Thursday, March 7, 2013

bittersweet hot choc


Ke hadapan girlfriendsku yang tersayang~

Masih ingat lagi pertemuan kita 16 tahun yang lalu?

Kita darjah 3. Ada antara kita yang masih asing di mata masing-masing. Ada yang sudah kenal. Kita berkenalan dalam kelas yang sama, masuk pertandingan nasyid sama-sama dan pertandingan sukan. Ditakdirkan Allah, kita sekelas sampai darjah 6. Dan dalam tempoh itu kita menjadi rapat. Kita rasa kita popular di sekolah. Kita jadi pengawas pusat sumber lepas tu kita conquer pusat sumber tu macam rumah kita. Cikgu tak masuk kelas, kita lari masuk pusat sumber. Kita juga suka membuat persembahan setiap kali hari guru. Kita suka ronda sekolah jual surat khabar Didik. Kita bertapa dalam bilik wudhu. Kita suka masuk pertandingan kawad kaki. Kita suka pergi camping unit beruniform di sekolah. Kita tidur di sekolah dan kita jumpa benda-benda yang mengerikan. Sekolah kita tu tapak peperangan jepun dulu maka cerita hantu jepun tak pernah lekang di bibir semua orang.

persembahan hari guru SKBTHO

Ingat lagi kita pun sekelas di sekolah agama? Kita pandang ringan sekolah agama. Kita suka ponteng sekolah agama dengan alasan pergi latihan rumah sukan. Sekolah agama kita dekat dengan kedai runcit Jains dan kedai aunty. Kita suka beli makanan ringan. Bawah meja kita penuh dengan plastik cikedis-cikedis dan plastik keropok lekor.

Ingat lagi masa kita dapat keputusan UPSR? Kita semua cemerlang. Kita sedih lepas ni kita akan pergi sekolah berlainan sebab kita memang menyimpan cita-cita untuk ke sekolah berasrama penuh.

Ingat lagi masa kita masuk sekolah menengah. Kita semua teruja. Pakai kain warna biru muda. Kita rasa dah besar. Jerawat kita pun semakin subur membiak. Tapi kita sedih satu persatu kawan kita pergi sekolah asrama penuh. Hanya sedikit daripada kita yang tinggal including myself.




Masih ingat lagikah saat kita membuat temujanji "esok pergi sekolah sekali tau. Tunggu kat tempat biasa."

Dan kemudian esok paginya kita berkumpul seperti yang dijanjikan. Pagi-pagi pergi sekolah tanpa rasa malas. Malah teruja. Berjalan seiring ke sekolah bersama angin pagi yang sejuk-sejuk Malaysia. Kita berlawak jenaka tak kenal tempat. Melintas jalan raya sambil ketawa. Semua objek di sepanjang jalan boleh jadi bahan jenaka. Pernah waktu balik sekolah kita menyanyi lagu Negaraku bila nampak bendera tegak berkibar di kawasan perumahan Perdana Park. Lepas tu kita gelakkan diri sendiri.

 Hari Kecemerlangan 2004--award for PMR

Kita dulu geng pengawas. Kita rasa kitalah yang berkuasa kat sekolah. We rule. Kita pergi sekolah sambil tugasan menjaga pelajar menanti kita di sekolah. Kita masuk sekolah ikut pintu belakang yang penuh onak duri sebab kita suka ambil jalan pintas. Kita datang dari arah belakang sekolah, maka masuk ikut pintu belakang yang 'haram' lebih cepat. Kita redah lalang panjang ke muka. Kita langkah longkang besar atau lebih proper dipanggil parit? 

Siapa yang bertugas di jaga pintu belakang, untunglah. Terus boleh bertugas. Lepas tu kita berpisah. Ada yang jaga pintu depan, ada yang jaga perhimpunan, ada yang jaga tangga, jaga bilik darjah, jaga blok dan macam-macam lagi. Rupanya kita sebenarnya dulu kerja JAGA. hehe 


4 Bestari 2004. Believe it or not we were classmates since standard 3!

Setiap hari Isnin, kita semua kena berdiri jaga pelajar masa perhimpunan. Pukul 8 pagi tu masih boleh tahan. Dah masuk 8.30, matahari panas terik. Silau. Kita mula sorok-sorok belakang kawan supaya tak kena matahari. Dalam kita jaga pelajar suruh mereka senyap, kita pun sama buat orchestra kat belakang. Selesai perhimpunan, kita kena check kuku pelajar pula. Saya selalu rasa mahu pitam melihat orang berpusu-pusu keluar perhimpunan. Kuku pun dah tak nampak seperti kuku.


 Raya tour agenda wajib setiap tahun. Zaman sekolah dulu saya adalah 'mayat hidup'.


Kita orang paling lambat masuk kelas. Kita jugalah orang paling awal keluar kelas. Pengawas dibenarkan keluar rehat awal. Antara sebab utama nak jadi pengawas dulu. 10 minit sebelum waktu rehat, kita dah keluar menikmati makanan yang lazat-lazat di kantin Abang Zam. Bila semua pelajar keluar rehat, kita pun bertugas. Jadi pengawas selalu kena berlakon garang. Macam-macam pengalaman yang kita lalui berdepan dengan budak-budak nakal. Saya sendiri pernah ditarik kain tudung ala-ala kolar baju/tie yang kena tarik ke atas. 



Masih ingatkah lagi kita suka stay back lama-lama di sekolah? Kita bersembang, study group dan berlatih sketsa lakonan. Ingat lagi Bawang Putih Bawang Merah versi English yang kita persembahkan semasa English week? Kita menang besar. Kita memang berusaha keras untuk drama tersebut. Oleh sebab itu kita jadi rapat macam adik beradik. 

Bawang Merah and Bawang Putih 2003

Kita bukan sahaja rapat di sekolah. Malah setiap petang, lepas waktu sekolah, kita akan bertemu janji lagi. Kita berjalan-jalan setaman, kita makan ABC, makan cendol, makan goreng pisang, makan mee goreng mamak di As-Syifa', kita main di playground. Malam-malam pula kita bergayut di telefon. Kita memang tak pernah jemu bercerita. Kita cerita itu ini, kadang-kadang pusing isu sama tapi tak bosan-bosan jugak. Hari minggu pula, kita jogging pagi-pagi bersama. Walaupun hari berjerebu tebal, kita pun tetap nak keluar nak jalan-jalan bersama. 

Ingat lagi tak, projek ERT kita kena siapkan apron. Rumah kita takde mesin jahit jadi kita pun saja mengada nak tidur di rumah kawan kita yang ada mesin jahit. Kita jahit sama-sama sampai tertidur-tidur secara berganti-ganti. Jarum mesin jahit kawan kita tu dah berkali-kali terpatah angkara kita. Kita seronok dapat bermalam bersama-sama.



Kita pun aktif berkokurikulum bersama. Bila ada camping, kita tak pernah miss. Itulah peluangnya untuk kita bersama sepanjang masa tanpa gangguan ibubapa. Kita juga suka pergi lawatan-lawatan luar sekolah bersama. Kita suka naik bas ramai-ramai. Lepas tu kita shopping ramai-ramai. Masa dulu-dulu kita mana reti nak keluar naik tren pergi mid valley kan? Mak kita cakap kita budak-budak lagi. Tak boleh memandai keluar ke bandar. Jadi, masa ada lawatan-lawatanlah kita bersuka-ria bershopping souvenir. 


Bila sekolah buat pertandingan-pertandingan, kita suka sangat masuk. Bukan sebab kita pandai sangat pun. Kita suka pergi sekolah orang je. Kat area Hulu Langat tu, sekolah apa yang kita tak pernah pergi. Lagi-lagi muka kita yang masuk pertandingan tapi semua kalah. Hehe. Akhirnya masa form 5 kita menang juga tempat ke-3 pertandingan kuiz KOMSAS. Itupun setelah rematch dengan sekolah lain yang seri dengan kita. Itupun nasib baik kita baca paper semalam, jadi kita tahu jawapan untuk soalan rematch. 


Kita menyanyi menari bersama. Kita juga banyak menangis bersama. Kita pernah salah faham. Pernah juga salah faham kita melibatkan ramai orang lalu kita bawa kes kita ke bilik kaunseling. Kita kena kaunseling ramai-ramai dan menangis beramai-ramai. Kita janji kita akan berubah, kita tak akan ulang lagi dan kita tetap kawan yang saling mempercayai. Kita pernah menangis beramai-ramai sambil berpelukan di tepi jalan, kat dalam kelas, dalam sekolah.


Kita selalu berangan-angan dah besar nanti kita nak tinggal sebumbung, kita nak bersama sampai mati. Kita plan perjumpaan untuk 4 tahun akan datang. Kita tulis impian-impian kita bila menjelang dewasa. Kita abadikan kenangan-kenangan kita dalam gambar, dalam buku autograph, dekat dinding bangunan, atas meja sekolah, koridor sekolah, majalah sekolah dan merata-rata lagi.


Kita terlalu rapat. Terlalu-lalu. Bila tamat SPM, kita berpecah. Ada yang pindah rumah. Kita dihantar belajar tempat lain-lain dan jauh-jauh. Cuma 3 daripada kita yang dapat belajar di tempat yang sama. Namun kita tak pernah putus hubungan. Pantang ada cuti, pasti kita buat gathering. Kita masih banyak topik untuk disembangkan. Kita masih bergayut di telefon. Kita masih attach to each other. Kita masih bergantung antara satu sama lain. Kita masih berkongsi masalah. Kita masih tolong-menolong dan bantu-membantu.

right after SPM 2005

16 tahun and counting. Sangat lama. Terima kasih, Allah for granting me such a longlasting friendship. Eh. Tiba-tiba cakap omputih. huhu..Ok marilah berbahasa melayu kembali.


Persahabatan ini terlalu dalam, terlalu bermakna dan terlalu berharga. Usia kita menginjak dewasa kini. Dan kita saksikan satu persatu kawan kita melangkah ke alam rumahtangga. Kita makin rasa kita sudah tidak erat seperti dulu. Mula rasa terabai. Mula rasa asing.

Girlfriends,
Usah sedih. Kenang kembali 16 tahun yang lalu, kita seolah-olah hidup sesama kita sahaja. Dunia kita adalah kita punya. Kini sempena dengan kedewasaan kita, kita diajar untuk berpisah dan mengurangkan kebergantungan kita sesama sendiri. Kalau dulu kita rasa kita memiliki antara satu sama lain, sedarlah satu-persatu daripada kita akan berpindah 'hak milik'. Dan pada ketika itu, kita terpaksa merelakan bahwasanya masa kawan kita kini tercurah sepenuhnya kepada pemilik hatinya yang baru. Dia tidak mengkhianati kita, sebaliknya dia hanya menunaikan tanggungjawabnya yang terutama. Jika ikhlas berkawan, usah mengharap apa-apa daripada kawan kita. Sebaliknya, teruskan dengan memberi dan memberi. Simpanlah segala rasa yang tidak enak di hati dan biarkan ia terpadam perlahan-perlahan dari lubuk hati kita.

Ini adalah transition. Susah untuk diterima. Tapi kelak, lambat laun semuanya akan jadi biasa. Dan nantikanlah saatnya, dengan izin dan perkenan Allah, kita bakal bertemu semula dalam suasana yang berbeza bersama muhibbah yang luarbiasa. Dan semoga Allah izinkan kita bersahabat kekal hingga ke syurga dan di sana nanti kita hiduplah bersama sepuasnya :)



Inilah pahit manis persahabatan. Yang pahit itu ubat. Yang manis itu penawar (sounds the same hoho). Telanlah semuanya dengan redha. 

p/s: this entry is dedicated to my dear childhood friends. you know who you are =)

Saturday, March 2, 2013

satu

alhamdulillah rancangan untuk melawat che dan ayah di kota bharu selesai. dapat pulak bertemu dengan geng dunedin, hanis dan wanie.

ada satu kisah untuk saya kongsi bersama. bukanlah kisah panjang pun. kisah yang sangat pendek tapi terkandung seribu ibrah. eh iye ke seribu? memandai je. nak kira sampai seribu pun tak habis. pernah ke anda kira sampai seribu cik dhuha?

ok back to the story.

kami berjalan-jalan sekitar bandaraya kota bharu. kemudian kedengaran azan solat asar. kami pun terus ke masjid muhammadi yang berhampiran. usai iqamat dilaungkan, jemaah semua bergegas masuk barisan. tersenyum sebentar bila tengok saf yang longgar-longgar dan jarang-jarang itu. saya teringat pula kpd solat berjemaah kt NZ. mana pernah saf tu jarang-jarang. kami sangat-sangat close. ahax nz kan sejuk :D

saya memang perasan muslimat kat malaysia kurang aware dengan kepentingan merapatkan saf especially jemaah daripada kalangan yang berusia. bila kita rapat ke arahnya, dia menjauh daripada kita. masing-masing nak ruang udara tersendiri *malaysia kan panas*

dan dalam kekhusyukan jemaah bersolat, saya hanya memerhati daripada belakang. oh ya, saya tak solat sebab saya dah solat jamak. dalam memerhati, saya merenung dan bermuhasabah.

merenung gelagat dan nasib umat muslim di Malaysia. alangkah indahnya sekiranya the essence of solat berjemaah di aplikasikan dalam kehidupan seharian. kita ini hakikatnya menghadap kiblat yang satu. kalau bersolat di masjid, kita boleh sama-sama bersolat dalam satu masjid, sebelah menyebelah, berimamkan 1 imam walaupun masing-masing ada pandangan masing-masing dalam soal agama, politik. ekonomi, berlainan jemaah etc. etc. lepas solat kita boleh bersalam dan berlaga pipi sesama jemaah tanpa mempersoalkan "kau blok mana? kau parti mana? kau sokong mana?"

tapi apabila selesai solat jemaah, kesatuan itu hilang. keharmonian itu hilang. masing-masing kembali kepada pegangan masing-masing. menolak untuk berbincang dan berdiskusi dengan akhlak muslim. mula melabel-label, buruk-memburukkan, tuduh-menuduh, fitnah-fitnah, berprasangka sesama muslim dan sebagainya.  alangkah anehnya. alangkah jeleknya.

kenapa kita tak boleh bersaudara dengan aman? why can't we agree to disagree? seperti adik beradik kita yang telah menyimpang jauh daripada landasan agama tapi kita masih sayang dan menjaga hubungan, sepatutnya begitulah kita sesama muslim. bukankah muslim itu bersaudara? seburuk-buruk muslim itu, dia masih saudara kita. sehina-hina seorang muslim itu, dia masih seorang muslim yang masih memegang syahadahnya. walau syahadahnya longgar, siapa kita untuk menidakkan keislamannya? kenapa harus kita memerlinya dan mentertawakannya? kenapa kita harus melondehkan segala aibnya? kenapa?

sejak kecil saya diajar untuk bersahabat baik dengan semua. saya mudah rasa tidak selesa jika dalam kelompok rakan-rakan saya, ada yang bermasam muka, pulau-memulau. saya tak boleh melihat dua sahabat saya bermasam muka, pasti akan saya usahakan untuk mendamaikan. apabila melihat ribuan muslim bercakaran, saya lebih tidak selesa. namun untuk mendamaikan beribu-ribu muslim, mampukah saya?

hanya mampu membebel di blog ini. namun telah saya janji pada diri sendiri, segala usaha yang ada untuk mendamaikan dan menyatukan umat, akan saya turut serta walau sumbangan itu kecil dan nampak remeh, walau ditertawa dan dipersenda.

kembali kepada solat berjemaah. apa guna solat secara berjemaah jika kita tidak mampu mencedok dan mengaplikasikan pengajaran yang penting daripada solat berjemaah tersebut?

p/s: saya allergy dengan perpecahan/pergaduhan.

p/s: sedang tidak selesa untuk membuka FB yang penuh cerita-cerita kontroversi yang saya rasakan tak perlu ditambah panasnya.

Thursday, January 24, 2013

debaran makin terasa

jjang!!! i'm officially a 'DR.' now..recognized by and registered under Malaysian Dental Council. Tinggal nak tunggu surat offer kerja je.

maka saya semakin hampir kepada sehidup semati dengan encik suami baru saya iaitu bidang gigi. babai dunia pelajar! (rasa sedih bila nampak sale sana sini untuk student dan saya dah xdapat diskaun istimewa itu lagi T__T)

once upon a time kakak naqibah bertanya kepada saya "so macam mana? awak dah decide nak jadi dentist ke?" kakak naqibah bertanya begitu kerana beliau tahu ketidakgemaran saya kepada bidang gigi ini.

"hihihi *kerang busuk*..saya redah dulu la akak. kerja dulu, tengok macam mana. kalau tak sejiwa jugak, saya bercerai la. huhu.." p/s: sila jangan tiru aksi ini dalam rumah tangga anda.

maka sekarang saya teruja untuk bekerja and see how it goes :)

sekian update dunia pergigian dari saya

Monday, January 21, 2013

sepakat membawa berkat.


at this point of time, I'm proud to choose ISMA as my wadah perjuangan. selagimana ISMA bergerak di landasan yang benar dan jelas halatujunya serta TEGAS membela Islam come what may, insya Allah, semoga Allah izinkan saya terus menyumbang kepada ummah melalui  ISMA. walaupun banyak sangat suara2 sumbang mengutuk usaha ISMA, pesan presiden "bersabar dan tanggunglah sendiri" hoho..kena kuat!

ok bukanlah nak promo ISMA walaupun sebenarnya NAK SANGAT tapi sabarlah, mungkin di lain kali. saya nak tulis pasal isu survival ummah kita di malaysia ni.

by the way, assalamualaikum malaysia! my first post setelah kembali ke Malaysia for good :)

sangat menyedihkan sekembalinya ke malaysia, timbul pulak isu kalimah Allah. lepas tu isu patrick teoh. pastu isu sebar bible yanga da tulisan jawi kepada pelajar sekolah. eh, tak sedih ke korang ek? nampak tak di situ, agama kita macam dah jadi bola baling/bola pingpong dan apa jua bolalah yang dibuat main, baling-baling dan passing-passing. dan paling menyedihkan, nama Allah itu sendiri dijadikan modal politik!

hoh marah betul. tapi sudah dipesan jangan jadi reactive tapi proactive. instead of marah-marah, bebel, bebel, berdebat di facebook dan sebagainya, teruskanlah bekerja untuk ummah. untuk saya yang masih menganggur ni dan belum berpeluang turun padang event mana-mana, tulis belog adalah one of my kemampuan, one of my effort. L'effort est ma force


  1. kita suka membanding-bandingkan situasi dalam negara dengan situasi di luar negara sehingga mahu apply apa yang orang lain buat dalam negara kita. kita perlu sedar realiti setempat. bukankah keadilan itu meletakkan sesuatu di tempatnya? maka perlulah dikaji betul-betul apa yang sesuai dan terbaik dalam konteks negara kita sendiri. dan meminta pendapat ulama' antarabangsa tersohor tak semestinya akan memberikan solusi terbaik untuk kita kerana mereka kurang arif keadaan setempat di tempat kita. janganlah malas dan pukul rata semua hukum hakam dan solutions. (one of the reasons why i chose ISMA. eh sorry terpromo pula)
  2. agenda musuh sangat jelas dan ternyata menyimpang. nama pun musuh kan. kenal pasti siapa musuh sebenar anda. walaupun nampak macam semua pun musuh, tapi kenal pasti musuh yang SEBENAR dan yang paling MERBAHAYA. musuh sudah berani menampakkan belangnya dan agama kita semakin berani mereka pijak-pijak dan permainkan. bukanlah mereka nak kita masuk agama mereka pun tapi mereka mahu akidah kita menyimpang dan menjadi tentera-tentera kepada perjuangan mereka yang jelas menyimpang itu.
  3. tegaslah membela agama kita. janganlah hari ni kata A esok kata B pula.manipulate agama itu dan ini. tegas dan konsisten please. macam mana lah rakyat tak keliru bila pemimpin sendiri yang keliru dan celaru. kita pada hari ini memerlukan kesepakatan yang utuh demi merobohkan agenda musuh. lihatlah di luar kaca mata politik. fikirkan survival ummah bukan untuk hari ini sahaja tapi untuk tahun-tahun yang akan datang.
  4. usah taksub. benarkan akal kita berfikir dan menilai tanpa diikat pengaruh sesiapa dan apa pun.
  5. bacalah tentang liberalisme, pluralisme, moderate muslim dan syiah. merekalah musuh-musuh yang sedang bekerja against umat islam di malaysia. ketahui siapakah tokoh-tokoh mereka di malaysia.
  6. ISMA bukan musuh anda. UMNO bukan musuh anda. IKRAM bukan musuh anda. PAS bukan musuh anda. kita semua sedang diperkudakan. jadi tak payah buang masa nak bergaduh sesama kita. tak payah buang masa berdebat dan pertahankan siapa yang lebih benar. keutamaan sekarang ialah untuk kita perangi musuh (focus please!) maka kita kena bersepakat. untuk mencapai kesepakatan itu, kena kena bekerja. so marilah bekerja di medan amal masing-masing. insya Allah kita akan jumpa di medan yang sama suatu hari nanti. 
  7. beranilah melawan arus. beranilah meneraju arus. usah terikut-ikut dengan perancangan musuh. paling penting, jangan jadi tali barut yang tak sedar dirinya ditali barutkan! jangan hanya menang sorak tapi kampung tergadai. FREE YOURSELF FROM THEIR AGENDA! we have our own big agenda. jadi fokuslah kepada agenda kita sendiri dengan tenaga kerja daripada kalangan kita sendiri. kita tak perlukan tenaga luar yang berbeza fahaman daripada kita. cahaya matahari dengan wavelenght nya sendiri yang seragam apabila difokuskan menggunakan kanta pembesar, berupaya membakar daun yang difokusnya!
  8. love each other. we are brothers and sisters, dear malaysian muslims. no good if we keep fighting each other. bangkitlah kerana perasaan kasih dan sayang. berperanglah kerana cinta. bersatulah kerana cinta. berubahlah kerana cinta. cinta dan cintalah. because love is powerful in its own way, i mean cinta kerana Allah. tamadun yang bangun kerana cinta tidak sama dengan tamadun yang dibina kerana benci dan amarah. 
  9. semua yang  berlaku di tanah air kita pada hari ini menyeru urgensi kita untuk segera bersatu-padu dan meninggalkan kepentingan-kepentingan peribadi.
itu sahaja. walaupun bunyinya seperti saya promo ISMA (memang sedang promo pun), tapi walau di mana pun anda berada dan walau apa pun pilihan anda, ingatlah point 6. medan amal kita berbeza tapi matlamat kita serupa. yang penting kita tetap bekerja di landasan syariat. setiap orang punya rezekinya yang tersendiri dalam beribadah/beramal. mungkin di mana anda berada sekarang adalah tempat yang Allah redha anda berada dalamnya. eh pening ke ayat ni? hoho contohnya sekarang kamu nak berada dengan ISMA tapi Allah sedang redha untuk kamu berada dalam PAS sebab kalau kamu berada dalam ISMA kamu akan jadi riak pulak ke, so really, rezeki masing2 :)..mungkin each of you yang berada dalam gerakan haraki yang berbeza-beza ini akan membawa kepada kesepakatan antara gerakan-gerakan yang lain *senyum lagi*

Thursday, December 27, 2012

E noho ra, Aotearoa

Assalamualaikum! This is my last post from New Zealand. Sobs terasa sungguh sedih. Entah bila akan sampai lagi ke sini. Orang cakap, nanti datang la lagi, bercuti or berbulan madu. Well, saya telah berazam setelah bergaji I wont set my footstep overseas selagi kaki ini tidak menjejak tanah suci dahulu. So really, tak tahu bila akan sampai lagi.

New Zealand has been a dream came true to me. I never knew this land with long white clouds until I reached here. I wont forget the long white clouds that fill the sky. I will never forget the crisp clear blue sky when the weather's really good. I will never forget the sheep who keep grazing on the super green grass. I will long for the light touch of snow when they fall down. I will remember the four seasons I got in one day. I will certainly miss the fresh milk, the cheap as baking needs, the juicy summer fruits and feijoa, the friendly and lovely people, the hillside view, the steep streets, the breathtaking landscapes and amazing architectures, and many many more. *feels like crying here*

I'm going home for good now *insert chorus 'Home' by Daughtry'*

And life wont get easier at home too. I am a career woman now (oh. sudah dewasa. i used this reason to throw away all my beloved clothing just to fit my 20kg baggage allowance--ie. pakaian2 tu macam budak2, so xperlu sayang untuk membuangnya)

So till we meet again NZ. Dan selamat tinggal kepada kehidupan riang bersama rakan-rakan. I will miss my housemates and my secondary housemates (warga 79A York Place, 75F York Place Housemates aka Geng Dunedin)


Ok tak boleh tulis lama-lama dan feeling lebih-lebih. I'm leaving on a jet plane in less than 4 hour. And just decided to write a final post from here.

Assalamualaikum! E noho ra, Aotearoa (translation: goodbye NZ--in maori)

Friday, November 30, 2012

venting

saya tak kisah kalau kat dunia ni, 
tak ada yang sokong saya
atau tak ada yang nak bela saya
maka saya tak rasa
apa-apa keperluan
untuk mengadu
minta simpati
dan yang sewaktu dengannya

saya tak bercerita 
soal marah, kecewa, pedih hati saya
kepada manusia
(if ever tell u, its just 1% of whole story)
tapi saya bercerita hanya pada diri sendiri
dan Allah

dan keyakinan saya
hanya Allah yang boleh membela
maka saya tak berminat 
untuk membicarakannya di dunia

kalau diceritakan kepada manusia
bersama dengan pemikiran kompleks manusia
maka benda yang simple dan tak ada apa2 ni pun
akan jadi kompleks

cakna isu semasa


Jom cakna atau ambil peduli isu semasa sewaktu sedang menikmati percutian indah! Kalau anda mahu tahu, situasi di Malaysia sekarang ini worrying. Saya yang duduk obersea ini berdebar-debar je nak balik malaysia. Orang-orang tua cakap, tak sedap hati. Haa macam tu la hati saya sekarang ini. Saya membayangkan negara saya bakal jadi macam Palestin tak lama lagi. Tak mustahil satu hari nanti kita tak ada tanah nak dibuat tempat tinggal, diusir dari tanah air sendiri. Lihat sajalah apa yang sedang dan telah terjadi di Singapura, Ipoh dan Penang.

So saya ingin berkongsi video-video menarik yang pernah saya tonton beberapa bulan lalu dan juga yang baru saya tonton beberapa hari lepas dan juga yang baaaru je habis tonton beberapa jam lalu. Banyak lagi yang akan ditonton, insya Allah.

Video-video ni panjang, berat, agak kering tapi sangat interesting. Baru saya tahu betapa complicatednya negara saya ini.Ada banyak juga perbezaan pendapat dan percanggahan idea. Nilaikan sendiri dengan pemikiran yang terbuka dan jernih tanpa bias dan anasir-anasir taksub :)





Saturday, November 24, 2012

5 years of BDS: completed


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Result is out. And graduation status has been confirmed. I am now a fresh graduate of Bachelor of Dental Surgery ( BDS, 2012) from Uni of Otago, NZ. Yaaayy!!

To hold a degree, it was a long awaited moment. Sejak kecil, pergi konvo aunties, tengok diorang receive scroll on the stage, tengok frame-frame gambar graduation yang tergantung di rumah atuk nenek mahupun rumah relatives, without me knowing it, I have engraved all the pictures in my heart dan menyimpan cita-cita suatu hari I will be just like them. Hihi..Sentimental di situ.

But to receive a degree on BDS was NEVER EVER been in my dream. At least saya bayangkan saya jadi cikgu, arkitek atau doktor. Tapi doktor gigi tak jauhlah jugak beza dengan doktor kan?

Yesterday was my sentimental moment. Fikiran tiba-tiba melayang ke hari pertama masuk sekolah tadika. Membawa cita-cita untuk jadi seorang guru sebab masa tu, itu jelah satu-satunya pekerjaan yang saya tahu huhu. Sebab mak seorang guru, di sekolah juga berdepan dengan guru setiap hari. Kemudian melangkah ke darjah satu, saya membawa cita-cita untuk menjadi seorang arkitek sebab saya baru tahu abah ialah seorang artikek dan saya rasa itu sungguh cool, I've got to draw everyday! Drawing everyday was such a bliss for me during that time. Bila masuk darjah 4, saya disogok dengan kehebatan menjadi seorang doktor. Saya selalu rasa saya ni tak pandai dulu. So saya rasa mustahil untuk saya jadi doktor. Tapi saya minatlah. Lepas tu saya dikelilingi kawan-kawan yang bijak pandai yang semuanya bercita-cita nak jadi doktor kecuali Farhana yang nak jadi pensyarah/pendakwah bebas (masa dengar tu I was like "WOW!!", tak pernah dgr budak nak jadi pendakwah). So saya turut terispirasi nak jadi doktor maka saya kena belajar sungguh-sungguh. Bila dapat 5A dalam UPSR, baru saya rasa yakin untuk mencapai cita-cita saya yang nak jadi doktor itu. Jadi geek pula bila masuk sekolah menengah. Asyik tengok medical tv shows/series je. Asal bukak newspaper, part kesihatan yang akan saya baca dulu sampai saya hampir hafal semua simptom-simptom penyakit yang didedahkan dalam suratkhabar masa tu.

Tapi bila meningkat remaja, saya suka nak buat benda yang lain daripada yang lain. Saya rasa doktor ni ialah cita-cita yang common among students. Masa tu jugak rebel tak nak ambil science stream dah lagi. Bukan jiwa saya. Maka saya mula explore bidang kerjaya lain yang buat parents saya macam "heh?? apa pelik sangat cita-cita tu?"

Saya nak jadi fashion designer. Rejected. Nak jadi interior designer. Rejected. Nak jadi film director. Rejected. Nak jadi arkitek. Rejected. Nak jadi psikologis. Rejected jugak. Habis SPM je, saya buntu nak amik course apa? Dan akhirnya inilah rezeki saya. Dalam bidang pergigian. Betul la, ajal, rezeki, jodoh..semua tu kita tak tahu. Semua tu di tangan Allah.

7 years ago, (lokasi: Perdana Park, sedang berjalan kaki pulang dari sekolah)
Wanny: After SPM aku nak amik course dentistry.
Me: Haa? nak jadi dentist ke? Eee gelilah. Aku paling geli tengok mulut orang. Bukan setakat tengok je, kena bau sekali.

7 years later,
Wanny is a lawyer, I am a dentist.

Takdir.

:)

Rasanya satu dunia dah tahu (hiperbola) yang saya memang tak suka bidang ini. Tapi inilah rezeki saya. Inilah jodoh saya.
“ Dan barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi ( pula ) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.” ( Al Baqarah : 216 )



1st year dentistry:

Putus cinta di bulan pertama pengajian. Rasa tak berdaya lagi nak sambung belajar. Failed my first semester. Promised myself not to fail ever again. Pulun for my 2nd semester. Tp since I missed a lot of lectures, I wasn't satisfied with my level of understanding and my ability to grasp the basics. However miraculously I passed and I thought that was not out of my efforts but only with the help from Allah. I cried. First, because I passed. Secondly, because I know I have to continue my struggle in dentistry (ingatkan kalau fail, boleh tukar course muehehe)

2nd year dentistry:

Things got tougher and tougher. Bukan lagi masa untuk membaca dan pergi lectures tetapi juga kena attend simulation labs untuk menajamkan skill. The toughest phase of dentistry. Bukan je dental stuff, medical stuff pun kena master jugak. Yang aneh, medical skills pun kena master. Kena perform medical examinations for each body systems. Terasa susahnya nak bernafas. Masa tu jugak baru masuk usrah betul-betul. Mula nampak arah tuju hidup. Baby steps towards Allah dan Islam.

I passed once again and I cried. Because I thought I can no longer change my course. Muahaha.

3rd year dentistry:

Final year di IMU. Pada saya, itulah phase paling senang. Paling relax. Medical part cuma kena hadam musculoskeletal system je. Selebihnya dental. Mula masuk clinical jugak. Teruja akhirnya boleh praktis on real patients.

Semester kedua, berangkat ke Dunedin. Sambut 2nd phase of dentistry kat Uni Otago, NZ. Banyak jugak yang kena catch up since kami join the rest of the third year students di tengah-tengah jalan. IMU punya facilities canggih whereas Otago punya facilities quite old. Back to basic. Goodbye to high technology.

I passed and I told myself  "do not turn back"

4th year dentistry:

Another difficult stage. Semua modul di'cramp'kan dalam setahun untuk diuji dalam exam. Perio, restorative, endodontics, paeds, surgery, oral patho dan macam-macam lagi (tak nak ingat. haha)

I passed but I really want to quit dentistry and pursue my original dream. But then I stop and reflect "Allah has made my journey in dentistry so easy that I miraculously passed every exams although quietly I wish I didn't. huhu. I scold myself for being soooo ungrateful. I have one strong reason to quit but I have many other reasonable reasons to stay. So once again I told myself "Just Do It". This is where I belong. Dentistry.

sila boikot NIKE. thank you. (baru tahu hari ni huhu)

5th year dentistry:

Another relaxing stage. Hampir 90% clinical. Tiada lectures kecuali a few yang related to our future. Ada placement kat Gisborne yang quite interesting. Ada research project dan ada a few written assignments. Ada baaaanyaakk cuti sebab saya kaki mintak cuti. Hoho..Kondisi kesihatan yang tak memberangsangkan merisaukan saya boleh ke saya habiskan semua requirement. A week before exam pun asyik terbaring in my spinning world, tak boleh study. Miraculously, again, alhamdulillah dapat menamatkan pengajian.
__________ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ ____________

Through all the journey, all credit goes to Allah. I won't be here without Allah's assistance. He eased my journey because He truly knows what is best for me no matter how much I put on rebelling. When I told myself I can't go through all this, He was the one who lifted up every single thing that burdened me. Despite all that, I am still not truly devoted to him and at times went astray. May Allah forgive me and May He always guide me to the straight path. May He put me among the selected ones to enter His Jannah.

Much credit goes to my parents who kept praying for me and supported me all the way through ups and downs, thick and thin.



The rest goes to my family and friends. I have received a lot of advice and motivations from them. I even got scolded by some of them for my bad attitude. Though some were quite harsh, I took them seriously and tried to improve. I don't need those who talked behind my back but those who can tell everything straight on my face. I truly appreciate their presence and I believe their prayers have been listened and answered by Allah. I'll pray for all of you, May Allah reward you with the best reward :)

My effort? I only pushed myself a little bit harder, a bit inconsistently and thus I, myself did not deserve such honor and the right to claim my effort and success. It's not from me. It's all from Him and everyone else's constant prayers.

So, rahsia kejayaan? Nil. I am not a good student nor a good dentist-to-be. I dont have the right attitude to become one. I always admire the efforts made by my friends and tried to become just like them but I can't..yet. But I'll learn along the way. Because for me, success is a long journey and does not end here. And to graduate for me is not a success but another achievement in life. This is just a beginning. And reaching perfection is almost impossible since my belief is that perfection is a journey, not a destination.

The only secret I can tell is, persevere. Do not give up. Be strong and be patient. And only Allah can give you that strength and patience. Paksa diri but know when to take a break.

And what made me survive? Usrah :)

Thursday, November 15, 2012

Muntalaq Bab 2: Hanya gerhana,bukan terbenamnya matahari

Assalamualaikum :)

Hari ni ada sesi bedah buku Muntalaq. Saya bentangkan Bab 2, maka saya pun nak share apakah yang telah saya bentangkan. Since i made it visual, what use will it be if i just keep it in my storage kan?

Pada suatu hari, telah naik mentari pagi yang gemilang cahaya dan sinarnya. Megah sinarnya menerangi seluruh muka bumi yang sedang menerima giliran untuk face the sun. Cahayanya memberikan kehidupan kepada seluruh makhluk dan spesis yang ada di muka bumi itu. Tumbuhan-tumbuhan tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan walaupun cendawan tak perlukan matahari. Eh yeke? I think so. Semua jenis tumbuhan-tumbuhan hidup subur dan membesar dengan tumbesaran yang optimum. Bunga-bunga pula cemerlang memekarkan setiap kelopak-kelopaknya. Menambah warna kepada bumi, menceriakan lagi suasana. Manakala haiwan pula tak ketinggalan dalam mendapat tumbesaran yang optimum. Hidup riang di dalam habitat masing-masing yang redup lagi mendamaikan. Manusia juga gembira berjemur di bawah sinaran matahari, menghirup gas oksigen yang didermakan oleh sang pepokok. Menikmati pelbagai jenis hidangan menyelerakan daripada sumber tumbuhan dan haiwan. Bumi sungguh harmoni rasanya.

 Tiba-tiba di suatu siang, bumi menjadi sedikit gelap. Telah berlaku separa gerhana. Bumi yang tadi disimbahi terik mentari kini redup jadinya. Manusia pula terbuai-buai dan berseronok-ronok. Segala resources di muka bumi digunapakai ke arah yang macam-macam, baik dan buruk. Pembangunan semakin pesat. Manusia mula teruja dengan bangunan-bangunan, harta-harta dan segala bentuk material. Manusia telah menjadi seperti kanak-kanak. Bermain-main, berimaginasi dan mendambakan hadiah-hadiah dan ganjaran-ganjaran. Kecantikan luaran mula dipuja-puja.

 Matahari beransur-ansur dilitupi bulan lalu terjadilah gerhana penuh. Manusia menjadi huru-hara dek kejadian aneh lagi asing ini. Kegelapan menjadikan mereka keliru. Bumi menjadi maju dengan pesat dan dipenuhi kebendaan namun hati-hati manusia yang menghuninya menjadi semakin kosong. Manusia menjadi hamba kepada dunia, menjual jiwa kepada benda dan sesama manusia. Namun manusia suka akan perhambaan ini. Mereka selesa di dalamnya. Mereka tidak sedar bahawa mereka telah keliru dan celaru. Baik dan buruk tidak dapat dibezakan lagi dek kerana pekatnya kegelapan ini. Halal, haram, hak dan batil tidak juga dapat dipastikan. Di sana terdapat golongan yang menyangkakan bahawa hari telah malam dan telah tiba masa untuk tidur. Maka mereka terus lena dibuai mimpi, tidak peduli akan kekacauan yang sedang berlaku. Mereka menjadi selfish, sombong, angkuh dan bongkak. Di sana juga ada hati-hati manusia yang terluka dan hancur dek kerana hilang harta benda, putus cinta dan hilang segala orang dan benda kesayangan. Di sana juga ada orang yang susah dan ditindas, tidak dibela nasibnya. Ada yang loya melihat suasana sekeliling namun hanya mampu mengutuk dengan mulut dan hati tetapi tak mampu berbuat apa-apa. Ado golongan yang tamakkan harta dan sanggup bergaduh dan bermusuhan serta berbunuhan kerana harta. Dunia apakah ini?? AAAHHH semuanya macam rojak, bercampur-campur dan susah nak asingkan antara satu sama lain.

sabar wahai teman. sabar wahai saudara. ini hanya gerhana. ia hanya peristiwa ganjil yang sementara. bertahan wahai teman. bertahan wahai saudara, matahari belum terbenam. nanti, sinar matahari akan kembali.
Di sinilah pentingnya kita sebagai orang yang mempunyai ilmu tentang agama ini, yang mempunyai kesedaran tentang suasana sekeliling, untuk memikul tanggungjawab sebagai daie dan bertindak sebagai agen penyeimbang kepada alam ini. daie adalah sunnatullah. kehadirannya ibarat meneutralkan asid dan alkali. kewujudannya seperti graviti cakerawala. kalau alam ini tiada graviti, kita akan saling berlanggar. kalau tiada daie maka alam ini pasti akan kucar-kacir. jadilah seperti gambar ketiga. macam dah tak ada harapan je untuk matahari muncul semula. tetapi para daie lah yang akan menjadi agen di bumi, memberitahu manusia dan alam, bahawa HARAPAN MASIH ADA. HARAPAN TIDAK BUTA *insert lagu harapan tidak buta by alarm me*

Bukankah Allah telah berjanji bahawa setiap kaum pasti ada pendakwahnya. Allah tak pernah tinggalkan kita tanpa pedoman. Marilah kita menyentuh hati-hati yang masih keliru dan celaru di luar sana dan memberitahu mereka bahawa "ini hanya gerhana. matahari belum terbenam".

[in case you dont know what the analogy means, matahari diumpamakan sebagai agama islam yang membawa cahaya dan rahmat ke seluruh alam.]

Thursday, November 8, 2012

kita saudara!

these days, scrolling the news feed in FB becomes irritating bila melihat status-status dan komen-komen yang mengundang perdebatan yang duhhh~

therefore I no longer scroll the news feed as often as I was. maka saya agak ketinggalan isu semasa. remember i told you, FB dah jadi macam newspaper untuk saya update perkembangan semasa tanah air, antarabangasa dan juga rakan-rakan.

saya berasa amat sedih (huhu macamlah orang pedulikan sangat kesedihanku ini) bila melihat FB menjadi gelanggang perang mulut, debat-debat dan musuh-memusuhi hanya kerana berbeza pandangan politik. lagi-lagi sesama muslim. stop it people, Allah tak suka dan Rasulullah pasti sedih melihat perkara ini terjadi.

kita dihukum dengan perpecahan ini kerana tiada jihad lagi antara kita. kita malas dan tidak bersungguh lagi untuk bekerja menuju redha Ilahi. Kita berpecah kerana tiada ukhuwwah lagi antara kita. padahal ukhuwwah asas perpaduan dan membawa kepada kemenangan.

remember, zaman sekolah dulu kita ada belajar peribahasa 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.'

dan dulu-dulu zaman sekolah kita diceritakan tentang kisah lidi. jika lidi itu digenggam banyak-banyak kemudian cuba untuk dipatahkan, tak akan ada satu pun lidi yang akan terpatah. namun jika menggenggam sekadar satu dua lidi, begitu mudah sekali ia terpatah.

tahukah anda kisah mus'ab bin umair yang dihalau keluar daripada rumah setelah mengucapkan kata-kata keramat ini kepada ibunya setelah dipujuk dan diugut untuk meninggalkan islam: “Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.” Dan banyak lagi kisah para sahabat yang memutuskan ikatan kekeluargaan kerana keimanan mereka kepada Allah dan Rasulullah.

dan pada hari ini kita saling menikam sesama kita yang diikat atas ikatan aqidah yang lebih mulia daripada ikatan darah. orang islam hari ini boleh dilihat seperti adunan tepung yang berketul-ketul dan tidak sebati. hodoh lagi menjengkelkan.

wahai saudaraku sekalian, tidak bolehkah kalian tinggalkan segala perbezaan pendapat dan bersatu atas nama aqidah? lebih-lebih lagi pada saat ini yang mana kita sedang dikepung musuh. tak lama lagi mungkin check mate! adeh habislah (mungkin bila dah check mate, bagus jugak. baru tersedar dan baru nak bersatu. wallahu'alam)

wahai muslimin dan muslimat, walaupun agama kita satu kita terpaksa akui kita ini rambut sama hitam (i'm sorry if you're blond or brunette or whatever colour you have), hati lain-lain. perbezaan jemaah/parti politik ibarat ramuan-ramuan untuk buat kek. nak buat kek kena ada telurnya, tepungnya, gulanya..bila semuanya ada dalam kuantiti yang secukup rasa, barulah jadi kek yang sedap. cuba makan tepung saja. atau telur je. sedap tak? kita perlu bersatu dalam pelbagai rasa untuk membentuk satu rasa. tak bersatu pun at least sepakat supaya tiada lagi ketulan-ketulan tepung yang annoying itu (since dah agak berpengalaman membuat kek, ketulan tepung adalah memang sungguh annoying)

kita perlu bersatu. mesti bersatu. dan wajib bersatu! barulah barisan musuh takut nak gempur kita sebab kita adalah satu!

janganlah kita aibkan sesama sendiri dan bermusuh sesama sendiri. kelak kita sesama kita juga yang terluka. belajarlah daripada sejarah. kita semua bersaudara. kita adik beradik.

bayangkan dalam keluarga kita, abang kita telah tersasar dari jalan yang benar. abang kita telah jadi penagih dadah. lepas tu kita gaduh dengan abang kita. mak dan ayah tak nak cakap langsung dengan abang. kakak benci abang dan halau abang keluar dari rumah. adik kesian kat abang tapi tak mempunyai hak untuk bersuara disebabkan dia kecik lagi dan dilabel oleh orang lain "tak layak". habis tu, siapa yang dapat selamatkan abang? abang akan terus tersasar jauh dan jauh kerana tak dapat kasih sayang dan tunjuk ajar daripada ahli keluarganya walaupun ahli keluarganya rasa abang sedang diajar tetapi diajar secara kasar. tak bagi peluang malah terus membenci dan menghina. patut ke?

musuh sebenar dalam keluarga tu ialah dadah, bukan abang. abang adalah saudara kita. tak patut kita buang dia. tak patut kita sisihkan dia. kita mesti sayang abang dan jangan putus asa untuk tolong abang walaupun abang weng dan ketegaq. hidayah itu milik Allah, yang penting kita usaha. sebab dia abang kita. dia ahli keluarga kita. kita kena tolong dia. bukannya dia tak pernah berjasa kepada keluarga. kalau bukan kerana abang, adik-adik yang lain tak dapat belajar tinggi-tinggi.



eh panjang pulak analoginya. pendek kata, kita kena pandai kenalpasti siapa musuh sebenar. jangan keliru dan celaru. dan sesama kita, PAS ke UMNO ke ISMA, IKRAM, ABIM etc. etc, kena rasa bahawa kita adalah saudara. kita adik beradik. sebab kita semua menganut satu akidah yang sama dan semua umat islam itu adalah bersaudara. kalau berbeza pendapat, raikan. kalau nak berhujah, jaga akhlak dalam bertutur kata. kita unik kerana walau kita berbeza, kita adalah saudara. ingat tu!

dan walaupun yang tegur kita itu adalah adik kichi adik manes je, jangan melenting tapi berlapang dadalah kerana berlapang dada adalah serendah-rendah ukhuwwah. atuk nenek mak ayah makcik pakcik paklong maksu along angah achik baby semuaaaanya boleh saling nasihat dan tegur menegur. kita cuma kena jadi cool~

padanglah sesama kita dengan padangan kasih sayang. nescaya islam sendiri akan tersebar dengan kasih sayang, bukan dengan hasutan dan sentimen penuh benci.

ini hanyalah luahan dan sudut pandang seorang rakyat marhaen yang tinggal di luar negara, tidak terlibat dengan mana-mana parti politik dan masih belum intima' (bergabung) dengan mana-mana jemaah. maka maaafkan my innocence. plain and simple. i just want my brothers and sisters to work together, not to fight each other. although i know it is going to be a lot of efforts but no harm making a first move. semoga Allah bantu. semoga Allah redha.

The voice from my plain self
Dhuha Shahrain
8 Nov 2012
10.30 pm
Dunedin, New Zealand