru di pasaran, pasti tak timbul keinginan. tapi kalau duduk kat rumah sambil browsing online shopping punye website tak pun belek catalog avon lah, catalog tupperware lah, tak jadi jugak kan? (pang pang terkena diri sendiri)

same goes to menundukkan pandangan antara lelaki perempuan bukan muhrim. err..dengan kewujudan FB sekarang, susah nak tundukkan pandangan dengan gambar2 yang semakin meluas tu kan? kalau lelaki, ade je perempuan cantik,cun,comel yang terpuji dalam hati, perempuan pun apa kurangnya. bukak FB pun dah macam belek catalog tupperware dah, tak pun dah macam window shopping. bak kata orang melayu, menjamu mata.

maka nak menyeru marilah sama2 membantu ke arah pelaksanaan menundukkan pandangan ini. lelaki ke perempuan ke, ala kadarlah dalam bergambar. tapi of course perempuan lebih kena jaga :D

sekian. sebelum menegur kalian, teguran ini pertama-tamanya ingin ditujukan kepada diri sendiri dulu :)

kelate di NZ!


pasar siti khadijah jadi cover promo social anthropology. selaku orang kelantan, berbanggalah kalian! pah sapa ko NZ nih :P (cubaan kecek kelate harapnye menjadi)..saya selaku half-kelantanese sememangnya proud abis! hehehehe..

Tuesday, June 14, 2011

majlis tunang yang pelik

tadi saya tengok album pertunangan rakan facebook. tengah syok2 menikmati gambar2 tiba2 saya terkejut. terkedu dengan lamanya sambil tengok balik tajuk album. album bertajukkan pertunangan tapi aksi dalam album agak luarbiasa meragukan. bukanlah aksi norma-norma masyarakat hari ini seperti pelamin, bergambar berdua, khemah dah dan sebagainya yang buat saya terkejut (nama pun dah jadi norm dalam masyarakat kan)

yang membuat saya terkejut ialah aksi bakal ibu mertua (ibu sebelah pihak wanita) menyarungkan cincin kepada bakal menantu. bakal menantu tu mestilah lelaki. ia bukan saja taboo dari segi agama tapi juga budaya. sejak bila halal untuk seorang BAKAL ibu mertua bersentuhan tangan dengan BAKAL menatu lelaki?

kalau dulu terkejut dengan gambar pertunangan yang dah tak ada beza dengan gambar perkahwinan, kini lebih sakit jiwa dengan aksi tersebut yang pertama kali saya saksikan.

akhir kata, siapa lagi kalau bukan kita yang tahu ini untuk turun membetulkan kembali budaya-budaya yang semakin menyongsang ini.


diari anak isteri pertama: 2

ayah, betulkah khabar yang kudengar secara tidak sengaja terkeluar dari mulut nenek? aku terdengar nenek mengucapakan "selamat pengantin baru" kepadamu. waktu tu masa seakan terhenti. bagaikan dalam drama tamil, ade guruh-guruh kedengaran berdentam-dentum. aku yang ketika itu kebetulan passing through kalian, terus terhenti pergerakan. nenek cepat-cepat menambah dialog tambahan "...tu dekat pengantin orang tu."

bagasi-bagasi telah habis disumbatkan ke dalam bonet kereta. aku dan adik-adik bersalam-salaman dengan nenek. kami akan pulang ke Kuala Lumpur. Ayah mula menggerakkan kereta. Suasana dalam kereta senyap. Namun di telingaku terngiang-ngiang ucapan nenek sebentar tadi. Adakah aku tersilap dengar? atau mungkin memang ucapan itu ditujukan untuk 'pengantin orang tu'..tapi kenapa ucapannya macam ditujukan terus kepada ayah? ibu pula tidak bereaksi seolah-olah tiada apa yang terjadi. dalam hati aku berdoa banyak-banyak supaya tiada yang buruk terjadi dalam keluargaku.

Ayah menghantarku pulang ke kolej. Namun sepanjang malam aku sukar melelapkan mata. Hatiku berasa tidak sedap lantaran ucapan nenek pagi tadi semasa di kampung. Kuluahkan perasaanku kepada teman sebilikku, Umairah. Umairah hanya menyuruhku bersangka baik. ya, bersangka baik. Aku cuba tapi terlalu sukar.

Ayah, teringat dulu Amani pernah ceritakan kepada ayah dan ibu kisah tentang kawan sekolah Amani yang memberontak kerana ayahnya berkahwin lain. Kawan Amani itu daripada pelajar high scorer terus menjadi liar tidak tentu arah. Prestasi pelajarannya jatuh merudum. Kesnya bertambah teruk bila akhirnya ibu bapanya bercerai. Ibu pun bertanyakan pada Amani "kalau ayah yang kahwin lain macam mana?" dan Amani menjawab "Beranilah. Amanikan kuat memberontak. Tak mustahil Amani jadi macam tu jugak. Amani tak suka kalau ada keluarga tambahan."

Hati resah gelisah. Akhirnya aku putuskan untuk ke bilik air, mengambil wudhu' dan bersolat sunat, bermunajat kepada Allah. Hanya kepadaNya tempat aku mengadu, tempat aku menangis. Malam yang hening menemaniku, memelukku dengan dinginnya yang kelabu.

Allahu rabbul 'alamiin, tsabbit qalbi 'ala diinik. Biar apa pun yang terjadi, tetapkan aku di jalanMu. Usahlah kau pesongkan aku dari jalan yang telah aku nekad untuk memilihnya. Jalan para nabi. Ameen~

~amani syahidah~

Monday, June 13, 2011

diari anak isteri pertama: 1

membincangkan hal seorang isteri yang dimadukan atau kisah suami yang berpoligami sudah sangat biasa. namun realiti seorang anak yang hidup dalam keluarga yang mengamalkan poligami sangat jarang untuk diceritakan umum.

ini kisah aku. kisah seorang anak kepada seorang isteri pertama. secara jujurnya bukan senang untuk seorang anak menerima hakikat bahawa kehidupannya kini dikongsi lebih ramai manusia. lebih-lebih lagi aku, anak sulung yang punya ramai adik, kini mempunyai lebih ramai adik menyebabkan diriku selalu rasa kurang kasih sayang. aku selalu merasa harus merebut kasih sayang. oh cukuplah kisah aku yang tak cukup kasih sayang ni T__T

masih aku ingat lagi ketika kali pertama aku mendapat khabar bahawa ayahku kahwin lagi. aku pasti itu berita yang paling melukakan ibu. aku juga mahu beritahu satu dunia bahawa itu juga adalah berita yang paling melukakan hati seorang anak sulung, tanda cinta pertama ibu dan ayah. sebagai anak sulung aku mula terfikir-fikir di manakah silapnya. jujur kukatakan, aku merasa punca ayah membuat keputusan sedemikian juga adalah disebabkan aku. adakah aku merupakan anak yang tidak cukup membawa bahagia dalam rumahtangga ayah dan ibu? apa yang masih kurang dengan diriku sehingga ayah berkehendak membina keluarga yang lain dan mempunyai anak dengan isteri yang lain. apakah pernah ayah fikir tentang perasaan anak-anaknya nanti?

sungguh aku terluka. dan tiada siapa yang tahu luka itu. aku pendam dalam-dalam, bertahun lamanya. aku tahu sendiri berita tersebut tanpa ada siapa yang memberitahuku termasuk ibu dan ayahku. dan itu menjadi punca untuk aku pendam saja luka di hati lantaran hati tidak mahu menerima kepastian daripada orang lain. lantaran hati takut untuk berdepan dengan kenyataan. kupendam dan pendam dan kupohon Allah beri aku kekuatan pada suatu hari nanti, saat ayah dan ibu memberitahu hal yang sebenar.

dalam pada mereka berahsia dan aku juga berahsia, aku dapat melihat perubahan demi perubahan dalam keluarga. ayah sudah jarang-jarang pulang ke rumah. ibu dan ayah, kedua-duanya memberi alasan bahawa ayah keluar outstation. dalam hati aku sudah mengagak. ayah outstation ke rumah isteri kedua.

mengapa ada wanita yang sanggup menjadi isteri kedua? tidakkah wanita tersebut tahu bahawa hatinya kelak pasti terluka dek cemburu. dan paling aku tidak puas hati, tahukah wanita tersebut betapa lukanya hati isteri pertama dan anak-anak kepada isteri pertama? kenapa sanggup membina bahagia atas kelukaan orang lain?

aku bukan anti-poligami. tapi untuk satu poligami itu berlangsung, aku perlukan alasan yang sangat kukuh yang betul-betul berlandaskan syarak. atas alasan apa perkahwinan itu berlangsung? mengembangkan zuriat?? ayah, aku sudah punya ramai adik-adik. dakwah? wahai ayah, aku, adik-adikku dan ibuku masih memberat dibahumu untuk diberikan didikan islam yang sempurna, kenapa harus ditambah lagi beban tanggungjawab itu? membantu janda yang dalam kesusahan? ya, itu alasanmu. namun masih ragu untuk aku menerimanya kerana aku tahu, rasa cintamu kepadanya melebihi alasan tersebut.

sungguh, saat itu aku benar-benar terluka. kau tidak akan tahu berapa liter airmataku tumpah. dan kau tak akan tahu betapa sakit hatiku melihat airmata ibu tumpah setiap hari.

~amani syahidah~

..bersambung

Sunday, June 12, 2011

bakal menantuku

Syarat Buat Bakal Menantuku

Bakal Menantuku,
Tiba saatnya nanti,
Kuserahkan puteriku sebagai amanah,
Kerana kuhormati tuntutan fitrah,
Hiasilah hidupnya dengan hasanah,
Pandulah cintanya menuju jannah.

Dia puteri kesayanganku,
Melepaskannya tak semudah itu,
Dengarkan terus bicaraku,
Ada syarat sebelum kumerestu.

Bakal Menantuku,
Cinta yang kau tawarkan penuh bahagia,
Tiada hati yang terluka,
Tiada cinta lain rasa dikhianati,
Tiada anak isteri terasa sepi.

Bakal Menantuku,
Kuingin menjadi ayah sewibawa Rasulullah,
Tak rela puterinya dimadukan,
Baginda telah lalui kepayahannya,
Tak mahu menantunya turut kelelahan,
Kerana ia bukan keistimewaan,
Tapi tanggung jawab yang membeban.

Bakal Menantuku,
Berjanjilah padaku dengan syarat ta’liq,
BEBASKAN PUTERIKU,
Jika nanti kau ingin duakannya tanpa rela,
Izinkan cintanya berlabuh,
Buat lelaki yang setianya teguh.

Bakal Menantuku,
Semua puteri Rasulullah tak rela bermadu,
Begitu jugalah fitrah puteriku,
Allah memberikan pilihan,
Jika kau enggan, gugurlah penerimaan.

Bakal Menantuku,
Kuingin dia menjadi bidadarimu di sana,
Jangan sukarkan ujian hidupnya,
Dengan cinta lain yang kau undang bersama,
Kerana fitrah cinta, tiada dua,
Bimbang rosak agamanya kerana kecewa.

Bakal Menantuku,
Kukenali puteriku berakhlak mulia,
Kukenali puteriku tekun beragama,
Perteguhkanlah dia dengan ketinggiannya,
Hidup beragama selama-lamanya,
Jangan cintanya kau persia,
Sudikah syaratku kau terima?

menghitung detik bahagia

over nye tajuk. tapi memang hari bahagia pun, insyaAllah, jika Allah izinkan bahagia bertandang di hati :)

sesi kira-ke-bawah(countdown) saya untuk pulang ke malaysia menjadi semakin teruja. tinggal 5 hari lagi!

insyaAllah jika tiada aral melintang, akan berlepas hari jumaat dari christchurch jam 12.15 am waktu NZ.

jumaat tersebut saya ada final exam yang tamat pada jam 4.30 petang. kemudian terus berlepas ke airport dunedin untuk naik flight ke christchurch. kemudian barulah naik AirAsia terbang ke malaysia. rumah saya dengan LCCT is like 10-15 minutes away je jika berjalan menggunakan kereta.insyaAllah dijangkakan tiba di LCCT jam 7.30 PAGI. wow! dapat memulakan kehidupan di malaysia seawal itu memang seronok especially untuk orang yang pulang selama 3 minggu je ni. seboleh mungkin nak maximize penggunaan masa kat malaysia. plus, kalau tiba waktu pagi, xdelah panas sangat kan. so xdela terkejut sangat bergerak daripada tempat yang sejuk gila ke tempat yang panas gila.

disebabkan tiba awal pagi di malaysia ditambah pula saya tak book makanan apa2 dalam flight (sebab terbang waktu tengah malam buta kan. tidur jela)..maka saya telah request orang rumah sediakan breakfast yang bersifat penuh kemelayuan. eheheheh..saya request nasi kerabu+daging bakar bersama murtabak, kuih seri ayu, seri muka dan segala kuih yang berseri-seri agar menambah seri kepulangan beta (oops sorry ter'over').tapi kalau xdapat makanan2 tersebut, tak perlu susah2.. asalkan cukup syarat 'melayu dan halal wa toyyiban', saya ok je. tidak cerewet langsung bab2 pemakanan ni.

setelah terbang ke luar negara, saya akui antara tarikan terbesar tanah air saya ialah makanan. dah setahun hidup di tempat orang ni, semakin bertambah list makanan2 malaysia yang saya idamkan. sempena upacara kira-ke-bawah untuk pulang ke tanahair ni, saya telah diganggu mimpi-mimpi yang berkisar kepada makanan. semalam saya bermimpikan roti gardenia yang lembut. wajah saya yang sedang makan roti gardenia yang sangat lembut tu memang tak boleh dilupakanlah siap letak dipipi lagi sebab terlalu lembut sambil (euww).. roti kat sini? oh sorilah..walaupun dikatakan omputih memang pakar buat roti, tapi saya tetap rasa roti gardenia the best! tapi bab2 roti sihat, multigrain,wholemeal sume tu, sini lagi sedaplah. i'm talking about roti putih. saya teringin mahu mengkayakan roti putih dengan sapuan kaya. oh yummy. dah selalu sangat spread roti dengan tuna kat sini sampai bosan dibuatnya (tapi ingat, MESTI tetap bersyukur!)


*jiwa kacau (JK)*

kemudian hari ni saya bermimpikan ikan kembung goreng. bau minyak menggoreng ikan kembung masih lekat di hidung saya sejak bangun dari tidur. indahnya. masih ingat lagi sewaktu berada di tanah air, saya bosan dah dengan ikan kembung. masaklah apa-apa pun, saya dah tak lalu nak makan. sampai sini je, ada satu masa tu mengidam sungguh-sungguh ikan kembung goreng kunyit. cari punya cari memang tak jumpa. bukan setakat tak jumpa, memang tak ada pun! setakat mackerel dalam tin tu jela. dekat sini, lagi2 ikan kod merah, kod biru, tarakihi dan ikan sebelah (dia macam ikan bawal tapi leper macam dah kena potong sebelah)..ohh ikan kembung goreng kunyit cicah sambal belacan dan dimakan bersama nasi panas dan telur goreng mata kerbau *air liur mula merembes laju*



macam mana nak buat emoticon airliur meleleh?

kesimpulannya mimpi2 saya ni hadir dalam bentuk makanan yang selalu saya pandang sebelah mata je. makanan2 yang saya dah tak sedar nikmatnya dan tak appreciate kehadirannya. kini saya sudah insaf T___T

akhir kata i am really looking forward to return home! namun ada kerisauan di hati lantaran seminggu yang akan datang ini dijangkakan lebuhraya udara terutamanya di bahagian south island akan disesakkan dengan debu-debuan volcano chile yang meletus baru-baru ini. maka mungkin ada gangguan dalam trafik udara. doakan segalanya berjalan lancar, tiada delay, tiada cancellation, tiada kemalangan jiwa mahupun raga. ameen~ kena solat hajat ni. i am desperately want to arrive at home on time. tak nak terlambat kalau boleh sebab sekejap sangat balik ni sebenarnya. sudah terlalu sakit rumah.

Thursday, June 9, 2011

berpantun dengan buku

kata buku dental kepada saya:

kalau suka katakan suka
tidak hamba tertanya-tanya
kalau mahu katakan mahu
tidak hamba tertunggu-tunggu

::kalau suka aku, bacalah aku ni. ini tidak. dibiarkan aku terbukak, nak baca ke tak nak? mata asyik kat laptop dan kat luggage

::kalau mahu baca aku, baca jela. jangan biarkan aku tertunggu-tunggu macam ni.

p/s: cantik kan pantun melayu :)

Wednesday, June 8, 2011

pembangunan yang scary


sila baca artikel di atas.

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi manusia di jalan Allah dan Masjidil Haram yang telah Kami jadikan untuk semua manusia, baik yang bermukim di situ maupun di padang pasir dan siapa yang bermaksud di dalamnya melakukan kejahatan secara zalim, niscaya akan Kami rasakan kepadanya sebagian siksa yang pedih. "
(QS. Al-Hajj [22] : 25)

hmm..menakutkan betul bila manusia menjadi bertambah-tambah tamak dan haloba sehingga berani mengganggu kesucian masjidil haram. we might not realize that this is an agenda to distract people from being totally focused in their 'ibadah. bukankah secara halusnya, pembangunan yang semakin rancak di sekitar masjidil haram adalah secara tidak langsung menghalangi manusia menuju ke jalan Allah. bayangkan orang pegi haji bukan sebab betul-betul nak pegi haji/ umrah. tapi sebab nak shopping, nak melawat bangunan tertinggi di dunia, nak bermegah-megah dan kagum-kagum dengan penciptaan bangunan tersebut. maka di manakah rasa kagum, cinta dan tawadhuk kepada Allah dalam hati para pengunjung tanah suci nanti? di manakah kaabah? di manakah masjidil haram? tenggelam begitu sahaja akibat hidangan-hidangan duniawi yang menjadi lambang kemegahan dan ketamakan manusia hari ini.

so sad.

Sunday, June 5, 2011

kisah arnab dan kura-kura

ok hari ni mari kita story telling. sape ingat kisah arnab dan kura-kura ni? cerita femes kot! siapa yang tak ingat memang nak kena lah ni. kalau tak tahu takpe tapi kalau tak ingat, memang tak boleh dimaafkan! Baiklah mari kita mulakan!

Paaaada suatu hariiiii...(dengan nada common pertandingan bercerita peringkat sekolah rendah) sang arnab yang angkuh mengajak sang kura-kura untuk berlumba lari dengannya. Sang arnab yakin dia pasti menang kerana sang kura-kura memang lambat pergerakannya. Sang kura-kura pula walaupun tahu sang arnab itu pantas berlari dan menyedari kelemahan dirinya namun masih berani menyahut cabaran sang arnab.

maka hari yang ditunggu-tunggu pun telah tiba. perlumbaan disaksikan seluruh warga kampung mereka. sang arnab penuh yakin manakala sang kura-kura penuh optimis. "on your mark, get set...GO!!" maka bermulalah perlumbaan antara keduanya. Sang arnab terus memecut laju bagai kilat manakala sang kura-kura bergerak slow and steady.
sedang mereka berlumba-lumba, arnab yang angkuh itu pun mula terasa penat dan lelah lalu mengambil keputusan untuk berehat sebentar tanpa risau sang kura-kura akan memintasnya kerana pada hematnya sang kura-kura itu terlalu lembap untuk memintasnya sekalipun dia tertidur. Sang kura-kura pula masih gigih melangkah dengan penuh usaha demi untuk sampai ke garisan penamat.

di tengah jalan, terlihatlah akan sang kura-kura perihal sang arnab yang sedang tidur di tengah jalan. sang kura-kura hanya tersenyum kura-kura. Dia terus melajukan langkahnya meninggalkan sang arnab di belakang. semakin dia berjalan, semakin jauh sang arnab di belakangnya.

sang arnab terjaga daripada tidurnya. Dia ketawa seorang diri kerana masih tidak kelihatan sang kura-kura di depan mahupun di belakangnya "huh lembap betul sang kura-kura ni. aku dah bangun daripada tidur pun masih lagi belum kelihatan di sini" apabila semakin menghampiri garisan penamat, alangkah terkejutnya dia bila mendapati sang kura-kura telah tiba di garisan penamat tanpa sempat sang arnab memintasnya. Maka kecewalah sang arnab, keangkuhannya ditewaskan oleh kegigihan sang kura-kura.

errr..eeh...ehh.. apa pakcik ni buat kat sini..err pendekar penyu, anda tak terlibat dalam story ni. kami sedang mendengar cerita tentang kura-kura. bukannya penyu ye.

pendekar penyu: errr yeke? ooohh ok ok *mula melangkah pergi*
me: *sigh sambil lap peluh di dahi yang tak ada pun*

begitulah adik-adik (duh saya takdelah tua sangat di sini.)..ok ok, start again.

begitulah para pembaca sekalian, kisah teladan haiwan yang boleh dijadikan bahan kajian untuk kita renungkan, muhasabahkan dan gali moralnya. teringat masa kecil dulu memang suka baca buku-buku kisah teladan yang berasaskan haiwan. Paling favourite ialah Aesop's Fables.

saya bukan nak mengulas dengan panjang lebar tentang moral of the story yang dah common kita dengar iaitu "jangan bongkak, angkuh dan sombong", "jangan berputus asa", "biar lambat asal selamat"

saya nak mengajak anda semua, ye KORANG SEMUA, kaitkan kisah ini dengan dakwah dan tarbiyyah :)

oh wait wait! what rabbit and tortoise got to do with this serious matter of dakwah dan tarbiyyah?

ok lets leave behind those animals and focus on the essence of the story.

pertama sekali apakah dakwah dan tarbiyyah itu? dakwah bermaksud mengajak atau menyeru. dalam konteks yang lebih senang difahami, menyeru ke arah kebaikan dan mencegah ke arah kemungkaran. dakwah merupakan tanggungjawab utama kita, sebaga manifestasi terhadap syahadatul haq yang kita ucapkan berkali-kali setiap hari dalam solat. oh kejap, apa itu syahadatul haq? syahadatul haq ialah kesaksian yang benar yakni terhadap kalimah:

"Laa ilaaha illallah wa muhammadurrasulullah"

"tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."

"There is no God but Allah and Muhammad is His messenger."

jika kita benar-benar yakin dengan kalimah ini maka kita tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab yang terkandung disebaliknya iaitu menyampaikan risalah ini kepada seluruh manusia di seluruh dunia dalam apa jua cara yang dihalalkan syarak. maka jangan culas dalam berdakwah! kelak kita akan dipersoalkan oleh Allah dan seluruh manusia yang menyalahkan kita atas ketidaksampaian kalimah suci ini kepada mereka.

ok now what is tarbiyyah? tarbiyyah ialah pendidikan but not merely pendidikan. paling tepat ia merupakan satu proses. satu proses penyiapan manusia yang soleh yang merangkumi seluruh kehidupannya agar tercapai keseimbangan dalam potensi, tujuan, ucapan dan tindakannya secara keseluruhan. senang kata tarbiyyah merupakan method paling berkesan untuk melahirkan modal insan. tarbiyyah merupakan jalan Rasulullah dan para sahabat. Kalau kita selusuri kembali perjalanan sirah baginda, kita akan dapati bahawa Rasulullah menanamkan dan mengukir risalah/ wahyu Allah di dalam hati para sahabat, membentuk peribadi yang mulia dalam kalangan pengikutnya sehingga kalau dicampak para sahabat ke mana-mana pun, Islam pasti boleh survive dan berkembang. Itulah kuasa modal insan sebenar! yang melahirkan Qaedah Sulbah (tulang punggung) yakni pendokong, the core of the followers, the pure muslim! the 313 people who were fully submitted to Allah and join the army of Badr despite their lack of training and weapons!

Dakwah tanpa tarbiyyah ibarat kereta yang terus membawa penumpang tanpa mengisi minyaknya. Terus memecut menghantar penumpang ke destinasi sedang diri sendiri lelah dan semput, tiada sumber pembakar yang akhirnya membawa dirinya kehilangan tenaga lalu mati begitu sahaja tanpa sampai ke destinasi sendiri. sayang, seribu kali sayang. Maka tarbiyyah amat penting buat para pendakwah untuk terus menjadi bekalannya di sepanjang jalan dakwah yang penuh berliku dan beronak duri.

alahai, mana kaitan dengan cerita arnab dan kura-kura ni?

nantilah. sabarlah. nak cerita dah ni.

so apa kaitannya?

first of all, silalah ketahui bahawa dakwah dan tarbiyyah (D&T) ada tiga karakter dasar:
  1. sukar tapi kukuh (sha'bun-thabit)
  2. panjang tapi asli (thawil-ashil)
  3. lambat tapi terjamin (bathi'-ma'mun)
ok jom kita tengok satu persatu dalam ketiga-tiga karakter ni!

1. sukar tapi kukuh- jalan dakwah bukan mudah. sesiapa yang menggalas tugas yang besar ini, ujiannya pastilah juga besar. bukan calang-calang orang yang sanggup memikul tugasan ini. Rasulullah sendiri terbukti sebagai orang yang paling kuat diuji sekalipun baginda seorang nabi. namun ianya jalan yang kukuh. melalui tarbiyyah, the core people dilahirkan. yang sanggup menggadai apa sahaja demi Allah. lahirnya individu-individu yang kukuh iman dan peribadinya merupakan indikator penting ke arah terlaksananya 7 maratib amal ke arah merealisasikan pertabalan khalifah dunia islam seterusnya menjadikan Islam sebagai rujukan utama seluruh alam (ustaziatul alam)

proses D&T ni juga boleh diibaratkan sebagai menanam sebatang pokok. kena sentiasa disiram airnya, bajanya, kena trim-trim, monitor tumbesarannya, protect dia daripada serangan haiwan-haiwan perosak. Selain itu pokok tu pun tak terkecuali daripada terkena hujan, ribut taufan, snow, hujan batu, panas terik dan macam-macam kerenah alam lagi. namun segala cabaran yang dilalui oleh sang pokok ini membuatnya terus menjadi kuat dan hanya yang kuat akan survive, berputik, berbunga seterusnya melahirkan buah yang berkualiti yang dapat dimanfaatkan oleh seluruh anggota ekosistem.

macam dalam cerita kura-kura dan arnab ni, kura-kura dah sangat kenal dengan arnab. dia tahu kepantasan arnab namun dia berani menerima cabaran sang arnab. dia kuat menghadapi serangan psikologi daripada sang arnab sehingga dia mampu optimis dengan kemampuannya. sekalipun berjalan perlahan namun sang kura-kura tidak sekali-kali berhenti tapi terus melangkah dan melangkah.

2. panjang tapi asli- seringkali kita diuji dengan sebuah perjalanan yang amat panjang sehingga akhirnya kita tidak pasti ke mana hala tuju kita dan di mana jalan yang panjang ini akan berakhir. kemudian kita berhenti bergerak dan beralih arah. namun berlainan pula halnya dengan D&T. jalannya memang panjang. Untuk islam mencapai zaman kemuncaknya, bukanlah mengambil masa sehari dua. malah generasi saling berganti generasi. Namun yang pasti jalannya mengikut jalan yang asli yang dirintis Rasulullah dan para sahabat. Jalan yang panjang ini terbukti menuju redha Allah, menggapai cita-cita Islam yang tinggi iaitu untuk menakluki dunia. Rasulullah pernah memberikan khabar gembira kepada para sahabat yang Istanbul akan dimiliki oleh umat Islam. Semua sahabat berlumba-lumba untuk menjadi orang yang membuka kota Istanbul. Sehingga beratus-ratus tahun lamanya, akhirnya kota Istanbul berjaya dibuka oleh orang Islam di zaman Turki Uthmaniyyah. Perjalanan yang mengikut manhaj dan fikrahasli ini telah melahirkan manusia-manusia yang sangat berkualiti dan tinggi keazaman sehingga Islam berjaya memayungi 2/3 bumi.

Same goes with para pejuang Islam yang teguh menegakkan kebenaran dan menjalankan tugasnya sebagai da'ie di muka bumi, mereka disiksa, dipenjarakan malah dibunuh namun mereka masih teguh dengan pendirian mereka, masih mampu menulis dalam penjara. sekalipun telah mati mereka telah meninggalkan anak-anak didik yang masih tegar menyambung perjuangan mereka sehingga kita dapat menikmati Islam itu pada hari ini. Subhanallah..Semua ini terjadi kerana mengikut sunnah nabi yakni berdasarkan manhaj dan fikrah yang tulen.

seperti kura-kura tadi, dia tahu dengan pergerakannya yang slow itu, dia akan mengambil masa yang lama untuk sampai ke garisan penamat. namun bukanlah kelajuan/ tempoh masa yang menjadi perkara utama tapi matlamat utamanya, iaitu sampai ke destinasi. strateginya mudah, tidak melayan ejekan sang arnab dan meneruskan usahanya tanpa putus asa.

3. lambat tapi terjamin- dakwah ibarat marathon, bukan sprint. ia memerlukan nafas yang panjang. matlamatnya besar maka asas binaannya mesti kukuh supaya tak mudah roboh. menurut maratib amal, ia harus dimulakan dengan pembentukan individu yang soleh dan bertaqwa. individu yang berkualiti ibarat batu-bata yang berkualiti. dengan batu-bata yang berkualiti, simen yang berkualiti, akhirnya akan melahirkan bangunan yang kukuh. jalan ini juga memerlukan kepada istiqamah dalam apa jua ibadah yang kita lakukan. hanya dengan istiqamah, akan menjadikan kita lebih kuat daripada orang lain kerana istiqamah menjamin kita sentiasa mengingati Allah setiap hari, setiap masa. mesti diiringi dengan kesabaran, ketabahan dan kekuatan fizikal, mental dan emosi serta harus sentiasa sedar kelemahan diri dan tidak takut untuk melakukan perubahan dan pembaikan diri.

jalan yang tulen ini menjamin keutuhan dan long life-span kepada kerajaan islam yang bakal dibina. ini sangat berlainan dengan jalan siasi (politik) yang lebih bersikap terjun segera kepada matlamat besar dengan mengabaikan aspek pembentukan individu2 muslim yang berkualiti. kita dapat lihat melalui sejarah sekiranya pembetukan batu-bata yang berkualiti diabaikan dalam sesebuah pembangunan, maka kehancurannya juga segera sebagaiman segeranya ia berjaya dibangunkan. (pehe dok ni?)

mari kembali kepada kisah arnab dan kura-kura. kita dapat lihat betapa lambatnya kura-kura berjalan. tapi kura-kura tak pernah berhenti berjalan. terus sabar dan tabah melalui perjalanannya. bagai larian marathon yang memerlukan nafas panjang. kura-kura tahu kawalan nafas amat penting dalam menuju matlamat maka kura-kura tidak tergesa-gesa menuju ke garisan penamat. dia tidak mahu kemampuannya untuk terus bergerak dikalahkan oleh nafsunya dengan mengabaikan kawalan pernafasannya. sebaliknya cer lihat sang arnab. memecut untuk menuju perjalanan yang panjang bukanlah langkah yang bijak. akhirnya badan mula merasa overloaded lalu menjadi pancit dan lelah. berhenti berlari dan berehat, akhirnya tertidur. terlambat bangun dan terlambat pick-up lalu kalah dalam perjuangan. ditambah pula dengan kangkuhannya, memang kalahla.

maka kesimpulannya di sini, marilah melalui jalan dakwah dan tarbiyyah ini. inilah satu-satunya jalan yang terjamin masa depannya. yang dilalui oleh Rasulullah sendiri kemudian dirintis para sahabat dan generasi seterusnya. ianya masih berjalan tapi bak kisah arnab dan kura-kura, perlahan, panjang, tapi insyaAllah akan sampai juga. marilah kita pinjam trait sang kura-kura yang sabar, tabah, optimis, istiqamah, kuat, bijak, dan tahu matlamatnya!

Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar. (AQ 3:146)

Dan sesungguhnya inilah jalanKu (singular) yang lurus, maka hendaklah kamu mengikutinya, dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (plural) lain kerana itu mencerai beraikan kamu dari jalan allah, yang demikian itu allah mewasiatkan kamu supaya bertaqwa ( AQ 6:153)

dhuha

inilah saya :D

Friday, June 3, 2011

sambungan..


oh seronoknya main photoshop!!! teruja nak menyambung poster. walaupun tak digunakan, tapi terasa puas tengok hasil sendiri :P

p/s: walaupun saya promoter tapi saya sendiri tak join mukhayyam ini sebab saya kan balik kampung..wuuu dah lama x camping T__T

pape pun, gembira hari bahagia dah nak tiba :D *lagu balik kampung dendangan sudirman berkumandang*

Thursday, June 2, 2011

poster winter retreat

hoyeah! poster pertama saya! kali ni saya kena wat poster promo utk aktiviti winter under isma. pastu agak terkebil2 tak tau nak wat camne. setelah main2 dengan photoshop, inilah hasilnya :D tema kali ni ialah refresh, recharge, relax..dua wanita yang melompat tu ialah kakak2 naqibah :P

saya wat background je, selebihnya serah kat pina. kalau tak, tak study la saya, esok da kena submit poster ni T__T

akhir kata, cantik tak? cantik tak?

Wednesday, June 1, 2011

mari mengikut jalan tarbiyyah!



Rasulullah SAW did not leave the Quran in mushaf but left it ENGRAVED in the HEART of sahabah. subhanallah...alhamdulillah diperkenalkan oleh Allah kpd jalan tarbiyyah. semoga Allah tetapkan hati untuk terus berada dalam jalan ini, insyaAllah :)