Saturday, April 10, 2010

♦ hutan

salam..

oh sebenarnya teringat cerita tasneem pasal kisahnya tersesat di hutan sampai malam..bestnye..eh bukan bestnye sesat..bestnye jalan2 kat hutan..sangat suka!!!! sangat suka!!! sangat suka!!!

ok abaikan kesukaan saya itu. tahun ini mahu ke hutan lagi. bagaimana? dengan join camping la. tapi msoc camp dibuat beberapa hari sebelum exam :(...sesiapa yang ade tawaran camping, sila bagitahu!!! last time mahu melawat hutan malaysia :P

ok pagi tadi mata ini bengkak lagi. menjawab exam dengan pandangan yang berlari-lari (oh exaggerate je ni)..cakit..ohhh~(gaya sin chan)

lepas tu saya ponteng csu sambil pegi ke klinik kerana sudah tidak tahan. recurrent infection. onset was last friday. sembuh hanya untuk beberapa hari kemudian kembali bengkak. doktor itu sungguh friendly, saya suka :D..beliau kata its chalazion..google la sendiri. saya sudah membuat research sendiri kerana amat risau. ye, tidaklah serius tapi saya tetap risau sbb ia di mata.

"kita sanggup beli masah kaki, masah lutuk..tapi masah mata tak beli padahal mata adalah anugerah paling berharga"-iklan permata hijrah

ye, saya amat sayang mata saya. amat jarang sekali saya dapat eye infection. kalau mata ini rabun pun, saya boleh rasa sedih ok. saya sayang mata saya. eh bukan..saya amat sayang mata saya. kesian dia bengkak.lalu menjejaskan kejelitaannya (ohh..jelita ke~)

kerisauan saya itu sampai saya takut mahu meletakkan eye drop dan eye ointment pemberian doktor. saya amat takut untuk meletak sesuatu ke dalam mata. saya hanya dare to flush my eye with water. tapi untuk benda2 lain, saya amat takut skali. takut ia akan menghilangkan penglihatan saya. sebab itu saya amat fobia melihat orang meletakkan contact lense juga. kerana nampak begitu 'kasim selamat' sekali. sebab itu amat gelisah bila saliva dan darah patient masuk mata saya. sebab itu amat ngeri melihat cerita2 yang mencucuk,mengorek,memotong mahupun melaser mata.

mata..

alhamdulillah saya sakit mata. saya bersyukur sangat2 kerana masih boleh melihat. bayangkan satu hari kita bangun tidur lalu tak nampak apa-apa sudah..sedih sekali..tragis sekali..tapi tentu ada hikmahnya kan..dalam dunia yang serba mencabar pandangan mata ni, mungkin lebih baik untuk tidak melihat apa-apa. kerana pandangan mata lazimnya pembuka nafsu. nafsu makan, nafsu shopping, nafsu syahwat, nafsu macam2 lagi..sebab itu, jagalah pandangan. bukan saja jaga kesihatan mata :)

walaubagiamanapun bersyukurlah kepada yang masih berupaya melihat. jangan kufur nikmat! lihatlah apa yang dihalalkan sahaja. gunakan mata untuk study. untuk menyaksikan keajaiban dan kekuasaan Allah. untuk melahirkan rasa syukur di hati serta mengentalkan iman di hati. untuk menikmati pemandangan di hutan.oh indah sekali~~oolalaa~~

ape kegunaan mata? kenapa Allah ciptakan mata? adakah hanya untuk melihat saja? apa yang boleh dilihat? apa yang tak boleh?

sesungguhnya bersyukurlah dikurniakan mata yang sehat. kerana mata yang sehat itu nikmat yang amat berharga. you cant purchase it anywhere. Allah bagi sejak lahir lagi. secara free. tapi kalau dah rosak, takkan dapat dicari ganti lagi. mungkin boleh dapat corneal transfer tapi tak mungkin sama lagi kan :)

Allah dah bagi secara free tapi camne kita nak syukuri? camne nak hargai?

gunakan mata itu dengan betul!maksimumkan penggunannya ke arah keredhaan Allah.

camne tu? antaranya:

1. jaga kesihatan mata. ingat tak 5 perkara sebelum 5 perkara (lagu raihan tu, demi masa)? one of them is ingatlah sihat sebelum sakit. so kesihatan perlu dijaga termasuk mata!

2. menjaga pandangan. jangan lihat benda2 yang haram. ape yang haram? porn, aurat wanita, wanita yang bukan mahram atau bukan isteri, aurat lelaki,dan melihat perkara2 maksiat. mata itu punca nafsu yang bergelora. punca nafsu syahwat, nafsu makan, nafsu shopping etc.jaga pandangan!

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: `Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat`." (An-Nur:30)

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: `Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya....(cont..)" (An-Nur:31)

3. memerhati ciptaan Allah yang terbentang luas ini seperti langit, bukit2, tumbuh-tumbuhan, binatang2,melawat tempat2 bersejarah..ingat,MEMERHATI!! yakni melibatkan akal fikiran untuk berfikir tentang keajaiban dan kehebatan Allah..bukan hanya melihat sesedap mata. sesungguhnya dalam setiap ciptaaNya ade mesej yang berhikmah :)

“Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari api neraka.” (Ali-Imran:190-191)

"Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikan kesudahan orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul)." (Al-Nahl:36)

"Maka tidakkah mereka menjelajah dunia sehingga terbentuk hati yang sedari dengan itu mereka dapat memahami erti hidup atau mereka benar-benar mempunyai telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya buta yang sebenar bukanlah buta di mata tetapi ialah yang ada di dada" (Al-Hajj:46)

"Maka apakah mereka tidak mengembara di dunia dan memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Manusia-manusia yang sebelum mereka itu lebih hebat keutamaannya dan (lebih banyak) kesan-kesan peninggalan mereka di dunia ini namun apa yang mereka usahakan itu tidak sedikitpun dapat menolong mereka." (Al-Mu'min:82)


4. membaca :)..rajin2lah membaca bahan2 bacaan yang ilmiah kerana ilmu dapat menjadikan seseorang manusia itu hebat.

"Bacalah dengan (menyebut) nama TuhanMu yang Menciptakan." (Al-'Alaq:1)

"Sesungguhnya yang takut kepada Allah itu (adalah) dari hamba-hambaNya (dari golongan Ulama') yang berilmu." (Al-Fathir:28)

jadikan mata sebagai pintu ilmu, pintu tamadun, pintu rahmah wa mawaddah bukan pintu nafsu. sampai sini saje :D..kalau ade tambahan sila la tambah. berkongsi ilmu :)

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~