Tuesday, February 8, 2011

perkembangan terbaru

salam wbt =)

lamanya tak jumpa kamu wahai belog.hihi..

alhamdulillah saya telah graduate daripada Clutha Packing Centre, Roxburgh, Central Otago, NZ sebagai cherry grader yang berjaya. alhamdulillah juga, duit simpanan telah cukup untuk terbang ke europe. sekarang nak kumpul duit belanja je pulak. doaku agar sampailah ke sana bersama sepupuku, cik nawal. kalau tak kesampaian, kita simpan je duit tu buat belanja masa depan =)

eh tapi rase nak ke korea juga. kemudian saya marah diri sendiri kenapa tak nak buat umrah dulu????-->sila jangan beralasan, dhuha.

pulangnya saya ke dunedin, rumah masih bersepah lagi tapi dah 95% siap renovate lah. tinggal nak cat dan bersihkan kesepahan yang berleluasa je. seronok dapat lepas gian deco bilik sendiri. masa duduk Uni Flat dulu, terpaksa pendam niat mendekorasikan bilik kerana duduk 6 bulan je, karang deco dasyat2 lepas tu merana pula mahu packing untuk berpindah rumah.

sekarang dah ade rumah sewa yang insyaAllah akan tinggal sehingga habis belajar, maka dapatlah menghias bilik sepuas hati =) masa duduk vista, tak dapatlah menghias sepuas hati sebab duduk secara berjemaah dalam satu bilik. taste berbeza-beza kan. sorang suke pink, sorang anti pink. tapi apa nak buat, kini orang yang anti-pink tu dah terjangkit penyakit 'pinky'..

setelah dua hari berhempas pulas bershopping dan menghias bilik dengan ketuk-mengetuk, tampal-menampal, angkut-mengangkut, kemas- mengemas, akhirnya terjadilah bilik yang menjadi pujaan hati =)


not really pinky but i think pink is adorable. to cover up, red n purple were matched together. red is still my most favorite color though :)

my girlfriends gave this during my departure. pink ok! sebab tu saya dah terkena sumpahan pink ni.

butterflies!

butterflies lagi!

study port, purple =)

siap ade tv tuh. beli from kak azam, my naqibah merangkap the former tenant =)

all matched up..koleksi buku yang belum habis dibaca and the adorable basket =)

kesimpulannya, tema warna2 kewanitaan. saya ada beli sebuah meja jepun second hand (10$ je!)..tapi sy tinggalkan kat umah kak mimi, belum pick up lagi. itu bermakna, bilik ini akan terus berkembang dan berkembang dengan hiasan2. jangan sampai pening nak bawak balik msia nanti sudahh...

paling saya suka dalam bilik baru saya ni ialah:
  • warna dinding dan pintu putih!
  • katil empuk dengan lapisan duvet,blanket, electric blanket,flat sheet, fitted sheet dan fleece yang sungguh warm!
  • tempat penggantung rama2
  • aromatherapy haruman roses & casis yang sungguh calming!
  • magnetic board, bolehlah saya lekatkan sume fridge magnet yg dibeli sepanjang pelancongan!
  • baby basket yang bersarung corak pink&white checkers yg sungguh adorable!
  • kerusi study yang dipasang sendiri!
saya juga gunakan barang2 terpakai seperti kotak, pembalut buku kaler purple dan riben untuk hias dinding. guna tea towel juga tampal kat dinding. dan juga bakal dibuat alas meja jepun nanti. saya suka study bersila. tapi saya juga study secara nomad. jadi sekarang saya ada empat tempat study dalam bilik. meja study, meja jepun, atas katil dan depan tv. bilik saya juga ada balkoni. nanti bila ada matahari, bolehlah bawak meja jepun keluar sambil study kat balkoni =)

insyaAllah nanti nak deco rumah pula lepas tu boleh update kat sini.

p/s: dulu cita2 nak jadi interior designer maka sebab tu jadi camni. ketagih. tambahan pula, saya cuba nak buat bilik ni lebih kurang sama dengan bilik kat rumah Nilai supaya tidak homesick sgt.hehe..tapi lately ni mmg sgt kurang homesicknya.

(sila klik gambar untuk menatap puas2)

akhir kata, saya suka stalk FB adik2 saya!

2 comments:

  1. santeknyeeeee :)))))

    suke suke :D ahaha. hey i plan nk g dubai lah pulak summer ni. behehehe

    ReplyDelete
  2. yeay!majulah pink untuk dunia =)

    ReplyDelete

komenla ape sahaja~♥~