tadi saya tengok satu cite ni kat astro ria.tajuknya 'tangkap muat'.citer ala2 fashion police la.mencari mangsa fesyen untuk diubah suai menjadi anggun jelita.
frankly speaking i dont like this show.and any fahion show pun tak suka.dulu saaangat suka sampai kena marah dgn mak asyik2 tengok citer fesyen2,citer mekap2..yela dulu cita-cita pun nak jadi fashion designer.suka bergaya dari kecik sampai besar. kalau tak main mak2,suke main modelling.buat fashion show kecil2an dengan cousins dekat balcony rumah che,pada waktu malam. ala2 project runaway. we used anything yang ada dalam almari bilik suli mahupun bilik che rah.make-up pulak curi che rah punye.we created our own design dengan menggunakan kain2 ela mahupun kain2 tudung serta baju2 lama aunties.memang giler fesyen.memang suka bergaya.
sekarang pun masih suka bergaya dan berfesyen tapi dengan konsep yang berbeza.konsep be yourself,be proud of who you are,be natural and practical.
oleh sebab itu rancangan fesyen sekarang sudah tidak mendapat tempat di hati.banyak program2 sebegitu yang offensive.mengutuk secara terbuka tentang style orang lain.orang yang tak mekap dikatakan tak updated.pakai baju kurung selalu dikatakan fesyen hari raya.tak show some skin,dikatakan kolot.biarlah orang nak pakai apa yang mereka suka.kita mungkin boleh ubah penampilan mereka hari ni tapi esok mereka kembali dengan penampilan yang dulu.sebab apa,itu adalah mereka.itu yang mereka suka dan selesa.beauty lies in the eyes of the beholder.
fesyen terlampau terikat dengan aliran trend.kasut macam ni tak boleh pakai dah.dah outdated.stail rambut sekarang ni dah takde dye2 lagi.perempuan sekarang tak mainla pakai seluar.pakai legging sudeyh.lepas tu bila zaman berubah, fesyen hari ni dah jadi outdated dan para wanita kena ubah suai almari,buang baju2 lama,ikut trend baru.pembaziran.menjadi hamba fesyen hanya membuat kita membazir,hilang identiti diri,tiada pendirian sendiri.
apa salahnya follow the trend?takkan nak ketinggalan zaman?
memanglah tak salah.tapi jangan membuta tuli mengikut sahaja tanpa tahu di mana kita berada, siapa kita, apa peranan pakaian kepada kita, apa tanggungjawab kita dalam memilih pakaian dan apa status kewangan kita. pendek kata dont be a fashion slave.
cantiknya islam bila wanita disuruh menutup aurat dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan.dengan cara ini,kita takkan terkena tempias fesyen.kita lebih moderate.kita bangga dengan siapa kita.bangga dengan budaya kita.bangga menjadi orang islam.fesyen kita tak lapuk dek zaman.kita adalah kita.dan kita akan stand proud among wanita2 jahiliyyah.
tapi sekarang dah ade fesyen muslimah kan.menunjukkan kita pun dah ada tag fesyen tersendiri dan we should be proud of it.namun agak kecewa sebab kadang2 tak praktikal dan kadang2 tak mengikut syarak.ada je yang terkurang kain di sana sini.sayangnya fesyen je yang diperjuangkan tanpa memperjuangkan nilai agama serta moral itu sendiri. fesyen muslimah patut dipromosikan sekali dengan garis2 panduan menutup aurat yang betul.bukannya terpengaruh dengan fesyen barat.nampak kelakar fesyen muslimah pakai legging.atau pun pakai topi hanya untuk tutup rambut.ade tu dah nampak macam alien planet mane tah.fesyen muslimah bukan hanya tutup kulit dan tutup rambut.
dulu saya juga kaki fesyen.sentiasa follow perkembangan terbaru fesyen.ni zaman lepas spm.biasala nak jadi remaja trendy.majalah cleo every edition mmg tak pernah miss la. buktinya sila datang ke rumah saya.berderet cleo.tapi sejak dulu saya suka menokok tambah serta menokok tolak (???) fesyen yang ada dlm mag.kiranya saya suka ubah suai ikut selera sendiri.maka, tak nampak sangatla hamba fesyen walaupun sbnrnye ade sket2 pengaruh.kalo kua shopping,ade je item yg nak beli.lepas tu match itu ini.kadang2 nampak plek tp boleh kata saya agak berani mencuba dan berfesyen.saya tak kesah orang nak kata apa yang penting saya suka dan menjadi diri sendiri.
lepas tu semakin berani untuk bermekap.mak sendiri pun tak mekap,saya pulak lebih2..masa masuk intec, kat situ ade watson.saya suka jalan2 g watson dengan wa dan najla.dari situ kami start usha2 barang2 mekap lepas tu kami beli sorang satu dan mencuba kat rumah dgn mcm2 gaya mekap la.lepas tu saya yang anti-mekap trus suka bermekap.tp pakai occasionally jela.
fesyen dan mekap sentiasa berubah-ubah ikut musim.semputla nak follow sume tu..
akhirnya saya ambil keputusan untuk tinggalkan era itu.alat2 solek tinggal hiasan je atas meja.baju2 dulu dah sumbat dalam beg pastu sorong bawah katil.bila sampai masa yang seswai,saya pakaila balik.nak derma,mcm xproper lak.seolah2 nak mendorong orang lain pakai baju tak cukup kain.
saya suka dan selesa serta tenang dengan jalan yang saya pilih sekarang.pembaziran dapat dikurangkan dan harapnya taun ni semakin berkurang sampai jadi zero pembaziran.saya juga dah tak bazir nak beli majalah2 fesyen.saya pakai je apa yang saya suka,apa yang tuhan saya suruh pakai,apa yang tuhan saya redha.pada awal2 transformation tu agak banyak duit yang dikeluarkan demi mencari baju2 yang sempurna ukuran kainnya.tapi saya anggap itu satu pelaburan untuk kehidupan dekat akhirat kelak.masa mula2 je kua banyak duit.sekarang ni pakai la ape yang ada sebab almari dah semakin sempurna dgn koleksi baju2 ni.pakaila sampai lusuh.
kepada wanita2 muslim di luar sana, saya menasihatkan, tutuplah aurat dengan sempurna.benar,yang Allah pandang itu takwa.benar, soal dalam hati lebih penting.tapi, menutup aurat itu perkara wajib.sama jugaklah macam solat.bila kita dah tahu hukumnya wajib, bermakna seruan dah sampai kepada kita. soal hati tu takde guide yang sempurna untuk memastikan kita benar2 calon syurga.hanya Allah yang layak mengukurnya.tapi soal aurat,guide yang diberi cukup jelas.hukumnya pun cukup jelas.ada orang tak nak 'terlampau menutup' sebab takut riak.ketahuilah perasaan 'takut riak' itulah riak yang sebenarnya.nak membentuk perasaan ikhlas dalam menutup aurat pula bukannya senang.mula2 kita terpaksa,lama2 ia dah sebati dan lama2 ikhlas itu datang sendiri.nak tunggu kita rela dan ikhlas serta sampai seru, bila lah agaknya.kalau ajal menjemput sat lagi?tergantunglah kita di neraka bagai itik gantung.wallahu'alam..ingatlah kaum wanitalah paling banyak menghuni api neraka.
sy paling tak suka fesyen yg ada dlm mag dara.com tu..
ReplyDeletentah pa2 ja..
kononnya nak tutup aurat tapi pakai skirt singkat dgn stoking..
pelik pelik..
betul2!
ReplyDeletefesyen tudung pun pelik2..mcm tercekik je..hehe..