Friday, April 9, 2010

♦ teruskan berada di jalan ini...

hari ini saya telah mengalami emotional breakdown lantaran telah menahan emosi selama berhari-hari..

saya rasa amat lemah setelah berhari-hari menahan kekuatan hati...malang sekali emosi termeletup sehari sebelum hari exam. walaupun result matching menggembirakan, saya masih ade sisa kesedihan di hati. oh result matching tadi telah ditarik semula. mungkin akan rematch. saya sudah dapat 1st choice saya, iaitu otago. namun hasil ketidakpuashatian less than 5 people, rematch terpaksa dilakukan. saya tidak kisah. mana2 pun bersyukur jela. tak faham qada' dan qadar ke..tak faham rezeki ke..rugilah kalau tidak muslim..

ok itu bukan sumber sedih. sumber sedih saya ialah penolakan sahabat2 baik terhadap diri saya. bukanlah tidak pernah ditolak sebelum ni. tapi peristiwa kali ini datang berturut2..lantaran tak mahu terima mesej islamic saya.saya breakdown ok..awalnya saya terima dengan redha. takde satu airmata pun menitik. datang peristiwa kedua esoknya. saya cuba bertahan lagi. tak sempat nak kumpul kekuatan, datang pulak peristiwa ketiga. airmata menjadi seperti air terjun sambil mengadap lecture notes.saya mempersoalkan 'kenapa benda baik pun tak boleh nak digest??'..astaghfirullah!

saya sudah tidak tahan lalu bercerita dengan sepupu tersayang, cik tasneem. juta2 lemon terima kasih kepada beliau atas kata2 yg bersemangat dan menghiburkan hati.saya tahu in future, dugaan pasti lebih berat. cuma saya berdoa agar saya tetap berada di jalan ini. jalan yang diredhai Allah.jalan yang dirintis oleh Rasulullah SAW dan sahabat. jalan dakwah..

bak kata cik tasneem, mungkin Allah sedang bagi peluang untuk saya lebih kreatif memikirkan alternatif lain dlm amar makruf dan nahi mungkar. insyaAllah..moga terus istiqamah!~tabahkan, lapangkan dan besarkan hati!

sesungguhnya ujian ini hanya kecil lebih kecil daripada zarah kalau nak dibandingkan dengan ujian Rasulullah dan para sahabat,ulama', tabi' tabiin..

...ya muqallibul quluub, tsabbit qalbi 'ala diinik....wahai tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMu~ ameen...

2 comments:

  1. salam..

    ni kena banyak baca cerita2 Rasulullah n Sahabat.. baru tak terasa sangat bila kena kutuk@ditolak.. tapi akan rasa segan sebab tak teruk mana pun ujian yg kena kat kita tu.

    anyway, jangan putus asa, keep on sending the messages. how? u will know as u go along the path.

    insyaAllah at the end of the day, u'll find tranquility and peace at mind. releks2. all da best utk placement gak. =)

    wassalam..

    ReplyDelete

komenla ape sahaja~♥~