Thursday, November 1, 2012
post presentasi
sepatutnya kena study sekarang tapi sejak tadi susah betul mahu fokus. so i guess i should share something i gained from my presentation tadi? walaupun macam tiada guna mahu berefleksi lagi kerana tiada peluang kedua but it might benefit others, who knows?
alhamdulillah 'ala kulli hal.. berjaya menghabiskan write-up research project saya dan juga final presentation on my research. masih terkejut lagi, seperti tidak percaya yang saya telah melepasi fasa-fasa sukar dalam kehidupan sebagai final year ini. masih segar di ingatan beberapa kali kena modify tajuk research saya lepas tu tiba-tiba stuck tiada idea mahu menulis sehingga berminggu-minggu lamanya. stay back di library berhari-hari berturutan. sangat banyak sesi paksa-memaksa diri. kalau siapkan assignemnt di rumah bermaksud saya tidak akan siap selama-lamanya maka saya ambil keputusan untuk paksa diri redah cuaca sejuk, redah angin yang lasak, redah hujan batu ribut salji (ni bukan cerita dongeng, ini realiti) untuk melangkah ke library dan stay di library demi menyiapkan tugasan yang mencabar ini.
ingat lagi, di waktu itu saya rasa macam sangat susah dan macam tak akan selesai je penderitaan ini tapi saya pujuk diri "you will get through this" "ini semua akan berakhir". akhirnya write-up dan slide presentation saya mendapat feedback positif daripada encik supervisor. lega sungguh tak terkata di waktu itu. hilang segala rasa susah payah itu. tak rugi memaksa diri. bila tengok orang lain, orang lain lagi susah daripada saya, perojek mereka lagi berat dari saya. saya punya projek kira senanglah jugak daripada orang lain. tapi ini tahap kekuatan saya. kalau saya ambil beban orang lain mungkin tak terpikul dek diri ini.
hari ini tamatlah sudah final year presentation. harapnya yang terakhirlah sebagai undergraduate. sebolehnya tak mahu repeat. kerana menganggap ini yang terakhir, saya praktis bercakap sorang-sorang macam orang gila. ada masa lapang je, cakap sorang-sorang depan laptop atau depan cermin. memang hobi sejak kecik, suka cakap sorang-sorang/depan cermin. mak used to think i had imaginary friend. dia tak tahu anak dia ni praktis public speaking hahaha..NO WAY..masa kecik, cakap sorang-sorang sebab praktis nak jadi pelakon.
saya tak suka tengok notes/script masa presentation therefore i need a lot of rehearsals. ingat nak rehearse depan kawan-kawan tapi semua orang busy dan saya kalau rehearse memang susah nak berhenti. akan rehearse sampai perfect so what i did is rakam dan dengar balik suara sendiri. untuk final presentation ni, beberapa kali i asked myself samada nak tengok script or not. sebab ni final kot, karang terbelit lidah, tersasul, terlari tajuk dan makna, susah den. kalau bahasa melayu senanglah nak goreng2 tapi kalau bahasa inggeris? amik masa jugak nak menggoreng. presentation pulak ada limited time, 10 minit sahaja. memang asyik kerja bercakap sensoranglah lately ni.
akhirnya saya decide untuk cabar diri, tak tengok script. bukan apa, kalau saya ada script, saya lebih gelabah. pernah je saya cuba untuk tengok script bila saya terlupa certain points tapi mata saya end-up melilau-lilau je, pointnya tak terjumpa dek mata. lepas tu memang saya give up nak bawak script. one more thing, kalau ada script saya akan jadi hilang konfiden terhadap diri sendiri dan tend to look at the script sebab nak cakap sebijik macam yang telah ditulis. pantang ada satu perkataan yang bunyi seperti tak sama macam dalam script, mesti nak tengok script balik. it will waste a lot of time, you know. few seconds adalah sangat berharga dalam presentation yang sangat time constricted. besides that i dont like putting too much words inside the slides because i'll end up reading, not presenting. prefer untuk letak keyword je lepas tu explain sendirilah. maka sebab tu perlu banyak rehearsal.
therefore tadi saya ke medan presentation tanpa membawa apa-apa di tangan. presentation went well tapi time Q&A tersangkut. pipi yang terasa hot *blushing* semasa presentation terus tak berdarah. rasanya muka saya waktu tu pucat lesi. tiba-tiba blur sebab soalan unexpected. saya pulak memang jenis blur, kalau orang tanya, saya tak faham pertanyaan orang. tambahan pula ada masalah pendengaran lately ni. orang tanya lain, saya jawab lain. memang cuak time Q&A sebab takut tiba-tiba i lost my hearing. alhamdulillah boleh je dengar sayup2 cuma tak faham. apalah yang pakcik tu tanya, haku tidak tahu. cuba nak menggoreng, tapi segala term2 saintifik yang dibaca sebelum ni hilang dari ingatan. ingat senang nak goreng fakta sains? habisnya saya cuma memalukan diri sendiri di situ. "saya tak tahulah pakcik, tolong jangan tanya lagi", nak je cakap camtu.
after presentation selesai, saya reflect balik, saya terlampau fokus aspek presentation dan telah mengabaikan aspek Q&A. patutnya saya cuba praktis jawab soalan. saya terlampau fokus aspek teknikal dan mengabaikan the essence of knowledge itself. saya patut ingat segala scientific terms dan praktis bercakap menggunakan segala scientific terms yang ada. patut bawa notes supaya time Q&A you have something to refer to. sudahlah nasi dah jadi bubur, omelette dah jadi scrambled egg (lately ni makan telur je hari2. asyik2 cari resepi telur).
itulah pengajaran terbesar. sometimes i'm too technical. macam juga bila belajar bawak dakwah, sometimes terlalu pentingkan aspek teknikal seperti poster, perjalanan program, teknik memikat hati etc. etc. sehinggakan begitu mudah terhanyut dan terlupa bahawa dakwah tu 'core'nya ialah hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.
dhuha, next time do not be too technical. focus on the essence. but still, i do not want to read my script while presenting. that means, i need extra effort/double effort. rehearse my speech and keep studying my subject sampailah ke hari presentasi.
like i said earlier, this might no longer benefit me as an undergraduate student but maybe this will benefit you, my dear readers. and also benefit me in the future mana tahu kena jual produk ke lepas ni atau kena present kes-kes klinikal di alam kerjaya nanti (which is not going be as hard as this, i think).
by the way sebelum presentation, di sebabkan saya sangat pentingkan aspek teknikal, i spent quite some time depan almari, fikir nak pakai baju apa. selama ni pakai sarung je baju apa pun. tiba-tiba hari ni berkira pulak. akhirnya saya berkeputusan nak pakai baju kurung, tudung bulat kaler white cream, dan blazer kaler navy blue. sebab ia membuat saya rasa seperti masa form 5, tahun kegemilangan saya. tahun tu saya rasa adalah tahun paling konfiden dalam hidup ini. buat apa pun tak pernah hesitate. maka dengan memakai pakaian tersebut, saya merasa lebih berkeyakinan. haha. macam pelik tapi memang betul pun. sometimes, sesetengah pakaian memang akan menambahkan keyakinan si pemakainya. saya terasa seperti sedang pergi pertandingan forum bersama my dear friends. terasa seperti sedang bertugas sebagai editor majalah sekolah. terasa seperti sedang bertugas sebagai setiausaha pengawas sekolah. my golden year, i told you. zaman tu, memang sangat suka dunia pentas. suka menonjolkan diri dan suka beraksi atas pentas. i miss those years. sekarang ni kita duduk quietly, tak suka sangat dengan crowd. you really have changed over time, dhuha.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~