assalamu'alaikum wbt..
lately ni bila pergi wedding orang atau majlis bertunang, saya menjadi keliru. kalau pegi majlis bertunang, saya keliru "eh ni majlis bertunang ke majlis kawen? ramainya manusia..apesal ade pelamin..?"
bila ke majlis perkahwinan pula saya keliru "ni majlis diraja ke? ke konsert amal? atau disko?"
bila melihat fenomena ni, memang tahu sangatla kenapa ramai orang takut kahwin awal..puncanya, kerja belum lagi, duit takde lagi..sampaikan nak meminang anak orang pun takut sebab majlis pertunangan zaman sekarang nak sama je dengan majlis perkahwinan.hantaran nak berdulang-dulang.pelamin mesti ade. disebabkan majlis dah macam orang kahwin, sebab tu agaknya pasangan yang bertunang ni keliru yang dorg ni dah kahwin sehinggakan selepas bertunang mereka hidup seperti suami isteri.
isu kos yang amat mahal...sedangkan kos untuk kahwin murah je kalau hanya gunakan duit untuk mas kahwin, belanja hantaran yang sederahana dan majlis kenduri..tetapi sekarang ni ditambah pula dengan nak buat pelamin yang grand la, door gift yang mahal la, makanan yang high class la, etc...nak termuntah kalau sebut banyak2...
namun saya juga amat sedar kadang2 pasangan yg terlibat bukannya kesah pun pasal buat majlis besar-besaran..sometimes, budaya dalam masyarakat, pengaruh jirean/kawan2 dan desakan keluarga yang menjadikan majlis itu seperti membazir sahaja.
mungkin boleh terangkan kepada ibu bapa. jelaskan rasional disebalik aktiviti memotong kos perkahwinan..
yang lebih penting ialah hidup setelah akad nikah. kita bukannya kahwin untuk satu hari, iaitu just for the sake dalam majlis wedding saje. belanja bagai nak rak semasa kahwin, esoknya terus muflis. nak bagi anak bini makan ape? makan pasir?(ayat common orang tua)
bersederhanalah..bagi saya personally, majlis pertunangan tu memadai hanya dengan 'menanda' pasangan serta bincang hal ehwal perkahwinan an berkenalan antara dua keluarga. tak perlu tukar rumah jadi istana. tak perlu beli baju bagai puteri raja. tak perlu jemput rakyat jelata. tak perlu dulang2 persembahan diraja.
majlis hanya beberapa jam. tak ke membazir semua tu..majlis kahwin pulak, bersederhanalah jugak. ikut kemampuan masing2. jangan sampai berhutang keliling pinggang. biarlah ade reserve wang simpanan untuk hari selepas majlis perkahwinan. be rational.
- terkejut gorilla bila tengok majlis kahwin muslim yang ade dancing2 under the moon. camne nak dapat berkat dalam majlis camtu?
- heran dgn door gift yang smakin pelik2..kebanyakan cantik2 dan mahal2..tapi xde kegunaan sangat pun..buat kumpul habuk di atas rak sahaja. bagilah benda2 yang murah dan praktikal serta relevan. saya ade baca pasangan pengantin yang edarkan risalah doa untuk pegantin supaya boleh dibacakan oleh tetamu. kan bagus, meminta doa restu daripada tetamu. tak pun bagilah buku doa harian ke, buku yasin ke..walaupun dah kumpul berlambak dekat rumah, buku tu pasti berguna bila kita wat kenduri doa selamat nanti.tak pun pass kat anak cucu. kita juga buat brochure sendiri yang mempromote perkahwinan against coupling. design la kasi menarik lagi tertarik kau memang da bomb.
- majlis pertunangan yang turut disertai bakal suami, lepas tu bergambar bersama seperti majlis kahwin dengan pakaian lengkap seperti pengantin. kalau dah macam ni, jemput tok kadi terus.
sah mama jadi caterer la tuu
ReplyDeletebetol2!!
ReplyDeletedhuha,jd wedding planner aku!
i like ur style~
huehuehue~
hahahahha..ida pasti kna wat video lah kan.tas pulak buat sushi.huehuehue~~
ReplyDeletentah2 mmg dorang ikut kemampuan...dah dia mampu... ikut suka dia la. kita kene berprasangka baik kat orang jugak. maybe dia nak tetamu dia happy datang ke majlis perkahwinan dia. memang la kita nak elak pembaziran...tapi lain org lain nafsu. kita tak boleh nak kawal semua. tapi yang sendiri punya bolah la kawal. Maka jadi la contoh yang terbaik.
ReplyDeleteuntunglah bakal suami dapat bakal isteri yang fikir macam ni. moga bahagia, insyaAllah.
ReplyDelete