Sunday, April 29, 2012

jom 'iffah!

oh sangat banyak menulis hari ni. sebenarnya nak practice dengan blogger style baru ni. still tak familiar (alasan)

semalam dalam usrah kami belajar bab 'Iffah. 'Iffah bermakna memelihara maruah diri. sangat besar rupanya skop memelihara maruah diri. sampaikan nak makan pun ada maruah diri yang kena di jaga.

'Iffah juga secara istilahnya bermaksud menahan diri daripada perkara-perkara yang haram dan tidak elok, mengawal dan berdisiplin dalam menjauhi perkara haram dan yang tidak soleh.

berdasarkan silibus buku modul, jenis-jenis 'Iffah terbahagi kepada 3 bahagian.

  1. menjauhi perkara haram
  2. bangga dengan kemuliaan diri dan tidak meminta-minta
  3. menjaga diri daripada perkara syubhah
sebagai orang islam kita kena pelihara maruah diri dengan menjauhi makanan haram, maksiat yang jelas keharamannya, tundukkan pandangan, menjaga kemaluan, dan termasuk juga menjaga urusan kewangan agar tidak bercampur dengan perkara yang haram contohnya riba' (bank new zealand best ok. orang muslim boleh opt for interest free)..

sebagai orang islam juga kita kena bangga dengan kemuliaan diri kita. kita ini hanyalah bertuhankan Allah yang satu sahaja. tiada yang lain. maka kita hanya meminta-minta kepada Allah sahaja. bila kita meminta-minta kepada selain daripada Allah, maka telah jatuhlah maruah diri kita. Kalau kita tak ada duit, minta dengan Allah dengan cara berusaha dan berdoa. Rasulullah SAW pernah bersabda "bukanlah orang miskin itu yang makan sesuap atau dua suap. tapi orang miskin itu adalah yang meminta-minta"..maka selagi ada tulang 4 kerat, selagi ada upaya, kita kenalah berusaha sendiri. Dalam part ni juga ditekankan tentang pentingnya membayar hutang dan sangat penting untuk membayar hutang tepat pada waktunya dan juga mesti berterima kasih kepada pemiutang.

last part, sebagai orang islam kita kena menjaga diri daripada perkara yang syubhah. apakah perkara syubhah itu? perkara syubhah ialah perkara yang terletak antara halal dan haram, yang statusnya samar-samar. macam mana nak kenalpasti perkara syubhah? saat hati anda rasa ragu-ragu "eh boleh ke tak ni?", maka tinggalkanlah. itulah dia syubhah. perkara syubhah jika dilakukan lebih menghampirkan kita kepada api neraka. dan perkara syubhah ini juga hanya boleh dikenalpasti oleh hati yang masih hidup. mana mungkin hati yang telah mati boleh merasa ragu-ragu terhadap perkara syubhah. hati yang mati ibarat tumit kaki yang dah keras. pijak duri pun tak terasa dah. hati yang mati sudah gelap dan tidak bercahaya lagi maka tidak dapat dibezakan lagi haram dan halal. maka sangatlah pentingnya kita sentiasa menghidupkan hati kita agar kita mudah kenal apakah yang syubhah. 

contoh perkara syubhah ialah pergi konsert. pada zahirnya kita rasa tak salah pergi konsert. hanya nak dengar lagu dan melihat artis kesayangan beraksi 'live' di pentas. kita tak pergi dengan boyfriend pun. kita tak bergaul bebas. pendek kata kita tak rasa kita buat maksiat pun. namun dalam konsert itu juga terlalu banyak yang syubhah. waktunya yang mengganggu waktu solat, penonton lelaki dan perempuan yang bercampur gaul secara bebas, lagu-lagu yang melalaikan yang langsung tak membawa kita mengingati Allah, unsur hiburan yang melalaikan dan mengasyikkan etc. kita rasa kita tak lalai pun, kita still solat dan kita tak terkinja-kinja pun. ibaratnya seperti nasi bubur yang tercampur dengan seketul najis cicak. kita tak terasa pun busuk dan kotornya najis itu sebab kita tak nampak dan kita tak tahu. namun lama-lama kita akan rasa macam kalau letak banyak2 najis cicak pun, apakah bezanya? sebab kita dah terbiasa dengan rasanya. dah tak geli lagi. begitu juga perihalnya dengan konsert tadi. asalnya ada rasa bersalah sikit. lama-lama dah tak rasa salah langsung. hati macam tu la, bila dah biasa dengan maksiat, tak akan rasa bersalah lagi.

ketahuilah syaitan telah berputus asa dalam menyesatkan manusia dalam perkara yang besar maka berhati-hatilah dengan dosa-dosa yang kecil (khutbah terakhir Rasulullah SAW)

new ambition

semalam Allah telah ilhamkan saya sesuatu yang berharga. sesuatu yang boleh saya pegang untuk saya terus bertahan dalam arena pergigian. hoho.

selama ni saya tak tahu kenapalah saya kena belajar semua gigi-gigi ni. what can i actually do other than treating  masalah gigi masyarakat? saya rasa macam terkapai-kapai camtu je belajar gigi nih. therefore saya memang tak mahu pergi jauh dalam bidang ini. saya tak nak further study juga. sudahlah tak minat. kemudian tak tahu apa yang boleh saya buat untuk  dijadikan matlamat perjuangan murni yang berlandaskan Islam.

tapi sesi usrah semalam telah membuka dimensi (perghh ayat!) baru dalam cara saya berfikir. kami bincang tentang kesyumulan islam, tentang masalah malaysia, tentang Islam adalah satu-satu agama yang menekankan 'prevention is better than cure'. Islam adalah the most brilliant public health measure. sebenarnya dah lama dah dok berbincang tentang Islam dan public health ni. tapi malam tadi rasanya adalah satu 'spark'.

"cuba tengok new zealand. tutup kedai awal. orang pun balik rumah awal, spend quality time dengan family. kita pun boleh berehat awal, tidur awal dan senang nak bangun qiyam." saya dan ahli usrah berpotpet2.

"oh bestnya kalau malaysia boleh buat sistem camtu kan." saya berfikir dalam hati.

"oh! saya nak amik public health la camni! boleh masuk kementerian and buat polisi!" saya meluahkan idea dan hasrat.

"ha, buatlah macam tu! ermm tapi rakyat kena ditarbiyyah dulu. tarbiyyah itu penting. kalau rakyat tak difahamkan, susah jugak diorang nak terima polisi baru secara tiba-tiba macam tu. macam jugak kalau kita tukar sistem pemerintahan tanpa majoriti rakyat ditarbiyyah mengikut aliran fikrah yg sama, apa gunanya tukar kerajaan. rakyat hanya bersorak sekejap lepas tu kembali soal itu ini, minta itu ini. tak puas hati sana sini" kakak naqibah memberi komen.

hmm..sepanjang malam saya telah berfikir. baiklah saya telah ada azam dan cita-cita baru. saya akan bekerja keras mentarbiyyah diri sendiri, kemudian mentarbiyyah masyrakat. kemudian further study in public health. masih juga tidak lupa tentang cita-cita untuk mendalami bahasa arab dan ulum Quran. kemudian saya nak masuk admin. masuk kementerian. bekerja dengan policy makers. haa, lepas tu rahsialah. saya kena laksanakan basic aim dulu untuk capai matlamat besar.

maka tugas saya sekarang ialah:

  1. tarbiyyah diri sendiri
  2. tarbiyyah keluarga dan masyarakat
  3. menuntut ilmu sejauh, sedalam dan setinggi mungkin
  4. buang sikap malas, kena RAJIN SUNGGUH!
(courtesy of kak sarah)

Aim terbesar: mengaplikasikan sistem islam dalam sistem kesihatan dan gaya hidup masyarakat. InsyaAllah, semoga Allah bukakan jalan dan permudahkan jalan! ameen!

p/s: indahnya hidup beragendakan Islam

stop blaming stop cursing

buat masa ini saya tak sanggup nk masuk FB. masuk FB je pasal BERSIH. masuk FB je ade orang kutuk-mengutuk. saya tak berani nak scroll ke bawah. masuk FB just nk tgk notification dan just nak tengok inbox.

video BERSIH pun saya tak tengok. TIPU. sy tengok video yg kat TVISMA je. nasib baiklah sebab video tu sangat umum dan takde keganasan. saya tak akan sanggup nak tengok video lain. saya juga tak tengok satu pun lagi gambar BERSIH 3.0. sebab saya tak nak jadi orang yang blame orang sana sini. sebab saya tak nak saya ada opinion sendiri. saya tak nak tersalah sangka. prevention is better than cure. saya bukanlah orang yang berada di tempat kejadian so kenapa saya nak bising lebih-lebih kan? and its people's choice to be there so kenapa saya nak berkata-kata lagi. dan sudah saya katakan pada diri sendiri yang itu bukan prioriti dalam agenda hidup saya, maka kenapa saya nak buang masa baca komen orang sana-sini mahupun fight back komen orang kan.

tapi satu benda yang merisaukan dan mensedihkan hati ini. rakyat malaysia bertekak. kutuk-mengutuk. yang tak pergi pula marah over-over. yang pergi pula mengutuk pihak berkuasa. haih apalah kesnya ini. bagi saya, tak wajarlah kita nak kutuk siapa yang pergi dan siapa yang tak pergi. buat kerja masing-masing sudahlah. mana boleh paksa opinion kita paralel dengan opinion orang lain.

dikatanya orang lain diperbodohkan dan diperkudakan musuh dalam selimut tapi bila kita sama-sama bergaduh, bertekak dan kutuk-kutuk mengutuk tuh, bukankah kita sendiri dah terjebak dalam permainan musuh jugak. jangan lari fokus. kalau kita kata kita sayangkan malaysia dan itu cara kita berjuang demi tanahair, fokuslah. tak payah nak mengata usaha orang lain.

fullstop. these are just all the mess dalam kepala yang i need to put in words.

Saturday, April 28, 2012

muhasabah BERSIH 3.0

tak seperti tahun lepas, tahun ini saya sudah tidak beriya berbincang tentangnya. mungkin faktor umur yang telah lanjut membuat saya lebih cool down tahun ini haha. saya akui tahun lepas saya membela BERSIH kerana emosi. sewaktu musim promo BERSIH 2.0 saya telah pulang ke tanah air and saya rasa tertekan dengan tekanan pihak kerajaan di waktu itu yang beriya benar mahu membantah penganjuran BERSIH. saya pula jenis yang memberontak, apa yang dilarang sekuatnya itulah yang saya pertahankan sekuatnya hoho. dan sewaktu itu juga saya terlampau emosi dengan kutukan yang orang lemparkan kepada orang awam yang menyertai BERSIH. bagi saya, mereka hanya orang awam yang mahu menuntut hak mereka, jadi kenapa harus mengutuk? berdasarkan video2 yang ditayangkan memperlihatkan wajah simpati rakyat yang ditindas dan disembur. how can i stand that? maka cenderungnya saya kepada BERSIH di waktu itu adalah kerana emosi.

setelah hampir setahun belajar fikrah Islam, saya bukanlah nak kata sudah bijak berfikir namun cara saya berfikir sudah mula menampakkan perbezaannya. mungkin lebih matang dan lebih neutral? (perasan pulak dah).. kini saya rasakan isu BERSIH bukanlah isu utama dalam agenda hidup saya. ada banyak lagi agenda dalam hidup saya yang terlebih dahulu saya kena utamakan dan perjuangkan. agenda yang saya maksudkan ialah agenda yang benar-benar jernih, suci dan bebas daripada pengaruh bukan islam. kalaulah BERSIH itu didalangi sepenuhnya oleh orang islam, mungkin lain cerita jadinya. namun kerana di belakangnya ada suspicious person plus sudah mula melibatkan LGBT..ermm saya rasa tak perlu untuk saya menjadikan ia hal utama untuk saya sibukkan dalam kehidupan.

walaubagaimanapun, saya tidak mengutuk golongan yang turun berhimpun. bagi saya mereka ada sebab tersendiri yang mungkin terhijab ilmu dan dalilnya daripada pengetahuan saya. siapalah saya, orang yang baru mahu merangkak dan belajar. orang yang pergi duduk bantah itu pula bukan calang2 orangnya, maka saya tiada hak untuk mengutuk. pada saya, yang tinggal sekarang hanya fatwa hati. jika hati merasa tidak kena dengan penganjurannya maka hindarilah. kalau hati yakin dan mantap, maka bergeraklah. soal niat, Allah lebih tahu dan lebih berhak menilainya. doa saya agar setiap saudara seakidah yang duduk bantah itu meluruskan niat mereka dan semoga Allah redha dengan perjuangan mereka. bagi yang tidak turut serta, sekali-kali usahlah menghina dan usahlah sinis. mungkin dengan sebab adanya orang2 ikhlas yang berjuang di jalanan itu, kita bakal merasai pemerintahan yang lebih adil dan telus. kita di sini hanya mendoakan yang terbaik buat mereka.

tuntutan BERSIH itu tidak salah pun. berhimpun juga tidak salah. ia boleh menjadi aman jika tiada provokasi kerana saya yakin orang yang menyertainya semuanya pencinta keamanan dan keadilan. tidak menyertai BERSIH juga tidak salah. Hai, kawan2! kita semua sayangkan negara kita kan. cuma setiap daripada kita punyai cara yang berbeza. maka apalah yang nak digaduhkan jika sudah sama-sama cinta :)

hindari kutuk-mengutuk, hindari pertelingkahan. sebarkan cinta ^__^

p/s: kita sering menuduh perbuatan demonstrasi jalanan itu membuang masa. namaun sejauh manakah kita memanfaatkan masa kita sewaktu orang lain berdemonstrasi? bermanfaat benarkah masa yang kita luangkan di rumah? renung2kan..kerana kita ini suka benar melabel dan menuduh orang lain tanpa melihat kepada diri sendiri terlebih dahulu. usah sibuk memikirkan perihal orang lain jika diri sendiri masih belum tahu kelemahan sendiri ^__^

Wednesday, April 18, 2012

surat untuk mahasiswa


bismillahirrahmanirrahim (dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih)

assalamualaikum wbt

jom taaruf dulu. pertama sekali, saya ialah seorang mahasiswa (walaupun agak malu nak mengaku sebenarnya huhu). kedua, saya merupakan pelajar tajaan kerajaan. ketiga, saya dan keluarga bukan peminat PTPTN. ok cukuplah tu.

sebelum ada orang salah sangka, saya nak bagitahu yang saya malu untuk mengaku mahasiswa kerana 'imbuhan' 'maha' di depannya. hoho..siswa cukuplah. saya bukan bijak sangat. belajar pun tak banyak mana. maka anda semua adalah mahasiswa, saya pula seorang siswi.

kebelakangan ini saya sedang disibukkan dengan isu timur tengah. isu syria dan isu palestin serta cuba untuk sentiasa up-to-date dengan GMJ (Global March To Jerusalem). dalam kesibukan itu saya terlepas pandang isu yang ada kat malaysia. hoho tak patriotik ke saya? eh sebab saya patriotiklah saya tergerak untuk menulis ni.

bila saya rajin-rajinkan diri untuk scroll down news feed kat facebook, saya macam "eh..eh..apa lagi isu mahasiswa ni? tak habis-habis lagi ke?" ada video, ada artikel, ada mcm2 komen etc..saya baru sedar saya dah ketinggalan rupanya. ingatkan masih bising tentang AUKU lagi. rupanya sekarang ni bising tentang PTPTN dan Free Education pula. diorang ni takde kelas kena attend ke eh, asyik berdemonstrasi berturut-turut ni?

hari ni barulah kelam kabut nak google isu ni. baca-baca daripada kedua belah pihak. saya no komenlah tentang mana satu fakta yang betul atau salah. saya nampak semua ni hanyalah mainan politik. tak tahu kenapa. instinct kot. instinct boleh pakai ke untuk menilai fakta/berita? tp memandangkan pilihanraya nak dekat dah, isu apa pun yang timbul kat malaysia saya akan merasakan itu hanyalah permainan politik semata.

ingin saya beritahu, memandangkan saya ini siswi sahaja. bukanlah mahasiswa. maka saya pun kurang cerdik daripada kalian semua. siapalah saya untuk didengari kata-katanya tapi at least dalam blog sendiri i can have my say. ada kesedihan dan kekecewaan yang terbuku dalam dada saya terhadap mahasiswa malaysia yang mesti saya luahkan dan tulis kat sini. tiada salah atau betul dalam penulisan ini melainkan hanyalah luahan perasaan dan sedikit teguran yang tidak seberapa. saya tak pandailah nak geledah agenda tersembunyi dan seangkatan dengannya. bagi saya isu ni tak perlu saya berikan perhatian lebih-lebih sebab lebih banyak lagi isu yang mesti saya beri perhatian.

saya tahu banyak yang kerajaan lakukan masih belum sempurna dan masih ada cacat cela di sini. tapi ketahuilah membina kerajaan bukan mudah. (sekejap, saya bukan pro-kerajaan mahupun pro-pembangkang. i am a learner). dan orang-orang yang membina kerajaan ni dah melalui kehidupan sebagai pelajar dengan darjah ilmu yang lebih tinggi daripada kita, mereka dah menempuh pelbagai pengalaman. kita baru setahun jagung dalam bidang politik mahupun dalam pengajian kita sendiri. siapalah kita untuk mendabik dada bahawa kita lebih pandai dan lebih tahu. kalau ada ketidakpuashatian pun, luahkan dengan rasa hormat atas dasar menghormati senior. ok? maka kat sini saya akan menghormati semua pihak yang terlibat sambil sentiasa meletakkan posisi saya yang terbawah sekali dalam 'kasta' masyarakat di malaysia.

pertama, PTPTN. hmm seperti yang saya beritahu di atas, saya bukanlah peminat PTPTN. begitu juga keluarga saya. ayah saya bertungkus lumus bekerja semata-mata ingin membiayai sendiri pengajian anak-anak. abah tak suka pinjam duit orang lebih-lebih lagi pinjaman yang berpuluh ribu. abah kata PTPTN charge interest bila tiba masa untuk bayar balik. abah cakap abah tak nak bebankan anak-anak dengan hutang maka abah guna tulang empat kerat untuk membiayai anak-anaknya. alhamdulillah saya tak guna duit abah untuk belajar dan saya juga tak guna pinjaman. saya dapat biasiswa. alhamdulillah, itulah free education :)..keluarga saya bukan keluarga kaya raya. rumah ada sebijik je tu pun bukannya gah pun. rumah itu pun baru dibeli 7 tahun yang lepas. selama 18 tahun sebelum tu hidup menyewa je. abah pula dulu bekerja sendiri. 7 tahun lepas je baru start kerja makan gaji sebab yelah anak-anak abah dah makin besar, semua nak masuk uni. jadi abah kena ada income tetap untuk sara semua orang. abah tanggung 2 orang anak kat IPTA, seorang kat matriks, seorang kat sekolah menengah. kesimpulannya, abah berjaya elak PTPTN 3 kali. itu pun mak cakap semput jugaklah abah nak tanggung sorang-sorang. mak tak kerja. maka saya pun tanam cita-cita untuk kerja kuat biar saya boleh tanggung pengajian anak saya sendiri. kalau boleh, biasiswa kerajaan pun saya tak nak anak saya ambil. biarlah yang lebih memerlukan ambil biasiswa tu (sebab betul, saya tak faham kenapa ada juga anak orang kaya yang ambil biasiswa dan pinjaman). ok bila tulis balik impian saya ni, saya tersedar betapa banyaknya duit saya kena kumpul. dahlah nak sekolahkan anak di sekolah swasta kan (sambil bayangkan wajah tua saya yang berpeluh bertungkus lumus kumpul duit)--> tak boleh boros lagi!

maka point saya kat sini, kalau tak suka PTPTN, janganlah pinjam. kita suka sangat salahkan sistem, salahkan orang lain tapi never once we want to put the blame on ourselves. bila ramai yang tak suka PTPTN, maka semakin kuranglah peminjamnya then lama-lama terhapus sendirilah kot PTPTN tu. hoho that is just my simple way of thinking.

tetapi masalahnya sekarang ramai orang tak mampu nak afford pengajian guna duit sendiri. yeke? yuran IPTA pada saya dah murah habis dah. kat new zealand ni, dalam mimpilah nak dapat yuran semurah tu. tambahan pula, dalam pemerhatian saya orang-orang yang meminjam PTPTN ni sebenarnya mampu je (bukan semua. segolongan). saja suka-suka nak ambil PTPTN untuk tambahkan elaun sendiri. then duit elaun guna beli benda-benda yang mewah. lepas dah habis pengajian tak nak bayar pula. bukankah hutang itu sunnahnya akan kena bayar jugak akhirnya?

sistem PTPTN itu bermasalah, ya tidak dinafikan. tapi peminjam juga bermasalah bila hanya tahu pinjam tapi tak nak bayar. sekurang-kurangnya rasa malulah kepada diri sendiri.

kita sudah terlalu dimanjakan wahai mahasiswa melayu. lihatlah kawan-kawan kita yang berlainan bangsa tu, sudah jauh meninggalkan kita dalam serba-serbi hal. mereka tak dapat kuota pinjaman dan biasiswa, mereka masih mampu membiayai pengajian mereka malah cemerlang lagi tu. kita pula asyik mengeluh itu tak cukup ini tak cukup. banyak berkata-kata tapi kurang amalnya. berdegar-degar berjuang pun, itulah kita, masih terkebelakang dalam pelajaran. malu? mungkin elemen inilah yang semakin kurang dalam diri orang melayu.

malu itu separuh daripada iman. akhlak malu itu indah. malu yang diletakkan pada tempatnya mampu menjadikan kita indah mempersona, mampu menjadikan kita cekal, tabah dan kuat. mampu membawa kita ke hadapan. bila kita malu melihat nasib bangsa dan agama, kita terdorong untuk bergerak memperbaikinya. dengan rasa malu itu juga kita bertindak penuh sopan dan rasa hormat. akhlak malu dibawa ke mana-mana sahaja hatta dalam agenda perjuangan sekalipun.

kedua, free education. kalau nak free education, belajarlah rajin-rajin. nanti dapat biasiswa. pinjaman pun boleh dikurangkan atau di'convert'kan menjadi biasiswa bila kita cemerlang dalam pelajaran. everything comes with a price. free education datang dengan kerja kuat dan tanggungjawab yang besar di bahu peminjam dan pemegang biasiswa. itulah harga yang kena dibayar. kalau nak beri free education kepada semua orang, masih adakah lagi golongan yang akan menghargai ilmu kelak? tak semua orang ada attitude yg sama terhadap ilmu. pelajar tajaan pun masih belum ramai yang boleh perform secara cemerlangnya, ada yang tercicir dan sebagainya. apa akan jadi kepada prestasi akademik bila semuanya free? dekat new zealand, there is no such thing as free education. setiap kali saya beritahu pesakit saya di'sponsor' kerajaan, mereka akan ternganga kagum sambil berkata "you're such a lucky wee girl". ok it is not wise to compare malaysia dan new zealand. i know. tapi nak emphasize betapa bertuahnya kita dan kita kena bersyukur.

rasanya kerajaan dah banyak subsidized macam-macam. sektor kesihatan misalnya. lebih-lebih lagi bahagian pergigian. Subhanallah, nak scaling RM2.00 je. kat nz $30.OO ok. kat malaysia siap bagi free treatment untuk elderly dan pregnant woman. dekat NZ semuanya berbayar dan bayarannya bukan murah! oleh sebab nak mudahkan urusan rakyat malaysia agar rakyat malaysia menjadi sihat walafiat, maka gaji pegawai kesihatan jadi taruhannya. amat sedikitlah gaji kami jika nak dibandingkan gaji rakan2 kami di luar negara. malah gaji kami lebih rendah daripada pekerja swasta walaupun kerja pagi sampai tengah malam and vice versa. lepas tu muncul permintaan nak naikkan gaji pegawai kesihatan. bayangkan bila education pula menjadi free, gaji tenaga pengajar yang memang dah sedia tak berapa nak banyak tu akan menjadi lebih kurang pula. muncul pula gerakan pengajar-pengajar yang nak naikkan gaji. never ending story.

saya tahu kerajaan kita banyak duit dan saya juga tahu ada banyak question marks on where the money has been spent to. namun penyelesaiannya bukanlah semudah ABC. saya juga percaya terdapat usaha-usaha untuk memperbaiki semua kekurangan ini. pada saya, selaku pelajar kita bertanggungjawab terhadap ilmu yang menjadi medan utama kita buat masa ini. tidak salah mengambil tahu isu politik. tidak salah untuk duduk dalam barisan yang berjuang. tak salah untuk menyatakan ketidakpuashatian. tapi kenalpasti prioriti dan sentiasa tahu di mana kita berpijak. dan sebagai muslim, jagalah akhlak dan tutur kata. setiap perkara yang mengandungi kata-kata tak senonoh dan tak sopan akan buat saya meragui nilainya. entahlah saya tak tahu nak nasihat apa lagi sebab saya tak arif sangat. apa yang saya nampak melalui gerakan mahasiswa ni adalah sesuatu yang sangat agresif ibarat mangga muda yang masam rasanya (hoh, boleh pulak tiba-tiba termengidam di tengah-tengah penulisan. cicah kuah rojak nyum2~)

saya gembira ada mahasiswa yang mahu berjuang untuk kepentingan masyarakat daripada golongan yang tak tentu hala bergoyang kaki dan melayang-layang terbuai dengan dunia ini. namun eloklah sekiranya semangat yang membara itu dituntun oleh iman dan akhlak yang didasari ilmu terlebih dahulu. buat masa ni eloklah mahasiswa tone down, tumpukan perhatian terhadap perkara-perkara utama. ikut convoy palestin ke. turun jumpa masyarakat sambil berbakti ke. perjuangkan isu akhlak remaja yang makin mencorot dengan mengadakan kempen, ceramah, forum, dialog, dan banyak lagi wasilah-wasilahnya. usah tertipu dengan mainan politik. usah terlalu mudah dijentik dan terjentik. work hard so that you can be someone in the society yang berpengaruh dan bermanfaat.

ok tu je dua sen saya. yang buruk jadikan sempadan yang baik jadikan teladan. i am not the best person and not in the right position to say all these. tiada apa-apa daripada hujah saya yang boleh dijadikan sandaran. seperti yang dibilang pada awal tulisan, hanya luahan rasa. isu ini juga saya jadikan bahan muhasabah diri. menilai balik adakah saya bersyukur dengan nikmat kurnia yang saya terima ini (free education). bersyukur tak cukup kalau hanya diluah sekadar di bibir. ibarat orang yang berterima kasih kepada seseorang, dia akan belikan hadiah, dia akan bagi layanan mesra etc. begitu jugalah seorang hamba yang berterima kasih, dia akan pulangkan hadiah yang teristimewa terhadap Tuhannya, itulah ibadah. dia juga akan berikan yang terbaik dalam segalanya. kalau dia bersyukur tangannya ada sepasang, dia tidak akan gunakan tangannya untuk berlaku maksiat. kalau dia bersyukur dapat biasiswa/ free education, dia akan belajar sungguh-sungguh. syukur itu dengarnya senang, tapi dah terbuktikah, dhuha?

Monday, April 16, 2012

leader? :(

is currently pening dengan health carnival yang akan datang ini. saya tak suka jadi ketua bila saya tahu ada orang yang lebih layak jadi ketua. saya tak suka jadi ketua dan saya tak tahu how to lead. sejak azali, saya memang tak suka lead. ada benda yang saya boleh naturally lead tanpa disuruh-suruh. tapi most of the time saya memang berat nak lead. bukan apa, saya tak suka berurusan dengan orang dan menghadapi risiko untuk berdepan dengan reaksi orang terhadap leadership saya. saya tak suka mengarah orang buat kerja maka bila diberi tanggungjawab sebagai ketua, saya akan end up buat kerja tu 80-90% sorang-sorang. sedaya upaya nak minimakan beban orang lain. bila macam tu, saya pulak yang rasa terbeban tapi jarang jugalah nak rasa terbeban especially bila kerjanya tak susah dan saya punya minat terhadapnya.

pendek kata, saya tak suka jadi ketua. nasib baik saya perempuan. nak lead anak-anak, saya takde masalah.

Friday, April 13, 2012

doa dalam penantian


saya menanti dengan sabar bahawa jari saya akan sembuh sepenuhnya. agak frust sedikit bila masa buka jahitan hari tu, didapati luka jahitan masih belum sembuh sepenuhnya. ia agak aneh sebab dah 17 hari berlalu sejak hari pembedahan. saya sudah terlalu lama bercuti dan saya rindu nak ke klinik berjumpa dan merawat pesakit.

ya ada kekecewaan di wajah dan juga di hati. saya hanya mampu redha dan menyerahkan segalanya kepada Allah. doakan kesembuhan yang terbaik buat saya. sepanjang tempoh cuti yang lama ini juga saya diuji hebat dengan masa. masa lapang membunuh. sukar untuk saya betul-betul manfaatkan masa. taking codeine put me to sleep. maka bertambahlah waktu tidur saya. too much reading made me bored maka saya tonton korean drama. tonton korean drama made me addicted. lepas tu rasa bersalah. muncullah peringatan demi peringatan yg bertalu-talu yg saya dpt drpd kem, daurah dan sesi bedah buku 'jalan dakwah' karangan mustafa masyhur.

masa itu berharga tapi yang berharga itulah yang saya buang sesuka hati. mahu menjadi seorang da'iyah namun tiada personaliti seorang da'iyah. namun tak mahu putus asa. tetap mahu teruskan cita-cita. Allah sedang tarbiyyah saya tentang mensyukuri masa lapang. tanda2 mensyukuri masa lapang ialah dengan memanfaatkannya.

buku jalan dakwah bab berapa tak hengat pulak...ada ditulis tentang seorang da'ie yang terlalu lama berehat akan menjadikan hatinya keras dek kerana terleka, terlena dan terbuai. ya, seperti monyet di atas pokok kelapa itu yang terjatuh akhirnya setelah terbuai dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa.

baiklah, observe your time dhuha and improve your time management! dan jangan putus asa dengan diri sendiri! perbanyakkan doa!

dan pagi ini saya merenung jauh ke masa lampau. manalah tahu kalau terserempak dengan encik kekuatan. ada sesuatu dan seseorang yang bermain di fikiran saya yang cuba saya buangkan jauh-jauh. kenangan saya sewaktu saya mula-mula kenal jalan ini, mula menapak di jalan ini, bekerja di jemaah ini. banyak kali saya persoalkan kenapa mesti bermula dengan dia dan kenapa mesti ada dia di sepanjang itu? ya mungkin itu task yg Allah beri kepadanya untuk saya. saya tiada apa-apa yg boleh disandarkan terhadapnya selain kata-kata nasihat dan peringatan yang boleh saya pegang untuk terus thabat.

kenangan mana mungkin dibuang. hanya mampu merelakan ia berteduh dan berehat di kotak memori selama mana yang diizinkan Allah. sekali-sekala ia datang dalam lintasan fikiran, hanya istighfar dan doa yang mampu mengawalnya. lemahnya manusia, pergantungan hanya kepada Allah jua semata-mata.


Monday, April 2, 2012

update kisah jari


went to the hospital just now untuk check wound and stitches kat fracture clinic. still xboleh remove sutures and tak boleh gerakkan jari lagi so kena splint kawasan kecederaan.

pasang plaster baru tapi kali ni bukan plaster of paris tapi fibreglass plaster. high-tech punya plaster lah. kagum sekejap. boleh gunting2 plaster tu, pastu tuang air kat atas dia then terus balut kat tangan, covered dengan bandage. terus rasa plaster tuh panas, sedang mengeras. sangat kagum dengan sains material nih. lagi2 bila duduk dalam bidang dental/medic ni byk gak deal dgn material yg canggih2.

masa nurse tuh balut tangan, dia kena betul-betul tekan plaster tu supaya betul-betul ikut shape tangan saya. sakitnya, Allah je tau. hari ni memang hari paling tersakit kot utk saya. nak tidur susah. pusing tangan sikit je terasa pedihnya.

kesimpulan, saya rindu cast lama saya tuh, sungguh comfy. cast yg ini stiff sikit tp mungkin sbb sy dh terbiasa dgn yg lama :(

p/s: saya sedang bayangkan berapa banyak dosa saya yang dah gugur dan sedang gugur setiap kali saya rasa sakit utk distract saya drpd kesakitan ini :)