selama ni saya tak tahu kenapalah saya kena belajar semua gigi-gigi ni. what can i actually do other than treating masalah gigi masyarakat? saya rasa macam terkapai-kapai camtu je belajar gigi nih. therefore saya memang tak mahu pergi jauh dalam bidang ini. saya tak nak further study juga. sudahlah tak minat. kemudian tak tahu apa yang boleh saya buat untuk dijadikan matlamat perjuangan murni yang berlandaskan Islam.
tapi sesi usrah semalam telah membuka dimensi (perghh ayat!) baru dalam cara saya berfikir. kami bincang tentang kesyumulan islam, tentang masalah malaysia, tentang Islam adalah satu-satu agama yang menekankan 'prevention is better than cure'. Islam adalah the most brilliant public health measure. sebenarnya dah lama dah dok berbincang tentang Islam dan public health ni. tapi malam tadi rasanya adalah satu 'spark'.
"cuba tengok new zealand. tutup kedai awal. orang pun balik rumah awal, spend quality time dengan family. kita pun boleh berehat awal, tidur awal dan senang nak bangun qiyam." saya dan ahli usrah berpotpet2.
"oh bestnya kalau malaysia boleh buat sistem camtu kan." saya berfikir dalam hati.
"oh! saya nak amik public health la camni! boleh masuk kementerian and buat polisi!" saya meluahkan idea dan hasrat.
"ha, buatlah macam tu! ermm tapi rakyat kena ditarbiyyah dulu. tarbiyyah itu penting. kalau rakyat tak difahamkan, susah jugak diorang nak terima polisi baru secara tiba-tiba macam tu. macam jugak kalau kita tukar sistem pemerintahan tanpa majoriti rakyat ditarbiyyah mengikut aliran fikrah yg sama, apa gunanya tukar kerajaan. rakyat hanya bersorak sekejap lepas tu kembali soal itu ini, minta itu ini. tak puas hati sana sini" kakak naqibah memberi komen.
hmm..sepanjang malam saya telah berfikir. baiklah saya telah ada azam dan cita-cita baru. saya akan bekerja keras mentarbiyyah diri sendiri, kemudian mentarbiyyah masyrakat. kemudian further study in public health. masih juga tidak lupa tentang cita-cita untuk mendalami bahasa arab dan ulum Quran. kemudian saya nak masuk admin. masuk kementerian. bekerja dengan policy makers. haa, lepas tu rahsialah. saya kena laksanakan basic aim dulu untuk capai matlamat besar.
maka tugas saya sekarang ialah:
- tarbiyyah diri sendiri
- tarbiyyah keluarga dan masyarakat
- menuntut ilmu sejauh, sedalam dan setinggi mungkin
- buang sikap malas, kena RAJIN SUNGGUH!
(courtesy of kak sarah)
Aim terbesar: mengaplikasikan sistem islam dalam sistem kesihatan dan gaya hidup masyarakat. InsyaAllah, semoga Allah bukakan jalan dan permudahkan jalan! ameen!
p/s: indahnya hidup beragendakan Islam
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~