lamanya cuti! sedar tak sedar dah 3 BULAN saya cuti! IMU pun tak pernahlah cuti panjang sangat macam ni. sampai dah lupa diri yang saya ni seorang pelajar. huhu..ingatkan pelancong.
apakah cuti saya terisi? seperti yang tak terjangka, alhamdulillah Allah mengizinkan saya melalui masa cuti yang berisi berinti bersalut, pahit manis masam masin. alhamdulillah =)
cuti bermula akhir oktober, pada waktu itu kelas telah tamat. kemudian ada final exam pada 4, 8 dan 11 november. lepas tu baru betul-betul merdeka.
seminggu setelah exam, hanya sibuk berkemas-kemas, duduk-duduk di rumah, melawat-lawat senior2 yang bakal pergi dan entahlah. lepas tu 20 november saya dan yani berangkat ke auckland. saya melancong sambil melawat kawan selama 5 hari di auckland manakala yani hanya transit untuk pulang ke malaysia. suriani study kat auckland dan dia akan pulang for good in few weeks time dari masa saya ke sana tu. so ambil kesempatan ni melawat beliau.
di auckland saya melawat tempat makan dan minum yang best. ada kedai bubble tea yang enak, kedai ayam goreng yang rangup dan halal, kedai makan indon, kedai makan thai yang marvelous. sebagai orang dunny yang jakun dan terpencil, sememangnya amat berbesar hati dapat merasa makanan-makanan yang dirindui. bandar auckland sangat rapat dengan KL je so sangat rasa homey. kejap2 rasa macam kat jalan TAR, kejap2 macam kat sogo, kejap2 macam kat kajang. macam-macamlah. kemudian pegi melawat auckland skytower, rangitoto island, rose garden, mission bay, lepas tu naik sailboat. bestnye first time dapat sailing sendiri! berpeluang mengendalikan kapal layar secara sendiri. saya naik dengan suriani. masa tu hujan agak lebat. maka kami berdua je yang buang tebiat naik sailboat. macam orang yang sedang berbulan madu pula naik kapal layar berdua. huhu.. hujan dan awan yang tebal agak menghalang kegembiraan berlayarlah. dapat duduk luar sekejap je lepas tu kepala dah pening2 dan badan mula kesejukan hingga ke tulang. tak ketinggalan, saya juga melawat university of auckland. dapat melepaskan rindu kat kak aishah juga yang sanggup spend masa melayan walaupun sedang exam :)
tanggal 24 november, saya meninggalkan bumi auckland dengan menaiki pesawat jetstar menuju ke sydney. saya ke sana untuk melawat sahabat lama, cik amirah mustafa. beliau telah menduduki sydney sejak 2 tahun yang lalu dan memang tak pulang ke malaysia. jadi memang sangat rindulah dah lama tak jumpa. sepatutnya dia nak melawat saya di NZ dulu tapi takde jodoh nak buat camne. sayalah yang akhirnya terjejak kaki ke sydney. masa tu lagi dua minggu je myra akan pulang for good ke malaysia. saya fly, dia pulak pulang =)
di sydney saya memang dibawa berjalan habis-habisan oleh myra mengikut tentatif yang telah disediakannya. apa yang buat saya kagum tentang sydney ialah pengangkutan awamnya which i heard about it so many times before. saya beli tiket 'MyMulti Pass' yang membolehkan saya mengakses bandar sydney seluas-luasnya dan sepuas-sepuasnya dalam masa seminggu hanya dengan harga AUD 37 (tengah ade offer kebetulan). dengan tiket itu saya boleh naik tren, bas atau feri, pergi dan balik. seronok kan? rasa macam bandar tu saya yang punya. hohoho. hanya menggunakan kuasa tiket, saya bebas melangkah tanpa ragu. ditambah pula dengan tour guide bernama amirah. memang tak ragulah :P
inilah tentatifnya:
- sesudah sampai, saya terus di bawa ke Malaysian Hall. seronoknya sebab bersuasana Malaysia. ada surau, ada toilet yang ade tempat wudhu serta ada hose. then myra bawak dinner kat indonesian restoran. saya sorang je yang macam jakun terlompat2 tengok makanan2 seperti paru goreng, rendang, sambal, masak lemak..haishhh mmg tak dapatla kat dunedin.
- day 1(a day after arrival): macquarie university (uni myra), waterloo park (ade anjing yang mengelilingi meja kami), macquarie center (tempat shopping. teman myra shopping dan dinner)
- day 2: sydney wildlife (tengok koala, kangaroo, wallaby dan wombat), sydney aquarium (aquaria lagi best tapi kat sini ade dugong yang comel!), lepas tu penat sangat. jalan2 tengok city sikit. tengok laut. tengok gelagat orang. layan myra yang tengah emo pasal hal perpindahan rumah.
- day 3: coogee beach (sangat cantik! tapi sgt ramai orang yang bersalai-salai), pegi jalan2 city dan shopping2 kat paddy's market. nak pergi chinese garden tapi dah tutup. then akhir sekali pegi sydney tower (menyampahkan sebab tak jumpa entrance. bayangkan tower tu bercantum dengan shopping complex. tapak dia shopping complex. nak masuk, kena masuk dalam shopping complex dulu rupanya. lepas tu beratur 45 minit untuk masuk, punyalah ramai manusia. tapi puas hati dapat tengok sunset)
- day 4: university of sydney (hujan, bangunan sangat antik.), sydney opera house (tengok ballet show yang comel tapi tak faham mesejnya,huhu), jalan2 tepi harbour di waktu malam sambil makan aiskrim baskin robbins perisa cotton candy yang dirindui. kat tempat saya takde ok. sedih.
- day 5: melawat muslim town, Auburn dan Lakemba. best2! dekat auburn singgah masjid gallipoli. dekat lakemba pegi tengok kedai jubah sambil pegang2 (tak cukup bajet nak beli belah), beli buku kat islamic bookshop, then berhajat nak makan makanan indonesia namun kedai tutup sebab tokey balik kampung. terserempak dengan sekumpulan kanak2 berwajah asia nusantara sewaktu kami on the way ke masjid. kanak2 tu ajak main maka kami layanlah. orang malaysia dan indonesia rupanya. tiba2 mak mereka pulang lalu kami dijemput masuk. we had tea there. the kids ajak main dengan mereka lagi esok harinya namun maaf adik2, akak pulang NZ keesokan harinya :(..takpe, mereka dah dekat malaysia sekarang ni. pasti ramai kawan :)
setelah sampai dunny, saya kesunyian kat rumah sorang2. belajar knitting dengan gigih sambil bake macam2. then kak nuha datang bersama che ngoh, mama dan amin. kami jalan2 dunny lepas tu jalan ke south, pegi alexandra, cromwell dan queenstown. after kak nuha's convo we headed to the north pegi christchurch. maka saya telah agak melengkapkan percutian ke seluruh south island ini buat pertama kali dengan family sendiri pulak tuh. cuma ada beberapa tempat je yang tak sampai lagi serta beberapa aktiviti yang belum dipenuhi lantaran aktiviti yang saya nak buat tersangat extreme, takde sape nak teman :(
i want skydiving, i want bungee jumping, i want to ride the luge (yg ni ramaila yang nak teman tapi belum kesempatan lagi), i want skiing, i want snowboarding. grrr!!! walaupun kos nak buat semua bnda ni capai ratus2, tapi bila lagikan. saya nak saya nak saya naaaakkk!
lepas sedara mara sume dah balik saya kesunyian lagi kat rumah. sedih sesungguhnya,huhu...seb baek dah nak kena pindah rumah so adela keje kena buat iaitu kemas mengemas.
bila dah pindah rumah baru, kematian hati sebab rumah sedang renovate dengan dahsyat. habuk sangat banyak. saya rasa akan kematian pernafasan kalau duduk lagi 2 bulan kat rumah tu. tiba2 saya dipanggil kerja kat orchard. gembira bukan kepalang, Allah dah selamatkan saya dan masa saya yang berharga. esoknya terus packing2 balik untuk ke orchard.
selama 6 minggu tinggal di roxburgh, bekerja di orchard, jadi cherry grader. nanti korang makan2 cherry nz tuh, bekas air tangan sayalah tu. huhu.. seronok tinggal di rumah Bedah (Janis) sebab rumah dia sangat isolated, takde orang lain. so sangatlah privacy. boleh keluar rumah sidai kain, main frisbee, main lempar selipar, petik2 buah tanpa memakai tudung. bila dengan bunyi kereta dari jauh, kelam kabut semua lari masuk rumah. ianya seperti tinggal dalam mimpi. dulu masa kat sekolah, bila baca cerpen 'Kerana Manisnya Epal' karya Faizal Tehrani (yeke? seingat sayalah), saya selalu berangan alangkah indah tinggal di ladang epal. siap masa tu saya buat novel berlatarbelakangkan rumah di ladang epal jugak. akhirnya angan2 saya menjadi kenyataan dan Allah yang menjadikannya nyata, memang tak percaya mula2 tuh.
bayangkan keluar rumah je rasa bahagia tengok epal2. pegi kerja ada bau epal, bau nectarine, sambil2 petik ceri. penat2 balik kerja, petik pulak buah nectarine, petik buah epal sambil jalan balik rumah. nikmat bukan? nak masak pie ke crumble ke, main petik je kat luar rumah. rasa macam cerita dongenglah. belakang rumah kami ada bukit. petang2 pegi panjat bukit, memandang sejauh mata memandang. saujana mata memandang. luasnya bumi ciptaan Allah, indahnya..hari2 dok puji Allah. terasa dekatnya dengan alam semulajadi. rasa macam untouchable sungguh bumi Allah di roxburgh ni. air sungainya pun sehijau-hijaunya.
malam2 pula pegi baring kat luar rumah, dengan berselubung sleeping bag sambil stargazing. petang2 pun boleh main baring golek2 atas rumput tengok langit, tengok awan. malam2 bintang kat situ nampak besar dan sungguh bergemerlapan. tak henti2 bertasbih bila memandang. ajaibnya. memang rasa macam fairytale, kisah dongeng, mimpi kayangan etc etc..
sampai saya tanya bedah boleh tak saya datang lagi untuk honeymoon. nak stay rumah bedah jugak. haha..memang bestlah. bedah kata boleh. siap bagi stay free of charge lagi. haha..nanti saya bagi cadangan ni dekat encik suami ye.
eh ke situ pulak. saya cakap jugak nak bawak family datang situ nanti. hehe seronooookkkknyeee! tapi kena datang time summer la, musim buah especiallynya. boleh fruit picking. nyum3~
akhir kata saya suka cuti terpanjang saya ni. i'm soooo free of stress. Allah telah selamatkan dan peliharakan saya. Alhamdulillah =)
semoga melangkah ke 4th year dengan yakinnya dengan hati penuh tenang tenteram tanpa stress2 lagi. u had enough of holiday ok dhuha.
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~