bismillahirrahmanirrahim (dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih)
assalamualaikum wbt
jom taaruf dulu. pertama sekali, saya ialah seorang mahasiswa (walaupun agak malu nak mengaku sebenarnya huhu). kedua, saya merupakan pelajar tajaan kerajaan. ketiga, saya dan keluarga bukan peminat PTPTN. ok cukuplah tu.
sebelum ada orang salah sangka, saya nak bagitahu yang saya malu untuk mengaku mahasiswa kerana 'imbuhan' 'maha' di depannya. hoho..siswa cukuplah. saya bukan bijak sangat. belajar pun tak banyak mana. maka anda semua adalah mahasiswa, saya pula seorang siswi.
kebelakangan ini saya sedang disibukkan dengan isu timur tengah. isu syria dan isu palestin serta cuba untuk sentiasa up-to-date dengan GMJ (Global March To Jerusalem). dalam kesibukan itu saya terlepas pandang isu yang ada kat malaysia. hoho tak patriotik ke saya? eh sebab saya patriotiklah saya tergerak untuk menulis ni.
bila saya rajin-rajinkan diri untuk scroll down news feed kat facebook, saya macam "eh..eh..apa lagi isu mahasiswa ni? tak habis-habis lagi ke?" ada video, ada artikel, ada mcm2 komen etc..saya baru sedar saya dah ketinggalan rupanya. ingatkan masih bising tentang AUKU lagi. rupanya sekarang ni bising tentang PTPTN dan Free Education pula. diorang ni takde kelas kena attend ke eh, asyik berdemonstrasi berturut-turut ni?
hari ni barulah kelam kabut nak google isu ni. baca-baca daripada kedua belah pihak. saya no komenlah tentang mana satu fakta yang betul atau salah. saya nampak semua ni hanyalah mainan politik. tak tahu kenapa. instinct kot. instinct boleh pakai ke untuk menilai fakta/berita? tp memandangkan pilihanraya nak dekat dah, isu apa pun yang timbul kat malaysia saya akan merasakan itu hanyalah permainan politik semata.
ingin saya beritahu, memandangkan saya ini siswi sahaja. bukanlah mahasiswa. maka saya pun kurang cerdik daripada kalian semua. siapalah saya untuk didengari kata-katanya tapi at least dalam blog sendiri i can have my say. ada kesedihan dan kekecewaan yang terbuku dalam dada saya terhadap mahasiswa malaysia yang mesti saya luahkan dan tulis kat sini. tiada salah atau betul dalam penulisan ini melainkan hanyalah luahan perasaan dan sedikit teguran yang tidak seberapa. saya tak pandailah nak geledah agenda tersembunyi dan seangkatan dengannya. bagi saya isu ni tak perlu saya berikan perhatian lebih-lebih sebab lebih banyak lagi isu yang mesti saya beri perhatian.
saya tahu banyak yang kerajaan lakukan masih belum sempurna dan masih ada cacat cela di sini. tapi ketahuilah membina kerajaan bukan mudah. (sekejap, saya bukan pro-kerajaan mahupun pro-pembangkang. i am a learner). dan orang-orang yang membina kerajaan ni dah melalui kehidupan sebagai pelajar dengan darjah ilmu yang lebih tinggi daripada kita, mereka dah menempuh pelbagai pengalaman. kita baru setahun jagung dalam bidang politik mahupun dalam pengajian kita sendiri. siapalah kita untuk mendabik dada bahawa kita lebih pandai dan lebih tahu. kalau ada ketidakpuashatian pun, luahkan dengan rasa hormat atas dasar menghormati senior. ok? maka kat sini saya akan menghormati semua pihak yang terlibat sambil sentiasa meletakkan posisi saya yang terbawah sekali dalam 'kasta' masyarakat di malaysia.
pertama, PTPTN. hmm seperti yang saya beritahu di atas, saya bukanlah peminat PTPTN. begitu juga keluarga saya. ayah saya bertungkus lumus bekerja semata-mata ingin membiayai sendiri pengajian anak-anak. abah tak suka pinjam duit orang lebih-lebih lagi pinjaman yang berpuluh ribu. abah kata PTPTN charge interest bila tiba masa untuk bayar balik. abah cakap abah tak nak bebankan anak-anak dengan hutang maka abah guna tulang empat kerat untuk membiayai anak-anaknya. alhamdulillah saya tak guna duit abah untuk belajar dan saya juga tak guna pinjaman. saya dapat biasiswa. alhamdulillah, itulah free education :)..keluarga saya bukan keluarga kaya raya. rumah ada sebijik je tu pun bukannya gah pun. rumah itu pun baru dibeli 7 tahun yang lepas. selama 18 tahun sebelum tu hidup menyewa je. abah pula dulu bekerja sendiri. 7 tahun lepas je baru start kerja makan gaji sebab yelah anak-anak abah dah makin besar, semua nak masuk uni. jadi abah kena ada income tetap untuk sara semua orang. abah tanggung 2 orang anak kat IPTA, seorang kat matriks, seorang kat sekolah menengah. kesimpulannya, abah berjaya elak PTPTN 3 kali. itu pun mak cakap semput jugaklah abah nak tanggung sorang-sorang. mak tak kerja. maka saya pun tanam cita-cita untuk kerja kuat biar saya boleh tanggung pengajian anak saya sendiri. kalau boleh, biasiswa kerajaan pun saya tak nak anak saya ambil. biarlah yang lebih memerlukan ambil biasiswa tu (sebab betul, saya tak faham kenapa ada juga anak orang kaya yang ambil biasiswa dan pinjaman). ok bila tulis balik impian saya ni, saya tersedar betapa banyaknya duit saya kena kumpul. dahlah nak sekolahkan anak di sekolah swasta kan (sambil bayangkan wajah tua saya yang berpeluh bertungkus lumus kumpul duit)--> tak boleh boros lagi!
maka point saya kat sini, kalau tak suka PTPTN, janganlah pinjam. kita suka sangat salahkan sistem, salahkan orang lain tapi never once we want to put the blame on ourselves. bila ramai yang tak suka PTPTN, maka semakin kuranglah peminjamnya then lama-lama terhapus sendirilah kot PTPTN tu. hoho that is just my simple way of thinking.
tetapi masalahnya sekarang ramai orang tak mampu nak afford pengajian guna duit sendiri. yeke? yuran IPTA pada saya dah murah habis dah. kat new zealand ni, dalam mimpilah nak dapat yuran semurah tu. tambahan pula, dalam pemerhatian saya orang-orang yang meminjam PTPTN ni sebenarnya mampu je (bukan semua. segolongan). saja suka-suka nak ambil PTPTN untuk tambahkan elaun sendiri. then duit elaun guna beli benda-benda yang mewah. lepas dah habis pengajian tak nak bayar pula. bukankah hutang itu sunnahnya akan kena bayar jugak akhirnya?
sistem PTPTN itu bermasalah, ya tidak dinafikan. tapi peminjam juga bermasalah bila hanya tahu pinjam tapi tak nak bayar. sekurang-kurangnya rasa malulah kepada diri sendiri.
kita sudah terlalu dimanjakan wahai mahasiswa melayu. lihatlah kawan-kawan kita yang berlainan bangsa tu, sudah jauh meninggalkan kita dalam serba-serbi hal. mereka tak dapat kuota pinjaman dan biasiswa, mereka masih mampu membiayai pengajian mereka malah cemerlang lagi tu. kita pula asyik mengeluh itu tak cukup ini tak cukup. banyak berkata-kata tapi kurang amalnya. berdegar-degar berjuang pun, itulah kita, masih terkebelakang dalam pelajaran. malu? mungkin elemen inilah yang semakin kurang dalam diri orang melayu.
malu itu separuh daripada iman. akhlak malu itu indah. malu yang diletakkan pada tempatnya mampu menjadikan kita indah mempersona, mampu menjadikan kita cekal, tabah dan kuat. mampu membawa kita ke hadapan. bila kita malu melihat nasib bangsa dan agama, kita terdorong untuk bergerak memperbaikinya. dengan rasa malu itu juga kita bertindak penuh sopan dan rasa hormat. akhlak malu dibawa ke mana-mana sahaja hatta dalam agenda perjuangan sekalipun.
kedua, free education. kalau nak free education, belajarlah rajin-rajin. nanti dapat biasiswa. pinjaman pun boleh dikurangkan atau di'convert'kan menjadi biasiswa bila kita cemerlang dalam pelajaran. everything comes with a price. free education datang dengan kerja kuat dan tanggungjawab yang besar di bahu peminjam dan pemegang biasiswa. itulah harga yang kena dibayar. kalau nak beri free education kepada semua orang, masih adakah lagi golongan yang akan menghargai ilmu kelak? tak semua orang ada attitude yg sama terhadap ilmu. pelajar tajaan pun masih belum ramai yang boleh perform secara cemerlangnya, ada yang tercicir dan sebagainya. apa akan jadi kepada prestasi akademik bila semuanya free? dekat new zealand, there is no such thing as free education. setiap kali saya beritahu pesakit saya di'sponsor' kerajaan, mereka akan ternganga kagum sambil berkata "you're such a lucky wee girl". ok it is not wise to compare malaysia dan new zealand. i know. tapi nak emphasize betapa bertuahnya kita dan kita kena bersyukur.
rasanya kerajaan dah banyak subsidized macam-macam. sektor kesihatan misalnya. lebih-lebih lagi bahagian pergigian. Subhanallah, nak scaling RM2.00 je. kat nz $30.OO ok. kat malaysia siap bagi free treatment untuk elderly dan pregnant woman. dekat NZ semuanya berbayar dan bayarannya bukan murah! oleh sebab nak mudahkan urusan rakyat malaysia agar rakyat malaysia menjadi sihat walafiat, maka gaji pegawai kesihatan jadi taruhannya. amat sedikitlah gaji kami jika nak dibandingkan gaji rakan2 kami di luar negara. malah gaji kami lebih rendah daripada pekerja swasta walaupun kerja pagi sampai tengah malam and vice versa. lepas tu muncul permintaan nak naikkan gaji pegawai kesihatan. bayangkan bila education pula menjadi free, gaji tenaga pengajar yang memang dah sedia tak berapa nak banyak tu akan menjadi lebih kurang pula. muncul pula gerakan pengajar-pengajar yang nak naikkan gaji. never ending story.
saya tahu kerajaan kita banyak duit dan saya juga tahu ada banyak question marks on where the money has been spent to. namun penyelesaiannya bukanlah semudah ABC. saya juga percaya terdapat usaha-usaha untuk memperbaiki semua kekurangan ini. pada saya, selaku pelajar kita bertanggungjawab terhadap ilmu yang menjadi medan utama kita buat masa ini. tidak salah mengambil tahu isu politik. tidak salah untuk duduk dalam barisan yang berjuang. tak salah untuk menyatakan ketidakpuashatian. tapi kenalpasti prioriti dan sentiasa tahu di mana kita berpijak. dan sebagai muslim, jagalah akhlak dan tutur kata. setiap perkara yang mengandungi kata-kata tak senonoh dan tak sopan akan buat saya meragui nilainya. entahlah saya tak tahu nak nasihat apa lagi sebab saya tak arif sangat. apa yang saya nampak melalui gerakan mahasiswa ni adalah sesuatu yang sangat agresif ibarat mangga muda yang masam rasanya (hoh, boleh pulak tiba-tiba termengidam di tengah-tengah penulisan. cicah kuah rojak nyum2~)
saya gembira ada mahasiswa yang mahu berjuang untuk kepentingan masyarakat daripada golongan yang tak tentu hala bergoyang kaki dan melayang-layang terbuai dengan dunia ini. namun eloklah sekiranya semangat yang membara itu dituntun oleh iman dan akhlak yang didasari ilmu terlebih dahulu. buat masa ni eloklah mahasiswa tone down, tumpukan perhatian terhadap perkara-perkara utama. ikut convoy palestin ke. turun jumpa masyarakat sambil berbakti ke. perjuangkan isu akhlak remaja yang makin mencorot dengan mengadakan kempen, ceramah, forum, dialog, dan banyak lagi wasilah-wasilahnya. usah tertipu dengan mainan politik. usah terlalu mudah dijentik dan terjentik. work hard so that you can be someone in the society yang berpengaruh dan bermanfaat.
ok tu je dua sen saya. yang buruk jadikan sempadan yang baik jadikan teladan. i am not the best person and not in the right position to say all these. tiada apa-apa daripada hujah saya yang boleh dijadikan sandaran. seperti yang dibilang pada awal tulisan, hanya luahan rasa. isu ini juga saya jadikan bahan muhasabah diri. menilai balik adakah saya bersyukur dengan nikmat kurnia yang saya terima ini (free education). bersyukur tak cukup kalau hanya diluah sekadar di bibir. ibarat orang yang berterima kasih kepada seseorang, dia akan belikan hadiah, dia akan bagi layanan mesra etc. begitu jugalah seorang hamba yang berterima kasih, dia akan pulangkan hadiah yang teristimewa terhadap Tuhannya, itulah ibadah. dia juga akan berikan yang terbaik dalam segalanya. kalau dia bersyukur tangannya ada sepasang, dia tidak akan gunakan tangannya untuk berlaku maksiat. kalau dia bersyukur dapat biasiswa/ free education, dia akan belajar sungguh-sungguh. syukur itu dengarnya senang, tapi dah terbuktikah, dhuha?
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~