Saturday, February 26, 2011

pedodontic?

assalamualaikum ^__^ (wah senyum senyum pula. pasti mood gemilanglah ni)

berlalulah sudah minggu pertama sekolah. menarik tak? menarik tak dhuha???

menarik..memang menarik... sambil dalam hati berdebar-debar je 'boleh tak aku survive ni? tahan ke aku? dhuha, tolong kuatlah!!'

dalam banyak-banyak perkara kat sekolah, saya paling teruja untuk masuk paeds. atau dalam bahasa dentalnya, 'PEDODONTICS' (paediatric dentistry/ pergigian kanak-kanak)

ianya (ini adalah penggunaan tatabahasa yang salah ye) adalah seperti satu anugerah atau dalam kata lainnya, peluang yang diberi oleh Allah untuk saya brush-up kemahiran keibubapaan (parental skill) serta mungkin menyuntik dan meningkatkan lagi naluri keibuan saya. ececeehhh..

saya agak tidak punya kesabaran yang tinggi dengan budak-budak. kiranya attention span saya dengan budak-budak sangatlah pendek. dalam setengah jam camtu? lepas tu terus hilang kesabaran. saya akan biar je budak tu buat sesuka hatinya, daku malas nak layan. yela sebab budak-budak ni kan sangat butuh perhatian, kemudian nanti kalau tak dapat layanan yang diharapkan, mulalah mengada-ada especially budak perempuan. saya agak allergiklah dengan budak extra mengada ni.

ok enough tentang kejelekan saya dengan budak-budak. hoho. saya akan guna peluang tahun ini untuk bersiap sedia menjadi ibu. fullstop.

dalam module paeds, kami dikehendaki untuk sort of 'adopt' a child dan jaga serta follow-up itu budak selama 4 BULAN! mencabar tak? bagi saya, agak mencabar tu. walaupun tak sabar-sabar nak beranak, masih lagi segan silu dengan budak. tak boleh tak boleh. selepas tamat tempoh 4 bulan, kena tulis report tentang pengalaman kita itu and the mark constitutes 5% for the final exam.

apa yang kita kena tulis dalam report?
  1. perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, dental, mental dan psychosocialnya.
  2. apa yang telah kita lakukan kepada budak itu. baby sitting? bawak keluar tengok movies? tutoring? picnic? bullying?
  3. reflection. apa yang kita suka, tak suka dan kita belajar daripada pengalaman itu
  4. sertakan gambar-gambar bersama kanak-kanak itu
menarik tak? masalahnya anak siapa saya nak culik ni? seelok-eloknya cari 'anak angkat' sendiri. boleh amik sedara-mara atau adik sendiri. kalau tak dapat jugak baru sekolah tolong carikan. saya masa tu terbayanglah sepupu-sepupu kecil dan anak sepupuku, firdaus. alangkah bestnya kalau boleh culik mereka kan..namun i have no one di sini. maka saya apa lagi, nak menyelit kat rumah kakak abang post-grad lah..pegi menagih anak kat mereka. tak pun pegi sunday school kat masjid sambil browsing for kids. apakah..

akhir kata saya cuak nak treat kanak-kanak. attention span mereka kat dental chair adalah lebih kurang 20 minutes. heh tak heran. saya punya attention span terhadap mereka pun pendek. so kena sangat be prepared dan be organised untuk paeds supaya menepati attention span masing-masing!

lepas tu saya sangat suka dental material untuk kanak-kanak. bayangkan dental filling (bahan untuk menampal gigi) tu sangat colourful, boleh pilih-pilih warna siap ada glitter-glitter. ada corak spidermanlah etc etc. demanding kan kanak-kanak. takpelah asalkan comel. pastu instruments sume macam dah kena 'honey i shrunk the kids'. comel-comel, kecik-kecik, mini-mini je sume. ahhh daku geram!! sangat sesuailah dengan dentist yang comel ni kan (wekkk). ada ke dental nurse kat paeds department tanya saya "have you signed up for 'hobbit audition' for The Lord of The Ring"...dan nurse yang tanya saya about the same height as me so saya tanya dia soalan yang sama juga. both of us rupanya telah melepaskan peluang menjadi hobbit yang kaya-raya. haha..haih saya datang sini mestilah untuk belajar, bukanlah jadi superstar (atau superhobbit??).kalau jadi hobbit, babai dentistry.

apa lagi saya nak cerita ni?

oh ye, saya tak suka orang buat main status saya. saya maksudkan status perkahwinan. dalam hidup saya, cuma akan ada dua status. single atau married. status yang jelas dan nyata. saya tak suka orang sesuka-hati buat spekulasi saya sudah tak single lah, tidak available lah. maksudnya, status yang tak clearlah. status yang samar-samar, yang boleh bawa fitnah. contohnya 'not available', 'its complicated', 'pending' dan lain-lain. i am serious about this walaupun orang hanya bergurau. please be clear about this. saya takdelah marah pun. tapi saya just tak suka. saya tak boleh nak marah sebab orang lain pun tak tahu yang saya tak suka. so saya nak bagitahulah ni. dan harap semua yang baca ni menjadi lebih sensitif. saya tak suka digossipkan dengan siapa-siapa. saya tak suka benda macam ni jadi fitnah. saya tak nak orang get me wrong as if ingat saya ada boyfriend ke tunang ke. saya tak nak ada hati yang terluka oleh berita yang palsu. saya juga tak nak menjejaskan hubungan dengan future husband oleh sebab benda yang tak pernah wujud macam ni. paling penting, ini MARUAH saya sebagai seorang muslimah.

saya betul-betul sedang menjaga hati serta mengelak benda-benda macam ni from happening to me. betul kita tak boleh hentikan mulut orang daripada berkata-kata, tapi kita boleh berusaha untuk mengelak diri daripada difitnah. jaga diri macam mana pun, orang nak kata juga, memanglah kadang2 memarahkan tapi sila ambil tindakanlah daripada membiarkan orang terus bersangka-sangka.

kesimpulannya, saya masih bujang, masih belum dikhitbah dan juga masih belum terikat oleh apa-apa yang pasti dan halal. dan saya tak suka berita yang palsu dan samar-samar disebarluaskan. terima kasih. wah macam buat press conference kan. eh tapi saya serius ni. bukankah nada berbunyi sungguh serius.

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~