Monday, February 28, 2011

balik balik

air asia memang gila, bagi tiket NZD 200 one way christchurch-KL untuk akhir tahun ni. takkan saya nak balik dua kali kot tahun ni?

yang penting, saya kena balik Jun ini!

tapi maaf, balik Jun, memang takde souvenir untuk semua oranglah. sebab saya balik naik airline murah. bawak beg banyak2 memang saya takmo. balik tak sampai sebulan pula tu. nak bawak diri je kalau boleh. insyaAllah bila balik for good nanti baru bersungguh beli souvenir untuk semua orang.

saya sungguh gembira dengan plan saya ni sampaikan saya dah siapkan tentatif dalam minda tentang plan-plan saya bila dah sampai tanah air nanti. saya harap exam tidak mengecewakan saya dengan memunculkan diri di tengah-tengah waktu cuti. satu paper je pun. tolonglah finish segera jangan tangguh-tangguh.

bulan Jun saya pilih instead of bulan november-feb kerana semua orang pun sedang bercuti. almaklumlah uni2 kat malaysia kan start sem bulan 9. maka saya boleh jumpa most of my cousins and friends. lagipun saya tak sabar nak baking untuk family ^__^..kalau balik hujung tahun, nanti saya dan nu'man je kat rumah, adik2 lain semua sedang beruniversiti.

p/s: tangan saya kesunyian kerana cincin saya telah hilang.wuuu saya tak biasalah hidup tanpa cincin. cincin itu saya beli untuk diri sendiri dekat mid valley sempena bernekad untuk mendekati Allah kira-kira tiga tahun yang lepas. sunyi! sunyi! balik malaysia nanti nak beli cincin baru. cincin NZ tak lawa.

p/s lagi: saya juga merasakan perlu untuk balik untuk spend masa sebagai anak dara memandangkan i have a strong feeling that someone among us might get married soon :P

nak balik nak balik

salam ^_____^ (wahh panjangnya senyum)

tadi saya pegi tergerak hati tengok tiket airasia. tiket balik malaysialah apa lagi. lepas tu tiket pergi balik NZD 900 je untuk bulan jun ni. saya ade sebulan winter break. wahhh daku mahu pulanggg!!!

terus call mak. mak kata 'baliklah'..1st time ok mak cakap camtu. selama ni asyik tak bagi je.yayyyy! saya berdoa sangat-sangat exam habis cepat so that saya boleh balik 14 jun ni. doakan saya tau semua orang!

p/s: dah balik winter, summer ni stay lagilah buat kali kedua kat dunedin ni. nak kerja lagi. pastikan kaya :p

Sunday, February 27, 2011

Usul 20- intro

Alhamdulillah saya dah berjaya habiskan topik Usul 20 dalam masa 3 minggu. Usul 20 dibincangkan dalam halaqah kendalian kakak-kakak senior area rumah saya.

Apakah usul 20? Ia adalah perkara pokok atau asas dalam islam yang dihimpunkan oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna. Usul ni dibuat sewaktu rakyat mesir berada dalam era pengaruh barat beberapa puluh tahun dulu. Ia adalah untuk mngembalikan umat islam kepada islam yang sebenar.

Seronok belajar benda baru serta dapat banyak kesedaran juga. Teringin sangat nak kongsi kat belog ini. InsyaAllah akan cuba kupas satu persatu semampu mungkin :) BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Saturday, February 26, 2011

pedodontic?

assalamualaikum ^__^ (wah senyum senyum pula. pasti mood gemilanglah ni)

berlalulah sudah minggu pertama sekolah. menarik tak? menarik tak dhuha???

menarik..memang menarik... sambil dalam hati berdebar-debar je 'boleh tak aku survive ni? tahan ke aku? dhuha, tolong kuatlah!!'

dalam banyak-banyak perkara kat sekolah, saya paling teruja untuk masuk paeds. atau dalam bahasa dentalnya, 'PEDODONTICS' (paediatric dentistry/ pergigian kanak-kanak)

ianya (ini adalah penggunaan tatabahasa yang salah ye) adalah seperti satu anugerah atau dalam kata lainnya, peluang yang diberi oleh Allah untuk saya brush-up kemahiran keibubapaan (parental skill) serta mungkin menyuntik dan meningkatkan lagi naluri keibuan saya. ececeehhh..

saya agak tidak punya kesabaran yang tinggi dengan budak-budak. kiranya attention span saya dengan budak-budak sangatlah pendek. dalam setengah jam camtu? lepas tu terus hilang kesabaran. saya akan biar je budak tu buat sesuka hatinya, daku malas nak layan. yela sebab budak-budak ni kan sangat butuh perhatian, kemudian nanti kalau tak dapat layanan yang diharapkan, mulalah mengada-ada especially budak perempuan. saya agak allergiklah dengan budak extra mengada ni.

ok enough tentang kejelekan saya dengan budak-budak. hoho. saya akan guna peluang tahun ini untuk bersiap sedia menjadi ibu. fullstop.

dalam module paeds, kami dikehendaki untuk sort of 'adopt' a child dan jaga serta follow-up itu budak selama 4 BULAN! mencabar tak? bagi saya, agak mencabar tu. walaupun tak sabar-sabar nak beranak, masih lagi segan silu dengan budak. tak boleh tak boleh. selepas tamat tempoh 4 bulan, kena tulis report tentang pengalaman kita itu and the mark constitutes 5% for the final exam.

apa yang kita kena tulis dalam report?
  1. perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, dental, mental dan psychosocialnya.
  2. apa yang telah kita lakukan kepada budak itu. baby sitting? bawak keluar tengok movies? tutoring? picnic? bullying?
  3. reflection. apa yang kita suka, tak suka dan kita belajar daripada pengalaman itu
  4. sertakan gambar-gambar bersama kanak-kanak itu
menarik tak? masalahnya anak siapa saya nak culik ni? seelok-eloknya cari 'anak angkat' sendiri. boleh amik sedara-mara atau adik sendiri. kalau tak dapat jugak baru sekolah tolong carikan. saya masa tu terbayanglah sepupu-sepupu kecil dan anak sepupuku, firdaus. alangkah bestnya kalau boleh culik mereka kan..namun i have no one di sini. maka saya apa lagi, nak menyelit kat rumah kakak abang post-grad lah..pegi menagih anak kat mereka. tak pun pegi sunday school kat masjid sambil browsing for kids. apakah..

akhir kata saya cuak nak treat kanak-kanak. attention span mereka kat dental chair adalah lebih kurang 20 minutes. heh tak heran. saya punya attention span terhadap mereka pun pendek. so kena sangat be prepared dan be organised untuk paeds supaya menepati attention span masing-masing!

lepas tu saya sangat suka dental material untuk kanak-kanak. bayangkan dental filling (bahan untuk menampal gigi) tu sangat colourful, boleh pilih-pilih warna siap ada glitter-glitter. ada corak spidermanlah etc etc. demanding kan kanak-kanak. takpelah asalkan comel. pastu instruments sume macam dah kena 'honey i shrunk the kids'. comel-comel, kecik-kecik, mini-mini je sume. ahhh daku geram!! sangat sesuailah dengan dentist yang comel ni kan (wekkk). ada ke dental nurse kat paeds department tanya saya "have you signed up for 'hobbit audition' for The Lord of The Ring"...dan nurse yang tanya saya about the same height as me so saya tanya dia soalan yang sama juga. both of us rupanya telah melepaskan peluang menjadi hobbit yang kaya-raya. haha..haih saya datang sini mestilah untuk belajar, bukanlah jadi superstar (atau superhobbit??).kalau jadi hobbit, babai dentistry.

apa lagi saya nak cerita ni?

oh ye, saya tak suka orang buat main status saya. saya maksudkan status perkahwinan. dalam hidup saya, cuma akan ada dua status. single atau married. status yang jelas dan nyata. saya tak suka orang sesuka-hati buat spekulasi saya sudah tak single lah, tidak available lah. maksudnya, status yang tak clearlah. status yang samar-samar, yang boleh bawa fitnah. contohnya 'not available', 'its complicated', 'pending' dan lain-lain. i am serious about this walaupun orang hanya bergurau. please be clear about this. saya takdelah marah pun. tapi saya just tak suka. saya tak boleh nak marah sebab orang lain pun tak tahu yang saya tak suka. so saya nak bagitahulah ni. dan harap semua yang baca ni menjadi lebih sensitif. saya tak suka digossipkan dengan siapa-siapa. saya tak suka benda macam ni jadi fitnah. saya tak nak orang get me wrong as if ingat saya ada boyfriend ke tunang ke. saya tak nak ada hati yang terluka oleh berita yang palsu. saya juga tak nak menjejaskan hubungan dengan future husband oleh sebab benda yang tak pernah wujud macam ni. paling penting, ini MARUAH saya sebagai seorang muslimah.

saya betul-betul sedang menjaga hati serta mengelak benda-benda macam ni from happening to me. betul kita tak boleh hentikan mulut orang daripada berkata-kata, tapi kita boleh berusaha untuk mengelak diri daripada difitnah. jaga diri macam mana pun, orang nak kata juga, memanglah kadang2 memarahkan tapi sila ambil tindakanlah daripada membiarkan orang terus bersangka-sangka.

kesimpulannya, saya masih bujang, masih belum dikhitbah dan juga masih belum terikat oleh apa-apa yang pasti dan halal. dan saya tak suka berita yang palsu dan samar-samar disebarluaskan. terima kasih. wah macam buat press conference kan. eh tapi saya serius ni. bukankah nada berbunyi sungguh serius.

Wednesday, February 23, 2011

My life

I have no regrets so far in my life, alhamdulillah...

The road was bumpy and quite tough but its sooo beautiful when i looked back at what i've been through.

Someone told me a long time ago that i like to act strong when i was actually shaking and trembling inside. I like to play cool and refuse to be helped.

I thought i was pretending. But i think the more i pretend, the more i get used to it. The strength just got infused into my very veins. No i'm not pretending because i am really strong. Syukur O Allah for the strength You gave me. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Tuesday, February 22, 2011

tremors

hari ni terasa beberapa tremors. christchurch dilanda gempa bumi dgn skala 6.3.. lebih rendah daripada last ramadhan which was 7.1 but this time lebih banyak damage. even the cathedral yang menjadi ikon christchurch itu pun runtuh dan saya sendiri saksikan how it colllapsed kat dalam live news. sangat scary.

skala yang lebih kecil tapi lebih banyak casualties and fatalities sebab berlaku waktu lunch. lebih banyak bangunan roboh. kuasa Allah. semoga sahabat2 di sana dilindungi dan diharapnya menjadi semakin reda kerana agak risau sebab kita di dunedin juga boleh rasa walaupun tengah duduk. walaupun tengah dgr lecture kat ground floor.

Show off

Nu'man. Benda ptama yg dia nk tunjuk kt saya masa video call ialah MISAInya yg baru segan2 nk tumbuh. haish..

Ingat lg masa dia tadika, dia heran knapa bulu kaki dia takde. Cita2nya nak bulu kaki yg lebat mcm saif (my cousin yg setahun lg tua dari saya) BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Video call pertama dgn family

Sungguh seronok tadi sy webcam dgn mak, sarah dan nu'man for the first time. Saya baru tgah nak tido tadi lepas tu sarah skype memberitahu yang abah dh bli webcam. terima kasih juta2. Ni mesti kes saya meraung kat sarah suruh abah beli webcam. Hoho.

Saya dapat tunjuk satu rumah ni kat mereka. Excited gila!! Mujur ada ipod. Nk harapkan laptop, mmg xdpt nk bawak ronda2 rumah. Sebab laptop saya bateri short lifespan. 99% bgantung kat charger.

Hepi sangat boleh tido sambil senyum :) alhamdulillah BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Monday, February 21, 2011

hari pertama sekolah

assalamualaikum..peace ^__^ V

hari ni saya bersekolah hari pertama. saya pakai baju sekolah baru, kasut sekolah baru, beg sekolah baru, alat tulis.

takdelah. gila apa. bukan kanak2 lagi. saya dah dewasa. lagi sebulan dah nak masuk 23 tahun. apa?? 23 tahun?? ok lah tak nak ingat. sebab kalau boleh saya nak skip umur 23. saya nak umur 24 tahun terus boleh tak?

bukan barang2 baru yang saya nak cerita tapi saya nak cerita hari pertama sekolah.

mula2 excited pegi sekolah pagi-pagi. kemudian bila dah mula orientasi klinik, saya bosan saya ngantuk saya lapar saya nak BALIKLAHHH!!!! pening. information overload. pegi klinik itu klinik ini, sampai saya jadi konfius. tak baiklah bagi orang konfius di hari pertama (-,-")

hari ni takde lecture lagi. esok baru mula lecture oral pathology dan restorative dentistry. klinik pula bermula pada hari jumaat. history taking jelah awal2 ni so takde apa yang harus dicuakkan sangat. yang mencuakkan saya adalah bila masuk paeds, endo, orthodontic dan fixed-prosthesis nanti. cuak ok sebab tak pernah buat lagi prosedur2 tersebut dekat patient. tambahan pula otak telah berkarat langsung tak buka buku di waktu cuti.

dah tahu camtu, sila equip yourself with everything yang necessary ye.

perasaan saya, saya sungguh blur. saya malas nak hambik tahu. saya stress dengan jadual yang tak tersusun. dekat imu dulu kitorang diberi jadual untuk satu sem so kami ikut jadual jela. tapi kat sini pandai2lah accesss sume course documents then catat sendirilah kelas ni bila, kelas tu bila. sungguh kena independent. takde hal la sebab baru rasa macam student uni yang independent. masalahnya beterabur sume benda. lecture yang sama tapi haribulan dan harinya lain2. maka saya ambil jalan untuk follow the flow jelah. pening kepala.

i am looking forward to new challenges in new clinics i.e paediatrics and orthodontics. tapi at the same time, cuak. semoga terus tabah dan maju jaya untuk diri sendiri.

saya tahu dah berapa kali saya bagitahu kat sini betapa saya tidak suka dentistry. but this is my choice. i made my choice. its not the wrong one but its the tough and challenging one. its a journey of lessons. i must try hard to go through all of the obstacles to win the battle i.e the battle of overcoming my fear. my fear of living with something that i hate. i'm going to live with it, not going to leave it. face it, not run from it. kadang2 rasa benci tu datang kerana syaitan. i mean most of the time. diciptakan pelbagai alasan supaya kita malas menuntut ilmu. dilalaikan kita dengan benda lain.

saya telah hidup dengan dentistry selama 3 tahun tanpa perasaan cinta. saya akan terus hidup dengannya sampai..err entahlah kita tengok dulu. yang pasti saya MESTI habiskan apa yang saya dah mulakan. in the meanwhile saya akan terus berdoa supaya rasa cinta terhadap dentistry akan mula bersemi bercambah berkembang etc etc. bukanlah saya tak sayang langsung-langsung bidang saya ni cuma saya takde passion. maka sebab itu, effort pun kuranglah. tapi saya belajar muwasafat tarbiyyah, saya belajar usul 20, saya belajar dasar-dasar islam, semua tu saya belajar dari sesi usrah saya dan saya tahu saya kena bertindak sebagai seorang muslim. tak suka, malas, takde passion tu sume berpunca kpd kurangnya rasa ikhlas kepada Allah, kurangnya kualiti seorang muslim. itu untuk sayalah. korang kenalpastilah punca masing2.

sedangkan rasa cinta antara seorang lelaki dan wanita yang belum dikenali pun boleh dicambah oleh Allah melalui perkahwinan, apatah lagi dengan ilmu kan. asalkan ilmu itu ilmu yang baik, yang bermanfaat, bila2 saja Allah boleh bagi kita passion di dalamnya dan berjaya dengannya. berusaha dan berdoa. saya percaya satu hari nanti saya akan jatuh cinta jugak. anggaplah dentistry ni suami saya. saya kena kenal dia betul2, kena follow je dia. rasa itu akan datang kemudian, insyaAllah. i believe =)

dhuha, sila lupakan segala kebencian anda kepada 'suami' anda. belajar mencintai lebih baik daripada terus meninggalkan. bersungguh-sungguhlah kerana sesungguhnya sikap bersungguh itu adalah akhlak seorang muslim.

secara jujurnya saya amat takut dengan 4th year sebab tahun ini final paper. banyak paper pulak tuh dan banyak benda baru. semuanya bergabung dan bercantum dalam tahun ini. its a critical year for me. tapi dhuha, setiap waktu kritikal pun kau dah berjaya harungi. dont let fear overcomes your potential.

tahun ni jangan risau umur 23 tahun. kahwinlah secara serius dengan dentistry and do not think about marrying other things, i mean somebody. hoho..sensitif ok dengan isu umur 23 tahun sebab mak kahwin umur 23. nanti umur 25 lebih sensitif sebab abah pun kahwin usia 25. adik2 pun dah cakap, 'sila jangan stress ye tahun ni.'..hoho..kalau ikut angan2 zaman intec, umur 23 dah timang anak. tapi kalau ikut angan2 zaman sekolah, 25 tahun baru kahwin. saya nak ikut angan2 sekolah lah camni (bunyi orang putus harapan)

kahwin adalah topik terlarang tahun ini.

sekian bebelan hari ini.

Saturday, February 19, 2011

lamanya cuti

Assalamualaikum!

lamanya cuti! sedar tak sedar dah 3 BULAN saya cuti! IMU pun tak pernahlah cuti panjang sangat macam ni. sampai dah lupa diri yang saya ni seorang pelajar. huhu..ingatkan pelancong.

apakah cuti saya terisi? seperti yang tak terjangka, alhamdulillah Allah mengizinkan saya melalui masa cuti yang berisi berinti bersalut, pahit manis masam masin. alhamdulillah =)

cuti bermula akhir oktober, pada waktu itu kelas telah tamat. kemudian ada final exam pada 4, 8 dan 11 november. lepas tu baru betul-betul merdeka.

seminggu setelah exam, hanya sibuk berkemas-kemas, duduk-duduk di rumah, melawat-lawat senior2 yang bakal pergi dan entahlah. lepas tu 20 november saya dan yani berangkat ke auckland. saya melancong sambil melawat kawan selama 5 hari di auckland manakala yani hanya transit untuk pulang ke malaysia. suriani study kat auckland dan dia akan pulang for good in few weeks time dari masa saya ke sana tu. so ambil kesempatan ni melawat beliau.

di auckland saya melawat tempat makan dan minum yang best. ada kedai bubble tea yang enak, kedai ayam goreng yang rangup dan halal, kedai makan indon, kedai makan thai yang marvelous. sebagai orang dunny yang jakun dan terpencil, sememangnya amat berbesar hati dapat merasa makanan-makanan yang dirindui. bandar auckland sangat rapat dengan KL je so sangat rasa homey. kejap2 rasa macam kat jalan TAR, kejap2 macam kat sogo, kejap2 macam kat kajang. macam-macamlah. kemudian pegi melawat auckland skytower, rangitoto island, rose garden, mission bay, lepas tu naik sailboat. bestnye first time dapat sailing sendiri! berpeluang mengendalikan kapal layar secara sendiri. saya naik dengan suriani. masa tu hujan agak lebat. maka kami berdua je yang buang tebiat naik sailboat. macam orang yang sedang berbulan madu pula naik kapal layar berdua. huhu.. hujan dan awan yang tebal agak menghalang kegembiraan berlayarlah. dapat duduk luar sekejap je lepas tu kepala dah pening2 dan badan mula kesejukan hingga ke tulang. tak ketinggalan, saya juga melawat university of auckland. dapat melepaskan rindu kat kak aishah juga yang sanggup spend masa melayan walaupun sedang exam :)

tanggal 24 november, saya meninggalkan bumi auckland dengan menaiki pesawat jetstar menuju ke sydney. saya ke sana untuk melawat sahabat lama, cik amirah mustafa. beliau telah menduduki sydney sejak 2 tahun yang lalu dan memang tak pulang ke malaysia. jadi memang sangat rindulah dah lama tak jumpa. sepatutnya dia nak melawat saya di NZ dulu tapi takde jodoh nak buat camne. sayalah yang akhirnya terjejak kaki ke sydney. masa tu lagi dua minggu je myra akan pulang for good ke malaysia. saya fly, dia pulak pulang =)

di sydney saya memang dibawa berjalan habis-habisan oleh myra mengikut tentatif yang telah disediakannya. apa yang buat saya kagum tentang sydney ialah pengangkutan awamnya which i heard about it so many times before. saya beli tiket 'MyMulti Pass' yang membolehkan saya mengakses bandar sydney seluas-luasnya dan sepuas-sepuasnya dalam masa seminggu hanya dengan harga AUD 37 (tengah ade offer kebetulan). dengan tiket itu saya boleh naik tren, bas atau feri, pergi dan balik. seronok kan? rasa macam bandar tu saya yang punya. hohoho. hanya menggunakan kuasa tiket, saya bebas melangkah tanpa ragu. ditambah pula dengan tour guide bernama amirah. memang tak ragulah :P

inilah tentatifnya:
  • sesudah sampai, saya terus di bawa ke Malaysian Hall. seronoknya sebab bersuasana Malaysia. ada surau, ada toilet yang ade tempat wudhu serta ada hose. then myra bawak dinner kat indonesian restoran. saya sorang je yang macam jakun terlompat2 tengok makanan2 seperti paru goreng, rendang, sambal, masak lemak..haishhh mmg tak dapatla kat dunedin.
  • day 1(a day after arrival): macquarie university (uni myra), waterloo park (ade anjing yang mengelilingi meja kami), macquarie center (tempat shopping. teman myra shopping dan dinner)
  • day 2: sydney wildlife (tengok koala, kangaroo, wallaby dan wombat), sydney aquarium (aquaria lagi best tapi kat sini ade dugong yang comel!), lepas tu penat sangat. jalan2 tengok city sikit. tengok laut. tengok gelagat orang. layan myra yang tengah emo pasal hal perpindahan rumah.
  • day 3: coogee beach (sangat cantik! tapi sgt ramai orang yang bersalai-salai), pegi jalan2 city dan shopping2 kat paddy's market. nak pergi chinese garden tapi dah tutup. then akhir sekali pegi sydney tower (menyampahkan sebab tak jumpa entrance. bayangkan tower tu bercantum dengan shopping complex. tapak dia shopping complex. nak masuk, kena masuk dalam shopping complex dulu rupanya. lepas tu beratur 45 minit untuk masuk, punyalah ramai manusia. tapi puas hati dapat tengok sunset)
  • day 4: university of sydney (hujan, bangunan sangat antik.), sydney opera house (tengok ballet show yang comel tapi tak faham mesejnya,huhu), jalan2 tepi harbour di waktu malam sambil makan aiskrim baskin robbins perisa cotton candy yang dirindui. kat tempat saya takde ok. sedih.
  • day 5: melawat muslim town, Auburn dan Lakemba. best2! dekat auburn singgah masjid gallipoli. dekat lakemba pegi tengok kedai jubah sambil pegang2 (tak cukup bajet nak beli belah), beli buku kat islamic bookshop, then berhajat nak makan makanan indonesia namun kedai tutup sebab tokey balik kampung. terserempak dengan sekumpulan kanak2 berwajah asia nusantara sewaktu kami on the way ke masjid. kanak2 tu ajak main maka kami layanlah. orang malaysia dan indonesia rupanya. tiba2 mak mereka pulang lalu kami dijemput masuk. we had tea there. the kids ajak main dengan mereka lagi esok harinya namun maaf adik2, akak pulang NZ keesokan harinya :(..takpe, mereka dah dekat malaysia sekarang ni. pasti ramai kawan :)
setelah sampai dunny, saya kesunyian kat rumah sorang2. belajar knitting dengan gigih sambil bake macam2. then kak nuha datang bersama che ngoh, mama dan amin. kami jalan2 dunny lepas tu jalan ke south, pegi alexandra, cromwell dan queenstown. after kak nuha's convo we headed to the north pegi christchurch. maka saya telah agak melengkapkan percutian ke seluruh south island ini buat pertama kali dengan family sendiri pulak tuh. cuma ada beberapa tempat je yang tak sampai lagi serta beberapa aktiviti yang belum dipenuhi lantaran aktiviti yang saya nak buat tersangat extreme, takde sape nak teman :(

i want skydiving, i want bungee jumping, i want to ride the luge (yg ni ramaila yang nak teman tapi belum kesempatan lagi), i want skiing, i want snowboarding. grrr!!! walaupun kos nak buat semua bnda ni capai ratus2, tapi bila lagikan. saya nak saya nak saya naaaakkk!

lepas sedara mara sume dah balik saya kesunyian lagi kat rumah. sedih sesungguhnya,huhu...seb baek dah nak kena pindah rumah so adela keje kena buat iaitu kemas mengemas.

bila dah pindah rumah baru, kematian hati sebab rumah sedang renovate dengan dahsyat. habuk sangat banyak. saya rasa akan kematian pernafasan kalau duduk lagi 2 bulan kat rumah tu. tiba2 saya dipanggil kerja kat orchard. gembira bukan kepalang, Allah dah selamatkan saya dan masa saya yang berharga. esoknya terus packing2 balik untuk ke orchard.

selama 6 minggu tinggal di roxburgh, bekerja di orchard, jadi cherry grader. nanti korang makan2 cherry nz tuh, bekas air tangan sayalah tu. huhu.. seronok tinggal di rumah Bedah (Janis) sebab rumah dia sangat isolated, takde orang lain. so sangatlah privacy. boleh keluar rumah sidai kain, main frisbee, main lempar selipar, petik2 buah tanpa memakai tudung. bila dengan bunyi kereta dari jauh, kelam kabut semua lari masuk rumah. ianya seperti tinggal dalam mimpi. dulu masa kat sekolah, bila baca cerpen 'Kerana Manisnya Epal' karya Faizal Tehrani (yeke? seingat sayalah), saya selalu berangan alangkah indah tinggal di ladang epal. siap masa tu saya buat novel berlatarbelakangkan rumah di ladang epal jugak. akhirnya angan2 saya menjadi kenyataan dan Allah yang menjadikannya nyata, memang tak percaya mula2 tuh.

bayangkan keluar rumah je rasa bahagia tengok epal2. pegi kerja ada bau epal, bau nectarine, sambil2 petik ceri. penat2 balik kerja, petik pulak buah nectarine, petik buah epal sambil jalan balik rumah. nikmat bukan? nak masak pie ke crumble ke, main petik je kat luar rumah. rasa macam cerita dongenglah. belakang rumah kami ada bukit. petang2 pegi panjat bukit, memandang sejauh mata memandang. saujana mata memandang. luasnya bumi ciptaan Allah, indahnya..hari2 dok puji Allah. terasa dekatnya dengan alam semulajadi. rasa macam untouchable sungguh bumi Allah di roxburgh ni. air sungainya pun sehijau-hijaunya.

malam2 pula pegi baring kat luar rumah, dengan berselubung sleeping bag sambil stargazing. petang2 pun boleh main baring golek2 atas rumput tengok langit, tengok awan. malam2 bintang kat situ nampak besar dan sungguh bergemerlapan. tak henti2 bertasbih bila memandang. ajaibnya. memang rasa macam fairytale, kisah dongeng, mimpi kayangan etc etc..

sampai saya tanya bedah boleh tak saya datang lagi untuk honeymoon. nak stay rumah bedah jugak. haha..memang bestlah. bedah kata boleh. siap bagi stay free of charge lagi. haha..nanti saya bagi cadangan ni dekat encik suami ye.

eh ke situ pulak. saya cakap jugak nak bawak family datang situ nanti. hehe seronooookkkknyeee! tapi kena datang time summer la, musim buah especiallynya. boleh fruit picking. nyum3~

akhir kata saya suka cuti terpanjang saya ni. i'm soooo free of stress. Allah telah selamatkan dan peliharakan saya. Alhamdulillah =)

semoga melangkah ke 4th year dengan yakinnya dengan hati penuh tenang tenteram tanpa stress2 lagi. u had enough of holiday ok dhuha.

Di suhu 13deg C

Adakah dunny dah panas ataupun badan saya dah kalis sejuk?

-tidur tanpa selimut- BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Friday, February 18, 2011

My memory

Oh dah macam tajuk lagu winter sonata.

Saya dah banyak lupa. Banyak perkara yang saya dah lupa. Bab study usah katalah. Yang tu sentiasa terlupa. Huhu...

Yang saya maksudkan di sini ialah peristiwa2 atau kenangan2. Bila saya nk recall2 balik, rupanya ia dah terpadam daripada kotak memori. Saya stress bila dah tak dpt mengingat dengan baik. Terasa begitu tua. Jadi mahu rajin menulis hari2 tapi rupanya saya dh malas nak tulis hari2 sebab tulah kot saya semakin nyanyuk.

Kupanggil tapi tak berjawab. Itulah memoriku. Sedar bahawasanya I am very limited. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Thursday, February 17, 2011

adikku nu'man


sukanya tengok gambar ni. suka tengok adik lelaki bongsu saya sudah besar rupanya. nama dia nu'man hassan. umur dia insyaAllah masuk 12 tahun tanggal 1 oktober nanti. bila auntie era upload gambar ni, gembira betul hati sebab dia dah pandai jadi imam =)

harap2 satu hari nanti dapat imamkan saya juga. hihi.. adik saya ni banyak betul kerenahnya. anak manja, biasalah. tapi manja dia tu takdelah sampai dia jadi spoiled brat. saya masih ingat lagi waktu mak mengandungkan dia 12 tahun dulu. masa tu saya darjah 5. saya tengah main computer game dengan adik2 pada suatu malam. lepas tu tiba2 mak dan abah pun join sekali. sambil kami main game, sambil mak dan abah bercerita. lepas tu abah tanya "seronok tak kalau dapat adik lagi?"

serentak kami jawab "nak! nak! nak adik lagi!" maklumlah masa tu kami semua dah besar2. sarah masa tu dah 6 tahun. saya sebenarnya tak rasa yang saya akan ada adik lagi sebab sarah dah dicop sebagai anak bongsu. lagipun sarah terkenal dengan trademarknya "sarah tak nak jadi besar."

ok berbalik kepada cerita. tiba2 abah pun cakap "nanti kita dapat orang baru dalam family ni." kitorang pun macam excited2lah. lepas tu mak cakap mak mengandung berapa minggu tah. mula2 tak percaya. tanya banyak kali. gembira bukan kepalang kami ni. lepas tu saya dan hajar bersembang malam topik 'adik baru' masa tu. masing2 berangan nak adik lelaki. masa tu epi sorang je adik lelaki. kesianlah kat mamat tu asyik join main 'mak-mak' dengan kitorang je. lagipun rasa menyemak pun ade tengok dia asyik nak ikut kami dengan kawan2 perempuan lain main. haha. kesian kesian. paling kelakar masa tu kitorang risau epi jadi pondan lak nanti. hahaha.

kegembiraan mendapat adik baru sukar digambarkan. sebab jarak umur saya dan adik2 agak dekat. setiap kami 4 beradik berselang umur 2 tahun kecuali epi yang berselang setahun dengan sarah. jadi kami masing2 memang takde memori dan takde pengetahuan sangat nak jaga baby. selalu jaga baby teddy bear adelah. huhu..masa mak mengandung, mak mula bekerja kembali sebagai cikgu kat sekolah menengah swasta kat cheras. excited bila tengok perut mak makin membesar. saya pulak selalulah berangan nak bagi macam2 nama kat adik baru lahir. mak tak scan baby jadi kami no idea apakah jantina adik baru.

tibalah masa yang ditunggu-tunggu. saya balik sekolah je abah cakap mak masuk hospital HUKM, bersalinkan adik baru. saya dan adik-adik berdebar je tunggu kat rumah. kemudian abah balik bawak berita yang mak selamat melahirkan adik lelaki! yayyyyy! sume bersoraklah kesukaan. abah bawak balik uri adik baru kami (placenta). abah cakap tu kawan baby masa dalam perut. abah tanam uri tu bawah pokok mangga/rambutan dekat halaman rumah kami (sejak tu berbuah pulak buah rambutan dan mangga kat rumah. haha)..lepas tu abah tanya kami nak bagi nama apa kat adik baru. saya bagi cadangan 'Taufiq'..masa tu memang saya sangat suka nama taufiq tak tau kenapa. sebab bunyi macam kacak kot. HAHAHA. saya juga berharap nanti adik saya tu sentiasa dapat taufiq dan hidayah. and mana tahu tiba2 dia dapat bini nama hidayah. hoho mengarut je aku ni.

Cadangan saya tu of courselah kena tolak. kalau tidak, mestilah adik saya tu nama dia taufiq sekarang. haha.. saya bagi cadangan Luqman pulak sebab saya pun suka nama tu. pendek kata saya suka nama yang ade huruf 'Q' kot masa tu. haha..lepas tu abah pun cakap "Nu'man nak tak?" saya wat muka. macam pelik je nama Nu'man. "Abah, kita letaklah nama Luqman Hakim. sedaplah. dhuha suka." akhirnya abah cakap nak bagi nama Nu'man Hassan. saya rasa peliklah nama tu. saya pun bagi tawaran yang lebih menarik kat abah. "Nu'man Hakim ok tak abah?" at least takdelah pelik sangatkan. Hakim lebih sedap daripada Hassan. nama Hassan macam nama watak orang kampung je dalam tv. tak pun watak2 orang jahat. tapi abah kata 'hassan' bermaksud baik. lagipun moyang kami nama hassan. Hassan tu nama atok kesayangan abah. dulu abah kata nak letak nama hassan jugak kat belakang nama saya. hoho camne tu. nama saya mesti jadi yang paling unik di dunia.

akhirnya abah muktamad nak letak nama nu'man hassan. itu adalah satu keganjilan buat saya. saya fikir abah memang suka bagi nama anak pelik2 kot. huhu padahal nama saya je kot yang pelik. abah cakap Nu'man tu nama tokoh islam yang mahsyur. Hassan pulak memang nama idamannya yang mengingatkannya kepada atoknya. yang kelakarnya kadang2 saya panggil Nu'man tu as Luqman sebab serius rasa pelik sangat nak sebut Nu'man.

lama2 saya dah ok dengan nama tu. terdengar sedap pula. haha..macam nama 'dhuha' jugak. mula2 tu selalu rasa macam nak pegi pejabat pendaftaran untuk tukar nama tak pun letak simbol '@' ke kat nama. huhu..lama2 setelah masuk sekolah menengah, saya pun mula suka nama sendiri, terasa sedap pula. hoho.

abah kata baby baru tu ade tompok2 kuning dekat hidung, serupa dengan saya masa baby. kami berdua ade jaundis masa baby. mungkin itu jodoh anak sulung dan anak bongsu. haha..

kehidupan ade adik sungguh seronok. paling best ialah bila mak dalam pantang, abah je yang masak. kami suka bila abah masak sebab abah pandai masak western food. abah buat patty burger sendiri, abah buat pizza, abah buat jacket potato, spageti dan macam2 lagi. rasa macam makan kat restoranlah. haha.. kami adik beradik dok keliling dapur tengok abah masak. kacak ok abah masak. haha tengok je abah masak. bukan nak tolong.

lepas tu kami excited bila tengok mak tukar lampin nu'man, mandikan nu'man, bagi nu'man makan, sapu bedak kat nu'man, salin baju nu'man. sume tu kami dapat tengok hari2. bertambahlah kepakaran main mak-mak nanti. haha. nu'man membesar di depan mata saya juga. saya tengok dia meniarap, merangkak, berdiri, berjalan, mula bercakap, ketawa, menangis, terjatuh, menyanyi, tumbuh gigi dan macam2 lagi. terasa sayang tu luar biasalah sebab kita dah tangok dia dari baby lagi. sebab tu kot biasanya anak sulung memang rapat dan sayang luar biasa kat adik bongsu.

kita suka bila bawak dia jalan2 naik pram keliling taman. main lumba2 pram pulak tu. dukung dia, dodoi dia, timang dia. kadang2 tu nakal sangat suka hayun2 dia sampai kena marah dengan mak.

nu'man masa baby seingat saya ialah budak yang ceria. tak banyak kerenah. tak banyak menangis. asyik ketawa je. suka cakap sorang2. selalu terjatuhlah tapi. jatuh pulak asyik kena kepala je. sebab tu pemikiran dia lain daripada orang lain kot. sejak kecik saya perasan dia ade satu pemikiran yang pelik. yang kita tak terfikirlah pada usia dia. nak kata genius entahlah sebab secara akademiknya biasa je. saya suka cerita pasal nu'man kat kawan2 saya even sampai sekarang. kawan2 saya mesti kenal sangatlah dengan nu'man. mereka rasa nu'man kelakar dan bijak dan pelik. statement2 nu'man biasanya berbunyi pelik, lawak tapi membuat kita berfikir jugak.

dulu masa tadika2 dia pernah cakap 'kenapa kita tak makan dolphin? nu'man nak makan dolphinlah'..lepas tu dia jugak pernah tanya mak macam mana dia lahir lepas tu mak jawab dulu dia duduk dalam perut mak. lepas tu dia terus menangis. dia cakap mak makan dia. hoho..camne tah dia bleh fikir camtu. pernah satu hari tu kami jalan2 naik kereta. lepas tu lalu kawasan kilang. kat cerobong asap kilang tu keluarlah asap hitam. then dia cakap "oh dah nak malam dah. awan hitam dah keluar." bayangkan masa tu dia belum sekolah pun. dia juga provoke saya dengan soalan pasal akhiratlah, pasal matilah. masa arwah tok meninggal 2 tahun yang lepas pun dia tanya saya "apalah yang tok buat dalam kubur? nanti macam mana tok nak jawab soalan malaikat? etc etc etc"

masa Nu'man baby2, abah selalu berzikir dan berselawat kat Nu'man. zikir yang paling abah suka dodoikan Nu'man ialah zikir 'Ya Latif'..abah cakap 'Latif' maksudnya lembut. Allah maha lembut. semoga dengan itu, Nu'man akan jadi orang yang tidak degil, yang lembut hati. maklumlah kami yang ada ni sume keras kepala. hoho. akhirnya sekarang nu'man memang lembut hatinya. senang tersentuh. tapi kadang2 lembik jugak. tangan luka sikit tak nak pegi sekolah. lutut luka sikit pun nak guna plaster besar2. hahah memang suka exaggerate budak tuh.

Nu'man ni liat sikit bab2 study dan bab pegi sekolah. sukalah bagi alasan pelik2 tak nak pegi sekolah padahal nak tengok kartun. mak dengan abah layan jela dia. mak dengan abah memang tak pernah memaksa pun dalam hal2 study ni. nu'man budak lagi kot. saya dulu pun main je masa kanak2. layanan mak dengan abah dekat nu'man kadang2 buat saya meluat jugak sebab rasa macam terlampau dimanjakan pulak. saya dulu wajib pegi sekolah agama walaupun dah nak UPSR. Nu'man pulak sekolah agama beberapa bulan je atas alasan dia penat sekolah dua sesi and dia nak tengok kartun petang2. saya dulu punyalah bagi alasan yang akademik untuk berhenti sekolah agama.

tapi mak dengan abah lebih tahu mendidik anak kan. takpelah at least dia lebih rapat dengan mak dan abah. kami dulu lebih rapat dengan kawan2 sebab dari pagi sampai ke petang sekolah. dari segi agama, nu'man belajar dari rumah jela. dan sedikit from sekolah kebangsaan. apa2 yang dia tak faham dia tanya kat rumah. sejak saya kembali ke pangkal jalan pun saya suka nak tarik adik2 sekali. especially nu'man sebab dia still kecik n orang cakap melentur buluh biarlah dari rebungnya.

saya kagum dengan adik saya tu sebab dia ada keinginan untuk tahu lebih mendalam tentang agama which was where I lacked at. saya sekolah je agama tapi saya main2 je belajar. siap nak berhenti sekolah lagi. saya pakai je tudung sejak tadika tapi bila sampai sekolah saya cabut tudung (masa tadika taklah sebab saya tadika abim, sume pakai tudung). sebab masa sekolah rendah saya sorang je pakai tudung kat dalam kelas dan dekat sekolah. saya rasa saya amat peliklah pakai tudung maka saya memang bukak tudung bila sampai sekolah. bila nak balik saya pakai tudung balik.hoho..masa saya kanak2 saya tiada idea tentang ummah. tapi adik saya yang sorang ni memang buat saya kagumlah. walaupun dia kaki game sampai buat semua orang penat membebel, tapi dia tahu agenda hidup. dia tahu hidupnya untuk siapa. dia ada kesedaran yang saya takde suatu ketika dulu. saya tahu dia masih kecik dan semangatnya mungking hangat2 tahi ayam, tapi saya optimis. saya tahu dia lain. dan saya akan terus berdoa yang dia akan terus diberi pencerahan oleh Allah untuk menuju jalan yang dia pilih saat ini. saya harap Allah terima niat dia.

Ya Allah, dia hanyalah seorang kanak2 yang belum baligh pun lagi. Tapi dia dah ada agenda ummah. Dia tak takut apa kata orang lain terhadap niatnya itu. Kau tolonglah dia menuju ke jalanMu ya Allah. peliharalah dia, sucikanlah dia. Ameen~

p/s: gambar nu'man jadi camtu sebab tu memang habit dia men'soksek' hidung. hehe

p/s: rasa nak menangis jugak bila nu'man tanya saya 'bila nak balik?'..saya cakap akhir tahun ni. dia cakap 'alaa..baliklah sekarang! esok ke.."

Saturday, February 12, 2011

Allahu akbar!


sebak dada. terharu rasa hati. macam ada kupu2 dalam perut.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

kini Mesir telah bebas daripada cengkaman kuasa Taghut!

memetik kata2 daripada blog ustaz hasrizal yang sungguh menyentuh kalbu:

Moga tertebus kepedihan yang ditanggung oleh rakyat yang diseksa.

Moga terubat tahanan-tahanan pendapat (prisoners of opinion) di penjara Mesir.

Moga sembuh al-Azhar daripada campur tangan regim.

Moga terbuka jalan pulang Sheikh Yusuf al-Qaradhawi ke bumi Kinanah.

Moga terawat kerinduan Sheikh Kamal Helbawi yang lama berkelana di bumi Eropah.

Moga sirna kepungan derita umat di Gaza dan Palestin.

Moga bermakna 12 Februari 2011 pada mengenang terbunuhnya pengasas al-Ikhwan al-Muslimin, Hassan al-Banna pada 12 Februari 1949.

Segalanya, ameen untuk semua itu!

Semoga seluruh wilayah Islam terbebas daripada kuasa2 jahat. semoga kita akan benar2 merasa merdeka, hidup hanya menuju jalan Allah. semoga kebenaran terus tertegak. BANGKIT BANGKIT SELURUH UMAT ISLAM!

Tuesday, February 8, 2011

perkembangan terbaru

salam wbt =)

lamanya tak jumpa kamu wahai belog.hihi..

alhamdulillah saya telah graduate daripada Clutha Packing Centre, Roxburgh, Central Otago, NZ sebagai cherry grader yang berjaya. alhamdulillah juga, duit simpanan telah cukup untuk terbang ke europe. sekarang nak kumpul duit belanja je pulak. doaku agar sampailah ke sana bersama sepupuku, cik nawal. kalau tak kesampaian, kita simpan je duit tu buat belanja masa depan =)

eh tapi rase nak ke korea juga. kemudian saya marah diri sendiri kenapa tak nak buat umrah dulu????-->sila jangan beralasan, dhuha.

pulangnya saya ke dunedin, rumah masih bersepah lagi tapi dah 95% siap renovate lah. tinggal nak cat dan bersihkan kesepahan yang berleluasa je. seronok dapat lepas gian deco bilik sendiri. masa duduk Uni Flat dulu, terpaksa pendam niat mendekorasikan bilik kerana duduk 6 bulan je, karang deco dasyat2 lepas tu merana pula mahu packing untuk berpindah rumah.

sekarang dah ade rumah sewa yang insyaAllah akan tinggal sehingga habis belajar, maka dapatlah menghias bilik sepuas hati =) masa duduk vista, tak dapatlah menghias sepuas hati sebab duduk secara berjemaah dalam satu bilik. taste berbeza-beza kan. sorang suke pink, sorang anti pink. tapi apa nak buat, kini orang yang anti-pink tu dah terjangkit penyakit 'pinky'..

setelah dua hari berhempas pulas bershopping dan menghias bilik dengan ketuk-mengetuk, tampal-menampal, angkut-mengangkut, kemas- mengemas, akhirnya terjadilah bilik yang menjadi pujaan hati =)


not really pinky but i think pink is adorable. to cover up, red n purple were matched together. red is still my most favorite color though :)

my girlfriends gave this during my departure. pink ok! sebab tu saya dah terkena sumpahan pink ni.

butterflies!

butterflies lagi!

study port, purple =)

siap ade tv tuh. beli from kak azam, my naqibah merangkap the former tenant =)

all matched up..koleksi buku yang belum habis dibaca and the adorable basket =)

kesimpulannya, tema warna2 kewanitaan. saya ada beli sebuah meja jepun second hand (10$ je!)..tapi sy tinggalkan kat umah kak mimi, belum pick up lagi. itu bermakna, bilik ini akan terus berkembang dan berkembang dengan hiasan2. jangan sampai pening nak bawak balik msia nanti sudahh...

paling saya suka dalam bilik baru saya ni ialah:
  • warna dinding dan pintu putih!
  • katil empuk dengan lapisan duvet,blanket, electric blanket,flat sheet, fitted sheet dan fleece yang sungguh warm!
  • tempat penggantung rama2
  • aromatherapy haruman roses & casis yang sungguh calming!
  • magnetic board, bolehlah saya lekatkan sume fridge magnet yg dibeli sepanjang pelancongan!
  • baby basket yang bersarung corak pink&white checkers yg sungguh adorable!
  • kerusi study yang dipasang sendiri!
saya juga gunakan barang2 terpakai seperti kotak, pembalut buku kaler purple dan riben untuk hias dinding. guna tea towel juga tampal kat dinding. dan juga bakal dibuat alas meja jepun nanti. saya suka study bersila. tapi saya juga study secara nomad. jadi sekarang saya ada empat tempat study dalam bilik. meja study, meja jepun, atas katil dan depan tv. bilik saya juga ada balkoni. nanti bila ada matahari, bolehlah bawak meja jepun keluar sambil study kat balkoni =)

insyaAllah nanti nak deco rumah pula lepas tu boleh update kat sini.

p/s: dulu cita2 nak jadi interior designer maka sebab tu jadi camni. ketagih. tambahan pula, saya cuba nak buat bilik ni lebih kurang sama dengan bilik kat rumah Nilai supaya tidak homesick sgt.hehe..tapi lately ni mmg sgt kurang homesicknya.

(sila klik gambar untuk menatap puas2)

akhir kata, saya suka stalk FB adik2 saya!