Thursday, November 15, 2012

Muntalaq Bab 2: Hanya gerhana,bukan terbenamnya matahari

Assalamualaikum :)

Hari ni ada sesi bedah buku Muntalaq. Saya bentangkan Bab 2, maka saya pun nak share apakah yang telah saya bentangkan. Since i made it visual, what use will it be if i just keep it in my storage kan?

Pada suatu hari, telah naik mentari pagi yang gemilang cahaya dan sinarnya. Megah sinarnya menerangi seluruh muka bumi yang sedang menerima giliran untuk face the sun. Cahayanya memberikan kehidupan kepada seluruh makhluk dan spesis yang ada di muka bumi itu. Tumbuhan-tumbuhan tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan walaupun cendawan tak perlukan matahari. Eh yeke? I think so. Semua jenis tumbuhan-tumbuhan hidup subur dan membesar dengan tumbesaran yang optimum. Bunga-bunga pula cemerlang memekarkan setiap kelopak-kelopaknya. Menambah warna kepada bumi, menceriakan lagi suasana. Manakala haiwan pula tak ketinggalan dalam mendapat tumbesaran yang optimum. Hidup riang di dalam habitat masing-masing yang redup lagi mendamaikan. Manusia juga gembira berjemur di bawah sinaran matahari, menghirup gas oksigen yang didermakan oleh sang pepokok. Menikmati pelbagai jenis hidangan menyelerakan daripada sumber tumbuhan dan haiwan. Bumi sungguh harmoni rasanya.

 Tiba-tiba di suatu siang, bumi menjadi sedikit gelap. Telah berlaku separa gerhana. Bumi yang tadi disimbahi terik mentari kini redup jadinya. Manusia pula terbuai-buai dan berseronok-ronok. Segala resources di muka bumi digunapakai ke arah yang macam-macam, baik dan buruk. Pembangunan semakin pesat. Manusia mula teruja dengan bangunan-bangunan, harta-harta dan segala bentuk material. Manusia telah menjadi seperti kanak-kanak. Bermain-main, berimaginasi dan mendambakan hadiah-hadiah dan ganjaran-ganjaran. Kecantikan luaran mula dipuja-puja.

 Matahari beransur-ansur dilitupi bulan lalu terjadilah gerhana penuh. Manusia menjadi huru-hara dek kejadian aneh lagi asing ini. Kegelapan menjadikan mereka keliru. Bumi menjadi maju dengan pesat dan dipenuhi kebendaan namun hati-hati manusia yang menghuninya menjadi semakin kosong. Manusia menjadi hamba kepada dunia, menjual jiwa kepada benda dan sesama manusia. Namun manusia suka akan perhambaan ini. Mereka selesa di dalamnya. Mereka tidak sedar bahawa mereka telah keliru dan celaru. Baik dan buruk tidak dapat dibezakan lagi dek kerana pekatnya kegelapan ini. Halal, haram, hak dan batil tidak juga dapat dipastikan. Di sana terdapat golongan yang menyangkakan bahawa hari telah malam dan telah tiba masa untuk tidur. Maka mereka terus lena dibuai mimpi, tidak peduli akan kekacauan yang sedang berlaku. Mereka menjadi selfish, sombong, angkuh dan bongkak. Di sana juga ada hati-hati manusia yang terluka dan hancur dek kerana hilang harta benda, putus cinta dan hilang segala orang dan benda kesayangan. Di sana juga ada orang yang susah dan ditindas, tidak dibela nasibnya. Ada yang loya melihat suasana sekeliling namun hanya mampu mengutuk dengan mulut dan hati tetapi tak mampu berbuat apa-apa. Ado golongan yang tamakkan harta dan sanggup bergaduh dan bermusuhan serta berbunuhan kerana harta. Dunia apakah ini?? AAAHHH semuanya macam rojak, bercampur-campur dan susah nak asingkan antara satu sama lain.

sabar wahai teman. sabar wahai saudara. ini hanya gerhana. ia hanya peristiwa ganjil yang sementara. bertahan wahai teman. bertahan wahai saudara, matahari belum terbenam. nanti, sinar matahari akan kembali.
Di sinilah pentingnya kita sebagai orang yang mempunyai ilmu tentang agama ini, yang mempunyai kesedaran tentang suasana sekeliling, untuk memikul tanggungjawab sebagai daie dan bertindak sebagai agen penyeimbang kepada alam ini. daie adalah sunnatullah. kehadirannya ibarat meneutralkan asid dan alkali. kewujudannya seperti graviti cakerawala. kalau alam ini tiada graviti, kita akan saling berlanggar. kalau tiada daie maka alam ini pasti akan kucar-kacir. jadilah seperti gambar ketiga. macam dah tak ada harapan je untuk matahari muncul semula. tetapi para daie lah yang akan menjadi agen di bumi, memberitahu manusia dan alam, bahawa HARAPAN MASIH ADA. HARAPAN TIDAK BUTA *insert lagu harapan tidak buta by alarm me*

Bukankah Allah telah berjanji bahawa setiap kaum pasti ada pendakwahnya. Allah tak pernah tinggalkan kita tanpa pedoman. Marilah kita menyentuh hati-hati yang masih keliru dan celaru di luar sana dan memberitahu mereka bahawa "ini hanya gerhana. matahari belum terbenam".

[in case you dont know what the analogy means, matahari diumpamakan sebagai agama islam yang membawa cahaya dan rahmat ke seluruh alam.]

2 comments:

komenla ape sahaja~♥~