Saturday, July 25, 2009

♦ daging oh daging

hari ni gi midvalley bersama najla, my ex-housemate semasa di intec.
guess what, aku memanggil hari ini sebagai hari shopping daging.hahaha.
breakfast aku makan grilled lamb chop di food junction.
lunch aku makan hotdog di GSC sambil tgk transformers.
dinner aku makan grilled t-bone steak di food junction lagi.
food junction ajelah..

aku teringin nak try steak atau lamb dekat steakhouse seperti tony roma's, victoria station dan TGI fridays..dan chillis.namun masalah ragu2 tentang kehalalannye menghalang aku. aku wat research kt internet mengatakan dagingnya halal.owner pn melayu.tp ade jual arak.dulu aku ingt xpelah, asalkan daging halal, tu yang sampai 2 kali aku makan kat chillis tp tu pn aku makan ayam.xsempat rase daging.

namun aku pernah baca amanat hassan al-banna kepada pemuda2 muslim: "jangan kamu makan di tempat yang ade di dalamnya perkara2 yg haram seperti arak.."astaghfirullah..teringat masa aku makan kat chillis dulu, betul2 duduk sebelah bar yg menjual margarita..mase tu baru rase cam sumting wrong gk mkn kt tempat tu. walaupun dagingnye halal we wont know how they handle things,how they store things..haram n halal things might mixed up n thus menjadikan kita was2 nak makan..bila rase was2,tinggalkan saje krn itulah perkara yg syubhah.heart can tell. i mean, natural muslim instinct can tell kalau hati tu terang la. roh kita kan mmg bond to Allah. kdg2 hati mmg xsedap nk buat perkara tu tp bila kita da ignore instinct tu n start buat benda haram, hati akn jadi buta terus. xnampak dah halal haram.

by the way,org kata byk mkn daging akn menaikkan nafsu. yeke? aku berjaya kurangkan nafsu shopping adela..wihihi..bought a present for my father's bday, a wallet to replace my old koyak rabak wallet n a denim dress n dettol hand sanitizer(haha..tu pn nk mention). tu saje! kat intec dulu aku penah ber'diet shopping' dengan hanya membeli selai je baju dan wa (my ex-housemate kat intec) pnah berkata, "eh ni bukan dhuha ni"..hahaha..aku kalo shopping biasenye beg plastik lagi besar dari aku. i shop for quantity n comfort not for expensive labels. sebab tu aku boleh borong byk2 berbanding najla yg suka bli expensive labels,sebab tu plastik dia de satu je.haha..

aku termakan kata2 bee "buat ape beli baju branded2..same je sebenarnye..and actually we pay more to feed their models and advertisement"..betul tu..aku masuk topshop, tshirt yg ade print label je pun dah rm200. melampau. i can buy a plain tshirt n copy the label from the web n then print it on my shirt. for free! only pay for the plain tshirt which is only bout rm10-rm 20..n plus the INK cost.haha..tp xkn cecah 200 punyela.sumpah.

btw, for tshirt, aku rela bli kat times square je.design cun dan murah. dan tshirt muslimah of coz,bli online je. tp aku dlu persoalkan gk apesal tshirt muslimah mahal cz i wont wear a tshirt yg melebihi rm 30..but xpela, extra kain kan..utk syariat jugak..dan support industri tempatan. pakaian muslimah mmg wajib mahal sbb material yg bagus(xjarang.kalao jarang pn,berlapis2..so byk kain gune) then labuh pulak tu.kain mmg cukupla..xkoyak sane sini.xlubang sane sini.tp utk student cm aku (perhatian utk tasneem:walaupun ditaja,tp aku masih xmewah),agak menelan airliur la utk membelinya..seb baek ade jalan TAR.i can buy a jubah below rm 100 akibat tawar-menawar yg best. rase cm xreasonable lak bli baju mahal2..sbb aku tau kalo aku pakai baju murah pun, aku leh tutup aurat dan aku leh bergerak ngn selesa..kalo bju mahal,syg nk pakai kot..takut kotor,takut koyak,takut org envy..sudahnye simpan dlm almari.buat ape.

oh mmg baju aku xpnah cecah seratus.plg mahal pun jubah hitam itula. berbalik kpd tujuan berpakaian: menutup aurat dan sebagai protection drpd cuaca,environmnt,org sekeliling. harga dan jenama hanya utk kepuasan hati dan nafsu. some people say its like a booster to their confidence. confident utk ape? utk bdepan ngn manusia la kn. ngn tuhan? fikir2kanlah...renung2kanlah..aku bukan nak ajak org sume beli baju kat pasar.no. cuma berfikir dgn lebih waras. penyakit al-wahn(cintakan dunia) telah betul2 menghilangkn kewarasan manusia termasuk org islam. back to basic. jgn berlebih2..esok2, Allah tanye, ke mane duit kamu pergi??? ke zara? ke guess? ke levi's? dan ke mane duit tu akhirnye pergi? ke perut kafir2 yg terus menyesatkan manusia tanpa kita sedar. ke perut model2 yg semakin bersemangat bg pose maut kt photographer utk promote their products.call me kolot.call me conservative. i am. bukannye xboleh beli tp berpada2la..jgnla sampai makan diri sendiri. biarla harga tu reasonable. tp yela, bg org kaya, tshirt rm200 tu sgt reasonable bg mereka.

eh aku rase mcm dh lari tajuk..cite daging kot..apesal aku cite psl baju..ok2 back to daging.aku telah shopping daging.itula ceritanya. dan aku tlah suruh mak plak shopping daging salai utk aku. buat msk lemak cili api..aku da teringin sgt ni...keinginan yg dipendam selama 4 tahun..chewah..ritu ade mkn daging salai msk lemak mse celebrate bday mak.tp xpuasla..nk lagi..1st time aku mkn, mak reiza yg serve sebelum aku pindah. reiza sruh try je.tp aku melampau sampai mintak tambah nasi dan lauk sekali.

p/s: malang siapa jadi suami aku. akan ada minggu di mana selera aku menggunung..then he has to spend more money to feed me. tu belum kes mengidam mase pregnant.mst suami aku nk anak satu je nanti.xpun xnk anak langsung.wakakaka..malangnye beliau.

Friday, July 24, 2009

♦ most wanted




NAK!

huhu..tp xde kat msia..nak order, teramat mahal pula..apehal msia xde jual baju cmni??

NAK!

mungkin ade tp belum bertemu jodoh

NAK!

Thursday, July 23, 2009

♦ meet aurora!




mari2 adik kakok..siap dah novel ambo ni..fuh lega....syukur alhamdulillah..semoga yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan. aku menulis atas dasar minat dan ingin memberitahu sambil menerbitkan rasa mahu (copy ustaz hasrizal pulak). klik di gambar ye..konon2 macam bukak buku la..pastu baca..hee~ (^-^V)

♦ kehairanan

di pagi2 buta ni, tiba2 aku kehairanan..

  1. mcm mane most of agama kat dunia ni leh ade idea tentang kewujudan syurga dan neraka?
  2. kenapa kamus melayu online xproduktif? sikit betul perkataan yg ade
  3. kenapa aku xtidur2 lagi?
  4. kenapa kucing aku suke pandang aku lain mcm?

♦ frustrated

frust ok..sangat frust..

ade beberapa program bulan julai yg aku nak pegi..ade bbrp sesi ceramah dan daurah..namun..namun..namun...ceramah tu aku mmg xdapek nk pegi sbb xde transport. then,daurah tu la yg plg mengecewakan...daurah tu wat kat surau al-amin which is kat BTHO! my old hometown! ade qiyam sekali..namun TERLUPA! baru hari ni aku tringat n to realize that tarikhnye da terlepas! wuuu...kuciwa2...

and then aku nak pegi program air mata gaza dekat UM..31st July-1st aug..siap bg tshirt free palestine lak tu..ade 20 tmpt je utk IMU students...maka bila baca je emel tu,immediately aku register name aku!! tanpa menyedari yg aku da ade komitmen ngn event lain which is majlis tahlil utk arwah atok aku after 40 days of his death.hmm..terpakse kensel name..

then ade talk kat MMU psl muslim n non-muslim relation in msia..ade my fav speaker,dr. shahkirit plak tu! akn diadakan pada 2nd aug..kecewa ok..kecewa..sume nk sumbat kt tarikh2 yg aku xde kat sini!

p/s: miss my opah..apekah agknye keadaan beliau.ape khabarkah..ape khabar atok juge..abah kata dia mimpi jumpe atok n atok ckp "jangan risau..apak kat sini selamat.." walaupun hanya mimpi, tp terasa lega di hati..

Wednesday, July 22, 2009

♦ dari bakal suami untuk bakal isteri

Assalamualaikum wrt. wbt.
Untukmu, Bakal isteriku..
Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Dariku, Bakal suamimu.

♦ pemberitahuan lagi

aku sebenarnye tersilap post..silap tempat la plak.
aku sepatutnye post entry td kat blog lg 1..
sbb readers kt sini xtau pn aku sdg wat cite baru..
gomenne!
haih konfius2..

♦ pemberitahuan

:argh:
erk..tbe2 blank pulak..

oh ye! nak bagitau my 'cerpan' yang berjudul aurora itu akan direleasekan sehari lebih lambat drpd yg dijangka (iaitu esok) kerana daku mengalami sindrom lembik tak bermaya. sindrom ini agk tlah melemahkn pemikiran aku..suke blank xpasal2..so harap maklum dan harap maaf.

--oh terasa mcm penulis sebenar pula--

Tuesday, July 21, 2009

♦ sebuah pertunangan

ramai plak yg bertunang ek sekarang..member aku,kakak member,abang member..keje aku asyik tgk album pertunangan org je lately ni..maka marilah aku post pasal pertunangan..

trend org zaman sekarang,bertunang dah cm kawen..baik dr segi majlis mahupun pergaulan.pergaulan aku xtau nk komen la sbb aku xpnah btunang.yg aku dgr org cite dan aku sndri tgk,org bertunang dah cm suami isteri.

yg aku nk komen ialah bab majlis..aku terfikir2 la..perlu ke wat majlis pertunangan grand2? siap ade hantaran yg mahal2 n ade pelamin lagi..majlis lak jemput org ramai2..belanja mesti mahal..xmembazir ke? heran la..

kalo aku, malu r nk bertunang grand2..skali putus,wat malu je..n lagi satu,membazir..i know, aku suke pk kebarangkalian yg negatif..but for me bagusla sbb at least nanti aku beringat2..baik la duit tu aku simpan utk kawen..kawen yg penting.bukan tunang.n duit tu bkn simpan utk majlis wedding je tp utk life after wedding juge.boleh ke utk org pemboros spt aku ni??huhu..lets see..

btw,aku suke bertunang simple je cam my cousins..jumpe family,bincang2 psl wedding and then bg hadiah simple je cm buah2 ke, kek ke..kalo wat majlis pn simple je.ajak closest family n besties je.baju? alah aku rela pakai baju raye je..baju raye aku kn cun2..haha..basic pertunangan kan utk berkenal2 antara bakal suami isteri dan family kedua belah pihak...then bincang psl sume bnda bout wedding. terlaksa sume tu,dhla..

dan lg 1,cincin tunang xle ke pakai utk nikah sekali ke..? cam membazir je beli 2 cincin..lagi2 utk org yg seperti aku yg hanya pakai 1 cincin je(aku kn dentist,watpe pakai byk2 cincin.nanti masuk glove jugak) ..nanti cincin tunang nk campak ke mane?

btw,watpe aku susah2 pk.aku kn xnk bertunang..wakawaka..but just in case..manela tau kan..

p/s: cincin tunang bli yg mahal2 pastu leh gune utk nikah skali.

♦ era berbeza dalam hidupku part VII

the transition era
period: 2008-2009

i got a place kat IMU..alhamdulillah..hadiah yg amat berharga bg aku yg mcm da ilang arah mase tu. mcm miracle ble tbe2 IMU baru launch dentistry dan aku mnjadi 1st batch kat situ.dan masih ade peluang utk fly..tp mase tu aku xkira dah fly ke x..yg penting aku dpt sambung blaja..begitu berharganya ilmu..b4 dis aku study utk fly..tp lpas xdpt tempat,frust menonggeng...ble indon dan india mcm xmo aku gk, lagila aku cam losing hope. msia pun cm amat tipis peluang utk sambung blaja..aku ingt nk tukar course je..mase tu barula appreciate peluang utk mencari ilmu..selama ni xde mslh pn nk smbung blaja..dpt offer bertimbun..tp ble dah mcm ni, baru sedar..baru tau SPM tu org da xpndg dh..

i broke up mase ni..dugaan plg besar jugakla..unexpected..sbb a day before aku baru reject seorang lelaki yg aku da mcm tersangkut gk la, demi nk stay ngn my bf..pnat2 aku reject mamat tu, bf aku plak reject aku.mane x sakit. xkesahla. yang penting aku bersyukur gk itu mnjadi penamat zaman couple aku. bersumpah xkn terlibat lagi. serik tu 1% je..99% lg ialah sbb kesedaran yg aku dpt since 2007 lg..iaitu budaya couple yg xde dlm islam. budaya couple yg merosakkan.budaya couple yg dimulakan barat.budaya couple yg menghampiri zina. aku percaya sume alasan yg tidak membolehkn seseorang muslim itu bercouple. sejak august 2007 lg aku da sedar n percaya cuma rase syg nk lepaskn bf aku..maka akhirnye Allah tlg aku..aku rse da bjuta kali aku cite bnda ni.lets move on..

study aku walaupun 1st sem, mcm hape je..sbb mase tu tgah sebok bersedih. tp masuk sem 2, aku kumpul blk sume kekuatan. sbb kalo xpass,kna resit.kalo xpass resit, kna tendang. kalo kna tendang abes mase dpn aku..kna jwb ngn jpa lg..kna byr blk jpa lagi..masalah2..aku mase tu expect aku akn resit la..aku mmg nk resit pn sbb aku rse cm xpuas study dgn gaya kelam kabut tu. dgn sylibus yg maha banyak, rase cm mustahil utk pass bg org yg da bazirkan satu sem cm aku ni. aku study stakat yg termampu la. bayangkan study sket,aku akn msuk bilik utk nangis..nangis krn masih bersedih..nangis krn memikirkn mase dpn aku..nangis krn rase stress yg melampau..tp mase tu jugak aku byk merapatkn dri ngn tuhan..tula sumber kekuatan aku.

demi nak mndekatkn dri ngn Allah,selain solat dan doa byk2, aku gk byk beli buku, byk baca artikel keagamaan, join mjlis agama, n dekatkn dri ngn org2 yg kuat agama.mmg menenangkan hati..kumpul ilmu agama byk2..dan akhirnye aku ready utk mengadakan satu turning point in my life. kembali meluruskan kiblat hidup. renew niat. recharge iman.BERUBAH.BERHIJRAH.

now its 2009, masih lagi dlm transition era..rasenye aku blom lg jadi muslimah sejati..xtau ble aku baru 100% muslimah seperti aisyah,fatimah mahupun khadijah..aku x set ble aku harus jadi muslimah sejati. nanti kalo wat aim tu, rase cm sumting wrong je. aku cuma truskan mendalami ilmu dlm agama tercinta ni..yang samapi mati pun xkn habis ditimba..sampai mati pun mungkin aku x sempat jadi the real muslimah..tp kan usaha yg dipandang Allah, bukan hasilnya..walaupun susah nak berubah, kena berusaha jugak. kita bukan dilahirkan maksum..tp kita jugak bukan dilahirkan kafir..

paling aku rase byk berubah ialah aku dah bukan rebellious lg..haha..kalo compare ngn dulu,rase cm nak bunuh2 je..dan aku smakin syg family. kalo cuti,rase nk dok umah je..kalo dlu rase nk kua je..skrg ni kalo weekend je,asyik nk blk umah. betul la kata org, jarak mendekatkan kita dgn org yg tersayang..xsemua kes la..dlm bercouple, jarak menjarakkan lg hubungan dan meningkatkan lg peluang utk berlaku kecurangan.haha..yeke?

well, inilah kisah hidupku..wah siap bografi aku akhirnye..xde keje wat biografi sendri..haha..xpela..leh jd panduan utk dri sendiri mahupun org lain..org yg melupakan sejarah adalah org yg paling rugi. tp org yg xbelajar daripada sejarah lagilah rugi. so jadikan sejarah hidup kita ni mcm reminder utk dri sndri..ade bnda yg perlu dilupa.ade bnda yg perlu diingt.. aku blom mkn byk garam lg dlm hidup ni..still hijau lagi dlm bidang kehidupan.pengalaman pn xsebanyak org tua. tp itulah..nilah sejarah aku yg mnjadi harta berharga buat aku. kena hargai walaupun di usia muda. betul x?

ok dah la..nanti makin banyak karutan..

♦ era berbeza dalam hidupku part VI

era percintaan

period: 2006-2007

i made a promise to reiza, spanjang cuti tunggu result SPM, aku nak bercinta puas2..

i moved to Nilai at the end of 2005. berpisah dengan kawan2 termasuk my guy best friend ittew. and a day before pindah, that guy called me n confessed to me.

semasa di nilai, aku selalu pinjam handphone mak utk contact dgn lelaki itu. sguh terer aku cover sampai mak aku xprasan.xtaula,maybe dia prasan tp dia wat dunnow je.umah lom ade line tepon lg..mak bengang asyik berkongsi phone dgn aku, maka abah pn blikan nset kat aku di akhir january.sepanjang 6 bulan aku cuti, keje aku bermesej,bergayut,berdating,habiskan duit mak bapak.aku nak keje tp abah xbagi memandangkan kami baru pindah so agk xfamiliar ngn surrounding kat situ. maka tiap2 bulan abah bg duit blanja kt aku.kwn2 lain susah payah keje dpt duit.aku sng je dpt duit dgn hanya goyang kaki..maka aku jadi cm kejutan budaya, keluar shoping sehari je bleh habis 200. duit abah gk yg habis..dah la dia yg hantar aku keluar KL twice a month.

i became closer ngn my parents gak..bcoz aku malu r bf aku anak mak..tp aku plak jauh ngn parents...maka aku pn merapatkn jurang itu kembali..lebih rapat ble aku bgtau parents aku psl rltnship aku ngn bf aku...mak ckp dia xsuke sbnrnye.katanya x elok..dia ckp lembut2 la..then dia kata kalo nk truskn gak,jaga diri..jgn dating2 selalu..kdg2 aku bgtau mak dlu b4 dating.mmg kena bebel habis2an then dia bg tp sruh balik awal. bnda tula yg merapatkan kami sket2..like i said, mak aku agk sporting dlm hal ini..walaupun dia bg kelonggaran, tp aku tau msti dia slalu doa supaya aku dijauhkan drpd bnda2 maksiat ni..maka sbb tu la kot aku jd cmni skrg. mase aku couple sblm ni kn aku pnah ckp mak aku xmembantah...aku dpt rse sume tu cm strategi dia..untuk bg aku blajar sesuatu..and dia plak bg nasihat dan doakan aku..dia xcondemn habis2an..dan x menghalang aku totally drpd couple..mungkin sbb dia tau aku ni rebellious..kalau dihalang mungkin jd lebih teruk. lg2 dlm hal bercinta ni..so now i am glad telah jumpe jalan lurus.thanx mak =) ..nak jadi spt mak, xpernah bercinta.terus kawen je..tp aku da pnah bcinta..wuu...wat cacat rekod je..

and di zaman ni aku tlah wat agk stupid decision when i got an offer by petronas utk course petrol engineering...dipanggil utk educamp+interview actly. tp hari educamp tu clash ngn anugerah kecemerlangan skola aku.memandangkan aku rase da lme xjumpe lelaki itu, maka ni la pluang aku nk jumpe dia memandangkan dia pn amik award. so i decided to reject the offer.my parents geram la..tp aku ckp,'dhuha xminat pn engineering'.masalahnye aku sndri yg apply course tu.huhu..sbb aku cm agk kofiden utk dpt matrix,maka aku berani tolak tawaran. n mase tu pun bru lepas interview jpa.so ade konfiden la.

then aku dpt ofer jpa(dentistry),matrix(hayat,KMJ) n ipta(praijazah sains,uitm). aku hampir2 wat stupid decision lg ble aku decided nak tolak jpa n proceed uitm or matrix.the reason was my bf mase tu dpt matrix kt pahang.n kalo jpa,kna g oversea. kami xmo berpisah dan mase tu aku pn xminat sbnarnye ngn dentistry. setelah beberapa hari dipujuk mak dan abah, akhirnye aku ikut decision mereka.itu pun aku decide 2 hari b4 pendaftaran matrix. mak n abah pn da ready nak shopping utk aku masuk matrix. keputusan aku yg mengejut tu mengecewakan my bf but i said xpe, aku wat trok2, bia kna wat twinning je.so nanti lambat sket fly..mmg jadi kenyataan la.i am doing twinning prog now.padan muka ko dhuha.

jangan bercinta di usia muda.nanti jadi stupid.fikiran mmg xmatang.tula advice aku.haha..atleast utk org yg stupid cm aku la.i did very bad dekat AUSMAT...ausmat ade 3 sems..and keje aku asyik skor C and fail je..especially math..fail memanjang..mase tu baru aku pk mase dpn..kawan2 sume maju,apehal aku sorg2 ketinggalan..prestasi mmg menjunam giler. mmg btol la org ckp kejayaan spm xmenjamin kejayaan pd mase akn dtg.mase dpn aku rse gelap mase tu.kalo xdpt fly,abes la aku..kalo aku course lain xpe,sng dpt tmpt kt msia.mslhnye aku course dentistry yg satu dunia pn susah nk dpt tempat.

kedasyatan prestasi aku yg menjunam akhirnye sampai ke pengetahuan parents aku ble dorg dipanggil utk parent-lecturer meeting. mase tu lecturer bgtau la aku ni blaja cmne.malu.malu xyah ckp la.1st time seumur hidup my parents kna panggil..rase amat bersalah kpd mereka. lecturer ckp chances utk aku fly amat slim.math fail.fizik fail.chem c.bio b.english b.ade gaya ke nak jd dentist ha dhuha?? aku menangis seteruk2nye dpn lecturer ngn my parents..student lain yg ade kt situ aku ignore.yg penting aku sedih.aku nak nangis.

failure is made for success. rase malu, rase bertanggungjawab, rase terhina sume bercampur..dan rase ni yg menaikkan semangat aku. i told my bf supaya kurangkan contact. i told him jgn blk KL selalu. mase tu dia da msuk uni kt terengganu.lg jauh dr KL.so bagusla..dapat menjarakkan dri. i studied very hard..join study group ngn my classmates. ausmat punye sistem pemarkahan based on groupwork.kalo dlm cls korg ramai yg trok,maka trok jugakla result korg walaupun pd aslnye A...sbb tu aku kna keje keras supaya prestasi bdk2 kelas aku xmenjunam sekali ngn aku.sem 3 kat ausmat i scored A berturut2 dlm math..chem and bio pn da pnah jejak A. english tu cam bese r..fizik plg tinggi pn pnah dpt B..aku kn xske fizik..tp aku usahakan utk suke gk..dan suke prof azam(my physic lect) skali.supaya kurg barier utk aku bjaya. selalu la jumpe lecturers utk tanye2 itu ini. mase tu bru tau kepentingn utk rapat ngn lecturers.byk tips yg aku dpt..akhirnye trial aku memuaskan dan byk peningkatan.mmg aku lega dpt meningkatkn prestasi dri.atleast ade konfiden nk jwb final xm nanti.

taun ni gak aku mula ade kesedaran rohani aka agama la..ntah la sumenye dtg scara senyap..n senyap2 aku simpan impian nak berubah. i became closer ngn fatin dan iman.mungkin tu jugak byk mempengaruhi aku mase tu. kwn yg baik boleh bawak kita ke arah kebaikan gk.

akhirnye dpt final result.walaupun xdela tinggi mne.atleast pass cut off point JPA..maka xdela scholarship aku terjejas. uni kat aussie jgn harap la nak dpt..out of eleven dentistry students, 2 org je yg dpt offer. the rest terpaksa berhempas pulas cari uni kt msia yg xbyk offer dentistry. kalo ade, amat susah nk msuk sbb kna compete ngn bdk matrix n asasi n stpm. dan jpa plak lepas tangan. sruh je kami cari uni kt india n indon tp xbgtau lak uni ape.. mmg suffer gk la mse ni.tp aku redha la sbb sape suh aku xbersungguh dari mula.padan muka lagi skali.

by the way tahun 2006 dan 2007 memang menarik. mcm2 bnda baru yg dihadapi. n alhamdulillah xde la culture shock.walaupun terjatuh menjunam2, aku bangun balik. kdg2 rindu gk zaman ni.sbb mase aku berhempas pulas tu,aku rase cm aku grab sume ape yg aku blaja. aku make sure aku pahamkan sume bnda..x macam skrg...byk bnda yg aku blur.byk lg yg aku xphm..yg aku xtau la ble baru aku bleh paham.susah btol study dentistry ni...kelam kabut nk grab ilmu. medic tah kemane..dental tah kemane..rase cm xsempat nk pahamkan ape yg aku study.asalkn baca dan hafal..nk faham?? perlu banyak mase..hmmm...rase xpuas la study cmtu..mungkin kna susun jadual hidup lagi kot..mslhnye aku xle nak mngadap buku pagi ptg siang mlm..aku kna tgah mlm gak..mslhnye pg2 buta da stat cls..kalo stayup, tido la aku dlm cls jwbnye..kalo2 pg2 wat prac/clinic, maka aku akn jd careless la..eh apekah aku mengadu kat cni..silap tempat ni..k ciaoss..

Friday, July 17, 2009

♦ era berbeza dalam hidupku part V

revenge of the fallen era

period: 16-17 tahun

tau x,disebabkan aku dpt 1B in arabic mase PMR, aku menyimpan dendam yg amat tinggi. aku nak tebus the so called 'kegagalan' aku tu. lagi2 ble sume bestfriends tinggalkan aku,masuk SBP/MRSM...aku lak xkemana-mana...spe nak accept application aku pn..haha..btw, mmg aku xmo masuk boarding school walaupun mak sampai nak hantar surat rayuan kat MARA.

aku seorang yg xboleh hidup dikongkong..aku kn jenis rebellious..bygkn jela kalo aku xpuas hati ngn sistem kat boarding school.mesti aku jadi budak liar..wallahualam..Allah dah sediakan yg terbaik buat kita n i believe belajar kat daily school lebih better for me.

mak xpuas hati aku xmo g MRSM walaupun boleh appeal n gune org dalam.again we fought.mak langsung xcaye kat skola CP..dia sort of pandang rendah la kat skola kesayangan aku tu..maka bertambah2 la revenge aku. aku nak buktikan budak x straight A PMR ni boleh gak bjaya. aku nak buktikan blaja kt daily school pn leh belajar tinggi2 sampai oversea. aku nak buktikan result aku lebih bagus drpd kwn2 yg g boarding school. aku nak buktikan SMKCP ku yang tersayang BOLEH!! aku nk buktikan cikgu2 SMKCP amat handal.bayangkan sebab 1B je, semangat aku berapi-api..Allah memang maha bijaksana.

inila kedatangan era revenge of the fallen..fuh gempaknye nama...transformers pulak..mmg pn aku transformer mase tu..aku blaja lebih serius drpd biase namun tetap lepak gak. cerita korea xpernah miss..jalan2 di BTHO waktu petang pn sentiasa on je walaupun berjerebu tebal.

aku xpernah study waktu siang. kat skola aku fokus betol2. sejarah je aku xberapa nak fokus smpai tertido. pernah fail jugak. tp sekali fail,xsemestinya selamanya fail. lepas balik skolah aku tido.biasenye aku lunch dkt skolah. waktu asar aku bangun. lepas solat,aku merayau. kalau ade citer taiwan bes kt tv,aku lepak dpn tv. balik umah waktu maghrib. solat maghrib dan tgk drama korea/taiwan.lepas tu melukis/main game/dgr lagu/buat keje2 menghias kelas etc.etc..pukul 11/12 tgah mlm baru stat bukak buku,buat homework,study etc...pukul 3 solat isyak n trus tido..begitula rutinnye mostly..weekend lain sketla..tido lebih.haha..so ape yg aku berusaha gigihnye? SPM sng je.jawab je soalan2 past years,skolah lain,boarding school punye soalan..kumpul2 dan jawab dan check jwpn..tu la teknik aku...sampai bersepah bilik dgn kertas2..dan sampai skrg aku simpan lg kertas2 tu..sayang...aku mmg suke simpan sampah sarap.

mase ni seingat aku, aku xde mase nak pk2 soal lelaki hatta abg angkat aku sekalipun.bosan la asal aku sembang ngn dia je,dia bgtau psl awek dia..bosan plus jeles sebenarnye.haha..maka hampir 80% mase aku untuk study.selebihnye utk drama korea.haha..usaha ini berjaya biler 1st semester xm mase form 4 i scored 8A's out of 10..add math dpt B dan fizik fail..haha..aku mmg amat lemah in this subject. i hate it too..sebab tu angan2 nak jd enginner mmg xde dlm kamus hidup.for me physics is too dry.tp sekali lagi kegagalan menjadikan semangat aku bertambah berkobar2..btw,my 1st result kat science stream ni tlah buat mak lega dan pcaya ngn aku mahupun SMKCP.

i hate tuition but for the sake utk menyelamatkan fizik,aku g la jugak..2 months je..pastu biler markah ujian bulanan meningkat, aku stop tuition.da perasan bagusla tu. bukan ape, mase tu aku yakin aku da phm betol basic concepts..fizik ni asal basic kukuh,yg lain jalan je.atas alasan tu plus malas dan xtahan nak tuition petang (p/s: aku mmg sjak azali xle study ptg), maka aku stop la.watpe bazir duit parents lagi. lagipun aku da semakin rapat ngn cikgu fizik yg pada mulanya aku xsuke tu. cikgu fizik aku betol2 concern ngn aku n dia pun wat kelas tambahan free utk sume student yg berminat nk join.sejak tu aku g kelas tambahan dia jela. antara yg free dan berbayar yg mane satu pilihan anda? aku pilih free..cikgu sendiri pulak tu. tp still wat waktu ptg..bersengkang mata la aku.apesal xde tuisyen kul 12 tgah mlm?

semenjak itu aku berjaya maintain 8A sampai mid term form 5..ble trial, i scored 9A. fizik A tuh! meloncat aku dpn cikgu zaleha.B ape eh? add math kot. mase SPM, confident level agak mantap. aku ingt leh dpt 10 A. tp again 1B!!! kali ni EST plak B.subjek yg xpnah aku dpt B seumur hidup! hukuman apekah itu..xpela aku anggap tu sbg kafarah dosa la..mungkin sbb aku over confident terhadap subjek itu.yela,nak study ape? aku siyes xstudy utk subjek tu sbb aku bajet cm BI jela..cuma xde literature so lebih sng nk skor.malangnye dpt B gk...nangis gkla tp aku amat bersyukur sbb core subjects utk aku apply sume uni dan scholarships sume dpt A..so xde mslh di situ.at least dah nampak mase dpn yg cerah pun dah kira bagus dan melegakan.gembira jugak sbb dpt lwn bbrp kawan yg blaja boarding school.revenge paid.

btw enuf psl study. mase form 4 aku kn fokus study(oh i miss it!skrg da hilang courage itu)...my big bro pn bz ngn SPM..jarang gk la contact.n towards the end of form 4 aku ingt nak pindah nilai..maka aku telah confess ngn big bro aku yg aku suke dia.namun dia ade gf kot manela dia mau accept aku.and aku xmengharap pn sbb aku mmg xmo couple. aku cuma nak dia tau b4 aku pindah.tu je.tup2 xjd pindah plak..wat malu je.tp xmalu gak sbb my big bro da abis skolah dh n aku da jd senior kt skolah.

jd senior?mestila nak gila kuasa.penting utk apply uni nanti..malangnye hari koko aku xdtg sbb diserang eczema yg teruk. so xde jawatan for me.luckily the previous year, senior calonkan name aku utk beberapa jwtn. maka aku dpt jwtn ketua setiausaha dlm badan pengawas dan ketua editor dlm editorial sekolah. rase cm cerah gk la mse depan.

masuk form 5 gk,ade sorang makhluk ni yg suke mengganggu aku.he was my friend since darjah 3. tp dia g boarding school mase form 1.mase form 5 dia balik skola CP. i was org tgah btween dia ngn my fren namun my fren xlayan dia dan dia asyik kaco aku. ntah cmne tah jadi rapat plak..disebabkan aku selesa dia sbg kawan, maka aku xkesah pn mase tu utk jalan balik skolah ngn dia..mase tu aku xpk langsung itu same seperti dating..hanya kerana dia kwn baik aku..n his mom who was my teacher pn xhalang kami.maybe dia pn ingt kami berkawan which was memang pun.org lua yg declare kitorg couple.we were not, until after SPM.tu pn aku xsdar yg kitorg dah bertukar title..it happened so fast and so silently.aku xtau la taktik ape yg dia pakai. and b4 spm habis,i made a promise kat kwn2 yg after spm aku nak bercinta puas2..xsangka plak menjadi kenyataan.huhu..

kesimpulannya i like those years!!! era yg plg best! xde benda poyo.xde benda yg terlampau membuang mase.cerita korea xtermasuk eh...oh sgt gila citer fullhouse mase tuh!!!! sampaikan page kelas aku utk school mag pn aku design ala2 fullhouse.plus ade kisah cinta mula berputik juge..revenge xde bf dan ego membenci lelaki akhirnye wat aku cair di akhir tahun persekolahan.oh cam ape je ayat.btw i learnt a lot from these two years. glad it happened.

Thursday, July 16, 2009

♦ era berbeza dalam hidupku part IV

'having too much fun' era

era ni berlaku pada umur 13-15 tahun.
i know nothing except having fun.
fun aku bukanla fun yg biase2 but extremely fun.
masuk je skolah menengah, perasaan 'dah besar' (walaupun saiz badan dah xmembesar) menjajah diri. namun, being in form 1 xdelah seseronok mase drjh 6 sbb ble masuk form 1, jadi junior balik..wuu...xdpt meraih glemer dan kuasa.

mase form 2 plak aku masuk sesi pagi.ade 4 kelas je utk form 2 yg masuk sesi pagi. the rest kelas petang.so mase form 2,again i became junior! huh..xseronok tol..

mase form 3, mmg sesi pagi n di waktu itu xde form 2 yg sesi pagi..maka AGAIN, aku jadi junior! waaa nk ngs rase! 3 yrs berturut2 aku jd student plg junior dlm sesi masing2.

btw, marilah mula bercerita.td tu mukadimah je..mukadimah sampai 3 paragraphs.

form 1,i broke up. the reason was dat guy da ade org lain dan merasakan aku seorang yg x fun dan x cool memandangkan ble dia ajak aku kua,aku xmo. biler dia ajak balik sekolah same2, i refused. i was so not interested in dating. so sepanjang di sekolah menengah i was single n anti lelaki dan juge anti-couple.tp mase tu aku anti-couple sbb aku anti lelaki.bkn sbb agama mahupun budaya kerana di masa itu aku masih di alam jahiliyah.

disebabkan aku single,dats why i was having so much fun.org lain dok attached je ngn bf dan xdpt bergerak bebas. tp aku bebas sebebas-bebasnye. my rltnship ngn parents also were getting worse. our gap bcame wider. i enjoyed being with my friends rather than my family. mase tu mmg serabut la kalo ape yg aku buat sume xkena. jiwa memberontak semakin menjadi-jadi. being the first child jugak menyakitkan hati aku. aku rase cm my parents condemn aku. rase cam parents aku x cukup fair. adik2 pulak yg dilebihkan while me rase cm tersisih la..pathetic sguh. (kalau mase tu aku ade blog,mesti most of my entries akn mengomel psl ketidakpuashatian aku tu je.)

sebab tu most of the time, aku asyik ngn kwn2 je. and aku selalu stayback kat skola memandangkn dpt bersama kawan2 dlm jangka mase yg pjg..xpayah menyakitkan hati sendiri dgn pulang ke rumah. aku jugak kerap keluar petang,after school.sebab nak mengelak dari tambah dosa la. dan malam pulak aku suke mengurungkan diri dlm bilik after dinner.

tp mase tu tersangat fun sebab tau2 jela kalo da spend mase ngn kawan2, mestila byk benda kami buat bersama2 n of course la seronok. we all gila2 dan bnda yg dibuat pun gila2. contohnya, main prank call org.haha..kemudian, tgk vcd movie2 yg best.aku rase bkn tgk movie sgt pun.komen je yg lebih.lepas tu gelak sesama sendiri. kalo tgk movie sedih,menangis bersama-sama.sungguh fun!

i still remember kena siapkan projek KH kat umah wani. i took ERT(ekonomi rumah tangga) dan projek kami ialah menjahit apron. mesin jahit umah aku rosak. myra pun same(rosak ke xde mesin jahit?? xingat)..then kami pun wat kat umah wani..malangnye,xsempat gk nak siapkan. so kitorang overnight la kat umah wani..seronok ok sebab tu first time aku sleepover umah kawan. sampai tengah malam bersembang sambil menjahit..mesinnye satu so take turn la..jahit dgn bersungguh2 sampai patah jarum mesin jahit tu. towards subuh,mata dah semakin mengantuk. i remember myra yg lelap dulu..aku dan wani masih kua utk meneruskan perjuangan. then wani plak lelap. pastu ble aku rase nak lelap,aku kejut mereka supaya mereka boleh menyiapakn keje mereka..memang best la waktu itu.

di zaman itu gak,aku ade crush ngn a senior guy in my karate team. but i trust no guys n i was not interested with coupling n dating. maka what i did was amik dia jadi abg angkat. since then we became very close by phone calls je. and aku mmg agak daring la zmn skolah dlu. ble aku suke, direct je aku wat decision. xdela tersimpan2..dan aku tak teragak-agak nk wat first move. sebab tu dgn muka xmalunye, g mintak numbr phone dia n call dia utk jadi adik angkat. lagi tak senonoh bila aku ajak wani join aku jadi adik angkt gak.so xdela aku rase malu sgt. btw, mintak number phone umah k. mane ade handphone dlu. dan satu cabaran bila nak call umah. kalo org lain angkat,tbe2 aku tukar suara jadi lelaki.hahaha...tp kan camne aku leh dapat number phone dia eh? yg aku ingt aku suruh org mintakkan.tp org tu sape eh? myra or irsyad?? entahla.. tp mmg klaka la sbb zack xkenal aku. so aku kna describe diri sendiri. ble attend karate class, baru dia cam aku. tp tu pun, aku wat2 xkenal dia.huhu...kat sekolah we were like strangers. cam xkenal each other. aku xtaula kenapa aku ade habit 'buat2 xkenal kepada org yg aku suke'..maybe sbb nervous?or maybe sbb aku ABC? or maybe aku xnk org tau? maybe aku xnk org ingt kami ade ape2? maybe aku xnk gf dia tau? jawapannya sume sekali kot.

mase zaman ni gak, aku rase aku asyik buang mase. dah name pun having too much fun..bukankah itu mmg membuang masa..i spent a lot of time on entertainment.music and television. mase tu,sgt gilakan cerita2 korea. lepas tu aku akn collect info psl artis yg aku suke..gunting2 gambar from newspaper,tampal dlm scrap book. bg emel kat artis korea kesayangan. tp xberbalas sebab maybe dia xpaham english(usaha nak menyedapkan hati sendiri)..aku gak ade masalah membenci artis melayu. mengagungkan artis barat dan korea. kiranya aku ni xcukup patriotik la. i hate BM too..aku patut cakap ni zaman poyo aku.

zaman ni gak aku die hard fan eminem. sume gambar2 dia aku kumpul. bertambah suke biler abg angkat aku tu pn muke dan style ala2 eminem. dulu,aku hafal lagu2 eminem.zaman tu mmg zaman kegemilangan hiphop. mase tu aku gak sgt suke linkin park dan too phat(the only artis malaysia yg ade dlm list).

mase tu aku anti-gossip. maka aku amat membenci Melodi kat tv3 tu. kalo kwn2 bergossip pn,aku actly xberminat nak dgr..besenye aku buat2 dengar pdhal otak tgah pk lain.mostly gosip psl org tu scandal ngn org ni, org tu suke org ni,org tu couple ngn org ni. so aku amat malas nak dengar. even sampai skrg pn aku malas nak dengar. tu sbb kdg2 ble org tanye blk citer tu kt aku,aku lost. aku mmg tau gossip tu kalo org citer kat aku dan aku plak tersimpan dlm otak. aku anggap tu cm dah takdir la ble dah terdengar atau ternampak. tp aku xdela mengorek citer org.

mase tu aku giler world cup jugak. sgt menggilai miroslav klose,pemain germany. dia sgt skillfull dan kebetulan hensem dan ade rupe eminem.haha..mase tu aku xmiss la germany punye game.as well as england. sbb mase tu world cup kat japan.so game waktu ptg.after school aku tgk r. aku gak collect gambar2 klose dan tampal kat fail plastik.mase tu mmg trend budak skola bwk fail plastik yg ditampal gambar kesukaan masing2..aku punye fail penuh gambar eminem dan klose. pastu ade gambar meteor garden tersesat.haha..aku gak suke gelakkan fail wani yg tertampal wajah zidane..apesal tah aku gelak..mungkin sebab player kesukaan wani sgt tua.haha..

zaman ni zaman aku suke pakai baju laki gk..apesal tah..aku bukan tomboy aku jugak bukan girlish. i'm in between even sampai sekarang. namun sekarang aku xdela pakai baju laki..dlu baju aku sume brand2 sukan seperti diadora dan antioni. besar pulak tu.saiz S lelaki. seluar pun seluar laki.mase tu kan trend budak laki pakai seluar baggy dan jerut kt bawah. aku pun same la join trend tu.sguh xpaham pulak ble aku pk2 balik. ble masuk form 3 barula aku pkai baju pompuan. tu pun still brand sukan. btw,masalah gk mase tu sbb tshirt aku pendek,agk tight dan berlengan 3 quarter. selalu kena sound ngn mak. aku suke pakai tshirt camtu ngn sluar baggy. dont ask me why.then akibat tgk cerita taiwan (my MVP valentine) fesyen pelik aku main menjadi-jadi ble aku suke pakai wrist band.dikenakan plak ngn 3 quarter sleeve,mmg rase cam cool.mmg ade masalah fesyen gak aku ni.

masuk form 3 i became a lil bit girlish ble aku gilakan cerita ada apa dengan cinta. clique aku ade 5 org so masing2 amik watak masing2..watched that movie together n ikut menari mcm dlm movie tu. friendship were so close. ble gaduh, sampai report kat cousellor.ye r, aku n myra was in PRS(pembimbing rakan sebaya) mase tu. dah kenal rapat ngn counsellor. sng nak report. pastu ble nak berbaik semula, buat drama tepi jalan. we went to wani's house,mintak maaf.tp wani xnk kua,abg dia jadi org tgah.kitorang ni jerit2 la panggil wani. ble wani kua,sguh2 mintak maaf sampai nangis2.tu yg jadi drama airmata tepi jalan tu.

study? aku xingat cmne aku study. aku main2 je most of the time tp aku concern gak result aku.aku amat lemah geografi mase tu. sampai pernah fail.n hate the teacher too.but then ble masuk form 3, got the same teacher n i realised aku mesti menanamkan perasaan cintakan subjek dan gurunya demi nak skor. maka dapatla aku 8A dlm trial dan PMR..1B, bahasa arab.mungkin akibat kenakalan aku selama ni,maka di balas dlm subjek bahasa arab yg mane aku xpernah dapat B pun sepanjang aku blaja bhs arab dari form 1.i was pelajar harapan ustzh utk skor arab A..huhu..namun tula,kat mane silapnye,dapat B plak pdhal sume spotted questions keluar. tula yg dinamakan kafarah dosa.walaupun dapat 1 je B, tp cukup wat aku sengsara.berhari-hari menangis.pantang ditanya result aku. dan plg malu ngn ustazah2. ble ustzh tanye result aku,bergenang airmataku..sorry krn tlah menghampakan hrpn ustazah.

gila. mmg ni zaman gila la.bila ingt balik,rase nyampah.rase xmo ngaku diri sendiri pernah jd mcm tu.hakikatnya inilah perjalanan hidupku..kalau aku xmelalui sume tu,mustahil aku akan jadi aku yg sekarang. mustahil aku akn kembali waras.haha..by the way,part2 poyo tu mmg nyampah la..tp part2 friendship, i treasure it very much. sgt sweet memory2 itu sume..i cant write all of it..sebab terlalu byk.n let it be in its own privacy.hanya kami yg tau dan hanya kami yg faham.kdg2 rase cam xingat tp when sumting triggered the memory, rupanya memory itu ade tersimpan dalam adela di mane2 bahagian dlm otak dan hati.

Tuesday, July 7, 2009

♦ langit katakanlah

langit..
katakan pada angin
aku sayang padanya
walaupun tak mampu melihatnya
tapi aku dapat merasa
lembutnya persahabatan
damainya percintaan
nyamannya kekeluargaan
dinginnya permusuhan

langit..
katakan pada hujan
aku sayang padanya
walaupun tak mampu menakungnya
tapi aku dapat menyentuh
basahnya airmata kesusahan
lebatnya mehnah kehidupan
aku juga dapat merasa
gerimis kesedihan
titisan kasih sayang
curahan kebahagiaan

langit..
katakan pada guruh
aku sayang padanya
walaupun tak mampu menggenggamnya
tapi aku dapat mendengar
kerasnya amaran kemungkaran
dentuman suara peringatan

langit..
katakan pada awan
aku sayang padanya
walaupun tak mampu aku menyentuhnya
tapi aku dapat merasa
mendungnya hati
cerianya perasaan
berkepulnya impian
teduhnya rahmat ilahi

langit..
katakan pada bulan,matahari dan bintang
aku sayang pada mereka
walaupun tak mampu aku menjejaknya
tapi aku dapat melihat
cerahnya harapan
bersinarnya potensi diri
teriknya angan-angan

langit..
sekiranya aku mendongak ke arahmu
aku mendongak dengan penuh harapan
aku mendongak dengan penuh syukur
aku mendongak dengan penuh tawadhuk
sampaikanlah jutaan terima kasihku kepada Penciptamu

♦ perjalanan seterusnya

wahai malaikat..
tanyakan pada Pemilik umurku
berapakah nafas yang tinggal

wahai malaikat..
tanyakan pada Pemilik nyawaku
bagaimanakah rohku akan terenggut

wahai malaikat..
tanyakan pada Pemilik tubuhku
bilakah jasad akan kaku

wahai malaikat..
tanyakan pada Pemilik tanah
mahukah bumi memelukku

wahai malaikat..
tanyakan pada Pemilik langit
mahukah langit mengangkatku

wahai malaikat..
tanyakan pada Penciptamu
apakah rupamu sewaktu menjemputku

Thursday, July 2, 2009

♦ edd's latest vid!

marilah menonton my cousin, edd yang memainkan 4 watak! fuh! cayalah edd! boley dpt award.hihi..