Saturday, January 30, 2010

♦ sedih campur kecewa.

biarlah Allah je yang tau kenapa aku sedih campur kecewa.yang penting aku dapat mesej terbesar: jangan mengata orang.silap haribulan diri sendiri jadi mcm orang yang dikata.

kebanyakan orang mmg suka mengutuk orang.aku juga tak terkecuali bila dah masuk circle ni. aku cenderung mendengar daripada bercakap tp dengar pn kira salah gak la kn..namun aku kecewa kerana kebanyakan mereka kini jadi seperti orang yang mereka kutuk2 dulu.enough.sebelum aku ikut jejak langkah mereka, i better stop.aku tak nak dengar atau involve dengan apa2 perkara bersangkut-paut atau berkaitan dengan keburukan orang lain dah.sila take note.dont discuss such things with me anymore.siyesly aku susah nak buat xtau kalo org ckp ngn aku.so i hope with this notice, people will know that i wont listen anymore.sumtimes u think i'm listening but i'm not.thats y i cant recall what u were saying.let me focus on my bad side and try to fix 'em..

kenapa manusia lebih suka mengata daripada straightaway menasihatkan dan mendoakan.

look how things revolved around you.dont you feel shame mengutuk orang lain kemudian menjadi seperti orang telah kamu kutuk dulu?i must say that i feel like fire burning inside my heart now.aku bersabar dan cuba memberi kesedaran serta sepatah-dua kata namun taufiq walhidayah ternyata bukan dalam bidang kuasa aku.aku marah.aku kecewa.tapi apa sangatla marah dan kecewa aku kalau nak bandingkan marah dan kecewa yang Maha kuasa.

let my anger fade away,and may Allah give me strength to show them the right path.may Allah protect me from becoming worse and worse.thank You Allah atas ingatan ini.

ingatlah sesungguhnya Allah itu penguasa hati.Dia maha berkuasa dalam membolak-balikkan hati manusia.berjaga-jagalah dalam percakapan dan perbuatanmu.

why people talk more than putting their words into action???
"sesungguhnya Allah amat membenci orang yang banyak bercakap tapi kurang amalnya."
"mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan.sesungguhnya Allah membenci yang demikian." (As-Saf:2-3)

peringatan untuk diri sendiri.wassalam.

p/s: sori berbunyi emo.

Tuesday, January 26, 2010

♦ short update

salam..

baru2 ni saya attend class malay studies yg saya da ponteng masa first class hari tu. overall mmg best class ni. class ni dikendalikan oleh mrs Poon.basically kami belajar tentang malaysia la.mcm sejarah la tp xdela sejarah zaman mlaka semua tu.more on sjarah pembentukan malaysia sikit2 and politik sikit2 serta komposisi kaum di Malaysia.

mrs. Poon mmg pandai bercerita.seronok pulak dengar.kalau kat sekolah dulu,bila masuk bab politik,mmg tidur di sebalik buku la.dah la duduk depan sekali,tido pulak depan muka cikgutakbole.

walaupun ada point2 yang saya tak agree dgn mrs Poon tp saya merelakan je telinga ni untuk mendengar sambil otak menimbang2 setiap apa yang dikatakan di depan.

saya tertarik dgn kisah dr. M dan anuar ibrahim yg aktif berpolitik sejak zaman universiti. setelah peristiwa 'gelombang' politik oleh2 pelajar UM, para pelajar uni disekat daripada menyertai apa2 kegiatan politik.

personally saya tak setuju bila para pelajar disekat daripada menyertai kegiatan politik.kerana saya rasa ini membunuh rasa ingin tahu mereka tentang politik dalam dan luar negara.seterusnya menjadi tak peka dengan isu semasa.menjadikan pelajar2 muda di Malaysia mengambil jalan untuk mengelak apa sahaja yg berkaitan politik. politik mnjadi perkataan yang menakutkan dalam kalangan plajar2 malaysia. takut nak join perhimpunan, takut nak pegi dgr ceramah2 politik. maka masalah timbul la bila masa nak mengundi nanti. tak tahu nak undi sape. main hentam saja memangkah. maka habisla masa depan negara..disogok pulak dgn budaya hedonisme, maka mmg most of them lebih sebok berhibur.

saya secara terus terang amat tidak suka politik.tidak suka juga untuk ambil tahu.saya selalu fikir politik ni permainan kotor.memangla apa2 'permainan' untuk mendapatkan kuasa kebanyakannya kotor.tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak mengambil tahu seterusnya menjadikan kita punya 'sense' dalam politik tumpul.

i am not the right person to speak about this.ilmu politik di tahap micro :D..cuma yela,my personal view is that orang2 muda remaja belia patut diberi peluang.walaupun kdg2 darah panas dan semangat tak bertempat, kelemahan itu pada pendapat saya boleh dijadikan kekuatan dalam satu2 barisan perjuangan.kalau kita lihat sejarah2 zaman kegemilangan islam dulu pn, muda2 belaka pejuang2 mereka.dan islam sendiri menekankan peranan di usia muda sehingga perkara yang disoal di padang mahsyar pn "apa yang kamu lakukan di usia mudamu"..

pentingnya usia muda ini,maka manfaatkanlah...walaupun tak dibenarkan melibatkan diri dalam politik, silalah ambil tahu walaupun sikit.saya baru nak stat amik tahu tahun 2008 tp tu pn very shallow la ilmunya...sampai skrg susah untukku digest :(..cm kna ade guru je...huhu..ambik tahu pun,tp tetap blur..mslhnya diriku ini....cmne nak ngundi nanti ni..i hate politic but i am interested to know but its hard for me digest it :P..kdg2 cuma baca headline je.bila da baca isi2,semakin lama semakin tak paham.huhuhuhuuuu...dlm negara da pening ape lg lua negara.jgn putus asa!

oh ye di kelas mrs Poon, kami belajar budaya2 kaum lain.hari tu blaja budaya kaum cina.main game kutip makanan guna chopstick.susahhhh!!!asyik jatuh je tapi setelah praktis byk kali,boleyla..mmg dlm family saya,sayalah yg still tak reti2 nak guna chopstick :(...xpe skrg da smakin expert.pastu kami buat papercut sempena raya cina.lihatla gambar di bwh :)


it literally means SPRING!

selalunya utk projek malaysian studies, takde written exam.hanya kena buat event.tapi disebabkan kelas kami terdiri drpd 5 courses:biomedic,pharmacy,psychology,biotech dan dentistry..maka amat susah utk kami buat event kot sbb schedule semua orang lain2 (sbb tu wat kelas hari sabtu!)..so kami kena wat play..drama 1 malaysia la..saya plak da lama tak blakon,kemaruk pulak.tp kalo leh jadi extra je la..pak pacak pn ok..disebabkan active participation can make u pass the exam,which is the play, maka kena la gila kuasa. saya pun volunteerla jadi treasurer.gedik sungguh.

lepas tu minggu ni saya dah start buat endodontic iaitu rawatan akar gigi.best! dan minggu ni akan jumpa my first REAL patient.siapakan beliau.nanti bila da jumpa,saya citer la kat sini.berdebar gak ni.apela bakal jadi kat beliau.doakanla yg baik2 je.siapa2 nak jd patient saya(ececeeeh) silalah mendaftar kat oral health center kat imu.FREE for 3 months!basically utk peringkat sem ini,kami akan wat scaling,restoration(menampal gigi berlubang) dan x-ray utk patients kami.

dah belajar cabut gigi..scaryyyyyy..tak taulah cukup ke tak kudrat saya ni nak cabut gg..huhu..bak kata lecturer 'technique is important,not the strength!'

tu jela updates.wassalam~

p/s: duit jpa da masuk.maka misi menyerbu kedai buku bermula!yayyy!

Monday, January 18, 2010

♦majlis ilmu

salam..

sebelum saya mula tulis,ingin di beritahu majlis ilmu yg dimaksudkan di sini ialah ilmu agama.

sebagaimana yang kita semua tahu, pendidikan islam hanya diberikan secara wajib di sekolah2 sahaja manakala di peringkat universiti, pelajaran agama hanya diberikan untuk beberapa sem tertentu dan ada universiti yang tidak mewajibkan atau tidak ada langsung subjek islamic studies, iaitu universiti2 di luar negara yg mana agama islam bukanlah agama rasmi,contohnya.

di universiti tempat saya belajar pulak, kalau masa pre-U da amik islamic studies, maka dekat universiti tak payah amik islamic studies lagi dah.

menyoroti mata pelajaran agama islam semasa di sekolah rendah dan menengah, pengajaran yang diutamakan. bukanlah pendidikan. depends kepada ustaz/ustazah yang mengajar. ada guru yang concern,mereka akan mendidik.sebaliknya ada guru yang cuma mengajar dan ini mungkin menyebabkan kepincangan akidah dan akhlak anak muda beragama islam masa kini.

terlebih dahulu ingin menjelaskan mengajar dan mendidik adalah dua perkara yang berbeza.mengajar cuma meliputi aspek penyampaian ilmu kepada pelajar manakala mendidik pula merangkumi penyampaian serta follow-up..iaitu sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan ilmu yang telah dipelajari agar ia terus dipraktikkan dan menjadi budaya hidup seseorang.istiqamah.

ingin ditambah,saya bukanlah pakar dalam ilmu ini dan tadi hanyalah pendahuluan yang berbentuk formal sebagai pembuka kata :P

agak SANGAT menyedihkan dalam negara yang dikatakan negara islam dan rakyatnya majoriti islam, pendidikan islam bukanlah prioriti dalam agenda pendidikan negara.ilmu teori lebih ditekankan berbanding amali.penghayatan ilmu pula kurang ditekankan(ini bergantung kepada guru yang mengajar).subjek pendidikan islam juga tak termasuk dalam UPSR yang mana sebenarnya amat penting untuk diserapkan dalam UPSR kerana sejak kecillah ilmu agama islam harus dimantapkan tapaknya. maka dapat dilihat kesannya sekarang bila pelajar yang dapat A1 dalam mata pelajaran pendidikan islam SPM juga rosak akhlak dan akidahnya.

saya juga mempersoalkan gelaran yang sering berubah2 dalam kementerian pelajaran/pendidikan..'menteri pendidikan','menteri pelajaran'..mereka lebih arif maka saya xnak mengulas..cuma yela, nampak mcm mengajar lebih ditekankan daripada mendidik..mungkin nak meringankan beban guru2 seterusnya mengembalikan tanggungjawab mendidik 100% kpd ibubapa.

berbalik kepada tajuk asal, menyedari hakikat ini, yang berlaku dalam negara kita, maka seharusnya kita perlu ambil inisiatif sendiri agar akidah kita terus mantap serta akhlak terpuji dapat dikekalkan dan juga pelbagai aspek2 agama dalam kehidupan dapat diterapkan secara keseluruhan.

berbangga dengan golongan ibubapa yang bertindak menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama sebagai 'supplement' kepada apa yang mereka pelajari di sekolah aliran perdana.ada juga ibubapa yang bertindak lebih proaktif dengan sanggup bergadai wang menghantar anak-anak ke sekolah agama swasta yang menekankan pelajaran agama tanpa mengenepikan akademik..

kepada ibubapa yang terus menghantar anak2 mengikuti aliran agama sehingga ke peringkat universiti, saya tiada komen tentang bagaimanakah attitude anak2 mereka tetapi saya pasti jauh lebih baik daripada mereka yang mengkuti sistem aliran pendidikan seperti saya.kalau ada yang spoil pun, mungkin kes terkecuali.

saya sendiri belajar di sebuah sekolah agama KAFA semasa sekolah rendah.namun, saya ialah seorang yang suka main2 masa belajar agama :(

kebanyakan pelajar hanya belajar di sekolah agama rendah tanpa menyambungnya ke sekolah menengah tinggi (ini pemerhatian saya sendiri)..maka subjek agama hanya beberapa jam je dalam seminggu..4 jam?

di sekolah, gred A yang lebih diutamakan. bagi kes saya dan rakan2 yg sewaktu dengannya, bila masuk kursus persediaan di INTEC, subjek agama hanya dipelajari pada sem tertentu. dan kami belajar islamic law in medicine generally..bukan tertumpu sgt pada aspek akidah dan akhlak..lagipun perhatian lebih diutamakn dkt core subjects which are math and sciences and not to forget english subject.

bila masuk uni,langsung takde dah subjek agama.dan inilah masanya kita sangat2 kena proaktif mencari ilmu agama kerana kita bukan lagi disuap.kita menimba ilmu.kita penuntut ilmu. di universiti, setiap minggu mesti ada majlis ilmu dan kadang2 ada program2 luar pada hujung minggu.saya amat2 menyarankan diri saya,kawan2 serta semua para pembaca agar jangan ketinggalan dalam menyertai majlis ilmu.anda pasti mendapat berkat darinya.pasti ada sesuatu yang akan melekat dijiwa untuk dibawa pulang dan dipraktikkan.peranan usrah juga amat penting supaya kita sentiasa follow-up satu sama lain.perlahan2 kita melatih untuk mendidik diri sendiri.

alhamdulillah saya dibesarkan dalam persekitaran majlis ilmu.

sekadar berkongsi pengalaman, saya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang alhamdulillah sering melakukan aktiviti agama bersama-sama..sejak kecik, abah selalu buat solat jemaah setiap hujung minggu kemudian beliau akan bacakan kitab2 agama serta huraiannya dan di hujung sesi ada slot bertanya khabar.apa2 masalah boleh dikongsi bersama.namun masa kecik2 saya ni mmg bermasalah sket.suka ponteng solat jemaah dengan cara buat2 mandi lama2 dalam bilik air.kadang2 buat2 tido.kadang2 buat2 lupa.tapi saya suka part ceramah yang abah bagi je.huhuhu..bila solat dah habis,saya akan muncul di part ceramah dgn segar bugar.

nasib baiklah saya mmg telinga pendengar yg suka dengar ceramah.mungkin sbb dah biasa mcm tu sejak kecik,bila dah besar saya takde masalah kalau orang mengajak saya pegi dengar ceramah agama..dan lama2 hati menjadi semakin lembut.percayalah didikan ibubapa sejak kecik mampu bagi kesan kepada anak2 walaupun tak drastik tp dalam hati akan ada kesan2 peninggalan yang murni gitu..

maka point saya di sini ialah, biasakanlah buat aktiviti2 agama dengan anak2..bagi tazkirah,solat jemaah, buat style usrah..insyaAllah anak2 yang mcm tercabut skru sket tu akhirnya akan kembali kepada basic,iaitu agama islam..adik lelaki saya yang metal lover tu pun ringan kaki rela hati je nak join program tahfiz sementara menunggu result spmnya keluar.nak membentuk batu,memang ambik masa yang lama..saya sendiri pun tak terbentuk seperti acuan yang dikehendaki lagi sbb saya memang kepala batu...

apa yang penting??

basic agama islam yang kukuh!!

dan agama islam bukan hanya dipelajari dengan mendengar je..banyak cara lain..camana kita belajar akademik,cmtu jugakla bljr agama..cuma belajar agama lebih praktikal sbb kita boleh praktikkan dalam kehidupan seharian..dan jangan jadikan alasan nak study untuk mengelak majlis ilmu..ilmu tu siapa punya?ilmu akhirat dan ilmu duniawi mana lebih penting?fardhu ain dan fardhu kifayah mana lebih utama?benar dunia dan akhirat harus diseimbangkan tapi kalau boleh akhirat tu beratkanlah sedikit.kita kan nak kumpul bekal untuk hidup 'di sana'..hidup di sana kan lebih abadi..

bagi saya mengejar ilmu agama takkan rugi apa2..tp sebagai student yang masih menuntut ilmu sambil memegang amanah kerajaan dan keluarga, janganlah sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran..penting untuk mengurus masa sendiri..maka bila waktu nak exam pun kita masih punya waktu untuk menimba ilmu fardhu ain.belajar agama juga sebenarnya boleh dijadikan aktiviti masa lapang..dah stress belajar,cuba bukak buku agama..lebih2 lagi buku yg membincangkan ketuhanan ataupun akhlak ataupun motivasi.dengar ceramah agama dekat internet,dengar lagu2 nasyid atau hadir majlis ilmu.dengan itu, kita rasa lebih kuat,rasa lebih tenang,rasa seimbang..itu yang saya personally rase la.insyaAllah..hati menjadi lebih tenang dengan mengingati Allah..subhanallah..tahun ni kena lebih mantap lagi pengurusan masa!

terus terang saya rasa tahun lepas saya risau jugak nak attend majlis2 ilmu time2 dekat nak xm(maklumla boleh kata setiap minggu xm)...tp saya yakin Allah akan tolong saya.Allah dah berjanji kalau kita luangkan masa kita untuk agamaNya,maka Allah akan lapangkan masa kita untuk urusan kita(58:11)..

alhamdulillah Allah adalah sebenar-benar penolong!takde satu pun yang saya study dipersiakan masa exam.apa yang saya study,memang itulah yang keluar.secara tak sedar Allah gerakkan hati saya untuk study part itu dan ini sehingga almost semua yang saya baca keluar exam.adala beberapa yang saya lupa nak baca padahal dah dapat seru,sekali keluar exam.

paling obvious ialah bila saya tiba2 rasa nak hafal formula kimia untuk proses amalgamation(yg sblm ni xpnah rasa nak hafal.formula kimia je kot).Allah is great, it came out in the exam paper and formula tu sebijik-bijik saya tulis ikut buku.kiranya masa yang saya peruntukkan untuk study mcm tak banyak tapi apa yang saya baca boleh kata 95% keluar.unlike before2 this,apa yg study keluarnye sikit2 je.bijaksananya Allah dlm melapangkan masa hamba-hambaNya.alhamdulillah result sem lepas meningkat agak banyak dan menambahkan lagi keyakinan di hati ini bahawa ilmu agama mesti terus dituntut walau apa juga keadaan.

kesimpulannya di sini, janganlah memandang sepi ilmu agama.sebagai seorang muslim,kita bertanggungjawab untuk 'mengutip' kebijaksanaan dengan menghadiri majlis2 ilmu.lebih2 lagi pelajar jurusan bukan agama. kita dah tak lagi disuap dengan ilmu agama.kita perlu mencari.sikit2 lama2 jadi bukit.jadikan Islam jalan hidup kita.jadikan islam teras hidup kita.

manusia mudah lupa..lebih2 lagi melayu(oops)..sebab tula kena selalu diperingatkan..kena selalu ditegur..kena selalu brush-up dengan menghadiri majlis2 ilmu.dalam majlis ilmu,terdapat berkat dan rahmat. dari langit Allah,majlis ilmu kelihatan bercahaya serta menarik para malaikat untuk turut serta bersama kita.para malaikat akan turut mendoakan kita..subhanallah.jangan lepaskan peluang!

saya ada masalah malas attend lecture kat uni tp rajin pegi kelas agama sehingga ditegur rakan baikku.terima kasih mengingatkan!may this year will be better for me!err..tp malay studies...kenapa lah buat hari sabtu kan.

apa2 pun selamat berjaya menjadi super muslim!perjalanan masih panjang,badai pasti melanda.sekalipun terasa takut untuk melangkah,kuatkan azammu,bulatkan tekadmu.yakinlah Allah bersamamu.Allahlah penolong terbaik dan Allahlah pelindung terbaik.hasbunallahiwani'malwakil..

saya suka entry ini:
majlis ilmu

Friday, January 15, 2010

♦ minggu kecemasan

salam sejahtera..(mcm baca berita pulak)

i can simply say this week is an emergency week.macam2 benda emergency yg terjadi yg memerlukan aku berfikir pantas,bergerak pantas,berdoa pun pantas..i mean berdoa dgn kadar segera..

maka jadilah aku agak cekap sikit minggu ni sbb dah semuanya nak kena setelkan SEGERA.

tadi dekat lab,kami semua kena submit semua hasil kerja kami dalam projek conservative dentistry.iaitu projek2 yg kami drill gigi serta tampal-menampal gigi..aku ada 4 plaster model yg ada gigi2 yg telah kusiapkan rawatannya.tiba2 hari ni aku hilang 1 model!!!dlm model tu ade baaanyak gigi yang telah aku rawat.ok semua orang takkan faham apa yang aku merepek ni so i'm just gonna say that it's MISSING!and i have to submit it today!but the thing is its MISSING!

jadilah aku kutu rayau kat lab.bak kata encik adrian,aku bagaikan pari2 yang terbang ke sana-sini dalam lab.haruslah begitu kerana aku mencari 'permataku' yang hilang.hanya kerana 1 model hilang mood pun hilang.orang lain sebok buat kerja masing2 aku pulak meronda lab sambil menyoal siasat orang.dah tak tentu arah dibuatnya.aku dah process denture,so xbanyak benda nak kena buat,kena tunggu ia siap je..encik adrian kata pegila buat endo..tapi aku xde mood!!!! my model is missing! aku merayau-rayau lab lagi sambil membaca surah al-insyirah dengan harapan yang tinggi agar modelku dijumpai.

i prayed hard.berdoa berdoa dan terus berdoa.berharap dan terus berharap.surah al-insyirah pun xlekang di bibir walaupun kaki tgah merayau.aku xtau kenapa orang kata baca surah tu bila hilang barang. makna surah insyirah tak bunyi macam nak kembalikan barang yang hilang(sesiapa yg tahu kenapa silalah bgtahu).yang aku tau aku terasa nak baca sesuatu sambil berharap hanya kepada Dia agar ditemukan dgn model aku yang hilang tu...aku tetap mencari walaupun di tempat yang sama berkali-kali.tanya orang yang sama berkali-kali..aku yakin miracle will happen!

akhirnya sesi lab berakhir.semua orang dah submit.aku terpaksa akur my model went missing and i have less 1 model inside my plastic bag.sebelum melangkah keluar daripada lab, aku nak kunci drawer dulu dekat cubicle aku.tapi sebelum aku kunci,aku pandang lagi meja aku.ade model2 shu qeng atasnya.dan aku MASIH berharap modelku disitu.kerana disitulah kali terakhir aku melihat modelku semalam.aku pandang model beliau tajam2..perhatikan betul2..and 'here it is!' aku memberi isyarat kat jamie yang sedang on phone.'i've found mine! finally!' aku bagi isyarat mulut bisu lagi kat jamie.she smiled at me showing relieve sign for me.doaku dalam kecemasan akhirnya dimakbulkan Allah,alhamdulillah~bila doa dimakbulkan on the spot,kita rasa lemahnya kita,berkuasanya Allah..anytime He can make anything happened kan..

banyak kali dah dalam minggu ni yang doa aku dibuat dalam keadaan kecemasan dan kemudian dimakbulkan rightaway.alhamdulillah..terasa doaku didengar dan dijawab.terasa amat dekat Allah itu.tp janganlah bila doa lambat dimakbulkan kita putus harapan pulak kemudian menidakkan kekuasaan Allah...kita kena tahu dan fahamla yang ada macam2 cara Allah nak makbulkan doa kita.dan cara2 tu pun ada hikmah disebaliknya.contohnya kalau perkara yang besar,bila doa lambat sket dimakbulkan dan diganti dgn sesuatu yg lebih bagus,perasaan kita akan jadi lebih menghargai apa yang kita miss dan apa yang kita dapat.sorry kalau ada sape2 yg xle comprehend ayat aku ni.agak hindi.agak2 korang paham ke apa yang aku nak sampaikan? blame myself for really not knowing how to put feelings into words.

in a nutshell, Allah itu Maha Mendengar dan Allah itu Maha Tahu apa yang kita perlukan serta tahu apa yang terbaik buat kita.kita sebagai manusia,yakinlah padaNya..insyaAllah kalau bukan di dunia pun,di akhirat nanti kita merasa ganjaranNya..

Thursday, January 14, 2010

♦ cinta

sebelum tu,saya dah ade alasan yang kokoh untuk pulang ke nilai minggu ini!nak amik sijil2 untuk submit kt IMU..hehe

salam..

sedang membaca buku prahara cinta karya al-Qarni..at first aku cari buku ni untuk survey harga je.lepas tu aku baca2 sinopsis kat blkg,dia kata mesti baca kalau dah khatam la tahzan..oh tak boleh lepaskan la ni.lagipun harga dah sgt murah-rm13.50..takkan tak nak beli kan...

memberi dimensi baru dalam bercinta.mmg slama ni tahu yang cinta Allah lebih agung daripada segalanya.cinta Allah paling suci dan sejati serta abadi.namun,buku ni menjelaskan lebih mendalam apa yang dikatakan cinta.bagaimana cinta Allah itu boleh dimanifestasikan.apa beza cinta nafsu dan cinta Allah.

aku beli version indon,so ade yg x clear maksudnye.xpela..

buku ni ada gak terselit syair2 best pasal cinta.ade jugak kata2 hikmah pujangga..subhanallah mmg mulianya orang yang mencintai Allah,mencintai jalan Allah,mencintai Rasulullah..hina dan rendahnya martabat cinta dunia,cinta nafsu..bila diletakkan bersama,ibarat semut dan gajah..erk..sori perumpamaan tak puitis.

paling suka "ya Rabb,janganlah Kau matikan aku kecuali oleh tebasan pedang di jalanMu"..memang teringin nak mati terbunuh di jalan Allah..tapi bila fikir balik,cam takde orang nak bunuh aku je..bukannya aku yang duduk frontline dalam peperangan atau apa2 yg berkaitan perjuangan islam..apa2 pun,walaupun cita2 ni macam tak masuk akal je untuk orang cam aku,aku harap one day ia akan jadi nyata..kalau tak terbunuh pun, at least matiku kerana Allah..kerana cintakan Allah..kerana agama Allah..ameen..hidupku dan matiku hanya untuk Allah..aku akan cuba gak supaya aku mati demiNya..teringat lagu bingkai kehidupan-shoutul harakah..aku nak jadi cam senikata lagu tu la.

still reading.not finished yet..ade banyak kisah2 cinta dalam ni.kisah cinta yang islamic la i.e. cinta Allah.

mengimbas zaman remajaku.cinta ialah kirim salam kat budak laki yang kita minat.haha..lepas tu da besar sikit, cinta ialah persahabatan(pengaruh kuch2 hota hai..sbb tu i tend to fall in love dalam kalangan kawan2 sendiri je kot)..kemudian cinta ialah confess your feeling.lepas tu bila dah habis sekolah, cinta ialah keluar dating,mesej slalu,call selalu,berkorban masa dan harta..semakin lama takrifan cinta menjadi kotor,menjadi semakin duniawi,menjadi semakin bernafsu..semakin kebendaan.semakin ngarut..yg akhirnya memakan diri.menghilangkan jati diri.mengikis iman.meranakan hati.mencipta paranoid.

bukankah cinta itu sepatutnya indah?tak sepatutnya ia membuat kita menangis dalam kekecewaan.tak sepatutnya membuatkan kita merasa ragu2.tak sepatutnya membuat kita merasa benci.tak sepatutnya membuat kita merasa sedih dan pilu.tak sepatutnya membuatkan kita cemburu buta.tak sepatutnya membuatkan kita menangis berhari-hari,berbulan-bulan,bertahun-tahun..tak sepatutnya membuatkan kita hilang semangat diri..

ya cinta sepatutnya indah..cinta memang indah..jika kena pada tempatnya.jika betul caranya.nak harapkan cinta yang abadi,hanya cinta Allah.cinta sejati?hanya cinta Allah..cinta suci?hanya cinta Allah..

sejujurnya aku memang mencari cinta suci,sejati,hakiki..tapi aku tersilap mencari..aku mencarinya dalam diri seorang lelaki..yang mustahil untuk aku temui cinta yang kuharapkan.aku tersilap langkah.tersilap strategi.tersilap kiraan..bicara Allah menyedarkanku.alhamdulillah...

namun kata2 lebih indah,lebih mudah daripada yang disangka..nak cintakan Allah,banyak yang mesti dikorbankan..banyak ujian yang mesti dilepasi..tahap kecintaan perlu dibuktikan dengan rasa kehambaan yang tinggi..bukan senang.sungguh bukan senang.kadang2 tak tahu bagaimana caranya nak mencintai Allah sepenuh hati..

setiap kali hati ini terpaut pada dunia,rasa bersalah menghantui..mana cintaku pada Allah?terasa dipanggil semula olehNya ke arah pembuktian cinta yang telah kuungkapkan padaNya..tak susah untuk mengungkapkan kata cinta kepada Allah tapi nak membuktikannya sepenuh hati, segala-galanya dalam diri perlu bersih,tulus dan suci.

semoga hati ini semakin hari semakin cinta pada Rabbnya.semoga cinta bukan dibibir saja..

lain betul cinta yang kukenali dulu dan cinta yang kuhalusi sekarang.sampai aku dah hilang minat untuk bercinta semula..ingin kucintai Allah dulu sebelum kucintai suamiku.ingin kukenali Allah dulu sebelum kukenali suamiku..tipulah kalau sepanjang aku cuba mendekati dan mengenali Allah,aku tak pernah suka kat orang lain.tapi sukaku hanyalah suka.tak setara dengan cinta.sukaku tak seperti dulu.tak risau ditinggalkan.tak risau diduakan.tak risau tak confess.tak risau melepas.bagiku,perasaan itu datang dan pergi.kalau bukan jodoh aku,kenapa nak sesak2 otak fikir.move on.Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku.aku lebih tenang dengan mencintai Allah.

ada satu buku,tajuknya 'wanita2 sufi'.tentang wanita2 yang mencintai Allah.one of the books in my list.aku ingin belajar mencintai Allah dengan lebih serius.fokus untuk tahun ni,soal hati.hati aku mmg banyak masalah.mesti dibentuk setiap hari.hati ini sudah terlalu banyak tercemar.dosaku menggunung.cintaku masih belum kubuktikan sepenuhnya.

come on,dhuha..buktikan cintamu!

suka baca kisah hidup para sufi..hidup mereka serba zuhud..cinta mereka pada Allah melebihi segala-galanya..mereka bebas daripada cengkaman dunia..they stand on their own with only the help from Allah..tidak menyebelahi mana2 sect dalam beragama..neutral dalam memberikan pandangan serta idea...rasa amat hina kalau dibandingkan dengan mereka..aku ni,masih lagi attached dengan dunia.walau sekuat mana mencuba nak keluar dari dunia,dunia tetap menarikku..or aku yang tetap kembali ke dunia?semoga aku bukan dalam golongan al-wahn..ameen..

usaha,dhuha..usaha!

whatever it is, aku dah nampak cinta sebenar,cinta hakiki,cinta sejati..i can feel it now..aku dah nampak dan rasa keagungan serta kelebihan cinta Allah berbanding cinta2 lain di dunia ini..dan cinta itu dapat kurasa sewaktu Allah menarik cinta 'teragung' dalam hidupku di waktu itu. sehingga kini aku masih merasa cinta Itu.aku dapat dengar panggilanNya.aku dapat merasa sentuhanNya.mustahil aku dapat terus hidup tanpa cintaNya.

kamu kata kamulah dr. love..kamu kata kamulah pakar cinta..kamu kata kamu kenal cinta..kamu kata kamu faham cinta..tapi hakikatnya kamu takkan pernah kenal cinta selagi kamu masih belum mengenal Allah..kamu takkan merasa cinta selagi duniawi menggamitmu...kamu takkan faham cinta selagi kamu masih belum diujiNya...kamu takkan jumpa dan takkan nampak cinta sejati selagi mata hatimu dikaburi cinta duniawi...

bukalah mata hati...xpayah susah2 cinta nak turun dari mata ke hati..

dhuha,cakap banyak pulak...apa yg ko buat hari ni demi cintamu kepada Allah?ape?main game?ish2...pegi sambung baca buku!!!!!!!(berdialog dgn diri sendri..gomenne!)

Friday, January 8, 2010

♦ menghayati hidup para pelarian

malam tadi saya tengok cerita 'five in the afternoon' di astro oasis..filem yang berlatarbelakangkan suasana pelarian afghanistan.

terus terang filem ini agak bosan kerana banyak silence.namun tak menghentikan saya daripada menontonnya. intinya cukup berbekas di hati.mengingatkan saya untuk lebih bersyukur.mengingatkan saya untuk lebih tabah dan kuat.mengingatkan betapa kerdilnya saya ni.lebih hina dan lemah daripada insan2 yang ditekan oleh kuasa besar dunia di negara2 timur tengah.

sebuah keluarga terdiri daripada seorang bapa,anak perempuan,menantu perempuan dan bayinya.anak lelaki si bapa telah meninggal dunia akibat terkena periuk api.lalu menjadikan si menantu seorang balu dan si bayi yang masih kecil seorang anak yatim.namun si bapa merahsiakan kematian anak lelakinya daripada menantunya.

hidup dalam pelarian menyukarkan mereka mendapat sumber makanan serta sumber minuman.meredah padang pasir demi mencari seteguk air.kuda tunggangan pula semakin lemah.memaksa si bapa menggantikan kuda untuk membawa kereta kuda yang dinaiki menantu serta cucunya sementara si anak perempuan memimpin sang kuda.

malam yang dingin menucuk sampai ke tulang sehingga akhirnya si bapa terpaksa mengambil keputusan kecemasan dengan membakar kereta kuda untuk memanaskan badan.akhirnya mereka semua terpaksa berjalan kaki merentas padang pasir.

kemudian si bayi sudah lama tidak menangis,badannya semakin sejuk. si bapa tahu cucunya sudah lama tiada tapi tetap meyakinkan menantunya bahawa cucunya akan bangun dari tidur.akhirnya si bapa berhenti di suatu tempat dan menyuruh anak perempuan serta menantu perempuannya pergi mencari air.dan waktu itulah si bapa menanam satu-satunya cucu yang dia ada...

tu antara babak2 yang menyayat hatila.ada jugak kisah lain tapi cuma nak menulis pasal yang satu ni je.mereka sanggup buat apa sahaja untuk survive..kalau saya,mungkin lebih rela mati daripada terseksa macam tu.bila dah tengok realiti seorang pelarian dari lensa kamera, barulah betul2 terkesan. tu belum lagi tengok live dekat tempat kejadian..terbayangkan saudara2 di palestin,afghan,pakistan,iraq,somalia serta merata-rata lagi yang majoritinya umat islam.umat islam yang sungguh seronok dizalimi oleh kuasa2 besar..kita di malaysia ni? ya,sedang dizalimi juga tetapi secara halus..

Thursday, January 7, 2010

:: wanita dan fesyen

tadi saya tengok satu cite ni kat astro ria.tajuknya 'tangkap muat'.citer ala2 fashion police la.mencari mangsa fesyen untuk diubah suai menjadi anggun jelita.

frankly speaking i dont like this show.and any fahion show pun tak suka.dulu saaangat suka sampai kena marah dgn mak asyik2 tengok citer fesyen2,citer mekap2..yela dulu cita-cita pun nak jadi fashion designer.suka bergaya dari kecik sampai besar. kalau tak main mak2,suke main modelling.buat fashion show kecil2an dengan cousins dekat balcony rumah che,pada waktu malam. ala2 project runaway. we used anything yang ada dalam almari bilik suli mahupun bilik che rah.make-up pulak curi che rah punye.we created our own design dengan menggunakan kain2 ela mahupun kain2 tudung serta baju2 lama aunties.memang giler fesyen.memang suka bergaya.

sekarang pun masih suka bergaya dan berfesyen tapi dengan konsep yang berbeza.konsep be yourself,be proud of who you are,be natural and practical.

oleh sebab itu rancangan fesyen sekarang sudah tidak mendapat tempat di hati.banyak program2 sebegitu yang offensive.mengutuk secara terbuka tentang style orang lain.orang yang tak mekap dikatakan tak updated.pakai baju kurung selalu dikatakan fesyen hari raya.tak show some skin,dikatakan kolot.biarlah orang nak pakai apa yang mereka suka.kita mungkin boleh ubah penampilan mereka hari ni tapi esok mereka kembali dengan penampilan yang dulu.sebab apa,itu adalah mereka.itu yang mereka suka dan selesa.beauty lies in the eyes of the beholder.

fesyen terlampau terikat dengan aliran trend.kasut macam ni tak boleh pakai dah.dah outdated.stail rambut sekarang ni dah takde dye2 lagi.perempuan sekarang tak mainla pakai seluar.pakai legging sudeyh.lepas tu bila zaman berubah, fesyen hari ni dah jadi outdated dan para wanita kena ubah suai almari,buang baju2 lama,ikut trend baru.pembaziran.menjadi hamba fesyen hanya membuat kita membazir,hilang identiti diri,tiada pendirian sendiri.

apa salahnya follow the trend?takkan nak ketinggalan zaman?

memanglah tak salah.tapi jangan membuta tuli mengikut sahaja tanpa tahu di mana kita berada, siapa kita, apa peranan pakaian kepada kita, apa tanggungjawab kita dalam memilih pakaian dan apa status kewangan kita. pendek kata dont be a fashion slave.

cantiknya islam bila wanita disuruh menutup aurat dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan.dengan cara ini,kita takkan terkena tempias fesyen.kita lebih moderate.kita bangga dengan siapa kita.bangga dengan budaya kita.bangga menjadi orang islam.fesyen kita tak lapuk dek zaman.kita adalah kita.dan kita akan stand proud among wanita2 jahiliyyah.

tapi sekarang dah ade fesyen muslimah kan.menunjukkan kita pun dah ada tag fesyen tersendiri dan we should be proud of it.namun agak kecewa sebab kadang2 tak praktikal dan kadang2 tak mengikut syarak.ada je yang terkurang kain di sana sini.sayangnya fesyen je yang diperjuangkan tanpa memperjuangkan nilai agama serta moral itu sendiri. fesyen muslimah patut dipromosikan sekali dengan garis2 panduan menutup aurat yang betul.bukannya terpengaruh dengan fesyen barat.nampak kelakar fesyen muslimah pakai legging.atau pun pakai topi hanya untuk tutup rambut.ade tu dah nampak macam alien planet mane tah.fesyen muslimah bukan hanya tutup kulit dan tutup rambut.

dulu saya juga kaki fesyen.sentiasa follow perkembangan terbaru fesyen.ni zaman lepas spm.biasala nak jadi remaja trendy.majalah cleo every edition mmg tak pernah miss la. buktinya sila datang ke rumah saya.berderet cleo.tapi sejak dulu saya suka menokok tambah serta menokok tolak (???) fesyen yang ada dlm mag.kiranya saya suka ubah suai ikut selera sendiri.maka, tak nampak sangatla hamba fesyen walaupun sbnrnye ade sket2 pengaruh.kalo kua shopping,ade je item yg nak beli.lepas tu match itu ini.kadang2 nampak plek tp boleh kata saya agak berani mencuba dan berfesyen.saya tak kesah orang nak kata apa yang penting saya suka dan menjadi diri sendiri.

lepas tu semakin berani untuk bermekap.mak sendiri pun tak mekap,saya pulak lebih2..masa masuk intec, kat situ ade watson.saya suka jalan2 g watson dengan wa dan najla.dari situ kami start usha2 barang2 mekap lepas tu kami beli sorang satu dan mencuba kat rumah dgn mcm2 gaya mekap la.lepas tu saya yang anti-mekap trus suka bermekap.tp pakai occasionally jela.
fesyen dan mekap sentiasa berubah-ubah ikut musim.semputla nak follow sume tu..

akhirnya saya ambil keputusan untuk tinggalkan era itu.alat2 solek tinggal hiasan je atas meja.baju2 dulu dah sumbat dalam beg pastu sorong bawah katil.bila sampai masa yang seswai,saya pakaila balik.nak derma,mcm xproper lak.seolah2 nak mendorong orang lain pakai baju tak cukup kain.

saya suka dan selesa serta tenang dengan jalan yang saya pilih sekarang.pembaziran dapat dikurangkan dan harapnya taun ni semakin berkurang sampai jadi zero pembaziran.saya juga dah tak bazir nak beli majalah2 fesyen.saya pakai je apa yang saya suka,apa yang tuhan saya suruh pakai,apa yang tuhan saya redha.pada awal2 transformation tu agak banyak duit yang dikeluarkan demi mencari baju2 yang sempurna ukuran kainnya.tapi saya anggap itu satu pelaburan untuk kehidupan dekat akhirat kelak.masa mula2 je kua banyak duit.sekarang ni pakai la ape yang ada sebab almari dah semakin sempurna dgn koleksi baju2 ni.pakaila sampai lusuh.

kepada wanita2 muslim di luar sana, saya menasihatkan, tutuplah aurat dengan sempurna.benar,yang Allah pandang itu takwa.benar, soal dalam hati lebih penting.tapi, menutup aurat itu perkara wajib.sama jugaklah macam solat.bila kita dah tahu hukumnya wajib, bermakna seruan dah sampai kepada kita. soal hati tu takde guide yang sempurna untuk memastikan kita benar2 calon syurga.hanya Allah yang layak mengukurnya.tapi soal aurat,guide yang diberi cukup jelas.hukumnya pun cukup jelas.ada orang tak nak 'terlampau menutup' sebab takut riak.ketahuilah perasaan 'takut riak' itulah riak yang sebenarnya.nak membentuk perasaan ikhlas dalam menutup aurat pula bukannya senang.mula2 kita terpaksa,lama2 ia dah sebati dan lama2 ikhlas itu datang sendiri.nak tunggu kita rela dan ikhlas serta sampai seru, bila lah agaknya.kalau ajal menjemput sat lagi?tergantunglah kita di neraka bagai itik gantung.wallahu'alam..ingatlah kaum wanitalah paling banyak menghuni api neraka.

Monday, January 4, 2010

♦ malam yang hujan

at times like this, saya amat merindui para sepupu :(

tah kenapala sentimental pulak malam ini.dengan mood yang tunggang langgang.hari ini ku tidak melakukan apa-apa.hanya membuang masa lalu menambahkan lagi kekacauan jiwa akibat menyesal kerana membuang masa.assigment di depan mata hanya ditenung sepi.tak rasa nak buat pun.buku-buku yang belum habis dibaca ditolak tepi.tak rasa nak membaca juga.makan tengahari seciput aje.makan malam kutinggalkan.mujur tak diserang gastrik (berkeriuk-keriuk jugak perut ni sekarang)..

takkanla rindu epi pulak.gila.adikku itu bekas musuh yang tegar.haha..seronok rasanya tengok dia rela hati nak pegi sekolah tahfiz tu.semangat pulak nak beli jubah dan memakai semutar(tok ayoh panggil semutar which is serban la..or ketayap?whateverla..asalkan ianya benda yang lilit2/putar2 kat kepala tu) ingatkan dia akan bermati-matian tak mau pegi sekolah tahfiz.maklumla adikku yang seorang itu rockers metallover yang sejati.agak-agaknya balik nanti dia berubah tak?tiba-tiba compose lagu nasyid pulak.whatever it is,aku sokong je apa dia buat.asalkan tak melampaui batas.

at times like this, i couldnt help myself.rasa macam nak melepak je.takde mood untuk buat apa2 pun.dan saya juga tak memahami diri sendiri when it comes to a time like this.

i miss my cousins(kenyataan kedua dah ni)

bila compare masa kanak2 dan masa dewasa, kami lebih kerap berjumpa semasa dewasa sbb sume dah pindah KL.dulu masa kecik2 kami jumpa masa raya dan cuti panjang je.berkumpul kat umah che.kadang2 ade gakla melawat rumah each other.dan bila ada event besar seperti wedding,kami pun akan berkumpul.

tapi bila fikir2 balik,masa yang dihabiskan bersama sewaktu kanak-kanak lebih precious dan lebih mantop.sebab we really spent time together.mana taknya,tidur makan main dan mandi sumenye bersama. we hardly get separated. kalau bercuti seminggu tu,mmg habis-habisan guna masa seminggu tu.

as compared to this time, kitorang dah tak mandi sama2.so terbuang la masa sket.lepas tu masing2 ada handphone dan laptop so bila takde topik nak sembang, masing2 layan perasaan dengan alat elektronik masing2.lepas tu kitorang dah tak main.ganti dgn aktiviti tgk movies tak pun record video.kiranya masa yang dihabiskan tak semantop masa yang dulu la.ade masa kami berpisah buat hal masing2.lepas tu bila dah balik rumah,rindu la pulak.ala,nyesal tak buat itu ini hari tu.

bertambah sayu pulak bila fikir aku bakal fly.nanti i missed A LOT of events!! dahla cuti raya cina mak kata tak balik umah che.bila pulak nak jumpa para sepupu ni.wahai geng anak dara 1st class,silalah kumpul duit.bulan 5 nanti kita outing eh.kalo tak nak,korang kena ikut aku fly.ngeh3..(still kena kumpul duit.edd tengah kumpul tuh :P)

last few days saya travel ke kelantan melalui pahang dan terengganu. we stayed at cherating pastu jalan2 kat ganu termasuk melawat rumah tante.sepanjang perjalanan tu mmg rase sentimental la mengenang kisah kanak2.dulu family tasneem duduk kuantan.family dee duduk tganu.so along the way tu dapat berjumpa cousin,mmg bestla.sebelum sampai kelantan akan overnight rumah sepupu.tapi kali ni,xde rumah dah untuk overnite.i mean rumah anak dara 1st class la.so keseronokan travel ikut jalan tu dah berkurang.

dulu jugak kalo convoy ikut jalan tu mmg syok habis.banyak kali gakla convoy tu tp yang plg aku ingat masa balik dari wedding enda kat besut. bila orang lalu jalan tu,mesti akan singgah beberapa rumah kat terengganu dan pahang sebab ramai sedara mara kat situ.kadang2 singgah rumah sedara yang xkenal pun.paling seronok kalau singgah rumah pok su.hehe..rumah pok su terletak di kerteh,kat kawasan perumahan barat.rumah2 kat situ cantik2 belaka design ala2 western punya rumah.dekat dengan laut.sampai aku menyimpan impian nak beli rumah kat situ satu hari nanti.

ok berbalik kepada rumah pok su. selain rumah yang cantik dan besar, kami amat suka pegi rumah poksu sebab ade satu bilik tu dipenuhi dengan barbie dolls beserta set2nya!!wehee!! pemilik barbie sume tu ialah wani,mak sepupu kami yang muda 4 tahun dari aku.kitorang pulak mane la ade set2 barbie se'grand' itu,maka mcm jakun la main kat rumah orang.nak panggil balik pun susah sbb terlampau asyik bermain barbie doll.as for me,seumur hidup tak pernah merasa ada barbie sendiri.maka kalau jumpa barbie kat rumah orang,akan kulayan seperti barbie sendiri :D..sekarang poksu dah pindah subang dan rumah dia still ade collection barbie tapi kami tak pandang dah.anak dara 2nd class pulak yang mnjadi 'intruder' di bilik barbie.

lepas rumah poksu biasanya destinasi seterusnya ialah rumah ateh kat kuantan.rumah cik tasneem dan hanan la.dalam banyak2 rumah mereka kat kuantan, saya paling suka rumah panjang.rumah itu dipanggil rumah panjang kerana bentuknya panjang.takde kena-mengena dgn rumah panjang sarawak.saya suka rumah itu sebab bilik tasneem dan hannan agak luas lepas tu ada almari yang built-in (jakun sketla ble tgk almari dalam dinding)..lepas tu mereka pn suke bwk kami jalan2 kat area rumah yang sguh fun.g taman la.lalu kubur la..lalu jalan raya la..ada angsa sebelah rumahla.

on the way dari terengganu ke kuantan,akan lalu kat planet alien. tempat tu ialah tempat orang proses minyak tu.kat kerteh dan paka.saya ingat lagi masa kecik2 kalo lalu kat situ waktu malam,kami mcm orang jakun tengok api menyala-nyala dan bangunan yang plek2.sebab tula dipanggil planet asing.rasa macam kat dunia lain.kalo waktu siang tak terasa sangat.kami akan bising melihat api berkibar-kibar megah di udara(hiperbola je ayat ni)..tu pun kalo kami berada dalam kereta yang sama la.kalo sesama adik beradik saya,xdela sebising dan sekecoh itu.

oh itula yang saya rindu tentang kehidupan masa kecilku bersama para sepupu.nak cerita lagi tapi dah ngantuk pulak.untuk destinasi tganu,rumah enda dan che ngoh tak masuk lagi dalam zon masa tersebut kerana mereka belum menetap di terengganu masa tu.rumah tante pulak saya tak berapa ingat.

pendek kata,saya nak tidur.assalamualaikum..