malam tadi saya tengok cerita 'five in the afternoon' di astro oasis..filem yang berlatarbelakangkan suasana pelarian afghanistan.
terus terang filem ini agak bosan kerana banyak silence.namun tak menghentikan saya daripada menontonnya. intinya cukup berbekas di hati.mengingatkan saya untuk lebih bersyukur.mengingatkan saya untuk lebih tabah dan kuat.mengingatkan betapa kerdilnya saya ni.lebih hina dan lemah daripada insan2 yang ditekan oleh kuasa besar dunia di negara2 timur tengah.
sebuah keluarga terdiri daripada seorang bapa,anak perempuan,menantu perempuan dan bayinya.anak lelaki si bapa telah meninggal dunia akibat terkena periuk api.lalu menjadikan si menantu seorang balu dan si bayi yang masih kecil seorang anak yatim.namun si bapa merahsiakan kematian anak lelakinya daripada menantunya.
hidup dalam pelarian menyukarkan mereka mendapat sumber makanan serta sumber minuman.meredah padang pasir demi mencari seteguk air.kuda tunggangan pula semakin lemah.memaksa si bapa menggantikan kuda untuk membawa kereta kuda yang dinaiki menantu serta cucunya sementara si anak perempuan memimpin sang kuda.
malam yang dingin menucuk sampai ke tulang sehingga akhirnya si bapa terpaksa mengambil keputusan kecemasan dengan membakar kereta kuda untuk memanaskan badan.akhirnya mereka semua terpaksa berjalan kaki merentas padang pasir.
kemudian si bayi sudah lama tidak menangis,badannya semakin sejuk. si bapa tahu cucunya sudah lama tiada tapi tetap meyakinkan menantunya bahawa cucunya akan bangun dari tidur.akhirnya si bapa berhenti di suatu tempat dan menyuruh anak perempuan serta menantu perempuannya pergi mencari air.dan waktu itulah si bapa menanam satu-satunya cucu yang dia ada...
tu antara babak2 yang menyayat hatila.ada jugak kisah lain tapi cuma nak menulis pasal yang satu ni je.mereka sanggup buat apa sahaja untuk survive..kalau saya,mungkin lebih rela mati daripada terseksa macam tu.bila dah tengok realiti seorang pelarian dari lensa kamera, barulah betul2 terkesan. tu belum lagi tengok live dekat tempat kejadian..terbayangkan saudara2 di palestin,afghan,pakistan,iraq,somalia serta merata-rata lagi yang majoritinya umat islam.umat islam yang sungguh seronok dizalimi oleh kuasa2 besar..kita di malaysia ni? ya,sedang dizalimi juga tetapi secara halus..
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~