Monday, February 21, 2011

hari pertama sekolah

assalamualaikum..peace ^__^ V

hari ni saya bersekolah hari pertama. saya pakai baju sekolah baru, kasut sekolah baru, beg sekolah baru, alat tulis.

takdelah. gila apa. bukan kanak2 lagi. saya dah dewasa. lagi sebulan dah nak masuk 23 tahun. apa?? 23 tahun?? ok lah tak nak ingat. sebab kalau boleh saya nak skip umur 23. saya nak umur 24 tahun terus boleh tak?

bukan barang2 baru yang saya nak cerita tapi saya nak cerita hari pertama sekolah.

mula2 excited pegi sekolah pagi-pagi. kemudian bila dah mula orientasi klinik, saya bosan saya ngantuk saya lapar saya nak BALIKLAHHH!!!! pening. information overload. pegi klinik itu klinik ini, sampai saya jadi konfius. tak baiklah bagi orang konfius di hari pertama (-,-")

hari ni takde lecture lagi. esok baru mula lecture oral pathology dan restorative dentistry. klinik pula bermula pada hari jumaat. history taking jelah awal2 ni so takde apa yang harus dicuakkan sangat. yang mencuakkan saya adalah bila masuk paeds, endo, orthodontic dan fixed-prosthesis nanti. cuak ok sebab tak pernah buat lagi prosedur2 tersebut dekat patient. tambahan pula otak telah berkarat langsung tak buka buku di waktu cuti.

dah tahu camtu, sila equip yourself with everything yang necessary ye.

perasaan saya, saya sungguh blur. saya malas nak hambik tahu. saya stress dengan jadual yang tak tersusun. dekat imu dulu kitorang diberi jadual untuk satu sem so kami ikut jadual jela. tapi kat sini pandai2lah accesss sume course documents then catat sendirilah kelas ni bila, kelas tu bila. sungguh kena independent. takde hal la sebab baru rasa macam student uni yang independent. masalahnya beterabur sume benda. lecture yang sama tapi haribulan dan harinya lain2. maka saya ambil jalan untuk follow the flow jelah. pening kepala.

i am looking forward to new challenges in new clinics i.e paediatrics and orthodontics. tapi at the same time, cuak. semoga terus tabah dan maju jaya untuk diri sendiri.

saya tahu dah berapa kali saya bagitahu kat sini betapa saya tidak suka dentistry. but this is my choice. i made my choice. its not the wrong one but its the tough and challenging one. its a journey of lessons. i must try hard to go through all of the obstacles to win the battle i.e the battle of overcoming my fear. my fear of living with something that i hate. i'm going to live with it, not going to leave it. face it, not run from it. kadang2 rasa benci tu datang kerana syaitan. i mean most of the time. diciptakan pelbagai alasan supaya kita malas menuntut ilmu. dilalaikan kita dengan benda lain.

saya telah hidup dengan dentistry selama 3 tahun tanpa perasaan cinta. saya akan terus hidup dengannya sampai..err entahlah kita tengok dulu. yang pasti saya MESTI habiskan apa yang saya dah mulakan. in the meanwhile saya akan terus berdoa supaya rasa cinta terhadap dentistry akan mula bersemi bercambah berkembang etc etc. bukanlah saya tak sayang langsung-langsung bidang saya ni cuma saya takde passion. maka sebab itu, effort pun kuranglah. tapi saya belajar muwasafat tarbiyyah, saya belajar usul 20, saya belajar dasar-dasar islam, semua tu saya belajar dari sesi usrah saya dan saya tahu saya kena bertindak sebagai seorang muslim. tak suka, malas, takde passion tu sume berpunca kpd kurangnya rasa ikhlas kepada Allah, kurangnya kualiti seorang muslim. itu untuk sayalah. korang kenalpastilah punca masing2.

sedangkan rasa cinta antara seorang lelaki dan wanita yang belum dikenali pun boleh dicambah oleh Allah melalui perkahwinan, apatah lagi dengan ilmu kan. asalkan ilmu itu ilmu yang baik, yang bermanfaat, bila2 saja Allah boleh bagi kita passion di dalamnya dan berjaya dengannya. berusaha dan berdoa. saya percaya satu hari nanti saya akan jatuh cinta jugak. anggaplah dentistry ni suami saya. saya kena kenal dia betul2, kena follow je dia. rasa itu akan datang kemudian, insyaAllah. i believe =)

dhuha, sila lupakan segala kebencian anda kepada 'suami' anda. belajar mencintai lebih baik daripada terus meninggalkan. bersungguh-sungguhlah kerana sesungguhnya sikap bersungguh itu adalah akhlak seorang muslim.

secara jujurnya saya amat takut dengan 4th year sebab tahun ini final paper. banyak paper pulak tuh dan banyak benda baru. semuanya bergabung dan bercantum dalam tahun ini. its a critical year for me. tapi dhuha, setiap waktu kritikal pun kau dah berjaya harungi. dont let fear overcomes your potential.

tahun ni jangan risau umur 23 tahun. kahwinlah secara serius dengan dentistry and do not think about marrying other things, i mean somebody. hoho..sensitif ok dengan isu umur 23 tahun sebab mak kahwin umur 23. nanti umur 25 lebih sensitif sebab abah pun kahwin usia 25. adik2 pun dah cakap, 'sila jangan stress ye tahun ni.'..hoho..kalau ikut angan2 zaman intec, umur 23 dah timang anak. tapi kalau ikut angan2 zaman sekolah, 25 tahun baru kahwin. saya nak ikut angan2 sekolah lah camni (bunyi orang putus harapan)

kahwin adalah topik terlarang tahun ini.

sekian bebelan hari ini.

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~