Saturday, November 13, 2010

pasrah



tak tahu kenapa, bangun pagi je saya pasrah. perkataan pasrah menjadi tema pagi ini.

terasa sedih semua orang dah nak balik malaysia. saya tertinggal di sini tanpa pekerjaan. kena cari kerja secara terjah je kot lepas ni. alkisahnya saya tak tahu ade due date utk memohon kerja. saya bajet boleh meminta kerja bila2 masa saje. so takpe, dhuha. lepas ni kita buatlah apa saja untuk cari kerja sebelum saya meroyan sorang-sorang kat sini. walaupun orang kata dah tak sempat, hentam jelah.

siapa je yang tinggal kat sini? dan orang-orang yang kata nak stay tu pun nampaknya sedang mengintai-intai tiket balik malaysia. tak silap saya ada 7 orang je yang stay. 4 orang ade kerja. ada 4 orang senior yang duanya akan balik lepas graduation day: 18 dec. kak ili baru saje pulang dari malaysia dan kak erina akan balik tahun depan. sorang lagi budak dental sesat mana tah dengan tegarnya mahu stay tanpa sebab kukuh seperti bekerja atau graduation.haha..

haha takpe dhuha. mujurlah ade banyak hobi. kita lihat sejauh mana dhuha boleh bertahan dalam hobi-hobinya.

looking forward to travel to auckland and sydney.
looking forward for kak nuha, mama, che ngoh and amin to come this december.
looking forward to jalan2 with them.
looking forward to move in to new house, sorang-sorang.HAHA
looking forward to find a job
looking forward for fairuz, nad dan wani to come back early january

(aturcara adalah mengikut turutan)

psst: gambar di atas ialah cookies 'n cream yang dibawa ahya' dan cupcake from fairuz. makanan yang disedekah kepada kami during exam period. sedaaappp and missing the tukang masaks. they love baking. lepas ni saya nak try buat both of them ^__^

Dari Shahabat Mu`adz bin Jabal RA, dari Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya setan itu adalah serigala pemangsa manusia, sama seperti serigala pemangsa kambing. Ia memangsa kambing yang terlepas dari gerombolannya dan yang luput dari pengawasan tuannya. Karena itu hendaklah kalian ikut bersama-sama umat Islam lainnya, hendaklah kalian ikut berjamaah, ikut bermasyarakat dan ikut meramaikan masjid.

(ini yang menjadi kerisauan saya)

semoga Allah memelihara dhuha.ameen~

Friday, November 12, 2010

saya suka lebah


kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum =)
(esok nak duduk dekat laman lagi bersama lebah2 dan suruh mereka posing baik punya)

sesi meluahkan perasaan bersama sepupu, cik tasneem berakhir dengan kesimpulan:

"my hubby is out there doing things i might be doing as well." dan extensionnya "if i'm improving myself, so is he."

extension tasneem; "busy renovating our heart, busy improving ourselves"

pandaikan kami mencipta pepatah. dalam masa 30 tahun lagi pepatah ini akan 'pepatah orang tua' lah..

teori ni berasal daripada pepatah "jika mahu yang soleh, jadilah solehah dulu." atau "jika mahu bersuamikan Ali RA, jadilah Fatimah RA"

p/s: tapi janganlah ke tahap membuat sesuatu kerana suami. buatlah kerana Allah. saya cuma meletakkan diri ini di posisi wanita yang dah bersuami. psikologi. bukankah hakikatnya jodoh kita telah ditetapkan, so suami kita memang ada di sana. jangan risau =)

p/s: saya sentiasa percaya apa pun bermula dengan diri sendiri dulu. nak suami baik? diri sendiri dulu kena baik. nak anak baik? diri sendiri dulu kena baik. nak pemerintah baik? diri sendiri dulu kena baik. nak islam tegak semula di muka bumi ini? tegakkanlah islam di hati dan dalam hidup sendiri =)

mari tonton code blue


hari ni exam dah habis, esok result keluar. cepat kan? taklah, result esok tu untuk paper yang last week. saya berdoa semoga pass, ameen~

tapi saya risau saya fail satu paper ni sebab saya tak faham instruction. dia cakap jawab satu question satu answer booklet. saya ingat satu soalan per page. jadi dalam satu booklet tu saya jawab dua soalan. risaunya risaunya risaunya. nasib baik kak rahmah kata nanti ade sesi exam paper review yang mana kalau kita tak puas hati dengan result kita, kita boleh tengok paper kita sendiri, tengok camne dia marking. ya Allah, tolonglah lembutkan hati examiner, tolong consider saya pelajar IMU yang jakun tak pernah jawab dalam answer booklet ni. pening ok, pening. pening jawab soalan yang tak dapat difahami lepas tu exam instruction tak difahami. apelah lemah sangat pemahaman saya ni.

mungkin akibat terhantuk bola basketball masa main bulan lepas. kena hantuk baik punya. sampai konfius sekejap. sejak itu saya perasan otak sudah tak berapa nak center. haha lawaknya, bola je. bukan besi. exaggerate lah!

ok lupakan exam. bertawakkal dan berdoalah. lepas exam, saya balik terus layan drama baru yang dicadangkan oleh adik junior. code blue. tu dia, poster kat atas tu. code blue ni cite medic2 la. drama jepun. saya pantang cite medic ni, memang suke sangat tengok. cuma 'cinta medik' je yang tak minat nak tengok.

baru tengok episod satu dah terpikat sangat2. tak tak. sebenarnye mula tengok poster dah tergoda dah. siap sebelum melangkah ke exam hall, saya loading dulu cite tu so that balik rumah boleh terus tengok. cite ni macam cite fresh graduate yang baru masuk hospital. then kerja bahagian emergency and bertanding siapa dapat jadi doctor heli aka doktor yang naik heli pergi treat emergency case.

saya suka emergency medicine tak tahu kenapa. macam sangat mendebarkan dan mengkagumkan. antara cite ER dan cite House, saya suka ER lagi. dia macam memerlukan otak kita bergerak pantas untuk memahami cerita sepertimana otak doktor kena pantas figure out ways to treat the emergency condition. hah, begitulah. kalau saya ambil medicine, saya mungkin akan memilih emergency. ia tidak bosan dan ia banyak kes2 baru dan sentiasa mencabar. tapi saya lembab dan lembik. HAHAHA.

dalam dentistry, boleh juga nak join emergency. jadi oral surgeon lah. tapi itu bermakna, kena study post-grad 5 tahun lagi. mahu? kerana saya seorang yang family-minded, saya tak mahu. bukankah mahu bersara setelah 10 tahun. haha tapi sebenarnye sangat berminat. tak minat dentistry tapi minat surgery. baguslah tahun depan bakal membuat minor surgery procedure ye dhuha. tapi dhuha, bukankah baru2 ini juga telah develop perasaan mual-loya melihat darah. haih, kta lihat bagaimana ye tahun depan.

ok2, pendek kata cerita code blue sangat menarik sebab ade heli. hihi dekat dental clinic, saya selalu perhati heli yang mendarat di hospital sebelah. nampak macam dasyat. tapi saya rasa macam ER lagi best lah. kita lihat bagaimana. oh cuti ini mahu menyewa siri ER di videoEzy juga rasanya. kita lihat bagaimana.

episod yang saya tonton tadi tentang amputation. ngeri. pastu tentang paku tercucuk masuk ikut muka. ngeri.

erm bila agaknya nak ade dental drama series eh? setakat filem tu macam sangat mengarutlah. kalau ade pun, tunjuk dentist2 kaya dan bergaya. bukan itu yang saya mahu, saya mahu yang tangkas,pantas dan EMERGENCY. Ok mungkin dhuha sendiri akan produce. eh tak payah, suruh ida lah.

malaysia pula bagaimana ye? tidak adakah siri2 perubatan yang menarik begitu? setakat cinta medik dan ampang medical, takpelah, tak minat. sungguh geram jika tonton drama melayu, bila sampai bab perubatan, fail sangat2. nampak sangat tidak membuat research. lagi2 batuk berdarah dan barah otak. bila tunjuk x-ray pun salah.

eh terpanjang pulak tulis padahal nak promote citer code blue ni je. aktiviti esok ialah jalan2 dengan kak rahmah. saya dah sediakan list recipe yang akan di practice juge maka nak cari bahan2 kat supermarket. nak usha bahan2 knitting juga.




hihi..ini anak saya. disebabkan cuti ni tak balik malaysia, maka saya nak berkepit dengan kak ili lah dan berguru dengan kak ili. insyaAllah, akan terus mengejar cita2 ^__^..kita lihat bagaimana.

Thursday, November 11, 2010

examku yang terakhir, insyaAllah


hari ni last paper. saya harap ianya betul2 last paper (btw, cikgu BM saya kata 'ianya' tak boleh guna dalam karangan. tapi untuk blog ini saya rasa macam tak boleh hidup tanpa 'ianya'. so kepada adik2 sekolah yang membaca, jangan contohi BM saya walaupun pernah dapat award best student BM :P)

sambung cerita balik.

saya harap ini betul2 last paper. oh ataupun last exam. saya tak mahu amik oral xm mahupun repeat paper. ameen~ (but i always be prepared for it)

mari saya ceritakan tentang paper hari ni walaupun tak perlu tapi saya macam mahu menulis jadi biarkan jari-jemari ini mentarikan rentak iramanya. (lagu background: KRU, mengerti-sambil mengimbas zaman kanak2 yang galak menari ala cili padi)

subjek hari ini: dentist and the patient. ade 5 module maka ade 5 soalan esei. 5 modul tersebut ialah: cariology, endodontics, prosthodontics, oral surgery, periodontics. setiap satu modul diwakili oleh satu soalah yang mungkin beranak satu atau tiada anak langsung.

yes soalan esei which is sangat tak biasa buat masa kat imu. paling panjang jawab untuk imu pun dalam 1 perenggan untuk MEQ (modified essay question- kata pun modified kan, mmg tak panjang spt esei sebenar)

masa mula2 amik test oral path sebulan yang lalu, terkejut beruk saya bila saya habis awal daripada orang lain. tengok paper orang lain, bermuka-muka surat mereka tulis! mereka tulis apa yang banyak sangat?

so kepada yang akan berpindah ke partner uni, bersedialah. mungkin tak sume uni tapi perubahan ini mungkin berlaku dan buat anda hilang markah dalam test seperti saya. saya jawab dalam point form ok! point form! sedangkan sepatutnye macam esei.. haish..berterbangan markahku...dekat imu, point form memang normal lah..

btw osce mereka pun jawab macam esei. rasa nak pengsan. dalam 5 minit, jawab panjang2. tak reti buat osce ke mereka ni (hahah macamlah kau pakar osce, dhuha)

2 papers yang lepas, saya memang mengarang karangan habislah.. berotot jari jemari dan wrist ini yang dah lama tak menulis esei guna pen. hambek, 3 question booklets saya serahkan kepada invigilator. (teringat spm, guna question booklet lepas tu kalau tak cukup minta extra dekat invigilator. bila dah habis, ikat dengan benang, tapi kat sini tak ikat guna benang, ikat guna benang plastik mcm yang guna untuk ikat shopping bag sebelum kamu masuk GIANT. rindu giant)

eh tadi macam nak cerita lain kemudian telah menjadi berperenggan-perenggan selingan
(sorilah dah terbiasa dengan format exam di sini :P)

ok saya harap Allah tolong saya, permudahkan ilmu masuk dan mudahkan juga ilmu disalurkan ke atas kertas. ameen~ (tu je? ye, tu je. berdoa, doa juga. exam tinggal lagi lebih kurang 6 jam.. berusahalah selagi diberi masa, bukan berblogging.)

salam.

GLOSSARY:
cariology- study tentang caries aka tooth decay atau karang gigi
periodontology- study tentang gusi dan tisu-tisunya yang mensokong gigi
oral surgery- study tentang pembedahan mulut
prosthodontics- study tentang oral prosthesis seperti gigi palsu, implant, bridge, crown etc.
endodontology- study tentang akar gigi (root and pulp)


Wednesday, November 10, 2010

beli belah di trade me

sebagai penduduk kiwi land ini, tidak sah lah kalau tidak kenal 'trade me'- where kiwis buy and sell.. haha...sejak awal sampai sini telah diperkenalkan dengan website trade me tapi tak pernah nak endah pun sebab first time masuk website tu err macam jual barang terpakai je...hoho i do have issues with used items. dahla mula2 pegi search "trade mill". masalah pendengaran betul lepas tu nak hairan2 pulak kenapa online shop ini harus menamakan dirinya 'treadmill'? kemudian pencarian gagal dan search 'trademill' pula..sampailah akhirnye kawan saya post tentang trade me dekat FB barulah saya tahu.

namun sebab dah nak berpindah rumah bulan 12 ni, saya kena segera cari katil. tak tahu nak cari kat mane, sume orang recommend trade me. mula2 tu macam "alaa, 2nd hand"...poyos nye..lepas tu bila fikir2 balik, eleh katil je. katil yang duk guna sekarang pun macamlah bukan 2nd hand..entah dah berapa generation dah guna.

maka saya pun masuk website trade me yang macam tak canggih itu. pastu tengok barang2, mula membiasakan diri dengan suasana 'kedainya'..rupanya ade bidding jugak. tak retilah sesungguhnya nak bid menge'bid' ni tapi mcm seronok je coursemates selalu cerita "oh i wonder who won the bid for that item, this item bla bla bla.." pastu ada kawan2 yang juga menjual barang2 di trade me sambil membuka topik perbualan "what's the highest bid for today, who won the bid yada yada"..senior2 pula sedang hangat melelong perabot di trade me..memang agak fenomena la kat sini.

dan hari isnin setelah bosan study saya browse katil. rupanya ade jugak 'new items' so itulah yang saya jenguk dulukan :P..tapi mahal hoho..kalau bid-bid pun silap2 dapat reserved price yang still mahal. haha...maka nak tak nak pegila jenguk used item tapi cari yang at least tak guna more than 4 years. but saya telah bid juga untuk satu new item..tak taulah bila nak menang. asyik overbid by others je. malas nak layan. saya pun akhirnye cari extra battery untuk kamera kesayangan saya itu kerana bateri dia tak tahan lama tak seperti yang diberitahu dalam spec. cheitt.

jumpa satu je bateri for lumix tz10 terus rembat. takde bid bid lagi. terus klik 'buy now', key-in credit card details lepas tu finished! puas hati. padan muka orang lain yang telah bid berminggu-minggu. HAHAHA. bukan senang ok nak cari battery tu. harga pulak dah berpatutan. apesal la orang dok bid lagi. beli jela. haih..bateri je kot. kot la jewelleries ke..

terus dapat positive feedback from seller "fast buyer! fast payment! great dealing with you! A++++!!"..itu kisah 2 hari lepas dan hari ni pakcik DHL ziarah rumah saya hantar barang yang di order. saya pun bagi feedback yang positive jua kepada seller kerana unexpected fast delivery from auckland. seronok. lepas ni pasti membeli belah dengan lebih rancak lagi especially gadgets T___T

inilah akibatnye ade credit card tapi kat sini memang kena buat credit card tu kalau tak susahla nak hidup. cash amat jarang sekali guna. pegi pasar pun guna eftpost (macam debit card la). tp alhamdulillah setakat ni berjaya mengawal perbelanjaan siap ade balance between every allowance yang JPA bagi, which is tak pernah terjadi seumur hidupku since intec sampailah ke IMU..kalau ade balance pun puluh-puluh atau belas-belas ringgit. huhu..

umur dah nak masuk 23, kena simpan duit takut2 'emergency'. lagi pula, sekarang hidup di luar negara, pandai2lah mengurus kewangan. mahal ok nak suruh parents kirim duit, kena darab 2.2++

p/s: abah kirim RM 1000 untuk beli kamera tapi saya tak guna-guna pun lagi. tunggu JPA masuk duit utk beli kamera. ok adalah guna tapi dalam $50 je sebab hari tu pegi beli groceries kat new world supermarket lepas tu eftpos buat hal, nak keluar duit pulak kad tak boleh masuk. last2 guna maybank visa yang ade duit abah kirim untuk beli kamera T__T

assalamualaikum, dunia!

ok mengumumkan pembukan belog secara rasmi. sepatutnye esok, iaitu hari habis exam, seperti yang dijadualkan beberapa bulan yang lepas. namun tbe2 cik nawal mintak request nak access belog pula. serba salah pulak, sebab esok je pun belog ini nak dimasyarakatkan. so tak payah nak gedik2 lebih panjang, open to public je.

ok nak sambung berjuang untuk peperiksaan esok hari, doakan saya.

Tuesday, November 9, 2010

rhodendron



saya baru tahu pokok-pokok bunga yang mengelilingi rumah saya ialah bunga rhodendron.bunga2 dia memang duduk dalam bunch camtu. sangat cantik! kat rumah saya ada colour putih, merah, pink, meren (merah-oren), purple dan the latest yang sedang blooming ialah kaler pink-merah..susunan colour bunga adalah menurut turutan mana yang berbunga dulu. the latest colour tu belum amik gambar lagi.

bunga yang kaler meren bau dia busuk. bunga ni juga tak hidup lama. dalam seminggu camtu kaler dia dah faded away. lepas tu gugur satu persatu. ye, yang cantik itu hanya sekejap sahaja. lama-kelamaan pasti layu ditelan masa.

Monday, November 8, 2010

tetamu yang dimuliakan

(halaman rumah yang indah tapi sementara je. tapi kekal dalam kenangan. aww~)


saya sangat suka tetamu datang rumah.weee~! :)

da habes 1 paper tadi tinggal lagi 1 paper, last paper, khamis ni. excitednye! hehe..alhamdulillah setakat ni dikurniakan kemudahan oleh Allah untuk melalui saat2 genting musim exam.

during study period rumah kami setiap hari dikunjungi tetamu yang bukan je membawa berkat kepada tuan rumah malah membawa buah tangan. alhamdulillah murah rezeki sangat2 :)..semoga Allah merahmati mereka yang membuat 'kunjungan kebajikan' kepada kami yang merupakan batch terakhir amik exam. orang lain sume dah merdeka dan dah balik malaysia. haha dhuha, sekalipun kau habis exam awal, kau takkan pulang ke tanah air juga :P

hari ni je 5 orang datang rumah. tak menang tangan nak melayan. ecehhh guna tangan ke layan? bukan guna mulut je ke..haha..seronok2...alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..tetamu datang membawa rahmat dan membawa rezeki kan. dan Islam amat menyarankan umatnya memuliakan tetamu ^__^ (note: memuliakan, bukan menyambut saje)

"Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka muliakanlah tetamunya"
Hadis yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari, Fasal : Adab, Bab : Memuliakan tetamu dan perkhidmatan terhadapnya.

p/s: cuti ni nak explore hobi baru: knitting! yayyy dhuha jadi mcm ibu2..haha..rase nak menjahit tapi satu hal nak pegi cari mesin jahit, cari kain ela lagi..ehem bukankah antara satu kemahiran isteri yang solehah ialah pandai menjahit. preparation ni, preparation! tak dapat menjahit, knitting pun bolehlah. bila suami dan anak kesejukan nanti boleh buatkan stokin ke mafela ke sweater ke..glove pun jadilah ^__^ (huhu bajet nak stay nz)

sorry, wrong number

pertama kali mendapat call 'wrong number' di NZ..haha..di pagi2 buta, agak hairan sape pulak call. seorang mamat saleh telah call saya dan tanya "is that Bob?"..HOHO agak2la..takkan saya dah pecah suara sehingga boleh menjadi 'Bob'..huhu...tapi kelakar sebab saye jawab penuh slang melayu.

i said "el0.." (instead of "hey" or "halo" in their slang) dgn suara yg sungguh tak mesra alam. pastu dia terus2 tanye "is that Bob?" pastu saya trus cakap "no." pastu dia sendiri cakap "oh sorry probly the wrong number." pastu terus letak phone. haha agak ganjal di situ (eh ade ke word ni?)..ke ganjil? tp saya bukan nak cakap ganjil pun..hmm..

oh janggal! haha...ok2..agak janggal sebenarnye bila wrong number, dia sendiri yang mengaku dan terus letak. back in malaysia, bila orang call salah number, mestilah kita sendiri yang cakap salah number. lepas tu mesti pulak nak tanya siapa nama la, duduk mana la belajar mana la, yada yada..memanjangkan konversasi dan pasti orang tersebut punya banyak uang, sesuka hati spend bil telefon kan. unlike saya yang kedekut kredit ni.

oh adakah anda berpengalaman seperti saya di malaysia? cukup menyampahlah orang salah number ni. yang hairannya tak pernah perempuan. sume mesti laki, pakcik2, bangla2..mula2 tu bila dorang start tanya 'siapa ni ye?', saya terus letak phone. bila bangla pulak tanya saya balas "sori tak faham" lepas tu letak telefon. kadang2 saya jawab dengan jawapan mengarut seperti 'saya dah kahwin' atau 'saya dah kerja' lepas tu terus letak telefon. kemudian kalau jenis orang yang tidak putus asa tu, akan call berkali-kali sehingga memaksa saya off phone sehari. orang begini jangan dilayan.

ok nak pegi jawab exam. rabbi yassir wala tu'assir

p/s: tak sabar mahu memasyarakatkan blog ini kembali khamis ini- exam habis! haha padahal sebenarnya dah xde purpose pun nak private kan tapi nak jugak tunggu after final exam.

Friday, November 5, 2010

random

tadi abah call handphone saye..wee! wee~~!

tadi ade farewell tea untuk those yang akan berpindah clinical school dan juge yang akan tamat pengajian. sedey~~ T__T

tadi juge ade announcement junior saya yang berusia 20 tahun, akan pulang melangsungkan perkahwinan. yani tercabar...HAHAHA macamlah kau juga tak berasa tercabar,dhuha..tapi yang sudah melangsungkan pertunangan tentulah lebih tercabar, bukan?

hihi..kesimpulannya, jgn bertunang :P

kita yang belum bertunang ni tak perlulah nak merasa apa2...hanya berdoa dalam hati :D..tengah malam berdoa sekuat-kuat hati pulak :P

saya mendoakan semua pasangan-pasangan yang bakal melangsungkan akad nikah bahagia sampai syurga, insyaAllah. selamat semuanya. doakanlah saya juga :)

saya juga berdoa encik suami yang misteri itu sedang bersiap sedia seperti his other half di sini juga, ameen~ aneh, walaupun tak pernah kenal dan tak pernah tahu, i keep praying for you. praying for someone yang belum datang, belum tahu, lagi misteri? insyaAllah bila tiba masanya, kita akan tahu hasil doa kita ^__^

p/s: saya selalu rasa jodoh itu misteri. tapi bila dah kahwin nanti macam dah hilang satu thrill yang misteri kan? kalau nak terus menerus thrill begitu, tak payah kahwin lah dhuha.