Tuesday, July 7, 2009

♦ perjalanan seterusnya

wahai malaikat..
tanyakan pada Pemilik umurku
berapakah nafas yang tinggal

wahai malaikat..
tanyakan pada Pemilik nyawaku
bagaimanakah rohku akan terenggut

wahai malaikat..
tanyakan pada Pemilik tubuhku
bilakah jasad akan kaku

wahai malaikat..
tanyakan pada Pemilik tanah
mahukah bumi memelukku

wahai malaikat..
tanyakan pada Pemilik langit
mahukah langit mengangkatku

wahai malaikat..
tanyakan pada Penciptamu
apakah rupamu sewaktu menjemputku

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~