Monday, January 18, 2010

♦majlis ilmu

salam..

sebelum saya mula tulis,ingin di beritahu majlis ilmu yg dimaksudkan di sini ialah ilmu agama.

sebagaimana yang kita semua tahu, pendidikan islam hanya diberikan secara wajib di sekolah2 sahaja manakala di peringkat universiti, pelajaran agama hanya diberikan untuk beberapa sem tertentu dan ada universiti yang tidak mewajibkan atau tidak ada langsung subjek islamic studies, iaitu universiti2 di luar negara yg mana agama islam bukanlah agama rasmi,contohnya.

di universiti tempat saya belajar pulak, kalau masa pre-U da amik islamic studies, maka dekat universiti tak payah amik islamic studies lagi dah.

menyoroti mata pelajaran agama islam semasa di sekolah rendah dan menengah, pengajaran yang diutamakan. bukanlah pendidikan. depends kepada ustaz/ustazah yang mengajar. ada guru yang concern,mereka akan mendidik.sebaliknya ada guru yang cuma mengajar dan ini mungkin menyebabkan kepincangan akidah dan akhlak anak muda beragama islam masa kini.

terlebih dahulu ingin menjelaskan mengajar dan mendidik adalah dua perkara yang berbeza.mengajar cuma meliputi aspek penyampaian ilmu kepada pelajar manakala mendidik pula merangkumi penyampaian serta follow-up..iaitu sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan ilmu yang telah dipelajari agar ia terus dipraktikkan dan menjadi budaya hidup seseorang.istiqamah.

ingin ditambah,saya bukanlah pakar dalam ilmu ini dan tadi hanyalah pendahuluan yang berbentuk formal sebagai pembuka kata :P

agak SANGAT menyedihkan dalam negara yang dikatakan negara islam dan rakyatnya majoriti islam, pendidikan islam bukanlah prioriti dalam agenda pendidikan negara.ilmu teori lebih ditekankan berbanding amali.penghayatan ilmu pula kurang ditekankan(ini bergantung kepada guru yang mengajar).subjek pendidikan islam juga tak termasuk dalam UPSR yang mana sebenarnya amat penting untuk diserapkan dalam UPSR kerana sejak kecillah ilmu agama islam harus dimantapkan tapaknya. maka dapat dilihat kesannya sekarang bila pelajar yang dapat A1 dalam mata pelajaran pendidikan islam SPM juga rosak akhlak dan akidahnya.

saya juga mempersoalkan gelaran yang sering berubah2 dalam kementerian pelajaran/pendidikan..'menteri pendidikan','menteri pelajaran'..mereka lebih arif maka saya xnak mengulas..cuma yela, nampak mcm mengajar lebih ditekankan daripada mendidik..mungkin nak meringankan beban guru2 seterusnya mengembalikan tanggungjawab mendidik 100% kpd ibubapa.

berbalik kepada tajuk asal, menyedari hakikat ini, yang berlaku dalam negara kita, maka seharusnya kita perlu ambil inisiatif sendiri agar akidah kita terus mantap serta akhlak terpuji dapat dikekalkan dan juga pelbagai aspek2 agama dalam kehidupan dapat diterapkan secara keseluruhan.

berbangga dengan golongan ibubapa yang bertindak menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama sebagai 'supplement' kepada apa yang mereka pelajari di sekolah aliran perdana.ada juga ibubapa yang bertindak lebih proaktif dengan sanggup bergadai wang menghantar anak-anak ke sekolah agama swasta yang menekankan pelajaran agama tanpa mengenepikan akademik..

kepada ibubapa yang terus menghantar anak2 mengikuti aliran agama sehingga ke peringkat universiti, saya tiada komen tentang bagaimanakah attitude anak2 mereka tetapi saya pasti jauh lebih baik daripada mereka yang mengkuti sistem aliran pendidikan seperti saya.kalau ada yang spoil pun, mungkin kes terkecuali.

saya sendiri belajar di sebuah sekolah agama KAFA semasa sekolah rendah.namun, saya ialah seorang yang suka main2 masa belajar agama :(

kebanyakan pelajar hanya belajar di sekolah agama rendah tanpa menyambungnya ke sekolah menengah tinggi (ini pemerhatian saya sendiri)..maka subjek agama hanya beberapa jam je dalam seminggu..4 jam?

di sekolah, gred A yang lebih diutamakan. bagi kes saya dan rakan2 yg sewaktu dengannya, bila masuk kursus persediaan di INTEC, subjek agama hanya dipelajari pada sem tertentu. dan kami belajar islamic law in medicine generally..bukan tertumpu sgt pada aspek akidah dan akhlak..lagipun perhatian lebih diutamakn dkt core subjects which are math and sciences and not to forget english subject.

bila masuk uni,langsung takde dah subjek agama.dan inilah masanya kita sangat2 kena proaktif mencari ilmu agama kerana kita bukan lagi disuap.kita menimba ilmu.kita penuntut ilmu. di universiti, setiap minggu mesti ada majlis ilmu dan kadang2 ada program2 luar pada hujung minggu.saya amat2 menyarankan diri saya,kawan2 serta semua para pembaca agar jangan ketinggalan dalam menyertai majlis ilmu.anda pasti mendapat berkat darinya.pasti ada sesuatu yang akan melekat dijiwa untuk dibawa pulang dan dipraktikkan.peranan usrah juga amat penting supaya kita sentiasa follow-up satu sama lain.perlahan2 kita melatih untuk mendidik diri sendiri.

alhamdulillah saya dibesarkan dalam persekitaran majlis ilmu.

sekadar berkongsi pengalaman, saya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang alhamdulillah sering melakukan aktiviti agama bersama-sama..sejak kecik, abah selalu buat solat jemaah setiap hujung minggu kemudian beliau akan bacakan kitab2 agama serta huraiannya dan di hujung sesi ada slot bertanya khabar.apa2 masalah boleh dikongsi bersama.namun masa kecik2 saya ni mmg bermasalah sket.suka ponteng solat jemaah dengan cara buat2 mandi lama2 dalam bilik air.kadang2 buat2 tido.kadang2 buat2 lupa.tapi saya suka part ceramah yang abah bagi je.huhuhu..bila solat dah habis,saya akan muncul di part ceramah dgn segar bugar.

nasib baiklah saya mmg telinga pendengar yg suka dengar ceramah.mungkin sbb dah biasa mcm tu sejak kecik,bila dah besar saya takde masalah kalau orang mengajak saya pegi dengar ceramah agama..dan lama2 hati menjadi semakin lembut.percayalah didikan ibubapa sejak kecik mampu bagi kesan kepada anak2 walaupun tak drastik tp dalam hati akan ada kesan2 peninggalan yang murni gitu..

maka point saya di sini ialah, biasakanlah buat aktiviti2 agama dengan anak2..bagi tazkirah,solat jemaah, buat style usrah..insyaAllah anak2 yang mcm tercabut skru sket tu akhirnya akan kembali kepada basic,iaitu agama islam..adik lelaki saya yang metal lover tu pun ringan kaki rela hati je nak join program tahfiz sementara menunggu result spmnya keluar.nak membentuk batu,memang ambik masa yang lama..saya sendiri pun tak terbentuk seperti acuan yang dikehendaki lagi sbb saya memang kepala batu...

apa yang penting??

basic agama islam yang kukuh!!

dan agama islam bukan hanya dipelajari dengan mendengar je..banyak cara lain..camana kita belajar akademik,cmtu jugakla bljr agama..cuma belajar agama lebih praktikal sbb kita boleh praktikkan dalam kehidupan seharian..dan jangan jadikan alasan nak study untuk mengelak majlis ilmu..ilmu tu siapa punya?ilmu akhirat dan ilmu duniawi mana lebih penting?fardhu ain dan fardhu kifayah mana lebih utama?benar dunia dan akhirat harus diseimbangkan tapi kalau boleh akhirat tu beratkanlah sedikit.kita kan nak kumpul bekal untuk hidup 'di sana'..hidup di sana kan lebih abadi..

bagi saya mengejar ilmu agama takkan rugi apa2..tp sebagai student yang masih menuntut ilmu sambil memegang amanah kerajaan dan keluarga, janganlah sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran..penting untuk mengurus masa sendiri..maka bila waktu nak exam pun kita masih punya waktu untuk menimba ilmu fardhu ain.belajar agama juga sebenarnya boleh dijadikan aktiviti masa lapang..dah stress belajar,cuba bukak buku agama..lebih2 lagi buku yg membincangkan ketuhanan ataupun akhlak ataupun motivasi.dengar ceramah agama dekat internet,dengar lagu2 nasyid atau hadir majlis ilmu.dengan itu, kita rasa lebih kuat,rasa lebih tenang,rasa seimbang..itu yang saya personally rase la.insyaAllah..hati menjadi lebih tenang dengan mengingati Allah..subhanallah..tahun ni kena lebih mantap lagi pengurusan masa!

terus terang saya rasa tahun lepas saya risau jugak nak attend majlis2 ilmu time2 dekat nak xm(maklumla boleh kata setiap minggu xm)...tp saya yakin Allah akan tolong saya.Allah dah berjanji kalau kita luangkan masa kita untuk agamaNya,maka Allah akan lapangkan masa kita untuk urusan kita(58:11)..

alhamdulillah Allah adalah sebenar-benar penolong!takde satu pun yang saya study dipersiakan masa exam.apa yang saya study,memang itulah yang keluar.secara tak sedar Allah gerakkan hati saya untuk study part itu dan ini sehingga almost semua yang saya baca keluar exam.adala beberapa yang saya lupa nak baca padahal dah dapat seru,sekali keluar exam.

paling obvious ialah bila saya tiba2 rasa nak hafal formula kimia untuk proses amalgamation(yg sblm ni xpnah rasa nak hafal.formula kimia je kot).Allah is great, it came out in the exam paper and formula tu sebijik-bijik saya tulis ikut buku.kiranya masa yang saya peruntukkan untuk study mcm tak banyak tapi apa yang saya baca boleh kata 95% keluar.unlike before2 this,apa yg study keluarnye sikit2 je.bijaksananya Allah dlm melapangkan masa hamba-hambaNya.alhamdulillah result sem lepas meningkat agak banyak dan menambahkan lagi keyakinan di hati ini bahawa ilmu agama mesti terus dituntut walau apa juga keadaan.

kesimpulannya di sini, janganlah memandang sepi ilmu agama.sebagai seorang muslim,kita bertanggungjawab untuk 'mengutip' kebijaksanaan dengan menghadiri majlis2 ilmu.lebih2 lagi pelajar jurusan bukan agama. kita dah tak lagi disuap dengan ilmu agama.kita perlu mencari.sikit2 lama2 jadi bukit.jadikan Islam jalan hidup kita.jadikan islam teras hidup kita.

manusia mudah lupa..lebih2 lagi melayu(oops)..sebab tula kena selalu diperingatkan..kena selalu ditegur..kena selalu brush-up dengan menghadiri majlis2 ilmu.dalam majlis ilmu,terdapat berkat dan rahmat. dari langit Allah,majlis ilmu kelihatan bercahaya serta menarik para malaikat untuk turut serta bersama kita.para malaikat akan turut mendoakan kita..subhanallah.jangan lepaskan peluang!

saya ada masalah malas attend lecture kat uni tp rajin pegi kelas agama sehingga ditegur rakan baikku.terima kasih mengingatkan!may this year will be better for me!err..tp malay studies...kenapa lah buat hari sabtu kan.

apa2 pun selamat berjaya menjadi super muslim!perjalanan masih panjang,badai pasti melanda.sekalipun terasa takut untuk melangkah,kuatkan azammu,bulatkan tekadmu.yakinlah Allah bersamamu.Allahlah penolong terbaik dan Allahlah pelindung terbaik.hasbunallahiwani'malwakil..

saya suka entry ini:
majlis ilmu

3 comments:

  1. Teringat akan kata2 saidina ali bin abu talib r.a , " ilmu akan menjaga kita, tetapi harta, kitalah yg menjaganya. Banyak ilmu banyak kawan, ttp bnyak harta bnyak lawan. Carilah ilmu krn dgn ilmu kita dpt hidup selama-lamanya. Manusia pasti mati, ttp orang yg berilmu tetap hidup ( ilmu yg dimanfaatkn utk org lain)."

    ReplyDelete
  2. majlis ilmu~
    alhamdulillah,Dia tak pernah jemu menitipkan rasa mahu dalam diri aimi untuk menghadiri majlis2 ilmu...
    dari kecil yang aimi prefer untuk attend ialah sekolah agama...
    walau tak sume yang dipelajari dipraktikkan...
    atas kealpaan diri sendiri..
    namun benarlah,mempelajari ilmu2 tentangNya itu menenangkan...
    sedikit pun tak menimbulkan kegelisahan...
    barangkali berkat doa para malaikat...
    Allah titipkan rahmat ketenangan buat sesiapa sahaja yang berada dalam majlis ilmu..
    Subhanallah~

    ReplyDelete

komenla ape sahaja~♥~