Tuesday, April 6, 2010

♦ hari yang mencabar

salaam..

hari ini saya ada klinik. tapi sesi klinik hari ini berbeza dengan hari-hari sebelumnya. kerana kali ini saya berdepan dengan deep caries. saya treat rakan baik sendiri. lebih mendebarkan. deep caries ialah caries yang extend near the pulp. kalau terlebih drill, mungkin akan ter'expose' pulp. lalu kena buat endodontic treatment (rawatan akar)..itu adalah juga mendebarkan. saya bukan sahaja tak pernah manage kes deep caries di klinik. saya lagila langsung tak pernah membuat rawatan akar. walaupun baru sahaja pass competency test tapi sumpah saya belum expert, masih tidak yakin untuk membuatnya kat patient sebenar. sem ini practical session seperti tidak banyak.lantas kurang practice (common sense la.)

saya mulakan dengan bismillah. denyutan jantung tak usah cakap la. kalah denyutan jantung orang yang bercinta. see, tak perlu bercinta untuk mendapatkan denyutan jantung yang mendebarkan.

kemudian saya buat electric pulp test. pulp masih vital. iaitu pulp masih bernyawa. good. tak perlu endodontic. tapi kalau pulp masih bernyawa tapi terdrill dengan dalam sehingga ter'expose' pulp, still kena buat endo. kesimpulannya, debaran masih ade walaupun tadi rasa sedikit lega. Dr. Seow menyuruh saya memulakan kerja-kerja menggerudi gigi. baiklah.

sebelum kerja bermula, saya kena administer LA, inferior alveolar block. iaitu sejenis teknik bius untuk meng'kebas'kan half of the mandible. ok sekali lagi rasa sungguh berdebar. ingatkan hanya perlu buat infiltration. setelah berbincang dengan dr. seow, rupanya kena buat nerve block. untuk teknik ini, guna jarum panjang. eh, jarum pendek pun belum pernah saya cucuk kepada patient. ini terus guna jarum panjang.oh!!!! (gaya sin chan)

dr. seow bersama saya untuk monitor kelakuan saya mencucuk patient. oh dup dup dup! meletakkan jarum di posisi yang betul, mencucukkan jarum ke dalam soft tissue (eh ini bukan tisu yang lap hingus tu ok) yang terletak di belakang gigi molar terakhir antara jaw atas dan jaw bawah. masukkan jarum sehingga terasa tulang tapi saya tak dapat rasa pun jarum saya mencucuk tulang. lalu dr. seow kata tak apa, inject je local anaesthetic (LA)..maka LA pun saya tekan keluar daripada cartridge. sambil menyuruh patient breath in, breath out, relax, saya pun perlahan2 tekan LA keluar dan kemudian perlahan2 menarik jarum keluar sambil tetap menekan LA keluar untuk disebarkan ke tisu2 berdekatan (heh apela ayat ini)...

setelah itu cucuk di bahagian pipi pula. ehh bukan pipi kat luar ye. pipi belah dalam, near the alveolar bone.tapi jangan pulak terkena bone. ok! siap! fuh lega sekali!alhamdulillah berjaya. patient kata tak sakit. setelah itu dia numb. maka saya pun memakaikan rubber dam. sejenis helaian getah berwarna hijau yang dipakai untuk tujuan moisture control dan isolation gigi (tak reti nak explain kat sini.jadilah patient saya, nanti saya explain :D)..patient tak rasa sakit, maka senang utk memasang rubber dam.

kemudian drill gigi. berjalan lancar. tiada pulp yang ter'expose'. selamat. meaning no endo. yay!! alhamdulillah! akan menampal temporary restoration. sebelum ni praktis dekat lab, senang saja. kejap je dah habis. maka saya amat optimis.

jeng3..dekat klinik....almost sejam saya amik masa untuk temporary restoration! fuh...lining with dycal as the first layer, masalah timbul. dycal mengeras dengan sungguh cepat. 3 kali kami terpaksa ulang semula. kemudian setelah ditolong dr. seow, dycal berjaya. setelah itu tutup dycal dengan GIC (glass ionomer cement) sebagai layer yang kedua. berjalan lancar. suka. hehe..alhamdulillah..

then came the most challenging part. the 3rd layer aka outermost layer yang menggunakan kalzinol(zinc oxide eugenol)..first try, kami guna matrix band. iaitu besi yang guna untuk mengelilingi gigi yg under treatment supaya bentuk gigi yang asal dapat di'restore'.dgn bantuan dr. shahid, boleh kata berjaya la. kemudian saya pegi bukak matrix band sebab saya nak carve bentuk gigi. bukak sahaja, berkecai restoration saya. ini bukan almagam, dhuha..memang la berkecai kerana ia lebih lembut.

takpe saya masih gagah. tanpa buang masa suruh sze yin bancuh lagi kalzinol. kali ni buat tanpa matrix band.nampak sungguh beautiful. berjaya carve dgn cantik. dr. shahid kata trim sikit permukaan atas gigi sebab ia kelihatan tinggi. maka saya pun trim. tiba2 dr. seow datang dan suruh saya check bite. menggunakan articulating paper, saya pun check gigitan patient. elok sahaja dia gigit, restoration itu pecah berkecai sekali lagi.

mata ini bertakung dengan airmata. sungguh stress dan kecewa. lepas tu terus ingat kejayaan2 sebelum ini. injection berjaya. rubber dam berjaya. drilling berjaya. lining the cavity berjaya. takkan nak berhenti di saat akhir. no, saya juga tak boleh menangis depan patient.saya tak boleh la lembik. masa sungguh kritikal. tak boleh membuang masa dengan melayan perasaan.maka setelah motivate diri saya in few seconds, terus suruh sze yin bancuh kalzinol sekali lagi. sudah pukul 5,patutnya dah kena send patient out. sebab nak habis segera, dr. seow amik alih tempat saya dan melakukannya. kejap gila, dia dah berjaya membuat final temporary restoration. kagumnya. saya kecewala tak dapat buat lagi. takpe, next time.

lepas saya hantar patient keluar, saya masih ade sisa kesedihan. dr. shahid memberikan kata2 nasihat dan tips2 berguna kat saya. saya tahu mana silap saya, mana kelemahan saya dan saya akan make sure tidak melakukan kesilapan itu buat kali kedua.

go dhuha go!

p/s: tadi dah sorok laptop. lepas tu terpaksa bukak sebab saya mahu tulis blog.kikiki..sori kepada yang tak faham entry ini. saya telah mencuba untuk membuat anda faham. tapi kalau tak faham jugak, takpela. ni nak buat simpanan koleksi peribadi, merakamkan pengalaman sendiri :D

1 comment:

  1. wa nk drill aluminium kat lab pun cuak jgk inikan nak drill gigi org..huhuhu
    all da best doo =D

    ReplyDelete

komenla ape sahaja~♥~